Wednesday, June 26, 2013

Ronda Ronda Hingga Kebuluran

 
My bos ya ya la cakap yang  serice tax kaunter ada kat Bangunan Kastam
Selamba badak aku pagi tadi masuk nak bayar service tax
menci tau kalau pergi tempat salah
Tapi dalam hati pun dah cakap
"sekali dua sure akan salah lelama expert la"

last dorang cakap untuk bayaran kena ke bangunan Syed Putra la pulak.
So, pergi la aku kat sebelah GPO tu. 
Guard cakap kat tingkat 7, pi tingkat 7, dorang cakap yg dorang bahagian perlesenan, sila ke tingkat 6
pi tingkat 6 suh tingkat 7 pulak.Ala.. tadi salah pintu la pulak. ngeee..

Bencana ribut di Jalan macalister, Penang

Sejak Jalan macalister tu dilanda ribut, aku tak pernah lalu lagi la
Oleh kerana aku nak ke Kurnia,
My bos kay po dok cakap yang jalan One Way kat Lorong Selamat tu dah di buat two way
sebab jalan Macalister di tutup.
So, kalau nak pergi kena ikut Jalan Burma.

Sekali aku masuk Jalan Burma, tengok Lorong Selamat tu tak de la di buka 2 Way
One Way jugak.
Apa lagi kena pusing satu pusingan masuk semula kat Jalan macalister ( tak tutup pun Jalan)
pas tu masuk semula ke Lorong Selamat.

Bangunan Kurnia Kat Lorong Selamat... ( Selamat Tinggal...)

dengan gaya Machoo.. aku melangkah masuk ke Building Kurnia
sekali tengok.. Hah.."Lengang"
Cuma ada Abang Desh yang sedang senyum Kambing melihat aku masuk

Abang Desh cakap
" office sudah pindah.. sana office lagi besar..
pigi sana office..semua sudah sana kerja

Pindah pergi Mana?
senang saja mau pigi
Ini keluar Jalan Burma juga, lagi satu kali, 2 kali traffic light 
Jumpa itu church lagi depan ,  itu Jalan kartun jumpa  sana
kanan sablah tengok itu Amassurance  sama Kurnia sudah sekali duduk
banyak senang la adik...

Dalam hati dok ingat, Ade ke Jalan Kartun kat Penang ni?
Argh.. belasah je la meronda cari building tu sendiri.

pusing pusing semua last aku nampak building "Burmah Place"
Kat bawah tu ada sign Kurnia dan Amassurance
terus masuk dan jumpa ngan pihak berkenaan

Masa keluar tu, aku rasa nak snap gambar bulding tu
sambil snap tu, tetiba aku terpandang signboard nama Jalan
"Arathoon"

hehehe... Bangla tu cakap jalan Arratoon kot
Cam ne la aku boleh dengar as " KATUN" hahaha...
 Meronda sampai  kebuluran  kelaparan aku nih. Last speed ke Transfer Road,
 makan Nasi Padang.


Note: Bang... Kita tukar Sofa ye tahun ni..boleh?
  

Find us on Google+

Tabiat Anak anak Bertuahku

Bukan anak aku je yang suka wat begini..
anak anak kome semua pun suka gak kat.
Have Fun le kekononnya.


 Lip Gloss ni aku suh Amirul yang pakai sebab mulut dia pecah pecah.
lepas Amirul guna, terus Aleesya Sambar.

 cam no la nak buat tu kan.

apa lagi korek je la.. habis punah ranah my lip Gloss
tak pasal pasal aku kena gi beli LipIce baru kat Watson semalam.

Benda alah ni dah lama beli. satu ni boleh tahan 6-7 bulan aklau aku pakai
sebab aku cuma spray kat tudung je..

Last week, terjumpa dek Amirul. Dia ingar "ridsect". 
Apa lagi main sembur sana sini. Pas tu cakap yang ridsect yang ibu beli ni wangi la..
Sekali tengok..waaaa Fabric Starch haku... ( dah licin)
 geramm.. grrrrr..

So, kena la pergi menapak kat tesco tu tuk beli yang baru.
Kali ni aku try kaler kuning pulak. Bau Lemon.
lepas ni tak boleh dah nak letak kat sebelah Iron Board!

Ni pulak perihal Shampoo...
kena letak kat tempat tinggi kat bilik air tu.

Kebetulan mandian budak budak tu dah habis. Tapi aku tak pergi beli lagi
guna la sabun mandi jenis ketul tu kejap kan..

Satu hari, lepas je budak budak tu mandi , aku bau mcm bauan Shampoo aku je
hah..sah sah le dorang  guna shampoo aku tuk mandi.
bukan sikit tau, siap buat buih buih lagi kat bilik air tu.
haampeh tul!
Sib baik tak habiskan semua, kalau idak menangis tak berdangdut aku ni.

 Sebagai balasan kepada budak yang suka sangat main gel mandian
ibu hadiahkan mandian susu kambing yang sangat sangat murah harganya
RM 4.60/per liter.
hambek.. main puas puas..


