Wednesday, November 3, 2010

Sedikit di ambil banyak yang diberi..

Yesterday, after office hour, ku di suruh oleh en.bos untuk ke balai urus segala report & jgn lupa untuk bertemu ngan Pak Sarjan seperti selalulah...

Sampai kat Balai, ku parking ler merz 2 tayar ku itu. kat dalam raga tu ada burger McD untuk Amirul, rain coat & ikan. kutinggalkan jer menda menda tu kat dalam raga. yer la kan tak nak jumpa pak sarjan nak wak ikan semua.

Plan tu nak balik masak utk makan malam la. sementara hubby kat umah melayan karenah budak kecik sorang tu. Setelah report selesai, pak sarjan tak nampak muka lagi. tunggu ler aku ni tercongok kat balai tu...

then bos call
Bos: Cam na semua ok ker?
Aku: Lambat ar, Sarjan tak dak..
Bos: Lambat lagi kut, U pi makan dulu ar sat kena gastrik pulak
Aku: Tak per ar.... nanti nak keluar makan dengan husband
Bos: ok, apa apa hal bagi tau I ok.

Setelah semua selesai, aku pun gi ler kat parking motor tu, Ya Allah semua ikan aku di selongkar dek kucing. habis bertaburan. Sib baik Burger McD amirul tak di ngap nyer. Habis ikan aku di fara'it oleh sang Meow Meow...


Sampai jer kat umah, aku call bos cakap semua dah ok, lama sangat tunggu sarjan, sampai ikan I semua di kebas oleh kucing!!!!. then bos ckp sorry... sorry...

pas tu dia sms ini untuk aku :-


* Thanks banyak, mlm ni u makan apa yang u suka, esok bill bagi kat I* hehehe.. boleh claim kat bos ler makan malam aku kejap lagi. yer la aku dah buat kerja lebih masa. bos kena la ambik ati ayam aku ni.. hikssss

Mana tau hubby dah siap masak ayam goreng kicap lagi utk santapan kami sekeluarga. cuma tunggu aku balik jer utk di makan bersama. Owh.. so sweet. Cayang abang......


Aku cancell nak pi makan kat luar, walaupun bos dah janji leh claim balik kat dia. Bagi aku, air tangan suami lebih enak dari makanan kat luar sana.

Nota:- Ikan yg kucing makan tu tak seberapa pun jika dibandingkan dengan nilai masakan si suami.

Ke rumah Kawan lama..

Hoho.. citer ttg kawan lama belum abis lagi. sebab hari tu cuma tunjuk gambor anak anak dia & amirul jer.

Ni ler Kak Miza yang aku maksudkan. Kami memang close. duduk serumah & sebilik lagi masa zaman anak dara dodulu. Aku kenal dia sejak 1997. dah 13 tahun ko. Dia ni memang baik & sporting. Banyak suka duka yang kami berkonsi bersama. Sejak dia berumahtangga dia balik kampung halaman. tapi still bekerja kat Penang ni. Husband dia pulak kerja kat Parit Buntar.



Memang berborak sakan ler kami. apatah lagi dia pun dah ada 3 orang anak. Ternyata kedua dua kami mengalami perubahan fizikal yang begitu ketara. jika dodulu selim melim sekarang dah bam bam. Sejak aku anak dara lagi, aku memang selalu datang bertandang ke sini. hinggakan keluarga dia dah kenal benar dengan aku ni ha..

tara... tengok ler perubahan fizikal kak miza ni. kalau dodulu selim jer. hikss.. aku ingat aku sorang jer yang alami perubahan. rupanya ada geng yang seangkatan.

cari aku kat mana? kikikik.. 2 dari kiri ( belakang) kurus jer aku masa tu. baju yg aku pakai masa tu masih lagi tersimpan kat dalam almari. dah tak muat. waaaaaa... hai, bila la aku leh sarung kembali baju tu...

