Tuesday, November 26, 2013

Macam Cantik Jer.. Mcm Comel Jer..

Recently, My Naiim selalu dok nyanyi lagu " Macam Cantik Jer.. Macam Comel Jer..."
sedap pulak aku dengar, memang lunak halwa telinga aku ni.


eh, mesti ada blogger di luar sana yg dapat blogbuster Campaign kan.
So, aku ada la dapat, tapi tak sure la nak join ke idak.

Mcm best je kalau join kan..
tapi tu la aku ni malu malu meow sikit kalau buat video. 
see my mood lah.. kalau sempat aku join. 

ok..ok.. berbalik kepada tajuk entry,
"Mcm Cantik Je , Mcm Comel Jer.
Mesti korang pernah tengok kat Youtube kan..

Actually, comel je aku tengok tak de lah teruk mana pun.
dah comel aku cakap comel la kan..
biasalah penyakit sekarang ni, asal ada satu video je mesti nak ada parody kan..

tettttt..tetiba aku tergambar, kalau la aku wat video utk blockbuster Campaign tu, tetiba
ada pulak yg wat Parody. Naya... Naya..
ish.. gerun pulak aku 
baik fikir sejuta riban riban kali kan..kan...

Tapi...tapi ...tapi...
Aku best pulak

besttttt sesangat bila dengar lagu ni
sangat sangat mendayu.. 
aku tabik spring toing toing...
kalau nak buat Parody , buat mcm si Amar ni..
Ni namanya rezeki tau, Aku pun nak beli Album ni kalau ada jual
bagi anak anak dengar pun bagus..


ok yang ni siap ada senikata lagi.
kalau lagu berunsur keislaman gini, sape tak nak kan
buat siulan anak anak..
bagus sesangat...



Aku cuma tak suka bila ada parody tu ckp
"mcm cantik je, mcm comel je.. pas tu "Mcm Beruk Je".. then 
Mcm Sial Je...

Well, who we are to stop , even who are they to stop us, kan..kan..kan..


Note: Again! I memang fobia nak upload video kat tenet ni...

what Kind of Fever it is?


Jumaat ( 22/11/2013) badan aku dah tak bape nak sihat
Ntah mcm mana le kan, aku tertidur kat depan lappy
then, sedar sedar my bos dah kejutkan aku
jam dah kul 5.00 ptg, so Bos suh je aku balik jumpa doktor
and take a rest.

Hairan, badan aku tak panas pun, ok je tapi sendi sendi rasa lemah jer
so, sabtu tu memang lepak king je kat umah
tak pergi klinik pun sebab badan tak panas
kalau bab makan semua boleh makan
tak de pun rasa pahit mulut

Hari Ahad tu still mcm tu jugak, aku telan jer panadol
yang hairannya, badan aku langsung tak nak berpeluh
siang aku mandi air panas, 
then mandi air biasa tengah malam ( petua mak aku le)

masih tak mo keluar peluh badan ni
last aku geram, aku gagah kemas rumah, cuci itu ini
mop lantai bagai
still peluh tak mo keluar, 
benornya aku ni demam ke hape ek?

So, kelmarin ( 25/11/2013) aku masih lemah dan call my bos ckp aku MC
biasala kan office aku ni tak payah tengok surat doktor kalau MC
so, senang le citernya
petang tu baru la badan aku rasa ada keluar peluh sikit
tu pun masa aku sembahyang zohor,
saja tak bukak kipas, lepas sembahyang pun masih tak mo bukak telekung
tetiba rasa peluh keluar mencurah curah
fuh... baru la rasa sihat ko.

Maaf le sebab aku tak terjah pun umah korang
sesapa yg terjah umah aku ni, terima kasih sesangat
nanti aku balas kunjungan K.



*** pada jenjiran yg ckp aku demam sebab nak ada isi tu, moga moga masin mulut korang yer***


Note: Demam lain pesyen pulak kali ni. hiksss
BTW syukur sebab dah Sembuh, walaupun tak sepenuhnya.

Saturday, November 23, 2013

Kaki Aku tersepit Basikal

 
Lihat tangan kanak kanak di atas, 

MUAR - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kanannya tersepit pada besi basikal ketika cuba membetulkan rantai kenderaan itu yang tercabut di Kampung Simpang Baba di sini kelmarin. LAGI


tetiba aku teringat masa aku darjah. Kaki aku sebelah kiri masuk celah 
palang besi gitulah. Time tu my abang kedua yang carry aku.
Time tu nak pergi sekolah. kira jam dalam kul 7.15 gitulah.
bila sedar je kaki aku tersepit kat situ, abang aku jadi panik
dia pun reverse basikal ke belakang, kekonon kaki aku akan turut keluar kan
Malangnya tidak, lagi  teruk luka kat bawah buku lali tu
sib baik pkai kasut sekolahkan...
Abang aku yang ketiga pulak bagi Idea, ( kami naik satu basikal 3 org)
pekata kita angkat tayar belakang ni dan sorong basikal ni dengan satu tayar je (tayar depan)
kiranya dorang angkat sekali ngan aku la..
sekali angkat terus tak terangkat,  bape sangat la kudrat budak budak kan..
mcm bagus sangat le kan Idea tu. hahahaha
 
