Tuesday, July 30, 2013

Cara Masak Ayam Cantik macam Chicken Rice Shop

Korang pernah tak makan kat chicken rice shop
bila korang order ayamnya, cantik je kan bentuk dia
potongannya tu menawan
bila makan pulak lembut je isinya.
 

Saling tak tumpah.. cara ayam Chicken rice shop dihidangkan
di adaptasikan dari masakan cina.
betul tak? eh tak betul ke?.. ah..lantaklah..

Meh sini aku share ngan korang cara cara nak dapatkan ayam yang super gojes
buat kat rumah je, jimat sket kan..anak anak makan pun puas.
 
Bahan bahan yang di perlukan
Seketul ayam, bahagian pinggul dan paha paling sesuai
2 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu madu
1sudu kicap jika suka.tak mau letak pun tak pe
aku letakkan sikit, sebab tak nak pudar sangat kaler dia
sedikit minyak zaitun
1/2 inci halia di hiris halus

cara caranya
gaulkan semua bahan tadi kepada ayam , biarkan 5-10 minit
kemudian. kukus seperti gambar di bawah
ini utk memastikan yang sos pada ayam tu tak jatuh ke bawah dan teksturenya tak hilang
setelah masak angkat dan potong 
dan ayam anda akan terhasil seperti  di bawah


Petua :- ** jagn over kukus stim ayam tu. nanti isinya akan keras**
**Madu diletakkan utk kilatkan kulit ayam **


Note:Aku buat ayam ni sebab nak makan Koay Teow T'ng!


Malam Lailatul Qadarku


Malam Lailatul Qadar  adalah satu  malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan. 

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. 

Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada 
malam ke 27. 

 
Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
 
 Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.


Sejak kecil sampai la dah jadi mak budak ni, aku tak pernah pun melihat keajaiban Lailatul Qadar
dari situ.. sendiri mau ingatlah kan..amalan kita mcm mana..
betapa kerdilnya ku rasa..

Tapi.... Aku tetap dapat menikmatinya keharuman lailatul qadar..
Aku tak pasti bila malamnya..tapi setiap 10 hari terakhir puasa..
salah satu hari, selalunya selepas hujan di malam hari..
aku akan dapat merasakan bau tanah yang sangat wangi...
aku yakin, malam sebelum tu pasti malam lailatulqadar..

Tahun 2011, aku tak dapat menghirup wangian tanah kerana sebulan aku tak puasa
ye la kan.. berpantang sebab melahirkan Aleesya..
puasa pun tak dapat nak tunaikan, apatah lagi nak berqiamullai bagai kan...

Yang pasti... ramadhan kali ini.. bauan wangi tanah tu kurindu lagi
iungin ku sedut sepuas puasnya..
rindu sangat aku nak bau wangian tanah di hari 10 terakhir ramadhan ni.

Aku tetap bersyukur walaupun aku tak dapat melihat pohon pohon bersujud
menghirup bauan wangi tanah pun aku rasa bertuah sangat.
Aku berdoa dan sangat sangat berharap agar
allah pertemukan aku dengan wangian tanah lailatul qadar..
 sesungguhnya wangian itu tak dapat digambarkan dengan kata kata

wangiannya lain sangat...


Note: Setiap orang diberi ganjaran yang berbeza
korang mcm mana?

 



Monday, July 29, 2013

Cara Terbaik Untuk Menarik Perhatian Orang

Jika korang rasa korang tak cukup vogue untuk meraih perhatian umum
jgn susah hati sila ikut tips aku yang akan di beri secara percuma.

percayalah..kalau ikut tips mudah ini.. semua mata akan memandang anda
tak payah nak jadi artis atau orang kenamaan
yang pastinya kamu akan menjadi tumpuan okey!!!

