Tuesday, January 17, 2012

Today is Amirul Day!!!

Aku tengah tido nyenyak, tetiba rasa nak terkucil
aku ke toilet & kencing
pas tu aku masuk bilik, nakkencing lagi, aku gi toilet kencing lagi
2-3 kali jadi cenggitu

dalam hati dok hairan, dari mana datangnya kencing ni, banyak betul
aku masuk tido pulak, pas tu nak kencing lagi, time ni tak sempat nak ke toilet
aku bentangkan kain batik kat dalam bilik, lungguk cam tu, then aku kencing je atas kain tu

memang tak tahan nak ulang alik ke toilet.
Pas tu hubby pun ckp, ishh.. kalau nak kencing pun pergi la toilet, watpe dok kencing kat dalam bilik ni..

aku mula gundah, rasanya la bang.. ni bukan air kencing
Ni le air ketuban, Nak beranak ke T ni?
tapi belum cukup bulan lagi
jom.. jom.. pergi spital, takut plak kalau terberanak kat umah ni

2 minggu aku kena tahan kat spital,
dok kuaq air je tapi tak beranak jugak
last dokter letak ubat


tanggal 17/1/2005 jam 6.00 petang
maka lahirlah putera sulungku
Amirul Naiim B. ridzuan
Seberat 2.4kg ( kecik jer)
awal sebulan dari jangkaan doktor

aku sepaturnya lahir pada 17/2/2005 tapi Amirul kuaq awal sebulan.
hehehe.. lapan bulan je ko dalam perut ibu.

Happy B'day Anakku Sayang
Ibu & Papa sayang kamu pekat melekat!!!
Jadi anak yang soleh & abang yang baik tuk Aleesya

Ibu & Papa senang sekali bila kamu begitu sayangkan adikmu
betapa bahagianya kami, dengan kedairan kamu berdua
semoga kami sentiasa di hatimu & kamu sentiasa di hati kami


Always remember, give more then others give to you
so that you will reward more & more which you'r never expect!

Monday, January 16, 2012

Supplement untuk anak anakku

Seingat aku sejak aku kecik, ayah aku cuma bagi aku makan minyak
ikan sebagai supplement.

kalau nak di bandikan minyak ikan dulu dengan sekarang. saiz minyak ikan dulu jauh lebih kecil. Bila dah tua tua cenggini kekadang tu ada jugak aku ambik minyak ikan
jenama PRISTIN .


untuk Amirul pulak, aku prefer supplement seperti Kismis minda & madu jer.
Ada juga aku beli scott's.

Amirul bukannya suka pun. makan hangat hangat taik ayam je kalau makan supplement ni.
Bagi pendapat peribadi aku le, supplement ni tak bagus untuk kesihatan

sebab tu aku tak pernah paksa Amirul utk makan. kalau dia tak mau makan. aku biarkan jer. Bagi aku supplement ni untuk jangka masa panjang tak elok kesannya ke atas badan manusia.
Pendapat aku je ok.

kalau korang ada pendapat yg bercanggah ngan aku tak kisah la. Cuma in pendapat aku je.

Bagi aku simple je, mak aku pun tak makan supplementary pun sihat je. walaupun dah tua masih lagi panjat bukit menoreh. Kalau suruh aku, panjat bukit sikit dah termengah mengah.

Kalaupun kulit kita mengalami perubahan( PENUAAN) bagi aku itu satu proses yang normal. jika ada perubahan pada diri ( semakin tua) akan timbul kesedaran
maksudnya, berubahla ke arah kebaikan.. rasa semakin dekat nak ke sana...

Untuk Aleesya ni, aku dah amalkan dia menghisap madu dengan menggunkan hujung jariku sebagai supplement. Tapi susah sangat nak dapat madu Original.
tapi, Madu Tualang tu pun ok jugak!!!

Sila baca petikan di bawah:-


*assalamualaikum sy nak berkongsi skit... knp kita perlu amik supplement ni...*hmm* kalau kita dah dpt ckup nutrient dlm makanan yg kita mkn seharian mengikut yg di sarankan dlm piramid makanan malaysia,kita x digalakkan untuk mengambil supplement krna ia akan menyebabkan toxicity dlm badan kita... Sudah 3 tahun sy belajar psl pmakanan ni tp xpernah lg jmpa lecturer yg menggalakkan pengambilan supplement kecuali untuk atlet sukan,diabetes dan org yg mengidap penyakit2 lain.. tp kalau untuk org yg sihat normal,cukuplah dengan mengambil nutrient yg mencukupi dlm makanan kerana ia lebih mudah diproses dan diserap ke dlm badan berbanding dgn supplemnt tmbahan yg sudah dikapsulkan.




