Wednesday, May 2, 2012

Pon..Pon.. BK..BK...

Jika tertulis ianya rezekiku. Maka menjadi rezekiku jua.
bila hujan turun je, mula la dok fikir apa la nak makan
kalau nak keluar makan time hujan ni memang malas bin lazy la jawabnya

tengah dok borak borak ngan member sebelah aku kat office ni
tetiba dia rancang nak makan BK
so, apalagi order BK delivery la.
pon..pon..pon.. BK datang singgah kat office
walawalawei... makan sampai perut sendat
aku makan tak habis pun
kentang, chicken nugget & spring  anion tu aku bawak balik
my friend said that chicken nugget yang Mc. Donald punya lagi sedap
mungkin la kot, sebab aku pun rasa mcm tu jugak. hahahaha..

Burger dia punya la besar
tak larat aku nak makan sengsorang
sebab tu la, aku makan burger tu pun dah kenyang
sebab beli burger besar ni, aku leh dapat burger kecik dengan RM 2.00 hengget
so, yang kecik tu aku bawak balik utk Amirul + side dish yg tak mampu aku habiskan itew

Iron spring yang hanya best makan panas panas
bila dah sejuk. tak best dahhhhhhhhhhhhhhhh
hehehehe...
jemput makan

hahaha.. besar gabak burger dia
memang yang ni aku order Kingggggg punya kot.


by the way, bukan aku yang bayar. my friend kat sebelah bangku ni yang banjer.
thanks.. muah muah!!

Mana la Si comelku ini..

Tatkala orang lain bergumbira, tak de pulak kelibat Aleesya 
ke mana la budak kecik  ni menghilang
Aku letak Aleesya kat tikar tu, tapi dah tau yang dia ni memang dah lapor nenen
sian dia, dalam perjalanan tu dok nenen tak puas puas
dok merangkak rangkak
nak main pasir, tapi aku tak tak bagi dia main banyak sangat
sebab... dia suka ambik pasir baling kat atas kepala sendiri
memang budak budak cam ni la pangai.

kebetulan,tempat kami parking tu ada buai buruk ni
ntah sapa la yang baik ati buat buai kat bawah pokok ni ngan jala
apa lagi, tempat yang sesuai tuk Aleesya.
Biras aku plak bawak bantal. lapik je la belakang Aleesya ngan bantal tu.

sambil aku dok perati Amirul yang bermandi manda tu
my Biras dok rajin dodoikan  Aleesya
mula tu gelak gelak
dah lelama mata pun dah jadi kuyu
angin plak sepoi sepoi bahasa

ha.. terlentok dia kat situ, lama jugak la dia tidur
sampai abangnya sudah mandi pun dia tak jaga lagi
nampak tak tali tu, aku ikat kat tengah tu, sebab buai tu ternganga je
takut Aleesya jatuh...

samp[ai kami dah seiap packing barang pun Aleesya tak bangun lagi
betul betul asyik dia tidur.
you are the best Aleesya sebab selesa betul bawak kamu jenjalan
tak banyak karenah..

Tuesday, May 1, 2012

hahahaha... ambik ko!!

Asyik dok snap gambo org je. last dapat la sekeping ni. tak pe janji adakan.
okey.. peace!!!!

Nampak tak my BIL yang pakai taual hijau tu. perhatikan betul betul apa yang sedang dilakukan olehnya.
hahaha... dari jauh aku dah nampak . Dia dok baling baling pasir kat anak sedara isterinya tu
punya la dok seronok. sampai nangis nangis budak tu.

My BIL ni memang kaki ngusik. ngusik budak budak je kerja dia.
bukan setakat anak sedara je dia usik, anak jiran jiran habis di usiknya
aku curi curi snap gambo ni. hahahaha..kena cubit ngan wife dia la
sebab dia dah baling baling pasir tu terkena kepala budak kecik itew

hahaha... kena piat telinga plak lepas tu
ambik ko.. ngusik sangat. Wife dia dah pesan jgn dok ngusik budak budak tu
tapi kan.. dah mcm hobi plak dia. asal nampak budak kecik nak ngusik ja kerjanya.

Monday, April 30, 2012

Miami Beach,Batu Feringghi

Setelah penat memborong jeruk, kami ke teluk bahang, saja nak menikmati panorama empangan
pas tu dok berangan la nak berjimba di Taman rimba.
sekali pergi, tengok dah tutup. sob..sob..sob..

