Tuesday, January 10, 2012

Mak. I Love U

Korang sayang tak kat Mak Korang???
sayang kan.. sayangkan..
Aku pun sayanggggggggg...tau

K lah nak citer sikit. mcm mcm mak aku buat untuk aku
klau aku nak makan itu makan ini mesti mak usahakan


Kalau aku ada masalah emaklah tempat aku mengadu domba
dari hal yang kecik sampailah yang sebesar besarnya
korang ada ngadu tak kat mak korang???
baik ngaku.. cepat ngaku.hehehe mestila kan


Recently masa aku berpantang, mak datang jaga aku
prepare peralatan lepas bersalin bagainya
jaga makan aku, sian mak dah tua pun kena jaga aku jugak
Aku le sorang puteri emak. empat lagi putera tau.

Mak aku ni suka telefon aku. tak de hal pun dia fon juga. walaupun nak tanyakan aku tengah buat apa tu? ok ke hari ni? anak mcm mana?


pendek kata selang sehari dia akan telefon. Faham faham la kan, kalau mak telefon
aku akan ckp. mak letak fon jap lagi Ana call balik.
Sian kat mak, nanti habis kredit.
Bior le kredit aku yang habis tul tak?


Mak aku ni selalu gak wat Surprize utnuk aku
kekadang tu, petai pun dia hantar kat aku ngan Pos Laju
kekadang tu belacan. hahaha ( dia tau aku tak sukka belacan Penang)
prihatinnya mak aku.
Sebab tu aku sayang sangat ngan dia.
Mak korang ada wat cam tu ke?

Handbag ni cantik tak? Bagi aku cantik sangat untuk mak aku..
Mak aku pernah cakap, kalau dia nak beli beg tangan dia suka yang banyak pocket
so, yang ni aku belikan untuk dia. banyak pocket kan. hahaha

harga tak mahal pun. tapi oklah. around my budget.
Selalu sangat Mak wat Surprize untuk aku
So, sekarang aku plak nak wat surprise tuk dia.


Ni plak sendel. warna merah tue..
Mak aku memang suka warna Merah
aku plak tak suka warna merah.

mesti terkesima mak aku terima benda ni
walaupun aku nak balik sabtu ni. tapi sengaja tak mo bagi by hand
jahat noh aku.. tak pe.. kaco kaco sikit mak tu baru fun!!


jeng.. jeng.. jeng... aku dah balutkan
nanti nak wat pos laju. berdesuppp hantar balik kampung
moga moga mak aku gembira dengan hadiah aku ni.

Ni hadiah B'day Mak yg aku postpone sebab masalah yang tak dijangkakan.
Aku dah janji nak belikan
Mak mesti lupa dah. Tapi aku ingat lagi akan janjiku.ngeee....


Nota:- Kalau Mak leh surprizekan aku, apa salahnya sesekali ambik hati mak pulak.

Orang Banjer Old Town

Syukur kepada rezeki ilahi
kali ni ada lagi insan yang nak banjer aku kat old town
kali ni dia ajak sekali ex staff yg gantikan aku sewaktu bersalin dgn anak dia

ini menu pilihan anak si Aiai.


ini Aiai punya



ini Soo see punya

ini pun anak si Ai ai punya

heheh.. org yang banjer tu tengah enak makan
my officemate la yang banjer sapa lagi
walaupun aku selalu gaduh ngan dia kat office
tapi dia suka gak banjer aku
kalau aku yang banjer dia, tak pernah pun

nak jugak aku banjer dia, tapi dia ckp kalau u nak banjer kopi o chepau( sebungkus) cukuplah
dia ni jenis tak suka orang banjer dia
ada pulak org yang cenggini dalam dunia ni noh...


pictures terbaru aku, sejak aku dok Bf ni berat mcm tak nek plak
hahaha.. perasan kurus la tue.
bukan aku yang kurus yer. tapi gambar ni je yang nampak cenggitu
kalau in person gedabak gak aku ( terimalah hakikat Ct oi..)


sambil makan tu, tak kenyang lagi, so order tambahan la pulak
aku order....


aku order menda ni. hehe korang pun tau
tiap kali akupergi sana mesti roti ni jugak yang aku nak order as side menu
ntah le, rasa dia memang memukau kalbu


terlanggar pantang aku hari ni.
memang tak tahan ngan wantan sup dia.
memang aku suka..



