Wednesday, January 15, 2014

Kami Berkongsi Tiap Tiap Tahun

Ok.. muqadimahnya begini..
Actual B'day Naiim 17/01/2014
Actual Anniversary kami yg ke -11, 19/01/2014
Saja kami awalkan sambutan sebab nak ambik keberkhatan sempena Hari Maulidur Rasul, 14.01.14
memandangkan tarikh cuma selang sehari je kan, so each and every year
kami celebrate bersama sama...

Aku tempah kek yang simple je.. 
terlupa nak bagitau kat adik yang buat kek tu, tak mo kaler pink.
tau la kan si Naiim alergik, tapi.. sib baik sesapa pun tak bangkitkan tentang kaler kek ni..
tak pe la Naiim anggaplah pinky semua tu ibu yang punya...
ibu kan suka pinky pinky ni.. ngee...

hmm kan dah cakap, semua kongsi. majlis kongsi, hari kongsi
kek pun kongsi jugak.
jimat tak? op coz la kan..

hmm.. bday boy pun dapat hadiah jugak..
sejak berbasikal baru ni, pergi sekolah pun dengan basikal..
makin berkilauan la kulit kamu Naiim oi..
sib baik anak lelaki kan..kan..

apa apa pun kita posing dulu kat basikal baru ni..
basikal ni papa beli hari ahad tu..
dorang berdua je yang pergi.. aku tak ikut pun..
kang aku ikut pilih kaler pink la pulak kan..

----------------------------------------------------------------------------------------

Some Note at My 11th Anniversary 


ramai yang cakap, langsung tak de iras muka aku time ni.
betul ke? ntah le..tapi trade mark sengih tu ada kan..hahaha

Tahun ni, kehadiran insan bernama ayah disisi tiada, rasa mcm kosong je kan
Last year sempat jugak aku chit chat ngan ayah tentang b;day Naiim
anniversary kami la.. 
Tahun ni dah tak dapat nak bersembang bagai..
cuma hadiahkan ayah al-fatihah..


hmmm... ingat lagi aku, masa nak kawin dulu.ayah sangat fussy dalam memilih menantu
banyak jugaklah soalan yg ayah tanyakan kat aku
yang p[aling lucu tu, ayah cakap.."Betul ke Rohana ni" nak kawin ngan Wan tu
mcm tak percaya pulak.. hahahaha.. dah jodoh kan.


Then masa akad nikah tu, aku sampai gigil gigil nak jawab bila ayah tanya
" setuju tak ayah kawinkan kamu ngan Rodzuan ni?"
rasa mcm dah jawab ye, tapi ayah cakap dia tak dengar pun
hah..mcm  tersekat sekat je anak tekak ni..
ayah cakap" cakap kuat ayah nak dengar!"
hmm.. itulah kan, manisnya bila ada ayah di sisi...


Note: Even tanpa ayah di sisi, tapi ayah tetap dalam ingatan.
Al fatihah , buat ayah.



***  We are actually have a chance..
        Remember your promised?
        I'm still waiting for you to say out..
        even i need to wait till end of the day
        Yes..I'm still waiting...
       

       
         
       









Kronologi Sambutan B'day Naiim

12/01/2014, awal awal dah si Naiim dapat B'day gift dari papa
seronok kemain dia..

Sebab Naiim dah request kan, so kami cubalah fullfillkan.
Makanya semalam 14/01/2014 kami ada la buat majlis makan makan sikit
majlis yang simple je pun..

eh mcm cantik je date semalam kan. 14.1.14..
hari yang baik tarikh yang baik kan..kan..

awal awal pagi tu siap siap mana yang patut.
awal lagi kan, air pun tak bancuh lagi, so, susun susun dulu sikit sikit
tak dapat la nak snap banyak banyak photo makanan ni , sori aku sibuk kekdahnya.. hahahaha..