 Nampak tak headband kat kepala Aleesya tu?
ini cerita semalam.. kami pergi shopping baju raya anak anak.

lepas, aku jaga Aleesya kat playground tu
hubby pulak datang jaga, sebab aku nak belikan Aleesya seluar yang ala ala jeans tu

Aleesya pulak sebelum tu tanggalkan headbandnya
so, aku pun ambik, tak tau nak letak kat mana, aku letak je kat atas kepala ni

lepas husband masuk je kat playgroun, aku pun blah keluar
pergi kat bahagian kain baju kanak kanak tuk mulakan misi menyopping

orang semua duk tengok aku, bila aku tengok dorang dorang senyum senyum je
kecik besar tua muda semua tengok aku

yang bestnya, aku langsung tak perasan yg headband Aleesya tu ada kat kepala aku ni
teruslah menyopping tak hengat donia. hahahaha..


*** mesti orang ingat ni fesyen tudung terbaru. **
atau orang ingat aku ni sewel.. tamak seloba
kejap nak pakai tudung kejap nak pakai headband
last sekali harung aku pakai.. 

tengoklah budak Aleesya ni..rambut dah mengerbang bagai
kustyuk benar bermain..
headband kasi ibu pakai... satu AEON duk tengok gelagat ibu menyopping sambil pakai tudung bersama headband... hapadaa........



Note: kalau nak glamour mcm aku ni..silalah cuba..
hahahaha....

Resipi Wantan Mee Versi Soup

that day dah janjikan nak bagi resipi wantan mee Versi soup


Bahan bahan . untuk semangkuk je ni
so bahan bahannya adalah pada jumlah yang sedikit
mengikut ertikata sikit tuan tuan dan puan puanlah yer

wantan mee
air -2 cawan
potongan isi ayam ( tanpa kulit)
20ekor ikan bilis
chicken stock  1 sudu
fishball/fishcake
udang - jika suka
garam secukup rasa
cili padi 
bawang putih goreng, bawang merah goreng/daun bawang ( di tabur) 
parkchoy/bunga kubis /baby corn, carrot. ( ikut suka le sayur ni) 

Cara cara memasak

masukkan 2 cawan air ke dalam kuali / periuk
masukkan ikan bilis tadi. Bila dah air bertukar warna,
guna senduk yang jarang tu kaup semula ikan bilis ( nak ambik stock ikan bilis tu je)
then masukkan ayam, stock ayam, udang , fish ball dan fish cake
bila dah mendidih masukkan sayur dan tutup api.
tak payah masak sayur lelama.. kang tak ranggup pulak sayur tu kan..

celur wantan mee dan sejukkan
mcm biasa..gaulkan sedikit minyak bijan 


Cara hidangan
masukkan mee kedalam mangku
kemudian masukkan sup.
letakkan bahan hiasan.


 cilipadi yang dihiris tadi boleh di masukkan sedikit perahan asam limau dan sedikit kicap

Selamat menikmati.
resipi mudah dan sihat.



Note: Minyak Bijan amat sesuai membantu mengurangkan kadar kolestrol.
Masyarakat Cina mengamalkan pengambilan minyak bijan sewaktu proses berpantang.

Ramadhan 18- Aleesya 2 Tahun

Selamat Ulangtahun kelahiran yang kedua buat anak ibu
Aleesya Dania Binti Ridzuan..


Wahai anakku..
Teringat ibu di waktuy mengandungmu
Kau bergerak manja  dirahimku
  Sungguh indah ciptaan Allah .kau membesar disitu
Setiap hari ku usap kandungankku
kerana rindukan kehadiranmu

Hari demi hari kutunggu penuh kesabaran 
berat kaki ini melangkah,  sudah itu pembawakkanku bila mengandung
tanggal 27.07.2011 jam 8.59 pagi
dengan penuh tenaga ku pertaruhkan
Lahir kamu kedunia yang baru


Bahagia hati bercampur haru
Aku berucap syukur menyambutmu

Setiap hari ku belai dan kurawatmu
Kasih sayang-pun datang bertubi
Selimuti dirimu sepanjang hari
Jadikan kau permata hati


 Tak-terasa wahai Aleesya  anakku besar kini
Panggilan Appu peningkan kepalaku
Semakin besar tubuh mungilmu
Semakin besar pula cintaku dan sayangmu padaku..