Actually Amirul suka shukotbutsu ( tak tau eja)
sebab harganya mahal.. pas tu kalau beli pun suka bazirkan je
aku tak akan..nehi nehi nehi kabhi nehi ..la nak belikan

kekadang tu, kalau dia pergi shopping ngan papanya dapat jugakkkkkkkkkk!!!



** my hubby selalu bising kat aku bila anak anak rosakkan itu ini,
Lenkali jgn letak situ letak kat tempat tinggi.. letak kat tempat tinggi..( tu le ayatnya)**

Cik abang......semua benda nak letak tempat tinggi, umah kita ni tak cukup tinggi ke
dah tak de tempat dah aih.. Bumbung rumah je yang masih kosong.
hehehe... ( gurau je k) ala.. tau la.. abang baca blog ni kan..kan.. kan..


Note:  Either you like or not, kids are always explore!!!!!



Tuesday, June 25, 2013

kills Cold & Flu Viruses-disinfecting Wipes

Sejak Jerebu mula melanda Penang ni
aku dah jadi serba tak kena.
mana dengan anak anak jadi tak sihat
gatal mata, batuk, muntah dan Amirul tu dah jadi ulser dalam mulut

Aku la kena per-caution sekarang ni. 
kalau keluar, aku pakai Face Mask bedung baby ni.
orang betudung kena pakai gini la, nak pakai yang cakuk kat telinga tu leceh la pulak
dah lek lok belit shawl ni, kang teronyeh pulak.
Faham tak apa itu teronyeh.. ( buat buat faham je lah)
 Ha..pakai gini okey..
Sebab dok pakai gini la, my Bos ask me to wear Purdah..
Bagus jugak tu, sekarang kan ada je kain yg ikat belakang fo those yang tak nak attached
together kat purdah tu...
Rasa nya itu better then face mask ni.
Laginampak kemas kalau pakai..

sebelum ni tak de terhingin pun nak beli  Clorox  Disinfecting Wipes ni
selalu berkira kalau nak beli.
Tapi bila dah Jerebu melanda, tak de nak fikir fikir okey..
rembat je.. Janji habuk habuk yang halus tu dapat di lap dengan sempurna.
Mcm wet tissue yang kita lap punggung baby tu
tapi yang ni lebih lembab dan kotoran cepat keluar
nama pun clorox kan..
cuma ada 35 wet wipes /RM 10.90. berbaloi ka?
tuk time jerebu ni sangat sangat la berbaloi.
hahahaha..



Pilih je bauan yang korang suka.


Note: Rasanya..kat office pun kena beli jugak le.



10 Sen Je.

Actually aku dah realize sejak dua menjak ni
bila aku buat transaction melalui CIMBclicks bank charges cuma 10 Sen je..
since charges tu dah jadi 10 sen, wat pe aku nak bising bising kan..
lain le kalau dia charge RM10.00 ke, boleh la nak mengomel panjang..


Aku memang pengguna tegar CIMBclicks ok. boleh kata selang 2-3 hari ada saja transaction
yang akan aku buat. Sebab aku jenis malas menunggu. hehehehe..
apa apa bill pun bayar dengan CIMBcliks
termasuklah bill bos aku or bill sesapa je la yang suruh aku bayarkan


bila org bagi cash, aku bank in la semula
dan aku terima bayaran utk jualan produk pun mealui cimb jugak
senang..sebab bila wang masuk je, CIMBclicks akan hantar sms.
senang nak pantau. betul tak?


So, account aku akan menunjukkan tahap keaktifan yang 
sangat sangat baik.
bila account aktif nak buat loan pun sonanggggggggggggg..


Tapi...aku still takpuas ati ni.
hahaha..tak puas saja aku ni kan.
sebab...
kalau bayar bill Letrik tak de charges
tapi kalau bayar bill air ada charge 50 sen.
kenapa tak 10 sen jugak?

then dulu ni masa bayat PTPTN ada charge 50 sen jugak( sekarang tak tau le)
sayang woo.. 50 sen tu, 50 sen ini semua kena charge
rasa mcm hidup ni penuh dengan segala charges. hahahaha
So,aku ambik keputusan bayar kat kaunter je la.


mana mana yg tak de charge aku bayar le kat CIMBclicks.
Oleh kerana tiada keseragaman, makanya kena la jugak aku
ngadap kaunter bayaran.
 
 
Note: kalau campur 50 sen itu ini semua.. boleh wat makan lunch tau!!
Bukan berkira tapi pengguna bijak!wakakakaka


Monday, June 24, 2013

Miss India Worldwide 2013

Malam  Sabtu lepas, aku layan "Miss India Worldwide 2013"
kat Channel 201 Astro.
Lagipun acara ni berlangsung Di Malaysia, nak le aku tengok kan..kan...