Menu wajib ni kalau nak jamu kanak kanak. betul tak?
bebudak tu lepas makan dorang pergi main, pas tu dorang masuk semula makan lagi
main lagi.. hahahaha...best tengok gelagat dorang.


Bihun sup terbaik dari ladang, hasil air tangan suami. Terima kasih ye.

hmm..bebudak kalau ngan nugget hotdog semua dorang bedal
tak tau la bape kali aku ulang alik goreng bebola ketam ngan nugget tu.
tak pe la kan... bukan selalu pun.

menu of the day:
hot dog, nugget, bebola sotong, banana kek, pulut usang, bengkang, karipap. bihun sup
balance lolipop, sweet, sumi dan ballon tu aku letak dalam balang je..

packing 40 bungkus goodies, semuanya habis licin. alhamdulillah..

pagi tadi sebelum datang kerja baru sempat basuh all the container..
biar kering dulu sebelum nak simpan semula kan..
malam nanti la kita sambung mengemas yer...

Then ntah bila la pulak akan ada majlis makan makan kat umah aku ni.
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang aku perolehi, kita sama sama nikmati tatkala berjamuan ni
betul tak?
dapat juga ku menabung untuk kembali ke sana... syukur.

meja makan masih lagi lepak kat hall.. 
Saja tak guna paper plate untuk jamuan ni. Bukannya ape, banyak sangat plate kat umah aku
dah tu tak guna pun, duk lepak je kat Almari kan..
kang di sana nanti dia tuntut la pulak...
maklumlah.. dodulu suka nau main kutu pinggan mangkuk.. hahahaha...
sib baik sekarang dah pencen main kutu pinggan mangkuk ni.
hiksss...



*** Pada semua tetamu yang datang, El, Nureen, Gieyana, Zura, jenjiran tetangga dan kengkawan 
Naiim, Aku ucapkan terima kasih tak terhingga..Moga lenkali kita kita ketemu lagi.***



Note: wajah wajah para tetamu, kita jumpa next entry ye..





*** We don't meet the people by accident
       They are meant to cross our paths for a reason
       and it arrange by God
      which is better known for tomorrow..

Monday, January 13, 2014

Goodies for B'day Naiim

Petang semalam dendiam keluar umah gi beli Goodies.
ecewah..mcm bagus le kan, siap sembunyi dari Aleesya..
ish..budak ni dia boleh bau kot...
habis di sesahnye.. semua benda dia nak ...
tak pe lah kan, benda makan, makan je lag..tapi sweet tu..tak berapa sesuai la yang...

semua dia nak...belon belon pun dia sesah main semuanya..
hmm.. aku sembunyi la konon last jumpa jugak..
Akhir sekali, si Naiim sembunyi kat tepi peties.. hahahaha..adik cari tak jumpa...
bukan tak bagi kat dia, cuma takut overload mkn semua tu je..

Then semalam pelan pelan aku packing goodies ni.
dekat 1:30 pagi baru siap..
bukan banyak pun, tapi dah start packing lewat..maka lewatlah siapnya.hehehehe..

then pagi tadi, aku sampai kat office, bos cakap dia dah beli belon ngan lolipop ni
untuk gooodies jugak.

hok aloh, cam no ni kan..aku dah packing moleh molek dah semalam.
malas lah nak re pack semula..
hmm... mcm dah terlebih belon la pulak..


mmmm...nantilah fikir cam na nak buat dengan menda menda yang terlebih ni.
mmmm.... tengoklah nanti idea tu nak datang cam na kan. hahahaha


*** macam tetiba je entry aku ni, angin tak de ribut tak de tetiba ada goodies kan..***
ok nanti aku citer yg detail sket k.




Note:  Ibu ni, kalau anak request..rasa mcm serba tak kena je kalau tak fullfill kan..




*** Move on it's just a chapter in the past.
       But Don't close the Book 
       Just turn to the next page
      they will be a new episode that continue...
       
