Wednesday, October 24, 2012

Smartphone Free Lagi?

Recently aku dah pun dapat smartphone free dari maxis
di SINI 

tetiba tadi receive SMS lagi dari Maxis
dorang offer free phone lagi?

 Then aku google la, model Nokia Asha 311.

belek belek la ciri ciri yg ada kat phone tu
sebab my hubby said Nokia tak de Android.

cari punya cari takde pun perkataan Android kat ciri ciri phone tu
ngeee

 Nokia Asha 311


bila baca komen kat SINI ttg phone ni
alahai... memang sedih....


Cuma nak bagitau je. kot kot le korang pun ada received SMS yang
begini gak dari MAXIS.


Note: Tu la... tenet maxis memang tak de kimia dengan aku.

Tuesday, October 23, 2012

RM150.00 Satu Kebab

Ni aku nak citer sikit
Kalau ye pun agak agak le kan..

Jumaat lepas jiran aku pergi Pasar malam kat kawasan taman umah aku jugak le
then, dia pergi ngan kereta.
Nama pun pasar malam mestilah banyak keta dok parking

jiran aku pun parking gak la
kejap je, sebab nak beli kebab.
last balik je tengok dah kena saman...
 
sumber photo SINI

 Aku rasa mcm tak patut. sebab berapa lama sangat pasar malam nak beroperasi
paling tinggi pun kul 9.00 dah tutup.

Then berapa lama sangat org nak berjalan kat Pasar Malam
tak kan sampai 3-4 jam.
pusing satu round. beli barang dan balik . tul tak?
Tak kan org pergi Pasar malam pun nak saman juga
Kalau ye pun dia parking kat tepi jalan,
Umum mesti tau kan, That day ada pasar malam, mesti jalan sesak sikit

So jangan sampai org rasa mcm dah takde tempat nak cari  pesalah
aku rasa mcm tak adil
salah tu memang la salah sebab parking kat tepi jalan
tapi tak kan tak de budi bicara


Then jiran aku tu tu cepat cepat la pi bayar
takut la kalau bayar lambat nanti kena lgi banyak

bila bayar.. tup tup.. kena RM150.00
Sian.. kerana sebiji kebab..


Note: Sib baik saman aku that day ken RM 50 jer.



Boleh Ponteng Tak?

Minggu ni Amirul Exam..
Semalam aku tanya mcm mana jawab soalan exam
Dia cakap semua boleh jawab.


Aku  memang suruh dia jawab semua soalan 
yang dia tak tau pun aku suruh jawab jugak
sebab aku nak tengok kelemahan dia kat mana
dulu aku dapat detect dia suka silap kat ayat " kecuali"
hahaha... aku dulu pun leh silap gak


Then semalam dia request
Ibu, Bila dah habis exam, boleh dak Mirul ponteng sekolah
sehari je.. boleh tak ibu?

sehari je.. oklah
exam habis hari rabu kan.. So, hari khamis tak yah pi sekolah
punya la dia dok seronok


walhal.. hari khamis memang dah cuti sekolah utk Raya Qurban.
Aku pun dah cuti in coming Thursday
 

Aku dulu macam ni ke?

dah dia buat pulak..

Aleesya main baik je ngan Kak Long
sebab....
Ada Mak cik ni pegang baby kak long

Tapi.... tapi...
Bila aku pegang je baby kak long ( Umaira)


hahaha... dah melalak..
haish... betul betul konker ibu ni
takut sangat ibu ambik baby orang.....

tapi...

cenggini pun tak pe ar
janji riba dia sekali
tapi masam... jer


diam je... dia nak duduk penuh riba aku
tak nak kongsi ngan baby
terpaksalah angkat sikit baby tu


Dok wat pangai sangat..
last last..
Tido... zzzzzz...


Monday, October 22, 2012

Duit Raya

Syukur alhamdulillah..
sesungguhnya rezeki yang Allah berikan itu datangnya dari pelbagai sudut
dan sebahagian dari pintu sudut sudut yang ada itu Allah buka dan limpahi kepadaku.

