Wednesday, November 24, 2010

Amirul with Cousin

Tak der banyak pun photo yang di snap masa Raya aji that day. Tapi ada ler kisah di sebalik gambor ni.

Amirul terambil buku ejaan kezen dia, si Atikah. Dia ambil dan bawa balik ke umah tok sebelah aku ni ler. a.k.a umah mak aku . Punya ler sonot dia baca. gambor buku tu pun aku lupa nak snap. Masa kat kg aku, dia dok baca bersama-sama kezen dia side aku nih..

Sebelum kami bertolak balik ke penang that day, singgah ler kejap kat umah MIL. Masa asyik berborak. tetiba si Atikah nangis nangis tanya ttg buku tu. Aku dah syak ler, mesti kerja Amirul ni. Apa lagi diam-diam aku godek godek bahan bacaan dia.
hohoho.. ada la pulak, then aku memang nak ngajar Amirul ni supaya jgn ambik barang org sesuka hati. So, aku suh jer si Amirul ni bagi balik kat Mak njang dia. Bila Maknjang tanya, jumpa kat mana dia terus jawab tak tau.


geram ler aku, aku suh dia cakap yg betul. then dia cakap maaf, mirul terambil hari tu. ni, mirul bagi balik kat Tikah. ha... budak budak ni kita kena ajar dia cakap yg benar. supaya besar nanti tak suka mencari alasan. harap harap ler.

Sian lak ku rasa kat Amirul tu. Mungkin dia berkenan ngan buku tu, tapi tak tau nak bagitau kami as a parent ni. So, aku suh ler hubby pergi cari buku yg slightly same tu.



Punya la suka Amirul tu, sampai ke temnpat tidur dia asyik membaca. nanti nak beli lagilah 4-5 buah utk bacaan dia. cuti sekolah ni kan, biar diisi dengan membaca.


Kenduri.. kenduri.. kenduri...

Biasa la kan kalau kenduri time raya ni. banyak undangan yang nak kena terjah. So, pergi pun sekadar memenuhi undangan. Kalau nak menjamu selera, dah sendat sangat perutku ini.

Sampai kat umah kenduri kezen husband pun dah pukul 05:00 ptg. Umah Pakngah hubby. Nak wat cam ner, side aku pun ada kenduri jugak. memandangkan kami dari kampung aku, so kenalah lewatkan sikit ke kenduri kezen husband ni.

Pengantin pun dah tukar baju bagainya. siap dok cuci kawah lagi. hiksss. Aku plak tak makan pun, tolong pegang anak sedara husband. kasi chance my SIL nak makan.

Pas tu , aku meronda kat balai masak belakang sinun, jumpa ler kuih muih yg disediakan untuk orang gedehuk ( org masak) org kedah selalu panggil gedehuk. Aku makan kuih kapal terbang sampai jilat jilat jari. Sebab gula melekit kat jari tue. Hubby ler ni snap gambo candid.

Yang si Amirul ni plak, tak habih habih ngan tracktor. Yer la pak ngah hubby ni org wat sawah. so, ade la tractor ni. Punya la dok bergebang, tak sedar dah nak magrib. maklumlah ramai benor kazen husband. best ar dorang tu sporting.
Aku tak leh ler berseloroh sangat. kena la control sikit. adat ler, jaga air muka suami. kalau aku jumpa kezen aku lainla berseloroh sampai tak hingat donia kekadang tu.hikssss


Apakah jawapan kalian??

Tak dinafikan lagi bahawa Tana Toraja memang terkenal dengan adat dan budaya yang memang unik. dari segi amalan hidup sehingga lah kepada upacara keagaamaan. Rentetan dengan itu, kat TV pun ada sir dokumentari tentang tana toraja ni. tak ler aku sentuh semua adat-adat dia. cuma aku nak gitau ttg upacara "Rambu Solo". Korang baca ler kisah ttg adat dan budaya dorang ni. memang unik tau.