Aku pulak asyik nangis je, lagi tension la abang abang aku tu kan
Syukur pada Allah,Ada Pak cik Mud yang lalu situ utk pergi menoreh
dia bukak kasut sekolah aku dan perlahan lahan lembutkan kaki aku dan
keluarkan dari galang tu,
eh..boleh keluar pun, cuma kena ada teknik nya
maklumla aku baru darjah dua, tulang masih lembut.

stokin aku koyak tergesek dek galang tu kan, dan boleh tengok la kan
benang pada stokin tu bercampur dengan kulit kaki aku
meraung raung aku menangis tau
then Pak Cik Mud, pegang kaki aku dan letak perlahan lahan pada luka tu
sambil baca sesuatu dia sapu perlahan lahan
sereyu tau.. 
benornya dia baca doa untuk hentikan aliran darah

air tapai yang terhasil dari tapai boleh dijadikan ubat penyembuh luka
sampai umah je, mak aku tak bawa aku gi spital, tak mo la kaki anak kena jahit
kang jadi keremot kemetot bagai
Mak aku ambik getah pokok keladi kemahang
di campur dengan air tapai dan sapu pada luka tu

itulah ubat aku, tak de gi spital
yes..sampai sekarang tak de sape pun perasan yang kaki aku tu berparut
sebab... dah mcm tak de parut pun
my hubby pun masa baru kawin tak perasan tau.
hahahaha... magisnya ramuan perubatan tradisional kan.


Note: Bila terngok kaki aku ni, terkenang  zaman kanak kanak..sweet memory..



Friday, November 22, 2013

Lamp chop with yogurt black pepper sauce

Hari ni aku nak kongsi satu resipi yang aku gunakan Natural Set  yogurt by Nestle


bahan bahan ( perapan daging)
2 ketul daging tanpa tulang, senang anak anak aku nak makan
kalau ada yg tulang rusuk tu lagi bagus
serbuk pati ayam, oregano,lada hitam, rosemery memasing 1/2 sudu
2 ulas bawang putih di racik halus
olive oi

cara cara
ketuk ketuk daging tu supaya lembut
satu kan semua bahan bahan di atas dan perap daging selam 30-45 minit
kemudian gunakan grille pan/magic pan untuk grille daging tadi
grille hingga masak.
 seperti gambar di bawah

Bahan bahan utk source yoghourt black pepper sauce

Bahan A
2 biji kentang di kupas kulit dan di potong dadu
 1/2 ulas bawang besar 
 sesudu serbuk pati ayam

Bahan B
  3/4 capsicum- potong dadu
1/2 biji tomato -potong dadu
sesudu lada hitam ditumbuk
Carrot- potong dadu
brokoli
2 Sudu yogurt Nestle Natural Set yogurt Asli


Cara membuatnya
Bahan A di rebus sehingga kentang menjadi empuk
kemudian kisar semua bahan yang di rebus.

Gunakan Pan/magic Pan yang sama yg digunakan utk grill daging tadi
Masukkan Bahan A yang  direbus tadi
kacau sehingga sebati dengan juice yang di hasilkan sewaktu gille daging tadi
masukkan black pepper
setelah mendidih masukkan sayur sayuran tadi

 kemudian masukkan 2 sudu yoghourt dan kacau hingga sebati
 kemudian sedia di hidangkan.


hmm... aku goreng sikit kentang sebagai penyedap rasa untuk anak anak aku.

selalunya sos black pepper ni kosong je tanpa sayuran kan, memandangkan anak anak aku
memang hantu sayur so, aku masukkanlah sayur sekali
hmm... untuk pengetahuan korang, bila campurkan sedikit sayuran supaya mendapatkan
kemanisan original dari juice yg di hasilkan oleh sayuran tadi.


Then, untuk sos ini aku jadikan kentang sebagai agent pemekat dan bukannya tepung
seperti kebiasaannya kan.


Ni adalah plate Aleesya, ketulan tu adalah capsicum, mungkin dia rasa lain kot, that why dia tinggalkan
hahahaha.... maklumlah cupsicum tu mahal, so aku memang jarang beli


Si Naiim leklok je makan dengan garfu dan pisau, sekali Aleesya angkat seketul daging tu
main kokak je..Pas tu datang sengih sengih  tunjuk gigi kat aku
sebab nak suruh tanggalkan  lebihan daging yang lekat kat gigi.
muahahaha...