Tarikh Salah.. belum May lagi la...
jadi kami terus je gerak ke Batu Feringhhi.. sempat gak la angah a.k.a anak sedara birasku itu muntah kat dalam kereta. hahaha... kelam kabut kami sebab tak spare plastik.
Amirul pulak, siap pejam mata sebab tak sanggup nak tengok
sib baik la Amirul pun tak muntah sama... haishhhh!!!
 bukan main seronok lagi Amirul bermandi manda
Sejak ada Aleesya, memang kami tak pernah bawak Amirul Mandi Laut
so, kali ni aku nampak suka benor anak teruna aku tu mandi laut. hehehe
Pas mandi manda dorang main pasir pulak
Amirul le yang jadi mangsa.
so sweet tengok dorang ni. Yer la kan time ni berbaju ke idak dorang main belasah je bersukaria
bayangkan bila dah besar nanti, tentu malu meow meow twngok photo ni.

 
sampai har ini pun Amirul masih lagi dok sebut sebut
tentang mandi laut tempohari
siap request kat papa suh ajak dorang lagi kalau kitorang ada pergi mandi laut kelak.

Ingat lagi tak peristiwa kuda lnggar budak kat pantai ni
sabtu lepas, tak de pun kelibat kuda kat sini..
mungkin tak dibenarkan kot, ye la kan, kalau dah membahayakan pengguna
lebih baik tak payah...
 lagipun jarak pantai tu bukannya lebar manapun dengan tebing


Nampak Tak bebola yang terdapat di dalam air laut itu.? yang tu sebenarnya sempadan kepada jet ski & payung terjun tu agar tidak mendarat di kawasan tersebut. kawasan itu untuk org mandi  aje. Bagus jugak kan, at least jet ski tu tak de la sesuka ati nak lalu. dah ada sempadan cenggini, harap harap dapat mengelakkan kejadian yg tak diingini berulang

Sekarang ni pulak, ada la MPPP yang dok ronda & kutip sampah sarap di sekitar pantai. Memang pantai Miami ni dah jauh lebih bersih berbanding dulu. cayaklah..

Nampak tak lelaki yang bertuala hijau tu
kenapa dia ada kat situ? 
hehehe... nanti aku tunjuk k. dia dapat habuan yang paling best dia dapat
sebab.. kehadirannya di kelompok kanak kanak tu le..
nantikan N3 seterusnya okey..

Masam masamkan mulut

My BIL call ckp nak datang umah & ajak kami jenjalan husband tak leh join sebab kena kerja So, kamiplan nak pusing pusing satu pulau. 

Oleh kerana Jumaat ni nak pergi jenjalan, so kami ingat boleh la beli jeruk & asam asam tuk di bawa bersama, leh la makn makan semasa dlaam perjalanan.
mana la tau kot kot ada warga Muntah dalam keta. kalau makan asam tu leh la mengurangkan loya

Kedai Jeruk yang terletak di Market Balik Pulau
Saja la singgah kat sini, sebab, kat sini ada 2-3 biji gerai orang melayu. kalau kat Bazar Chowrasta tu, kebanyakkan gerai jeruk orang cina. Ok jugak jeruk yang Pak cik ni jual
sebab bila kami makan tak batuk batuk

Merasa jeruk sampai kenyang
masa kami sampaitu ada pelanggan lain. So, pak cik tu suruh kami rasa rasa la dulu
jeruk yang dia dah cedok.

Terliur tak tengok jeruk tu?
harga kat sini jauh lebih murah darpida harga kat Bazaar Chowrastar  tu
banyak jugaklah yang kami borong

Aleesyatu dah ngantuk, tapi tak buat perangai pun
setia di sisi mak tehnya. Alahai.. husband tak de
aku la kena dokong, tapi main past past la
sebab nak carry camera.
terima kasih tuk mak teh & pak teh sebab bergilir gilir dukung Aleesya
ngeeee...
Tengoklah, Amirul pun kusyuk je makan jeruk ni, tengok jam baru pukul 1.00 ptg
awal lagi & perut pun masih kenyang
then pakat la dok pikiaq nak pi mana lepas ni.

Asam asam ni kami beli gak, wajib kena beli tau sebab MIL kalau naik kereta memang dia kena makan asam. Memang dah jadi kebiasaaan. Kalau Mak Aku dia suka makan gula gula hack masa nek  keta
sebabi anakmenantu ni memang dah faham sangat gelagat ibu ibu. hehehe..

saja la interprem kat sini. muahaha.. makan sikit je tau, kalau ikut ati nak makan banyak, tapi Aleesya tu la takut gak la, bila dia minum susu aku terasa masam masam tercherry berry plak. 

Masuk dalam kedai tu siap nampak, asam katok, balm & kacang tumbuk
kami beli gak la. dah alang alang sampai sini, borong jer la apa yang patut
lagipun kami kan nak ada familly gathering
so, saja la beli tuk wat kudapan.
beli banyak pun tak rugi punyalah..
Hai anak terunaku ini, kusyuk benau kamu makan jeruk yer.
sib baik tak sakit perut.

ok, pas borong jeruk kami gerak ke teluk bahang pulak, sebab nak pergi mandi laut.
nanti aku update N3 mandi laut plak .