Aku bukan nak citer ttg semua tu. Cuma aku nak korang fikirkan, apakah jawapan yg harus aku jawab. bila org kafir ( bukan islam) cakap yg cara kita lakukan korban melaui gambaran gambar di atas. di mana kerbau di tetak hingga darah mencurah curah.

lagipun masyarakat tana toraja ni terletak di indonesia, cara pakaian dorang pun lebih kurang orang melayu, berkain batik dan bersarung.

Apa jawapan korang pulak bila dorang tanya, kenapa daging korban tak leh di agihkan kepada org bukan islam?.



Beginilah cara pengkebumian masyarakat tan toraja, dimana keranda di gantung di lereng lereng bukit. kemudian di pindahkan ke dalam stor yg di bina khas di dalam gua.



Aku andaikan di sini : jika kucing dibelai, di mandi & disyampu tentulah kucing lebih bersih dari ayam. tapi kenapa kita makan ayam dan tidak makan kucing. sebab ikut logik kucing lebih bersihkan...
" jawapannya kat sini, sebab ajaran islam kata haram makan kucing, halal makan ayam"


bolehkah aku jawab kat org kafir yang hukum kata, daging qurban tak leh bagi kat org kafir? tentu tak boleh kan, sebab dorang pun tak tau hukum hakam ni.


Boleh tak korang bagitau, cam na nak jawab kat dorang?

My Love (Mak & Hubby)

Ahad malam baru ler aku sampai penang setelah 6 hari bercuti untuk Raya Eidul Adha. Seronok sangat sebab husband tinggalkan aku & Amirul kat Umah Mak aku. bermanja manjaan aku ngan mak aku. tidur pun dakap dakap lagi. Memang terubat rinduku kat mak.


On, monday mak call tanya tentang lampu menyuluh dia. Ada tak tersangkut kat beg pakaianku. Sebab dia ada nampak Amirul duk main ngan lampu dia tu. Aku promise kat mak, balik kerja nanti akan aku carikan.


Lampu suluh tu leh letak kat kepala, senang jika memalam dia nak noreh bila musim daun getah luruh. Kalau musim ujan cam sekarang ni, apa lagi nak memancing ler.


Sebelum aku bertolak balik umah dari office, hubby lak sms suh aku beli Ponstan kat Farmasi masa on the way balik kerja tu. Tadi elok jer masa nak datang kerja. sakit apa lak hubby ni sampai nak kena beli ubat tahan sakit bagainya.


Sian, sayangku ni, dia sakit gigi la pulak. tak leh nak makan apa pun. gusi lak membengkak. Dia cakap lapar sangat tak makan sejak pagi. Aku nak masak moi dia tak nak. So, aku masak ler seringkas yg boleh. pas tu dia makan banyak plak tu. hubby cakap, dia telan ja, tak kunyah dah...
kalau kunyah sakit. sian sungguh aku tengok.


Tadi masa nak datang kerja, aku pesan suh hubby mandi banyak kali, minum air banyak then jgn lupa pergi klinik.


upss... lupa lak aku nak call mak ckp ttg touch light dia tu sebab dok sibuk melayan suami yg sakit gigi. Mak ler yg kol aku kejap tadi, tanya sama ada touch light dia ada ke tidak.


ishhh... cam na leh lupa nak bagitau kat mak yang touch light tu memang tak der kat dalam beg pakaianku. Sian mak mesti sejak kelmarin dia tunggu panggilanku.


macam ni ler anak, selalu lupa.. lupa.. lupa...

Tuesday, November 23, 2010

Bihun Sup Lahar Ikan Mati

hujan renyai renyai membasahi bumi, titisan titisannya itu jatuh ke permukaan sungai, membentuk bebola kecil yang begitu indah sekali. tatkala kami melepasi Jalan Penaga... Chewah.. cam nak tulis cerpen lak.hikssss

On the way nak balik Penang dari Umah ayah di Kota Kuala Muda, aku dah pasang angan angan nak makan Bihun sup kat Lahar Ikan Mati ni. Femes woo.. bihun sup ni. Dulu, gerainya kecik jer kat tepi sungai. tapi orang yang datamng makan punya la ramai. memang sedap. bak kata orang "sup Utara yang Ori"

Hubby order yg special, aku order yang biasa jer. Amirul pulak order yang budak punya. Tokey kedai datang kira berpandukan kaler mangkuk. so, tak yah la cakap apa yg kita makan masa dia datang kira tu.

hohohoho.. betul betul ho leow ni. Ingatkan cukup le semangkuk utk budak. Mana tau hari tu Amirul betul betul berselera. terpaksalah order lagi semangkuk untuk dia.

