Friday, February 7, 2014

Peace tu wajib

Bila kami balik kampung, keluarga side hubby mesti cakap
senang nye aku bela anak... Ibu ebas nak buat apa saja.
nak masak ke, nak ke pekan ke atau apa saja le..
Aleesya behave sangat, tak de nak merengek, tarik tarik kain aku bagai
asal lapar je datang le dia mintak susu or nasi pas tu sambung main.

tu kalau balaik kampung..kalau kat umah sini tak de nak molek gitu aih
ngeko je mana aku pergi..pandai nau dia berlakon depan Tok dia yer..

Aleesya ni kalau dapat buku, memang suka nau menyonteng
rasanya buku si Aliff ni dah jadi mangsa
sama la mcm buku sekolah abngnya..
jenuh berpesan..kidal jugak dia..
 
 ada aku kisah mata  kelain, as long as kena snap peace sign tu memang wajib
hahahaha...

even mata tak tengok camera, tapi peace tu yang mahal.
hahahaha... 


tunggulah entry terbaik Aleesya membuli..
I will updat soon...


Note: MIL pun cakap, anak aku yg sorang ni garang sikit dari Naiim... 
hmm.. tau tak pe..




*** sometimes, no matter how much you wait for thing to happen
       All you can do is wait
       And usually, waiting is the hardest part!



Api dari Mana?

Masa on the way nak balik kampung, sampai je kat exit Sungai Petani 
aku nampak kat tebing tu ada api yang sedang membakar hutan keil kat tepi lebuhraya
hmm.. hubby ckp kalau dah panas sangat  hutan pun boleh terbakar.
betul ek? ke you just teasing me?

Kat umah MIL, dah dekat nak Magrib tu aku nampak ucle my hubby dok angkut air
saja la nak kay po.
sekali tengok, hutan kat belakang umah tu dah terbakar.
 
Api dah menjilat, tapi duk usha lagi tu..
risau jugak kan..kang melarat sampai ke tepi rumah.

Budak kecik ni sangat sangat teruja bila nampak api..
tak pernah nampak api yang mark gitu kot
maklumlah api gas kat umah je selalunya...

sib baik ada kak lala tolong tenangkan..
baru lepas nangis sebab jatuh tersungkur kat tanah..
tu la teruja sangat.........


Api dah semakin hampir tu..
pokok besar kat tepi rumah tu pun dijilat api jugak..
Aku suggest suh panggil boma.. tapi uncle hubby ckp masih boleh di kawal..
sib baik anak anak sedara yg bujang tu ramai..
kerah keringat la kan..

dari kejauhan kami dengar siren bomba..
hmm..mungkin bomba attack dari sebelah sana kot.
kalau ikut laluan umah MIL memang keta bomba tu tak boleh nak masuk.
sebab ada lapang sasar yang luas.. dan jalan mati.


dah berbahang muka aku time ni. nak jadi mamarazi la konon kan..
akhirnya api dapat di padamkan .
tak de la sempat nak sampai rumah..


terfikir fikir jugak , dari mana la datang api ni.
tetiba baru teringat... mungkin dorang main mercun kot
cuaca kemarau dan panas, bila serpihan mercun tu kena daun daun kering, so mula la berapi kan..
sib baik jadi awal.. kalau tengah malam..
mau rentung kami...


Note: Jgn seronok main bunga api je..ingatlah orang yang tersayang..





*** If you really love that person, Learn to wait!
       May be you are not meant to be together today
       but meant to be in future.



Thursday, February 6, 2014

Follower ke 700- Wanita Paling Kaya Di Dunia

kata orang kalau nak kaya kena berkawan ngan orang kaya
bukan sebab nak kikis kekayaannya, tapi belajar darinya mcm mana nak kaya mcm beliau.
Rasanya aku bakal kaya tak lama lagi
sebab follower aku yang ke 700 ni adalah wanita yang paling kaya di dunia
tak caya? silalah ke blognya di SINI


tara..my follower dah menginjak ke jumlah 700
huh..bukan senang nak dapat follower tau. BW pun suam suam kuku je..
lagi la lambat nak mencapai tahap piawaian tu kan...
hahaha.. piawaian la pulak.. ada kena mengena ke?


ha.. ni la empunya diri yang menjadi follower aku yang ke 700.
haa.. kan dah ckp, beliau adalah wanita paling kaya di dunia.
rasa mcm nak bagi something la kat dia.
tapi tak tau la apa lagi... tengok mcm mana dulu
rasa mcm nak outstation pun ada bulan ni..
kalau sempat beli kat penang aku beli kat sini.. kalau idak 
beli kat outstation nanti.. 


*** dari pemerhatian aku dan pembacaan aku tentang blog "Nursaila Norman" ni
baca secara rawak je lah kan..
belaiu ni seorang yang kreatif. 
korang boleh sewa veil dari beliau jugak tau
then daisy crepe tu snagat sangat cantik.
alahai.. jauh apai dari panggang la aku ngan dia..
orang berseni ni selalunya jiwanya lembut kan...***


tak pandai la nak review lebih lebih
korang terjah le blog dia..


sebelum menutup bicara, seiklas hati " aku memang suka DIY beliau"
shangat shangat shomel.pandainyerrrrrrrrrrrrr


Note: Like your tag line " wanita paling kaya di dunia"





*** I'm not be the cutest , the funniest,or have the best smile..
      But I'll never fail to let you know, I love you so much!
 