Ni la aiai ngan anak dia tu.
slim benor anak dia. hehehe..

Monday, January 9, 2012

Breast Pump Rosak!

huhuhu... pump kesayanganku telah selamat rosak. kwang kwang
Baru 3 bulan aku guna.
sian kat aku, sib baik dia rosak pada hari ahad( kelmarin/semalam)
Aleesya ada ngan aku sepanjang hari
makanya kelmarin aku tak pump le.

Nak pergi beli tak de masa la pulak, dengan layan kerja sekolah Amirul bagainya
So, belek belek dalam almari tu
ada la pump manual
Syukur.. leh aku guna hari ni

Aku guna Pureen battery pump jerk. murah le kalau berbanding ngan Avent tu. Tak mampu aku nak beli Avent. Nak beli tu boleh, tapi ada banyak expenses yang aku kena tanggung.
biasalah kan, aku bukannya orang ada ada..

Tadi aku ada call Pureen Centre kat Butterworth. Nak tanya cam ne kalau nak service
tak pe la kalau tak de warranty pun. aku bayar le.
Boleh je org yg answer tu ckp. "Tak pernah le terjadi mcm ni, so kami tak tau la kak". Nak gelak ke nak marah?

Rasa mcm lawak je answer dia tu. Tapi aku cool je. malas nak fire. memandangkan aku beli product tu pun dalam RM 120.00 kat Farmasi. Dalam kotak tu pun tak de warranty kad ke hapa ka ke.

Then aku tak puas hati le dengan jawapan tu, aku call pureen centre KL. dorang ckp PIC tak de, so dorang ambil no telephone aku & janji nak call aku.
sampai sekarang tak de pown.

sekarang dalam kotak fikiranku, nak beli yang baru.ngeeee
harus beli.. harus beli..
demi anakku tersayang. muah muah..

susuku ini akan menjadi phojaan hattimu :D:D:D:D:D

Char Koay Teow punya Pasal..

Maaf yer utk N3 ni, gambor memang kelabu sebab aku guna camera Hp jerk
maklumla Hp pun, Hp murah

meh sini nak citer, kalau korang orang Penang memangtau le tempat mkan kat Seagate tu
kalau malam malam memang ramai sebab kat sana ada ikan bakar, pas tu ada karaoke & tempat hisap shisha pun ada.

Aku nak makan Char Koay Teow kat depan Sunshine tu.
Tapi husband memang malas nak turn pergi sunshine lepas balik dari Tesco
so, makan je la kat belakang "Seagte" ni katanya

mula tu nak makan kat tempat ada karaoke, tapi aku la pulak tak nak, sebab tak selesa kalau makan ada org tengah memekak!!!

Then husband suh pi kedai sebelah plak, aku tak mau jugak sebab kat situ
ada org Hisap Shisha. bagi org lain wangi. tapi bagi aku BUSUK!!!!! menusuk ke tekak
mcm mana nak makan, korang mcm mana?

So lastl, pergi la kat satu kedai yang agak gelap sket. Aku pun dah malas nak merungut
kat husband, kejap itu kejap ni. mcm banyak songeh la pulak. ngeee

aku order char koay teow, Amirul order chicken chop & hubby order nasi & sotong masak pedas apa ntah. Tunggu punya tunggu..
punya la lama. bukan ramai pun org ada 2-3 meja jerk
meja lain pun dok tunggu makan jugak

hmm... last kuaq jugak suara aku ni ckp. kalau makan kat sunshine tu mesti sedap & order pun dah sampai. hubby diam jer.


hmm.. char koay teow aku dah sampai. aku pun makan sampai habis char koay teow tu. Air pulak tak sampai sampai.