Miss India Worldwide Day 3

Ini adalah pertandingan di mana dikumpulkan kesemua gadis gadis cantik yang berbnagsa India di 
seluruh negara utk di nobatkan sebagai Miss India Woldwide 2013.

Konsepnya sama je dengan pertandingan miss world ke apa miss pun.
cuma Miss India worldwide ni, ada sedikit kelainan di mana peserta kenalah pandai menari 
tarian India.

 ok lah tak mau sembang banyak..
cuma aku nak cakap kat sini. Yang Pemenang  tu, Nehal Bhogaita dari United Kingdom  memang selayaknya mendapat crown tu
she's so pretty

 Selain menang sebagai Miss India Worldwide 2013 pada malam tu , Nehal juga
memenangis gelaran Miss Beautiful Eye.

Tapi.. jgn terkejut jika korang dapat tahu yang pemenang ini juga dilahirkan
tanpa pendengaran, atau dengan bahasa lain "Pekak"

 Tempat kedua di menangi oleh Jasveer Kaur dari Malaysia..
Yes.. she are pretty too...
Aku snap photo ni dengan kamera memalui TV umah.
sori tak bape nak clear.

 Selain menang tempat ke dua
belai juga memenangi gelaran Miss Beatiful Face.

hmm... malaysia pun ada orang cantik tau.


Nehal Bhogaita is the new Miss India Worldwide! 
 Ok.. yang tu uje yang dapat aku record dalam otak ni semasa menonton rancangan 
tu. Tak ingat la pulak.
 tempat ketiga jatuh kepada Surbhi Sachdev dari  Oman


** Amazing, bila seorang yang pekak dapat menari mengikut rentak muzik dengan baik sekali.**

Note: While she is unable to hear the music, she dances using the vibrations of the beats.
really really amazing...
Surbhi Sachdev of Oman
Surbhi Sachdev of Oman
Surbhi Sachdev of Oman
Miss India Worldwide

Menang RM35.00 Melalui GA Lambang Cintanan Satu, Tiga Lima Wantie

 SILA SCROL BAWAH UNTUK ENTRY SETERUSNYA!!


Aku dah decide nak bagi korang hadiah.
tapi korang kena lah join GA yang simple ni.
   
   
Soalan Teka Teki.
APAKAH HADIAH YANG WANTIE DAPAT DARI SUAMI 
SEMPENA B'DAYNYA YANG KE 35 TAHUN?
Syarat Syaratnya:-
 sila follow blog tuan tanah.
Mesti ada blog. mesti warganegara Malaysia
Mesti mempunyai account CIMB
Kalau takde, boleh pinjam sedara or sesapa saja
kecik besau tua muda semua boleh  join.
Hanya seorang saja sebagai pemenang
Jawapan mesti tepat.
kalau tak tepat...
mcm biasalah Random Choose...
tarikh akhir penyertaan 
ialah pada 28/06/2013


Cara cara nak sertai:-
Cuma komen kat komen blog entry ni
dengan meberi jawapan yang tepat
"apakah hadiah yang wantie dapat sempena b'day yang ke 35 ni?
tak payah buat entry 
kalau buat lagi bagus..

Hadiah:-
Memandangkan Usiaku bakal menginjak 35 tahun bulan depan
Jadi aku nak hadiahkan korang RM35.00 Cash
dengan cara IBG je kat account korang
 senang kan...

Nak klu ke?
oke ..ok... klu dia aku beberapa klu kat sini
Hadiah tu besar, berat. boleh duduk sorang, berdua pun boleh, bertiga Tak boleh okey!
duduk sorang duduk diam diam, kalau duduk berdua boleh peluk peluk ( yg dah kahwin je tau)
kalau duduk bertiga akan salah di sisi undang undang..

tak ingat ada bape kaler keluarannya, tapi aku pilih kaler Merah
Harganya pulak 3 kali ganda harga Camera Samsung Galaxy yang aku tergila gilakan tu.
pepandailah korang main darab bahagi tolak tambah semua yer..
Nama Benda tu memang ada kat Tajuk GA aku tu
pepanbdai la main tambah, buang cantum semua tu yer.
Yang pastinya memang ada kaitan dengan usia aku yang ke 35 ni

Note: Good Luck yer


Abam.. Nak join boleh?

Selalunya kalau hantar Amirul beklajar taekwondo mesti tak mo bawak Aleesya sekali
Bukan nya apa.
Tengoklah..

Dari jauh dia nampak abang tengah main tendang tendang tu
dah tak senang duduk.
pelan pelan duk rapatkan diri.

Dia panggil abam..... abaam.... still tak di sahut balik oleh Amirul.
Last terus lepak depan abang.

leceh tul. Jurulatih nak ngajor pun susah.
sebab Aleesya pun nak join jugak.

ok..sayang.. nanti ibu beli uniform tuk kamu jugak
sekarang silalah duduk tepi..
jgn dok kacau abang nak berlatih..


Note: Lagi dok nampak abang berlawan. Lagi seronok dia main lawan lawan ngan  abam....