       
      

Ismail Ikan Bakar

Adei.. tercungap cungap nak wat entry ni, dah mcm terlepas ketapi pulak
menunggu list je entry ni nak kuar kan..
tak pe sebelum citer ni basi dan busuk meh kita hupdate kat sini.

Minggu lepas, gi le shopping kat tesco beli itu ini, satu troli je pun barang barang
then time nak bayar tu, sekali bill dah mencecah RM400 lebih.Pew.. berpeluh eden tau
my hubby pun tanya, awak beli apa yang bill sampai cenggini sekali
Hai bang.. tak kan beli cekodok kot..
beli grocery la...apa lagi.. 
Dah le sebulan 2-3 kli shopping , kalau gini mau senak kan...kan..kan..

Then balik tu, nak ubat hati yang luka lara kerana harga barang yang dah 2 kali ganda naik tu
my hubby nak lyan tekak and tummy la pulak kan..kan..

Ekceli dah banyak tempat kami makan ikan Bakar, Rasanya Ismail Ikan Bakar ni
yang betul betul ngam ngan tekak kami.

Kalau sape nak tau kat mana letakknya Ismail Ikan Bakar ni
senang je.. Ianya terletak kat astaka Seagate tu. Restaurantnya betul betul tepi Highway
Jalan Tun Dr. Lim Chong Eu, 

Sebelum makanan lain yg di order tu sampai, aku request kerang bakar
sedap... air asamnya tu yang mengancam.
see..air asam tu, aku meratah je.. sangat sangat suka..compare ngan tempat lain
rasany yang ni tersedap..

hubby order ikan Jenahak bakar. Pew.. tau le kan ikan Jenahak memang sedap
selalu snagat makan ikan siakap dan ikan merah tu
kali ni kita tru Jenahak pulak k.

Ni pulak Sup cendawan. kami order 2 mangkuk malam tu. hambek..
nak buat cam ne kan, semangkuk tu dah selamat meratah ratah sebelum makan nasi lagi
jadinya kena la order semangkuk lagi..

benornya my hubby suka sup tulang kat sini
Tapi saja nak ubah selera malam tu order sup cendawan
Aleesya pun boleh makan sayur sayur kat dalam sup tu.

sori ek, gambar eden non hadi, sebab sedap melantak. ngeee..
bukannya apa malas nak berposing malam tu, biarlah abadikan photo suami 
dan anak anak..

 ok..semua dah licin, moh kite balik..
wah treatment la sangat kan..
bila hati geram kat harga makan, kita mkan bebanyak...
geram lagi makan lagi...makan dan makan..
Last barang naik seiring dengan berat badan pun naik jugak...


Amacam...barulah mencapai tahap keseimbangan ekonomi yang sangat sangat jitu kan..
hahahaha...



Note: Naiim merajuk nak makan kattepi pantai sebab ada karaoke..
huh.. harap karaoke je..makanan tak sedap pong...




*** At some point, you have to realized that 
      someone can stay un your heart but in your life.
     sometime,the strongnest among us are the one who smile through silent pain,
     cry behind closed doors  and fight battles nobody knows about.



Friday, January 10, 2014

Masih ada harapan.

Kalau Allah nak tentukan sesuatu tu milik kita, tak kemananya kan..
asal jejak je masuk ke tahun 2014 jam tangan ai tetiba stop..
jarum tak mau nak gerak gerak dah..mcm merajuk je sebab terpaksa lalui 2014 kan..kan..

huhuhu.. ni le kali terakhir jam ni berfungsi di tangan aku.
sekarang dia dah merajuk.. ingatkan sebab battery ke ape kan..
then dorang check ckp mesin yang rosak.

so, sekarang ni dah berkira kira nak beli jam baru la pulak
semalam dah survey... tapi dorang ckp hujung bulan baru nak offer..
tak pe kita tunggu yer.........