Saturday, April 28, 2012

Rezeki Dari Allah Untukku, syukur Alhamdulillah

Semalam, lepas balik kerja, Aku call MIL ada hal penting yang kami perbualkan. Hubby pulak kerja malam, so tak yah la aku rushing nak masak. Perut aku yang lapar ni still leh tahan lagi

Then lepas magrib pergi ambik Aleesya. Bila sampai je kat umah, mula la dok basuh beras nak masaknasi le konon. tetiba .. arghhhh.. gas habih. Dah kul 8.30, mana kedai gas yang bukak dahhh.
Amirul pulak ke Masjid. Balik nanti mesti dia lapar. 

tak pa.. tak pa.. ok, nanti dia balik, nak suh dia tengok adik dia kejap. nak pi beli makan. atau bawak sekali ngan adik dia pi. ish.. cam ni. Aleesya pun kan leh duduk lagi, bolehka Amirul pegang adik dia. 
awat la tak balik lagi Amirul ni. ( mcm mcm dok fikir) 
perut dok bunyi dah..

nasi bungkus


tetiba , Amirul bagi salam. & aku bukak pintu. Ditangan Amirul aku terpandang sebungkus nasi & sebungkus kecil acar buah. hmmm... Aku bersyukur padamu ya Allah, dalam hambamu ini kelaparan, kau titpkan makanan untuk anak beranak.

Nasi putih kuah dalca+ ayam goreng besau gabak + acar buah. memang sedap. Aku kongsi makan dengan Amirul sampai licin. lega rasanya.. kalau tidak jenuh jugak la kan, sebab Aleesya menyusu memalam, aku pulak perut kosong.

kebetulan semalam ada tahlil kat masjid. Tu la kan, kata org lagi ramai anak lagi murah rezeki. kalau la aku ada 5 org anak, tentu 5 bungkus nasi yg aku dapat semalam.
walapun sebungkus, aku amat amat bersyukur di atas rezeki Allah ini.

kacang panjang free
Mingggu lepas , masa aku pergi hantar Aleesya ke umah mak sitter dia, aku selisih pulak dengan Kakak yang duduk ujung block tu. Aku nampak dia dok carry kacang panjang yang siap diikat mcm gambar di atas tu.

Dia jual kacang ke? tetiba dia lambai lambai panggil aku. hmm.. nak jual kat aku le tu. Dia ckp " Ni ha..sedara akak dia tanam kacang panjang kat Teluk Kumbar tu" berbuah lebat sampai tak larat nak makan". Nah ambik kat hang seikat. 

Syukur, rezeki aku, walaupun hanya seikat kacang panjang, tapi besar pahalanya kepada yang memberi. Semoga hasil tanamanya berlipat kali ganda. amin...

Kakak tu dok pergi rumah ke rumah untuk distribute. sedap tau kacang ni sebab masih segar dan ranggup.

Friday, April 27, 2012

Bab Satu Punya Hal

Fasa pembelajaran Amirul dah meningkat, dia mula mengenali apa itu haram & halal dalam hukum hakam islam. Satu perkembangan yang sihat.

Ibu.. betul ka, kalau kita curi makanan & makan makanan tu, sama dengan kita makan Bab satu?
mula tu pening jugak aku ni. makan bab apa? subjek apa pulak ni dia belajar kat sekolah.

Bab satu apa? ala.. yang kak syifa kata " beroza" bek ho" yang dok pi makan pokok pisang tok tu.
oooo... bab satu tu upernya "BABI, lebih kurang je kan bentuknya bila kita tulis BAB 1.

Then aku jawab le. ya betullah tu, haram kita makan makanan yang di curi. Nanti makanan yg kita makan tu akan menjadi darah daging, bila dah jadi daging, mati esok kita akan di azab dengan mengikis ngikis daging kita yang haram itu.

pernah tengok tak org accident, kulitnya tergesel kat tar, sakitkan.. 
Alhamdulillah, Amirul faham akan keterangan ku.  


Then, bulan lepas, Amirul ada ckp yang dia lalu kat tepi tong sampah & terpijak taik
Aku dah sure, mesti Taik Anjing punya. 
Pas tu aku tanya mcm mana Amirul basuh. Then dia ckp... Basuh ngan Air & sabun la.

Pas tu aku ckp kat kazen Amirul yang umur 16thn tu, suh pi samak. Ambil tanah kat pantai sana
samak kaki dia sampai ke lutut. ( sebab tak sure kena kat mana taik tu) biar samak lebih sikit tak pe kan..

Pas selesai semua tu, Amirul pun hairan kenapa sampai kena guna tanah semua tu. Then, kalau kena taik adik pun kena samak jugak ka ibu?
hahaha.. tak de la kan, kalau taik adik tu basuh ngan air & sabun dah le. Anjing kan binatang yang haram di sentuh. Jadi dah binatang haram tu terkena kita, kita kena la samak.

 So far.. aku cuba recall balik amirul ttg apa itu SAMAK, dia dah tahu, samak tu basuh ngan tanah & 7 kali air bersih.Aku tau benda ni dulu pun sebab abang aku kena sondol dengan babi. 
Pengalaman mendewasakan..dan mematangkan fikiran..