suplement....ok gak... tp time beli tu.... cuba tanya ahli farmasi tu kesan sampingan dia.... klu dia ckp xde xyah beli... klu dia ckp ade pun xyah beli.... moral of the story.....jgn amik suplement... suplement tu buatan manusia....confirm byk kelemahan(kesan sampingan) baik makan makanan y tulen dari sumber alam


Nota:- Hanya memilih yg terbaik untuk anak-anak

Interesting Facts

Offered a new pen to write with, 97% of all people will write their own name.


Male mosquitoes are vegetarians. Only females bite
Until babies are six months old, they can breathe and swallow at the same time. Indeed convenient!


Chewing on gum while cutting onions can help a person from stop producing tears. Try it next time you chop onions.


At 40 Centigrade a person loses about 14.4 calories per hour by breathing.



Cats, camels and giraffes are the only animals in the world that walk right foot, right foot, left foot, left foot, rather than right foot, left foot.


The sound you hear when you crack your knuckles is actually the sound of nitrogen gas bubbles bursting

Canadians can send letters with personalized postage stamps showing their own photos on each stamp
It snowed in the Sahara Desert in February of 1979.


Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears never stop growing.


To find out if a watermelon is ripe, knock it, and if it sounds hollow then it is ripe.


Wearing headphones for just an hour will increase the bacteria in your ear by 700 times

There is a hotel in Sweden built entirely out of ice; it is rebuilt every year.


Everyone's tongue print is different, like fingerprints
The average person's field of vision encompasses a 200-degree wide angle.


Contrary to popular belief, a swallowed chewing gum doesn't stay in the gut. It will pass through the system
and be excreted.



Grapes explode when you put them in the microwave.


Babies' eyes do not produce tears until the baby is approximately six to eight weeks old.


Onions help reduce cholesterol if eaten after a atty meal.


Those stars and colours you see when you rub your eyes are called phosphenes.

Plants watered with warm water grow larger and more quickly than plants watered with cold water.

Saturday, January 14, 2012

Karenah Amirul

nak citer last week punya hal
Ni semua pasal karenah amirul

karenah 1.
10/01/2012 Amirul mcm tak sihat jerk nak ke sekolah
aku tengok tak demam pun.
aku suh gak dia makan pagi. Dia tak mo. last aku bagi sesudu madu
pukul 2.00 ptg bb sitter call cakap, nasi lemak + kuih 2 biji yg dia bekalkan penyek kat dalam beg sekolah ( amirul tak makan)

wang belanja RM2 yg aku bagi , still ada dalam pocket
it means.. AMirul the whole day kat sekolah tak makan!!!!

sedih kan kalau tau anak tak makan,huhuhu


Karenah 2

08/01/2012 hari ahad. Amirul dok ngomel dia tak pandai wat kerja umah
yang kelas Fardu Ain tu.
Memandangkan aku pandai baca jawi, so aku nak tolonglah mana yg patut
dia pun bukak le buku tulis tu

Mak ai, cam ne nak tolong!!!!!!
Dia salin jadual waktu dari white board tak habis
pas tu balik suh aku sambung. kwang kwang kwang
kalau korang le.. nak tolong cam ne tu

nama pun budak darjah satu, ustazah tu photostate la jadual
tulis kat white board suh anak murid salin mestilah lambat

bila aku ckp "Ibu pun tak tau" ini jadual waktu bukan kerja sekolah
Dia plak suggest suh aku pergi salin jadual waktu kak Ika yg darjah 4 tu
hahaha... cam no tu??

Amirul oi.. kak IKA tu sama sekolah tapi bukan sama kelas. sabor je la...


karenah 3.