Aku dihidangkan dengan laksa. pertama kali aku makan laksa yang diletakkan cucur. Memang orang parit buntar makan laksa letak cucur ker? Last aku tak makan pun cucur tu, aku belasah laksa tu ajer.

Memang geram aku ngan anak kak miza ni. sebabnya langsung tak menangis. Baru 6 bulan tau. hish.. rasa mcm nak bawak balik umah jer budak ni.
Hubby lak jadi mata stim cenggitu. Memang geram, rasa cam nak cubit cubit pipi tu.


nota:- bila bertemu, banyak ler kenangan yang diceritakan kembali. hinggakan rasa tak cukup masa pulak. terubat ler rinduku setelah 3-4 tahun tak ketemu kak Miza.

Tuesday, November 2, 2010

Kampungku Banjir

tut.. tut.. my direction line berbunyi, yesterday morning. uh.. awalnya, sape la yang telephone pepagi ni. Dah la belum breakfast lagi ni. Ku angkat ganggang, ternyata suara dari bonda..

sedih.. betul ku dengar bila mak ckp, ramai umah jiran jiranku dah ditenggelami air. umahku agak atas bukit sikit, makanya belum la sampai air banjir tu ke rumahku. Ada jiran yang berteduh di bangsal/pondok di dalam kebun getah. yer la kan kebun getah kan kat lereng lereng bukit.


Sebahagian daripada berita ttg kampungku di landa banjir..

" bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 19.01 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai di paras 35.89m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 12.41m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.2 (paras bahaya 33m)."
petikan dari malaysia kini.com


Ku yakin hari mendatang bakal bersinar... langit akan kembali cerah.



Aku cuma risau ttg makan minum mak & ayah kat kampung. Apa dorang nak makan jika banjir berterusan begini. Masih ada lagikah stock beras kat umah. Kalau ada beras & ikan pekasam pun, Gas kat dapur tu masih banyak lagi ke?

Kalau kukirim duit, mcm mana mak nak withdraw kat mesin ATM tu sebab jalan penuh digenangi air. Abangku yang tinggal di kampung bersebelahan pulak tak dapat menjenguk mak & ayah sekarang ni..

p/s. bagaimana ku nak lalu makan jika mak tak makan, bagaimana ku nak nyenyak tidur jika mak tidur dalam kesejukan/kebasahan...

Apa perasaan korang jika berada ditempatku sekarang ni?

Sesekali apa salahnya....

Memang dah aim kat dalam kepala, memang nak wat N3 ni. Hari ni baru sempat nak buat.
Aku ni bukan kaki bola dan bukannya peminat sukan sangat. memandangkan yang tersayang memang alert dengan sport. so apa salahnya aku tumpang sekaki.

Seronok upernya nonton bola ni. aku tak enjoy pun dengan jaringan Gol!!!!! tapi aku enjoy tengok gelagat coach pasukan memasing masa perlawanan Piala Malaysia 2010, KELANTAN VS NEGERI 9.


Tengok ngan wajah serious Wan Jamak ni. Aku tak sangka pulak, masa gol pertama Negeri 9, yang tak dikira tu, dia lompat kegirangan sambil lipat kaki.kikikik.. memang lucu. aku yang tak suka tengok bola terus jadi nak tengok aksi seterusnya...( korang tengok tak aksi tu?) memang kelakor. Maaf Wan Jamak, Tapi eden memang terhibur ngan aksi spontan kamu tu..

Kemudian kamera menuju pulak ke arah B. Sathianathan, Jurulatih Kelantan. Aku tengok wajah dia langsung tak senyum. mundar mandir sana sini. gelisah semacam jer. kalau la kameraman leh focus lama sikit kat mimik muka dia, tentu dapat gak ku snap wajah dia tu untuk tatapan korang..
Alhamdulillah, tak der incident teruk yang berlaku. cuma ada la penyokong membaling botol mineral dan bunyi sikit sikit jer dentuman mercun. Risau gak aku, yer la takut incident masa kelantan lawan selangor berulang lagi...
Aku ni tak ler bias mana mana pihak, tapi utk para penyokong kat seluruh malaysia ni, beretika la sikit bila menonton bola. Jgn sampai kerana benda benda mcm ni, generasi akan datang dah tak nak gi stadium...