Ha.. tuan tanah nak tayang gak kat sini. sekarang ni kedai dah di ubah kebelakang. sebab jalan diperbesarkan. mmmm.. lebih selesa.

Penuh mulut Amirul makan. Memang dia suka bihun sup. jgn tak tau ni, mangkuk ke 2 dia. memang suka tengok dia makan.

ha.. tengok tu, walaupun kami bertiga ja yang makan. tapi ada 4 mangkuk tau. kalau korang nak ke SP tapi tak nak guna highway, singgah ler kat sini. Jgn awal sangat, setahu aku dia start operasi jam 2ptg cam tu ler.



note:- kalau tapau kurenggggg sikit rasa umphnya.



Monday, November 22, 2010

Dia pun nak jugak...

Amirul & papa memang subulu. kemana jer pergi mesti nak berdua. kekadang tinggal aku sengsorang kat rumah. Dorang berseronok kat luar. Bukannya aku tak nak ikut, tapi sengaja aku suruh dorang keluar berdua sebab aku nak settlekan kerja rumah.


bukannya apa, dorang berdua ni, kalau aku mengemas kat dapur, pas tu bila aku datang kat hall tengok semuanya bersepah. Papa dengan buku buku & pepper. Amirul pulak ngan menan menan dia. pas tu ganggu la aku rasa bila time aku wat spring cleaning, ada orang sangkut kat situ, sangkut kat sini... so, bila dorang keluar selesa sikit aku rasa.


chewahhh... chewah... si papa tu memang dah tau la lenguh sana sini. maklumlah dah 33thn la katakan. yang si Amirul ni, sakit kat mana?? nak jugak dia ambik part. merabihkan duit ada la.
org urut belakang dia urut kepala ler. sebab kerusi tu memang utk orang dewasa la...

tengok la gaya kepala amirul diurut. bahagian pinggang tu, urut bontot dia. kahhhhhh.. lawak siut budak ni. kat bagagian kaki tu langsung tak sampai. hai.. mcm ni la karenah amirul selalunya. suka wat benda benda yang di luar jangkaan kita.



ha, ko.. sampai terlentok papa kat situ. best ker bang? layan jer la.
nota:- sejak akhir akhir ni, banyak XTVT mereka habiskan berdua. bagus gak tu, jadi bodyguard papa yer Amirul.


Not Feeling well...

hmmmm... minggu lepas mas nak pulang ke kampung beria -ia aku ni. kerja half day plak hari selasa tu. memang semangat berkobar kobar nak balik kampung. nak jumpa mak, ayah, abang & adik. sonoknya dapat jumpa semua.

Sampai jer kat kampung aku di KN, 2nd hari raya tu, my 2nd & 3rd brother tak der kat kampung sebab dah blah balik raya umah Mertua. tinggal la abang chaq & adik aku jer. borak makn, borak makan, borak makan. tu jer la kerja kami tiga beradik. sambil makan sambil sembang gelak gelak smapi guling guling.

Pada hari raya ke-2 malam tu jugak hubby kena balik Penang sebab dia kerja. So ditinggalkan aku & Amirul kat Umah mak. Sunday baru la dia balik ambil kami. Aku ni makan smapai tak ingat donia. makan itu ini. Kenduri lagi. ais kat mulut jer.


Hari ni, aku demam, mulut semua pecah pecah. Gulai ikan puyu ngan ubi keling tu pun aku tak dapat nak makan sebab mulut sakit. Tak kan nak MC kot. datang kerja jugak la.. sob.. sob..


nota:- bila balik kampung jer meroyan sakan. datang kerja dah jadi mcm ayam berak kapur.