13/01/2012. semalam masa aku pergi ambik aleesya kat umah bb sitter tu, aku dah belek beg fardu Ain Amirul . akutengok tak de homework. makanya aku pun tak
le bawa balik. maknanya pagi besok tu aku tak payah
susah susah carry hantar ke rumah bb sitter tuk Amirul sekolah petang

Amirul plak, ckp kat aku
" Ibu.. kul 10 mirul balik yer"
aku " ok.. sat gi balik jgn lupa bawak balik kasut sekolah"

lepas aku bawak balik Aleesya, aku kelas buku sekolah matang tu mengikut jadual
then aku put a side. pas tu aku sibuk kat dapur kemas apa yg patut


so pagi ni aku buat apa yg patut & antar Aleesya ke umah bb sitter & terus datang kerja
kul 2.00 bb sitter call ckp beg sekolah Fardu Ain aku tak bawak pergi umah dia tadi
Aku ckp, aku tak bawak balik pun semalam

selambe je Amirul ckp dia yg carry bawak balik masa kul 10 tu.
hai.. cam na ni nak kena balik umah pulak ke?
Sib baik le masa aku call hubby, dia terjaga dari tidur
kalau idak tak ke fardu ain la ko Amirul

Dok gatai bawak balik tu wat pe?
kang debik sebiji baru tau.
hish..


Nota:- Sure korang ada pengalaman yang cenggini kan..then kepada yg belum ada bersedialah.

Friday, January 13, 2012

Aku Digoda.. Tolong!!!!!

Alkisahnya begini, sejak aku pregnant kat Aleesya boleh dikatakan
selang sehari dua aku makan durian. Sapa yang dok rajin beli???
Bos aku le. sape lagi.

Tak cukup yang bos beli, Encik Husband pun beli jugak
berkoyan koyan aku makan durian.
walaupun aku makan banyak durian. Aku tak kena kencing manis masa mengandung
Syukur Alhamdulillah..

Masa tengah berpantang tu, mak ckp durian tu ka boleh makan
sebab dia panas. tapi makan la seulas dua jgn la balun mcm org sihat
kot kot le teringin. ngeee


Ni recentlynya durian yg bos belikan.
memang mengiurkan. Tapi aku dah azam dalam diri tak mau makan durian lepas dah banak ni.
Sebab, badan aku ni lain sikit kalau makan durian naik berkilo kilo
pas tu jgn nak mimpi la nak turun dengan mudah.

Aku tengok je masa Amirul habiskan buah kegemaranku ni, seulas demi seulas
tak tahan ko. rasa nak ambik makan ke idak
berbelah bagi ko.
Last aku tak makan. SELAMAT AKU..

Aku pun dah cakap kat husband
nak control mulut ni dari makan durian

dulu tak pe la makan, sebab bila beranak memang lost weight dalam 16-18kg gitu
pas ni nak lost kot mana pulak. ngeee

syhhh..... yang ni buah duyan yang dihidang oleh my BIL masa aku ke umah dia last week
hehe.. memang dah tak tahan menggoda je buah tu ku tengok

akhirnya!!!! aku terpanah asmara dek keenakkan durian ni
aku makan seulas. heheh nampak tak yg biji oren tu.
itulah hasilnya selepas aku ngap.

rasa nak makan lgi seulas
tapi..Iman masih kuat.
pujuk diri " ok Ct, seulas dah cukup, jgn nak ngada ngada"
hehehe...

Nota:-Bagi aku gemuk sikit tu adatlah kan. " Motherly look gitu" Tapi jgn la obesiti.

Thursday, January 12, 2012

Perahu Tambang

Last week aku balik umah ayah aku di kota Kuala Muda
korang mesti pelik kan, kenapa aku ckp balik umah ayah pulak
kenapa tak cakap balik kampung jer. kan senang..


ooo.. no no no.. Kuala Muda bukan kampung aku
Kampung aku kat umah mak aku di Kuala Nerang.
hehehe... actually, aku tinggal ngan mak aku sejak kecik
setelah mak & ayah berpisah.
My step father yang jaga aku sejak kecik

Dah nama pun anak, tak kisahla walaupun ayah tak jaga aku
adalah tanggungjawab seorang anak untuk menjenguk ayah walau di mana beliau berada.

Kami pergi hari isnin lepas. selalunya kami pergi hari Ahad, kalau hari ahad ada le pekan hari kat Penaga tu
biasanya aku akan do marketing sket sebelum pergi umah ayah
beli apa yang perlu untuk lunch kat sana.
Kebiasaannya aku tak tido di umah ayah.kami akn pergi balik hari jerk

hubby suggest kami ke perahu tambang untuk beli ikan
ntah kenapa la sejak nak CNY ni ikan susah nak dapat




sampai kat sana aku beli sayur & ulaman serba sedikit
aku beli barang barang untuk buat kerabu taugey
cari kerang non ada, so aku gantikan ngan sotong
memang fresh sotong kat sini

Tapi, ikan still non ado...huhuhu
Dorang ckp, jap lagi bot balik mesti ada ikan
makanya kami pun tunggu ler bot balik.