Kemain gembira lagi masa jaringan pertama Negeri Senbilan. Tapi ku akui, kedua dua pasukan tu memang hebat. kedua dua bahagian penyerang memang superb.. kenapa ku kata begitu. sebabnya memang susah ler bola nak bolos gol. pemain pemain kena berhempas pulas tau..



Ni jer la aksi yang dpt ku snap melalui kaca TV. hohoho... bukan setakat lawan sepak bola jer. menyepak & menyiku pun ku boleh tengok jugak..

\
Suka dengan Hasbullah Awang, bila dia suka satu nama pemain tu dia akan sebut berulang ulang. Apa yang aku dengar malam tu " Chineroit"( tak tau nak eja nama) berpuluh kali kudengar dia sebut. kejap kejap chineroit, kejap kejap chineroit..


kepada pembaca di luar sana kalau tau ejaan chineroit yang betul sila bagi tau yer. Untuk pemain yang ku maksudkan tu, ( maaf yer)..

Monday, November 1, 2010

Apa tindakan korang?????

Last week, aku ada ler pergi kedai elecktrik ni..( tak yah la gitau nama) . Aku nak beli satu barang yang harga dia 2-3 riban gak ler. Tapi salesman tu cakap stock baru tak mai lagi. Mungkin friday ( lusa) baru ada. Dengan penuh semangat si salesman tu dok citer ttg kecanggihan barang tu. Aku semakin teruja ler. tapi kena la tunggu lusa baru leh tengok . tul tak.

Kesibukkan menyebabkan aku tak sempat nak gi tengok. so, semalam aku pergi la kat kedai tu sekali lagi. Then salseman tu still ckp brg tak datang lagi. dia pun call ler branch dia kat prangin mall & Gurney. mana tau stock leh ada kat sana.

Tetiba, Amoi sebelah tu cakap hokkien. Aku faham la apa yg dia cakap tu. " lu call chuchui? men call, ie bo eng, ie ki gurney fair ma... bla.. bla.. bla.. last dia ckp. lu hor tia lui loh...

maksudnya:- hang call sapa? jgn call dia sibuk sebab kat gurney ada fair. kalau depa ni nak jugak. hang mintak deposit.

silap banyak ler amoi tu. ingat aku tak faham ker? Then aku pun jawab la. at least aku nak tengok dulu product tu, baru leh bayaq deposit/ wang pendahuan. then dia ckp there is no way, u give us deposite then we order for you... if you want to see the product, just online the website.

Aku dah naik geram. Last aku jawab ler. kalau nak beli tengok website. lebih baik aku beli melalui online. tak payah aku mai sini dah.. Then kalau u all tak dak product tu, I boleh cari kat lain kedai.. org nak bayar deposite beli keta pun org tengok model dulu . ( terdiam Amoi tu)

Then, salesman tu nampak mcm aku dah lari dari situ, dia pun bagi name card. then cakap suh aku call dulu sebelum datang.


mmm.... tu pun kalau aku ada keinginan nak datang beli kat kedai korang. Kalau mcm ni punya service lebih baik tak yah ler....

Sekarang Baru ku Tahu...

Sejak kecil, aku memang dibesarkan oleh mak. Walaupun jadi ibu tunggal mak memang cuba untuk sempurnakan hidup kami 5 beradik. Aku langsung tak tahu tentang ayahku. Tapi mak tak pernah cakap perkara tak baik tentang ayah.


Mak selalu pesan, jgn benci ayah, sebab kalau ayah tak der, tak der la korang kat dunia ni. Kalau korang jumpa dia bila besor nanti, hormat & sayang dia tanpa ada perasaan benci. Itu pesan mak sejak aku kecil.