Amirul plak dah tak sabar, terus je pergi kat kakak ambik order tu & tanya ttg air.
dia pun cakap a'ah... dok buat dah,sat.. sat..

bapa lama nak sat da...


husband dengan penuh kesabaran menunggu menu dia. dok pegang Aleesya sementara aku makan. Biasa la husband, dia ni penyabar orangnya. tak bunyi apa pun bila order dia tak kunjung tiba. hehehe

last, Chicken Chop Amirul pun sampai.

sampai amirul selesai menjamah chicken chop tu, order husband still tak sampai jugak. Last husband pergi bayar bill tanpa makan apa apa pun. sian dia.

Masa kat kaunter pembayaran tu, time nak bayar ada la satu mamat tu, dia pun nak bayar jugak. Then dia pun dok mengomel ckp, dari tadi minum air jer. dah dekat 1 jam. naik kembung perut minum air. nak tunggu apa lagi. mcm mana la dorang ni berniaga?
nampak mcm marah je mamat tu.

arkkk.. ingatkan kami je dok tunggu makanan, upernya ada juga order org lain yang tak kunjung tiba.

Sampai je kat umah, husband suh aku masak pedal ayam goreng kunyit sebab dia lapar. Sian betul ngan dia. dah sampai umah pun still menunggu lagi untuk aku siapkan pedal ayam goreng kunyit dia.

kalau la aku tau lepas balik shopping kena masak bagai, lebih baik tak payah makan kat luor. makan je kat rumah.

lepas ni ni kedai tu aku pangkah, tak mo masuk dah!!!!

Saturday, January 7, 2012

Peristiwa Sewaktu Bershopping

ini citer bulan lepas punya, tapi aku tak sempat update kat sini
so, hari ni free sket aku nak citer

sejak ada Aleesya ni, bila shopping jer aku akan letak Aleesya kat umah bb sitter
Bila dah selalesai menyoping, baru aku pergi ambik


kali ni, aku bawa Aleesya sekali pergi shopping
Shopping ngan siapa? hahaha.. ngan bb sitter
mcm mana nak tinggal, sebab bb sitter pergi shopping
aku ikut dorang pergi beli peralatan sekolah

untuk Amirul, papa dah beli semuanya
so, aku pergi cuci mata jer

letih sangat si Aleesya tu sampai tertidor
aku nak citer ttg org kita yg tak sensitif dengan penyusuan ibu ni
bukan nak mengata, cuma aku nak org di luar sana terutama kaum ibu dan ORANG ISLAM.
harus sedar tentang perkara ni

ok, aku memang nak menyusukan Aleesya, tapi kat Bukit Jambul ni tak de tempat untuk menyusu. tak kan nak menyusu anak dalam tandas?
tak mcm TESCO yang memang menydeiakan bilik untuk penyusuan.
hmmm... org asing pun sensitif ngan penyusuan ni
kenapa org tempatan terlepas pandang

ini kak Mira ( Budak pandai tau, PMR 7A) anak bb sitter. kakak ngasuh Amirul

ok, berbalik pada cerita aku. Semasa sedang shopping tu, aku nampak satu kedai
kedai jual jubah, tudung & peralatan untuk kegunaan org ISLAM aje
pemiliknya pun sudah tentulah org ISLAM.

Dalam hatiku hanya terdetik, dia ni org islam tentu dia lebih faham.
Makanya aku pun minta izin untuk masuk ke bilik persalinan untuk menyusukan Aleesya
korang tau apa dia jawab kat aku

"Ooooo.. Tak Boleh, tak boleh.. kalau adik nak menyusu, duduk je kat kaunter ni"
aku terkejut!! dengan bertudung labuh cenggitu, kau boleh selamba je suh aku duduk depan kaunter nyusukan anak!!!!