Aku dah mcm ingat ingat lup atarikh aku beli jam tu, mungkin dah habis kot warrantynya
mungkin dengan izin Allah kot, aku terjumpa kotak jam tu terselit kat rack 
ish.. baru agi tu beli, tak sampai 6 bulan lagi la

hahahaha... ada chance la ni nak gi tuntut kan..selamat duit eden.

hmm.. kekadang jam ni depend jugak kan, that day beli jam Leno yang RM39.90 tu pun tahan bertahun.
beli yang mahal belum tentu ok.
uits.. ini pendapat aku je tau, korang jgn marah le..
kang sentap pulak kaki kaku branded kat luar sana tu.. sori naik lori okey!

sori awak, that day saya berdegil sangat nak kan jam ni...
ni le akibatnya, tapi awak tak marahkan..kan..
tak pe biar saya je yang setel hal hal claim warranty ni..


Tapi kan, semalam aku tengok satu jam tu, comey je..mcm duk panggil panggil suruh aku beli je..
(hahahaha..sempat agi tu)..
syuh..syuh..syuh... rilek rilek..kuatkan iman ok.


***alhamduliullah,  30% dah berjalan lancar***




Note:Malas betul nak menapak kat Queens bay tu...




***  I may not get to see you often as I like
        I may not get hold your hand
        But, deep in my heart I truly know, you're the one that I love and I can't let you go
       




Your Day Is Just Around the Corner

Semalam Si Naiim tanya tentang sambutan B'daynya.
katanya suruh aku buat besar besaran... ecewah ko ni dah mcm citer ahmad albab la pulak
aku pun tak decide nak booking tempat ke, nak buat apa ke
kena discuss ngan hubby dulu..

ok..ok.. aku nak recall feeling feeling kejap ye..

Rasanya ni la gambar Naiim yg ada kat entry aku. sebab yang lelain tu ada dalam photo album
tak banyak sangat photo dia masa bayi tu. 

Naiim adalah anugerah Allah yang sangat indah dalam rumahtangga kami
keadaan kesihatan aku yang sangat sangat teruk masa ngandungkan dia..
bleeding dari mula preggy sampailah melahirkannya


Suppose kena on bed je, memang doktor pun cakap chances very slim.
Tapi Allah maha berkuasa, even 8 bulan je dia kat dalam my tummy
cukup sifat dan sempurna akalnya.
ku bersyukur.
  ada iras wajah Aleesya tak? Rasanya tak de kot.Naiim anak yang senang di jaga masa baby
bila dah besar ni mcm anak orang lain jugak le.ada nakal nakalnya.
even aku suffer masa preggy tu, tapi selepas dia lahir, dia anak yang sangat sangat sihat
lahir pun 2.4kg je.. kena induce pulak tu..

then dalam usinya 4 tahun gitu, kami di uji, apabila Naiim tetiba hilang dari pandangan.
dalam kesesakan orang ramai..kami langsung tak dapat nak mencarinya.
masa tu hanya Allah yang tahu.. bagaimana perasaan seorang ibu.

Alhamdulillah, Allah bekalkan akal yang bijak buat Naiim
bila dia pun tak dapat cari kami, dia terus tunggu kami kat Parking kereta.
bijak kan dia.. 

Dan..kami di uji lagi, sewaktu mengandungkan Aleesya..
Tetiba Naiim telah di langgar lari di hadapan mata aku sendiri
tanpa memikirkan yang aku sedang mengandung..ku rangkul anakkku dengan darah berlumuran di kepala
Ya Allah... naluri keibuanku sekali lagi di tebak.

Naiim anak yang baik, dan aku sangat sangat berdoa dan berharap, dia akan menjadi anakku
yang terbaik hingga ke Jannah..

Naiim kerap kali memberi kejutan kepada kami, 
part ni paling best bila dia jadi emcee..hehehe..celoteh mcm ibunya jugak ye dak.?