Sementara menunggu tu, Amirul ternampak Laksa Buyung
yang dijual dengan menggunakan M'sikal je.
berselera tul Amirul makan, maklumla Laksa Kedah adalah kegemarannya

tambahan pulak, aku tak buat laksa pun sejak akhir akhir ni
sengaja tak nak masak laksa, sebab aku tak leh makan lagi
takut terlanggar pantang plak...
tau ler aku ni pun hantu laksa jugak!


sabar.. tunggu lagi. lelama tunggu bot tak balik balik.
naik bosan kami di buatnya. Last aku suggest pergi terus je umah ayah tanpa ikan
memandangkan Aleesya pun dah ngantuk & cuaca plak semakin panas.

nasib baik le sampai je kat umah ayah, my step mother said
" ikan memang susah nak dapat sekarang ni, ayah ada sembelih ayam kampung."
Walawei.. AYAM KAMPUNG kegemaran kami sekeluarga..

Ayah sembelih semua ayamnya kat dalam reban. then dia bekukan ayam tu.
sebab ayah dengar ada yam kampung sebelah yang dah kena penyakit "HAWAQ"
kata org kedah le, kat tempat lain aku tak tau panggil penyakit apa.

Masa nak balik tu, Mak tiri aku bagi sekor untuk kami bawak balik mai penang
girangnya hati. Bukan senang tau nak makan ayam kampung kat sini

Wednesday, January 11, 2012

Result Amirul

serious aku cakap, sebelum ni memang aku tak pernah mengikuti perkembangan persekolahan.
maksud aku ttg sistem yang pihak sekolah terapkan

bila Amirul dah masuk sekolah, barulah aku tau serba sedikit
Masa Amirul nak pergi orientasi tempohari, sebelum pergi dia singgah kejap kat umah bb sitter.
pas tu bb sitter, usap kepala Amirul sambil cakap
" Mak doakan Amirul dapat masuk kelas Ibnu Sina"
Aku pun tak tau kenapa kelas Ibnu Sina so Glamour. hahaha

Dalam hati terdetik juga" sayangnya bb sitter kat Amirul, sampai doa pun dia titipkan"



kalau mengikut sistem belajar aku dulu. kelas mana mana pun tak per sebab cara pembelajaran dia sama je.

Aku ckp kat Amirul " jgn peduli duduk kat kelas mana pun, yang penting BELAJAR!"

Masa tengok senarai nama tu, Amirul kena kelas Ibnu Khaldon. nampak dia sedih sebab dia nak kelas Ibnu Sina. Pas tu ada gak segenlintir ibu bapa yang nama anak dorang dalam kelas Ibnu Sina tu cakap" Alhamdulillah Syukur, nama kat kelas Ibnu Sina"

Aku semakin hairan. aku tanya le apa bezanya kelas Ibnu Sina dengan kelas yg lain?
Dorang cakap Kelas Ibnu Sina tu kelas Pandai.
oooo... patutla ramai ibu bapa yg nakkan anak dorang masuk kelas Ibnu Sina.
hmmm.. cuma aku je yg tak kisah.ngeee



Masuk je hari pertama persekolahan aku tengok cikgu panggil dah start rombak pelajar. Aku nampak Amirul di tarik keluar dari kelas Ibnu Khaldon ke Ibnu Sina.

Dari jauh aku nampak result Amirul 92%. lega rasanya. Ingatkan tak boleh jawab
maklumla sebulan cuti dia langsung tak prepare pekebenda pon.

Bagi aku 92% tu banyak le. Amirul bukanlah yang the best!. sebab ada gak student pompuan yg dapat 100%. Tapi Amirul the best di hati ibu & papa & bb Sitter.

walaupun Amirul hanya belajar kat PASTI je. tapi aku rasa aku dah buat pelaburan yang bijak.
pelaburan yang sedikikt hasil plak lumayan gitew. ngeee

80% student Ibnu Sina adalah dari pelajar PASTI & 20% dari Nur Cemerlang.
aku tau ni pun sebab cikgu yang bagi tau kat kat aku.

seyes aku ckp, buku buku student Ibnu Sina pun lain dari kelas yg lain. agak Advance sket.
kenapa? sebab timetable Amirul every day ada english .

So, aku ni memalam kena ajar amirul dulu sebelum dia tido. My schedule is pack.hahaha..


Nota:- masa dia dapat tau dia masuk kelas Ibnu Sina, cepat cepat dia nak balik bagitau kat bb sitter yang doa Mak dia tu dah dimakbulkan Allah...