Bertungkus lumus aku menyiapkan tempahan coklat
sebanyk 600 biji = 300 kotak

setiap rezeki yang Allah bagi sebahagiannya adalah bukan milik kita
dengan kata lain..( kongsilah dengan org susah)
dah orang nak buat kenduri..
tumpangla sekali walaupun dengan hanya sebiji coklat!
hehehe...

Syukur selain aku mendapat duit poket, aku juga berjaya tumpang kenduri 
tak pe la walaupun sedikit. Niat kena iklas 
moga moga di masa hadapan Allah murahkan lagi rezekiku
amin....

Aleesya aku pos kat Umah bb Sitter
kalau dia ada hancusssssssssssssssss!!!!

haish... pepagi dah siap kerja packing semua
300 kotak tu, menyamai 2 biji raga besar ni le

hehehe... dah siap
Amirul volunteer nak hantar 
penuh raga tu, tapi tak de la berat
coklat je pun kan...

Biar dia belajar..
selok belok nak tambahkan pendapatan

Amirul tak nak bawak yg dalam tupperware tu
sebab tak cantik..
Aku bagi je lah  yang lebih tu,
sebab container dah habis.. cukup cukup je.


Note: Ada lagi tempahan yg belum di siapkan... Org nak sebelum Raya.
Malam ni start cook ccolat lagi..



Terima Kasih Semua

Bismillahirrahmanirahhim...
Ya Allah.. Aku memohon padamu 
kau bahagiakanlah insan insan yang telah mendoakan 
agar Kak Long kembali sihat
kau peliharalah hati mereka agar sentiasa dekat kepadamu..
amin...

Terima Kasih kepada semua yang mendoakan.
 
Special Appearance, Baby Kak Long yang comel dan dah sihat
Syukur sesangat... Sebulan jugak le lepak kat Spital
Sekarang dah boleh balik ke rumah..

So, Kelmarin dah buat Aqiqah untuk baby comel ni
makan kambing.... my hubby suka sangat.


Nama Baby : AishUmaira..
ngantuk tak tengok baby ni . hahaha... dah ngantuk


Note:  kalau dapat chance, Aleesya mesti nak cuit cuit baby ni.

Jeles Jugak Kamu Ya.

Isnin Lepasbawa Aleesya tuk Check up
kebetulan Kak Long pun kena pergi cucuk baby dia
( upss.. lupa nak ckp. Kak Long Dan baby dah ok)

Dah nak check Aleesya bawa le Kak Long sekali
Masa pergi tu ok je Aleesya duk kat belakang dengan Kak Long dan baby

Aleesya baru 8.4kg.  mcm biasalah . BMI jatuh lagi, bawah  line kuning
Tapi Aleesya ni ok. dia faham semua Nurse tu cakap
suruh masukkan barang, suruh keluarkan duduk bangun angkat tangan semua lulus!!

cuma berat dia je ta kebabom. 

upss... Kak Long ada minta tolong aku pegang baby dia "Umaira" 
masa Nurse cucuk nanti sebab dia tak berani

Aleesya dengan dunia dia le
explore satu klinik
dengan mak cik Nurse pun dia tak takut

Then bila dia nampak aku pegang Umaira time cucuk tu
Dia dah mula jeles, 

Bila aku pergi hantar dia kat keta, dan kemudia datang ambil Kak Long dan baby( sebab hujan)
dia boleh melalak dalam keta..
sabo je la..

Then aku pujuk pujuk.. tak jalan beb..
dia duduk sebelah Kak Long mcm nak tak nak je

Mcm mana nak drive kalau dia tak nak duduk kat seat 
aku suh duduk kat bawah pun dia dah muka asam..


aku pujuk lagi, suh dia duduk depan pulak
hancusss... nangis jugak.
Dia takut aku ambik baby le tu. haishh...

last.. aku terpaksa riba dia sambil drive keta
Janggal le aku rasa
risau pun ada gak, tak pernah aku wat cam ni sebelum ni

Sib baik umah cuma  500 meter je dengan klinik
tak payah lalu Jalan Raya


Note: lepas ni janganla dok wat perangai lagi yer..