Thursday, December 5, 2013

Pagi - Hari Berkhatan

Malam tu my SIL yg anak anak dorang turut jugak berkhatan tak mo pergi ke klinik
menemani anak anak dorang.. tapi aku la yg rasa ralat kalau tak join.

So, malam tu, my hubby ada ckp " Jom la, kalau awak nak join sekali"
ha... dah hubby pun bagi green light untuk aku ikut serta apalagas
aku ni ibarat pucuk dicita ulam mendatang la kan.

Pepagi tu selepas subuh, aku terus iron baju mandi siap siap la
then kejutkan anak teruna tu, Si Aleesya aku biarkan dia terbungkang tido
kalau dia ngikut sekali kang banyak karenah pulak dia kat klinik tu.

ok.. Mandi time.

 saja letak semua photo ni , biar menjadi kenangan dorang
mandi puas puas bior kecut birbird kome semua.
hahahaha...

 Actually, mulanya dorang mandi kat bathroom je
pas tu My SIL ckp.. why not suh dorang mandi kat luar
main main air.
 kalau ada pili bomba kat best.. baru fun kan.

 mandi la kome puas puas, kejap lagi one of your isi akan meninggalkan korang buat selam lamanya

 Ayien, Naiim dan Mat Prit.

 Mesti dorang happy sangat kan time ni.
ye la, selalunya kalau main air gini sure dah kena marah
tapi kali ni ok je, siap suruh main air lak tu.


Note: Masa ni semua dah tak sabat sabar nak berkhatan, kita ikuti kisah dorang seterusnya K.

Wednesday, December 4, 2013

Sehari sebelum Majlis Berkhatan

Kami dah pun booking kambing 2 ekor untuk majlis yang bakal berlangsung pada 30/11/2013
Lagipun penjual kambing tu boleh sembelih sekali kambing tu
Jadi MIL cadangkan agar tumis siap siap dan masak tanpa santan daging kambing tu
bagi mengelakkan daging tu rosak memandangkan  2 ekor kambing nak sumbat dalam peties mana kan.

my hubby pun pergi uruskan kambing semua tu dalam kul 4.50 ptg
pas tu gi ambik bunga telur dari umah mak aku di Kala Nerang bagai
makanya dah malam la baru dpt balik umah pendang tu

Kami dah bersiap sedia menanti kambing untuk di masak
So, My MIL dah pesan kambing tu even dah di lapah bagai kena la salai dulu
untuk hilangkan semua bulu bulu yang masih melekat tu.
petua dari kazen hubgy, kalau nak lapah kambing kena kaki ke atas dan kepala ke bawah
so, daging tu nanti tak de la bisa..
Bisa tu merujuk kepada bila makan suka dok sakit kepala la, darah naik la..ha gitulah..

 untuk kambing yang arwah ayah niat tu, kami wat masak kurma


untuk kambing aqiqah Aleesya, kami wat masak gulai dengan umbut pisang.


Kami masak malam tu jugak. tapi tak letak santan. so esoknya baru letak santan
hampir 3 pagi jugaklah nak siap kan semua tu.

Aku dah pening menonong sebab dah letih,
nyaris nyaris nak tertungging masuk kawah ko..
sib baik hubby sempat paut, kalau idah dah jadi daging qurban manusia.. kikikikik..


Note: esoknya bangun awal nak bersiap sedia untuk Naiim berkhatan.


Such A great Experience

Pew... lega rasa semuanya dah selesai.
segala urusan berkhatan kenduri bagai dah pun setel..
tapi penat tu masih kena kena sikit sikit la kan..

Sepatutnya aku dah kerja semalam, tapi encik "M" pulak datang bertandang
so, terus la aku sambung lagi sehari cuti, bwahahahaha..
makanya kelmarin terbungkang kami 4 beranak kat umah
mengutip tenaga untuk cover kepenatan, kengkononya la kan.
ok, berbalik kepada tajuk entry.
Perngalaman aku yang sangat sangat bermakna tatkala anak terunaku nak menjejak ke alam remaja
tak sangka aku bergitu strong di dalam bilik surgery tu
tak sangka aku langsung tak de rasa nyilu
tak sangka aku boleh lagi berbual bual mesra dengan Naiim
tatkala mata gunting menari nari di kulit birbird Naiim.
Wow... kekuatan tu datang dengan sendirinya.