       


Pusat Ternakan Rusa Kampung Semeliang

Aku tengok rancangan apa ntah kat TV1, tetiba ada documentari tentang penternakan Rusa.
macam best jer kan.. 
Then hubby cakap, eh..kat kampung awak le..
oh iye ke? nape la eden tak tau. hahaha..
ok..nanti balik kampung kita gi ngorat sekor dua k.

 Nama pun balik kampung kan.. buat itu ini last terlupa pulak nak gi usha sang Rusa
dah petang pun, kami nak bertolak hantar anak sedara ke Asrama
pas tu nak gi Alor Setar Umah Mak njang bagai
saja la lalu kejap kat kampung Semeliang.
tengok dari kejauhan je la..

 Aku ciluk gambar ni kat FB dorang
gi lah terjah kalau berkenan nak ngorat sang rusa

Nama je la orang kampung, tapi sorang pun aku tak kenal dalam gambar tu
even owner dia pun aku tak kenal. hahahaha..
ni namanya orang kampung "ketulahan" ( di sumpah)

Aku sempat snap dari kejauhan je, sebab time tu dah lewat
kalau kami berhenti tepi pagar, sure Aleesya tak nak balik pulak kan..
Rusa rusa ni sangat sangat jinak.
Nampak je keta berhenti, dorang terus nak datang ke pagar

yang  bintik bintik tu betina kot noh.. tak pasti pulak aku
lain kali nak datang dan masuk kat dalam ni lah
kena datang ngan abang chaq baru best.. 
tak sure pulak boleh beli ikut kilo ke, atau memang wajib beli sekor sekor.

teringin jugak nak beli sekilo dua kan.. panggang sedap neih..
sesapa berminat call no ni:  012-4089689.
hehehe... haruslah promote kan.. orang kampung la katakan.
wah banyaknya rusa.. 
hahaha...

teringin nak pergi tengok ladang ragut.
sekali tengok gambar ni ( ciluk FB dorang) . terasa mcm kat Australia/ Night Safari tu
Nanti nak  cari peluang nak gi usha puas puas.



Note: Anak rusa nani baru kembang ekor, apa salah kami, lalu tidak tegur..




**** Time goes by a lot slower when you Miss the One you love
         Your Clock just like stop ticking !!!
         


Wednesday, February 5, 2014

Thank You Nestle, thank you for you and for all of you.

mmm..mcm mana nak start menaip ni.. hati dah berbunga bunga cinta ni
erk.. bunga bunga cinta? sape nak jawab ni?

ok..sebelum tu, aku nak panjatkan kesyukuran di atas rezeki yang aku perolehi
alhamdulillah... 
apa yang aku nak gambarkan kat sini, aku happy..happy sesangat
then tak sangka pun ada jugak.

 
hmmm.. ingat tak tentang my entry NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge
masa aku submit entry ni, pihak Nestle ada call aku banyak kali jugak
untuk aku complete kan mana ayat ayat dan link link yang aku terlupa nak hightlight
masa tu mcm yakin tak yakin je ..
bagi aku itu prosuder biasa je..

Then tadi, saja la gatal tangan nak tengok ada CPUV tak sepanjang cuti CNY ni
sekali tengok.
Alhamdulillah syukur.
even cuma RM150.00 je pun aku sangat sangat bersyukur
ye la kan, sape nak bagi sesaja je kat kita RM 150.00.
Terima kasih sekali lagi buat Nestle kerana pilih aku sebagai once of the selected recipe.

Then, nak ucap terima kasih jugak buat my BFF, sebab tolong emailkan
term and cond untuk aku.
sebab, my computer tak boleh nak view attachment 
sian dia, siap convert text. sibuk sibuk pun buat jugak untuk aku.
thank yer, sayang kamu ketat ketat tau.


Terima kasih jugak buat teman teman blogger yang wish me good luck
doa kalian jugak tu.
Moga korang semua dimurahkan rezeki. amin...


 *** ang pau pun dah selamat collect pagi ni.. dapat pulak angpau dari Nestle.best! Best!



Note:  Thank Nestle,thank you for you and for you all too..




** stop worrying about what you have to loose
     and what you had been loose
     and start focusing on what you have gain
     and I want you to know that  I'm glade having you in my arm
     thanks for everything and don't loose on what have now....





Tuesday, February 4, 2014

Alahai Kangkung

Kalau aku sibuk di dapur, anak dara ni pun sama baik jugak.
apa yg aku pegang yg tu jugak la yg dia nak.
tak mau ckp banyak korang tengoklah sendiri


Rengek rengek nak pisau nak siang kangkung.
last bagi je la pisau yg tumpul
ala..pisau yg kita mkn steak tu kan.
hambek nak sangat kan.


Rambut dah ghuper hantu kak limah
tak nak sikat masa lepas mandi tu
tak sanggup aku nak masak kangkung ni

nanti bila besar malas ke dalur jaga le
kecik kecik suka nau ngacau.


note: cepat besar..nanti ibu boleh rehat...



Baiknya anak anak ibu


Gigih gigih la updated blog ngan telephone handsome
nak jugak updated kan...
ye la windu je ngan umah aku ni


Hehe..baiknya anak anak ibu
ni masa on the way nak balik kampung.


Plan awal nak terus ke Hispital. Nak pergi tengok Tok Wan
yang sakit. Tapi.... dorang dah call yg tok wan dah discharge
alhamdulillah...

tok wan cuma jalani minor operation.


Note: nak bw time cuti memang non hado masa.






The only word that i can say ...
I'm really really miss you...
miss you much...