Baik tak payah, kalau nak nyusu depan kaunter, lebih baik aku duduk kat KFC ke, MC D ke selak baju nyusu terus. betul tak?
aku pun bukannya biol sampai cenggitu nak main selak je depan org ramai.

ini bb sitter. mak ngasuh Amirul

then, bb sitter kesian kan Aleesya yang kelaparan tu. Tak pe la T akak lindung. susukanlah Aleesya tu. Aku ada bawa susu dalam botol. tapi Aleesya tak nak.

biasala budak kecik tu, kalau nampak aku jgn harap dia nak minum botol. nak direct ker.


ini Huzaifah (abg jai) memang kamcheng ngan Amirul.

Naluri seorang ibu ni, akan mencari jalan jugak untuk kenyangkan anak. betul takj?
last, aku jalan laju jerk, ke KAMDAR. masuk je kamdar aku terus masuk ke bilik persalinan tu dan susukan Aleesya. hmmm... puas Allesya dapat minum susu

Dalam hati terdetik " Syukur padamu ya Allah, kerana menyediakan ruang ini untukku menyusukan anakku"

Amirul dah mula boring sebab lama sangat kami shopping. dia pun ngantuk
Bila dah selesai semua kami pun pulang.


Nota:- kepada kakak tudung labuh tu, aku berdoa agar perniagaanmu lebih maju dan semoga allah membuka pintu hatimu. amin...

Friday, January 6, 2012

Jambatan Cinta

Jambatan Hohenzollerbruecke di Jerman merupakan sebuah jambatan yang unik dimana terdapat ribuan kunci mangga pada pagar jaring yang melambangkan sebuah percintaan. Difahamkan mereka yang meletakkan kunci tersebut akan mengukir nama masing-masing terlebih dahulu sebelum mengunci mangga pada pagar jaring jambatan sehinggakan terdapat ribuan mangga disepanjang pagar jambatan ini menjadikannya sebagai sebuah jambatan yang istimewa.

kalau dodulu org suka tulis nama kat pokok
sekarang dah advance tau, beli mangga je
pas tu letak nama korang kat situ

wah wah.. leh bermanja manjaan
budjet romantik la tu. hiksss

wuits.. bukan mangga je melekat. sekali ngan org pun melekat jugak ke?


kaya la kan penjual mangga tu. Ni baru dinamakan merebut peluang yang ada
mesti mahal harga mangga tu.

biasa la kan nak sentimental value, mesti la mahal

agak agak nama korang ada tak kat situ?
itupun kalau korang pergi lockkan mangga kat sana le


dah nampak mcm satu hasil seni la pulak.

ada lagi ruang kalau korang nak lock kan magga kat situ


dari jauh nampak mcm handbag kecik kecik gitew.
ramai betul pasangan yang lockkan mangga kat sini
banyak betu pasangan bercinta

agak agaknya, lepas setahun dua datang balik sini boleh jumpa ke mangga korang?
hehehe...mcm mcm gelagat manusia dalam mengabadikan cinta.


Note:- Kau kunci.. cintaku.. di dalam hatimu ( ramlah ram)

Durian Coffee

Good morning!!! everybody
Hari ni, walaupun satu hari je kerja aku datang jugak
memang nak buat N3 ttg persekolahan Amirul
Tapi otak ni dah letih sangat bila dok ingat ttg proses kemasukkan sekolah tu

So, meh sini aku nak ajak korang try coffee ni
"Durian Coffee"

Masa pergi tesco kat Tengku Kudin that day, ada promosi coffee ni
masa aku try tu rasa ok jugak, pas tu hubby suh aku beli
hairan la aku sebab hubby bukanny penggemar kopi packet ni
Selalunya dia minum kopi "O" jerk
Nak ubah selera kot.


Ngantuk betul pagi ni, sebab bangun awal uruskan amirul ke sekolah.
Pas tu kena masak sarapan awal awal
sebab nak paksa Amirul makan & minum
Memang susah nak makan awal dia
walaupun dia minum 2 teguk air milo aku dah bersyukur
lama lama dia kan biasakan diri

untuk hilangkan mengantuk ku ini, aku bancuh
hmm... segar rasa bila dah minum coffee ni
memang rasa durian dalam kopi ni

Sapa yang masuk bilik aku ni, dorang akan ingat aku baru je lepas makan durian.
korang pernah try ke kopi ni?