Tadi, aku merewang kat blog blog. saja ler cuci mata. tetiba aku nampak benda ni kat blog SINI. Uitss..nampak cam kenal jer. Namanya Mandai (makanan orang banjar). Makanan generasi keturunanku rupanya. Tapi, sejak kecil aku memang tak suka benda ni. Ntah la, puas mak masak untuk kami, tapi ternyata ianya tak jadi kegemaran pun.

Sampai sekarang mak tak pernah masak dah. Kami pun tak pernah merungut nak makan. Dengan bahasa mudah, Jeruk kulit cempedak/nangka digoreng dengan ikan bilis + cili.

then aku ronda pulak kat SINI. nyum nyum aku jumpa ler makanan kegemaran aku sejak kocik kocik. Mak selalu buatkan ini. Namanya Wadai Kepeng. Bukan badak berendam tau. sebab dia tak der inti kat tengah. Aku memang suka. Nak kena praktikkan untuk Amirul nih..

kalau dah masak mcm gini la rupa dia. sedap.. aku suka.. Memang susah nak jumpa masakan orang banjar ni di jual kat nasi nasi campur. sebab makanannya lain dari yang lain.



kelmarin masa pergi umah ayah kat Kota Kuala Muda, aku ada bertanyakan tentang 2 jenia masakan ni. Ayah cakap memang makanan orang kita, katanya. Tapi sebab ramai dah kawin campur, kebanyakkan generasi sekarang tak menggemarinya dah...



nota:- terima kasih bebanyak kepada blog yang aku terjah pagi tadi. sebab mengingatkan kembali aku kepada zaman kanak kanak..


Lama dah tak layan...

Since my life schedule is very packed. It quite sometime, kami tak bawak Amirul melayan tempat permainan. Kalau nak melayan Amirul dengan permainan bagainya ni, selalunya tugas hubby..


Di kesempatan yang ada kami singgah kat TESCO Tengku Kudin. Selalunya kalau pergi soping, sengaja guna lift. sebab tak mau bagi Amirul tengok semua menan menan tu. Lepas shopping terus blah balik.. Tapi kali ni, rasa mcm nak bagi chance kat dia pulak..

Walaupun masa tu, aku memang letih sebab on the way balik dari umah ayah kat Kota Kuala Muda nun. Yer la.. pergi balik hari memang rasa penat. Rushing gak tu pergi Umah ayah sebab nak ngantor lampu garam bukit yang dah lama janji nak belikan untuk ayah..

hish.. nama pun budak budak kan. tak sempat Amirul nak keluar dari lubang tu. main belasah masuk jer budak pompuan tu. sabor jer la.. Dulu tak kena bayar utk main kat sini. Tapi sekarang dorang sudah charge ler.. bayar pun bayar ler janji Amirul happy..


Susah betul nak snap gambor budak sekor ni. Sebab asyik lari ke sana kemari. bila aku tak layan bergambor, mula la panggil suh snap.


tengok tu.. atas bawah dia panjat. Mula tu ingat nak tinggal jer kat dalam ni. pas tu gi shopping. Tapi riso pulak, sat dia keluar theb cari kami pas tu sesat..hishhh.. tak boleh tak boleh.. dah ler anak satu jer.


Dah lewat, Amirul still tak nak lepaskan keta parking ni. Bangla pun dah start angkat kosi letak atas meja. puas jugak ler kami pujuk.

Last bila abang bangla tu usha kat dia, baru dia turun . Masa jalan turun tu asyik bisik kat kat aku. Awat pak cik tu marah?.. awat dia marah mirul saja.. kikikik
biar dia takut sikit.. kalau tidak bontot tu melekat jer kat keta parking..
p/s. Amirul dah besar rasanya. mungkin setahun dua lagi dah tak sesuai nak main keta parking ni..cepat benor masa berlalu..