Bila tengok orang lain ada adik dia pun asyik mintak adik je..
Alhamdulillah, setelah 2 kali keguguran..
dua kali menghampakan Naiim akhirnya Naiim dapat juga adik..


Rasa mcm sekejap je kan . Kejap je Naiim dah nak melangkah usia 9 Tahun.
9 tahun sudah kamu meronda ronda di dalam dunia ni ye..

As per your wish, I try to fullfill okey!.



Note: When the old is waiting us, remember, our young just left us behind..
Be a matured boy while I'm getting old..





**** No matter how hard my day,how bad my life
         what I do..
         I always forget to forget you..
         I willl never forget you...but will always miss you...
         and I  miss you so much


Thursday, January 9, 2014

My Eye Need To be Change

Aku ni tak suka nak tulis senarai pepanjang untuk wishlist, cukupla sekadar ingat kat hati
kalau ada rezeki bolehlah fullfill kan, kalau idak makanya forwarded le ke tahun depan.
Ye la ada husband kan, tapi tak kan memanjang nak harapkan dia
hehehehe..

there are something wrong with my glasses which is I noticed since October.
But lately, it become worst and worst.
walaupun wishlist aku ni boleh aje tunaikan dalam tengah tahun ke.. atau bila bila je kan
tapi.. dah tak boleh tahan dah.. glasses tu dah banyak sangat calar dan pandangan aku jadi blurrr
so kena utamakan my eye first ok.

Ntah le masa buat dulu, kengkonon letak anti calar le, super duper multi coated la hape la
tak smapai setahun dah nak kojol pun.
scratches sana sini.. 
so..apa kata  ko Gieyana. Boikot! ha.. kita boikot dia..hhahahaha

kalau cakap kat hubby dia suruh je aku pergi kedai yang dekat umah tu.
tapi..aku kan ke dah boikot, so mana boleh pergi dah kan..kan.. 

tunggu time dia free memang susah le kan, Ok lah gi cari sendiri lah
mintak balik lunch lambat sikit
kalau bos tak kasi masa lebih..kita boikot bos pulak. hikss
boleh ke wat gitu?kikikikiki..

lepas check spek aku bagai , pas tu check mata lagi..
then dorang cakap kuasa mata aku...ecewah.. mata aku ada kuasa. 
mcm citer otomen pulak la pulak .  ( power mata) still the same
mungkin you rasa tak selesa sebab scratches block onto your view..

ha..betullah tu.. memang itupun masalah spek aku ni kan.
ala..mcm kita cat keta la.. letak anti rust bagai kalau nak karat karat jugak
mcm spek aku ni la, letak anti calar bagai kalau nak calar, calar jugak kan..kan..

ok, try multi coated ni pulak, konon baguslah sangat, mahal sikit dari yg biasa la..bla..bla.. and so on..
kalau tak elok jugak pas ni jaga le.. kedai ngko pun aku boikot gak.
hahahahaha... asyik nak memboikot je aku hari ni kan..


*** suka ngan kata kata adik yg kerja kat situ.. " you may choose any style, any clour, but the most important is you DARE!!!... yes.. what a nice quote kan..kan..***

gulp.. boleh tahan jugaklah kan harganya.. 
tak pe la setahun sekali je.. bukan untuk orang lain.. reward untuk diri sendiri jugak.

tak pe lah..nanti bonus raya cina kita cover balik k.. pas tu kita penuhi wishlist yang lain pulak.
dasar le kan, nama pun wanita mesti lah terserlah ciri ciri kewanitaannya tu.
sape setuju, sila angkat kening hokey!!!



Note: Mood nak tukar tayar kaki dah datang la.. nanti kita jelajah shopping Complex K.
Gurney ke, Prangin mall ke.. apa apa saja la..janji ada stock tayar.kaki hahahaha






*** You know someone, they cry for you, they awake at night 
        and dream of you, I bet you never know they do.
       and when they quite does not mean they never think and miss you.
       try to touch their heart then you will understand..