 Kini tibalah ulang tahunmu yang ke dua
Anakku sayang.. ibu  memberkatimu
Agar sihat panjang umurmu
Bahagia kehidupan dalam genggammu
jadi anak yang solehah seperti yang selalu didoakan olehku..



Note: Lepas Raya kita celebrate your B'day yer cayang..

Thursday, July 25, 2013

Resipi Wantan Mee

ok..hari ni aku nak share resipi wantan Mee yang En.Bos aku ajarkan.
Simple dan sangat sangat senang. Senang ke? ngeee




Bahan Bahan 
Bawang untuk menumis
Wantan Mee
5-6 ekor udang kecik - diracik halus
2 ekor udang ( tak letak pun tak pe)
seketul ayam, bahagian dada
sedikit minyak bijan
3-4 sudu kicap
2 sudu sos cili
Sayur Pak Choy ( sawi pun tak pe)
1 sudu tepung jagung/gandum
chicken stock-jika suka
sebiji telur- jika suka
 hirisan cilipadi
limau nipis

cara cara
 Seketul ayam di rebus ( tak payah letak banyak air) ngam ngam tul rebus sektul dah le
asingkan ayam.sebab nak ambil air rebusan ayam tu
tumis bawang,masukkan kicap dan sos cili
masukkan udang yang di racik kemudian masukkan air rebusan ayam
masukkan sayur ,garam secukup rasa
kemudian masukkan tepung jagung/gandum utk pekatkan.
pecahkan sebiji telur, biarkan seketika- jika suka
selesai sudah part kuah

see ketulan ayam yang lembut tapi garing di luar

Ayam.
Ayam yg di rebus tadi di lumur dengan kicap dan madu
kemudian goreng sekejap saja.. utk dapatkan warna pada luaran ayam tu aje
ala...mcm korang buat ayam utk nasi ayam tu.

Wantan Mee.
Rebus  dan toskan
gaulkan dengan sedikit minyak bijan utk wangi
kalau tak mau letak pun tak pe..



Cara Hidangan
masukkan wantan mee yang di gaul dengan sedikit minyak bijan kedalam mangkuk
tuangkan kuah
kemudian masukkan sedikit bawang goreng
potong cili padi
dan sedikit perahan asam limau
dannnnnnnnnnnnnn
silalah makan....


 
Note: Nanti share resipi wantan Mee yang jenis sup pulak yer.


info..wantan mee terdapat dalam bentuk basah dan kering..

wis wis wis..susisususi...bis..bis..bis..

Pagi ni takmo dera korang tengok juadah berbuka..
ptg nanti kalau sempat..dera lagi la..hahahaha..

Sekarang ni Aleesya dah pandai nak ngajuk ngajuk aku solat
tiap tiap kali kami solat, Aleesya mesti nak satu sejadah untuk dia
kalau aku bentang sejadah, kena bentangkan untuk dia jugak

Satu hari, dah lewat pun.. Amirul terlupa simpan sejadah
tetiba aku dengar si Aleesya ni asyik.. allahuaban..allahuaban.. banyak kali le jugak
sekali pi tengok, dia sedang sembahyang ko..
cepat cepat ambik kamera snap..

 sambil dok sujud tu.. kekonon baca doa le kan..
wis wis wis.. ( mungkin dia dengar aku baca dalam solat kot)
dengar wis wis je la kot kan..


ecewah.. rukuq la pulak.. 
sebut bis bis bis.. 
sebut susisusisusi...


dia tak pandai lagi duduk di antara dua sujud tu
so, dia duduk cenggini la... hahaha

ups.. pakai baju jer.. seluor dah kena tanggal
sebab masa berbuka tu dia tumpahkan air... 



 Note:  Eh.. ada tak telekung utk budak besar Aleesya ni?