hmmm..lambat sikit aku buat Aqiqah untuk Aleesya kalau berbanding ngan si Naiim
Si Naiim dulu lahir je terus buat Aqiqah, tapi kali ni Si Aleesya dah 2 tahun 5 bulan
baru nak buat.. tak pe la still boleh lagi kan..kan..
Bukannya apa, saja kami nak buat sekali dengan Majlis Berkhatan Si Naiim
kebetulan pulak masa arwah ayah sebelum meninggal tu
ada niat nak makan kambing.
Masa beliau sebut tu, sebut kat aku la pulak
So, rasa mcm telan tak lepas je kalau tak penuhi niat ayah tu kan..
Jadinya kami harung sekali
that why la kami beli 2 ekor kambing
satu untuk Aleesya satu untuk arwah Ayah
kalau nak tau excitednya si Naiim ni nak berkhatan, boleh aja baca kat Putus Terpaksa
rasa sekejap je kan masa berlalu

masa ni Si Naiim 2 tahun lebih gitu la
ye ye la dia nak berkhatan dengan abang abang sitter dia
sekarang si abang abang tu pun dah besar panjang
dah masuk sekolah tahfiz pun dorang ni.
excited excited jugak kan.. Tapi make sure masa kena potong tu ko jangan nak melalak bagai
kang, orang selepas kamu tu terus lari terjun sungai.
bwahahahaha...
So, aku start bercuti pada hari Jumaat hingga ..... ikut keadaan perkembangan si Naiim
kalau dia ok, cepat sembuh cepat la aku datang kerja
kalau lambat... maka lambat lah..
oleh kerana majlis ni majlis anakku
makanya hal hal berphoto mungkin tak de kot
ye la moral support dari ibu tu kan lebih penting..
Note: harap harap si Aleesya tak buat aksi terjun junam time abang tengah berpantang.
eh..boleh harap ke ni?