Note: ada lagi lebihan yogurt kat dalam peties, rasa nak buat smoothie la pulak.

Hadiah Dari Ibu dan Papa

Aku dah promise dengan si Naiim, kalau dia dpt good result in exam
aku akan belikan apa yg dia duk minta minta sangat tu.
dah ada lori kontrol, motor control..nak jugak keta kontrol

 
lebih kurang gini la keta kontrol yg aku belikan utk Naiim tu. (lupa snap photo)
ciluk gambar Pak google je lah.

even Naiim tak de la dapat number 1,2 dan 3, tapi peratusan yg dia dapat tu
kira membanggakan la jugak.
Dan dia masih lagi berada di kelas pertama. 
Alhamdulillah...

Dan ini pulak PSP hadiah dari papa untuk Naiim 
kerana  bakal melangkah step pertama untuk menjadi remaja.

memang papa dah janji ngan Naiim, papa akan belikan bila Naiim berkhatan
memandangkan lgi seminggu je Naiim nak berkhatan, so papa beli lah.

Tapi kami belikn yang second hand je, 
 walaupun kami tak mampu nak belikan yang baru, tapi kami nak  adakan jugak utk Naiim
biarlah yg 2nd hand, asalkan anakku merasa juga bermain benda alah ni
sayu jugak bila dia selalu citer ttg kengkawannya yg ada PSP ni.


dengan siapa papa beli dan mcm mana papa beli, aku pun tak tanya
yang pastinya PSP ni di beli tanpa charger.

So, hari ni aku ke Lorong kulit utk dapatkan charger
harga RM39.00 tapi dapat beli dengan harga RM25.00
tu pun aku rasa mahal. 
kalau pandai menawar boleh dapat harga murah lagi ni..

Tapi tu lah, aku rushing sangat hari ni, keluar kejap time off minta kat bos
so, bargain harga pun dengan satu kedai je
tak sempat nak survey kat kedai lain.


**hari ahad ni, papa dah janji ngan Naiim nak install game GTA **


Note: Idak le dia boring sangat bila asyik baring je time berkhatan nanti.


Thursday, November 21, 2013

SEGMEN : 2 Minute Thursdays

TERTARIK

 

lihat lah ke dalam mataku ini wahai pemimpim sekalain
berapa banyak lagi pengumuman kenaikan harga yang dalam senarai "Waiting List"
belum sempat GST di laksanakan..
banyak pulak perlumbaan kenaikan harga sedang berjalan.

Lihatlah kedalam mataku ini, rintihan hatiku ini
MInyak Naik
Gula Naik
Tambang Bas Sekolah mungkin Naik
Harga makanan turut naik ekoran kenaikan minyak
dan yang terbaru "Tarif elektrik Pun Naik" jugak
Lepas ni harga makanan akan turut naik  sejajar dengan kenaikan Tarif elektrik!!

Lihatlah hatiku melalui mataku ini


Note: siapalah aku dimatamu  untuk kamu mendengar rintihan ini


Padan Muka Kau ke Padan Muka Sendiri?

Asal hari khamis je, aku cecepat on radio nak dengar satu rancangan "Tanyalah"
korang boleh tanya permasalahan rumah tangga
hal mertua, ipar duai anak anak semua boleh. cuma tanyalah
Datin Fatimah Ali akan rungkaikan.

Nak citer sikit tentang satu ayat yang aku rasa memang boleh jadi panduan hidup

" Padan muka kau ke padan muka muka aku"?

Kekadang kita tak sedar pun, bila kita dok buat naya kat orang, 
mengata kan orang
bagi masalah kat orang, buat onar bagai
di dunia ni nampak mcm, padan muka dia kan dah kena 
selama ni buat kat aku sangat, ambik rasakan..

hakikatnya memang la padan muka dia, dan kita ni yg duk ngata dia 
dan seronok ngan musibah dia tu, sebenarnya kita sedang menzalimi diri kita sendiri
kenapa?

Menzalimi diri sendiri di sini adalah merujuk kepada titik titik dosa yg kita semai tu
Tau la kan, bila ngumpat tu apa balasannya
dan diri kita nilah yang akan menerima padahnya di hari pembalasan kelak
tak ke namanya kita sedang menzalimi diri sendiri kan..kan..

Owh, terpana seketika dek nasihat nya, 
rupanya selama ini aku sedang menzalimi diri ku sendiri
Perbanyakkanlah membaca doa ini


‘Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.
Note: Bukan baik mana pun kan, tapi sekali niat utk menjadi lebih baik merupakan satu ibadah