Apa aku rasa ketika itu?
aku mula terbayang, beginilah keadaannya tatkala aku melahirkan Naiim
gunting, benang jarum menjadi mainan..
Ya.. Naiim sangat sangat brave, boleh lagi dia tanya Nurse itu ini
dah ke belum.. dah npotong ke belum..
dok buat apa pulak ni.. dok cuci ke?

Naiim menangis?
Of coz la dia nangis, tapi sekejap je, bila ibu, papa dan Nurse tenagkan dia
dia dah ok. Siap cakap rasa mcm semut dok gigit bibird ja..
hahahaha... 
then ada ayat cover line pulak tu
" Naiim nangis bukan sebab sakit tapi sereyau"...
hiksss... 

ada jugak yg cakap, eh beraninya kamu, masuk sekali time Naiim berkhatan
tak takut ke?
Bagi aku, Naiim tu lah satu satunya anak lelaki aku
Kalau dah time Aleesya pun aku join, time Naiim aku perlu join utk beri semangat
Ya, hanya kali ini saja memandangkan anak lelaki aku sorang je kan...
kalau ada anak lelaki yg akan datang, In Sha Allah..aku akan buat benda yg sama.

Bagi aku, saat Naiim suka, duka  dan sekit sekalipun
aku akan tetap nak berada di sisinya, memberi semangat
nak berkongsi suka dukanya


Note: What I'm can say. Naiim such a great boy!!!...



Tuesday, December 3, 2013

Budak Menyebok

asyik nak berkepit je.ini la yg dok sereyau....

Friday, November 29, 2013

Owh..You buat Kenduri ke?

As you all know kan, My Gula gula Bos a.k.a sugar bos.hahahaha
dia ni asal tau je aku nak wat majlis apa apa mesti nak hulur hulur sikit
So, that day dia ada la bagi sikit $$$$..syukur alhamdulillah..

Then bila aku apply cuti panjang yang ada start tapi tak de tarikh datang semula tu
dia pun tanya la itu ini
so, aku jawab le yg normally orang islam kalau berkhatan kita akan buat sedikit makan makan
atau lebih jelas lagi kenduri kecil kecilan
owh... you buat kenduri ke?
Tapi my bos cakap kalau dah 2 ekor kambing tumbang tak kan kenduri kecik kot kan..
photo cik google
So, tentang aku duk sibuk packing goodies utk di masukkan dalam gift bag tu
dia pun nak kay po ambik tau jugak
mana taknya, aku gi beli berbundle sweet la,  itu la ini la time lunch kan..kan..
so, bundar mata dia dok tengok.

So, memandangkan majlis ni melibatkan majlis Aqiqah, makanya aku tak invite pun dia
then aku terus je ckp
"Bukan tak nak invite you all semua, daging aqiqah tak boleh di makan oleh orang bukan islam"
ada l hukum hakamnya, susah jugak you nak fham klau I terang
So, jgn ambik hati ok.

Harap hrap dia faham le kan
lagipun sedara mara dia pun banyak yang covert became muslim kan
Tapi.....
Macm biasalah my bos ni still nak support aku jugak
kengkonon nak ringan kan beban berbelanja aku
so,  dia gi beli 3 balang biskut sagu kelapa


Ya Allah, sangat sangat tak sangka

mcm my abang selalu cakap
Rezeki Allah tu datang dari pelbagai cara..
dan Allah memberi rezeki itu kepadaku melalui tangan tangan orang bukan islam..
Moga Allah memberi hidayah kepadanya.


 Note: kalau org bukan islam nak makan juga kenduri tu, kena la beli daging lain ganti..


Thursday, November 28, 2013

Tasbih

Kat umah aku banyak tasbih. ada yg besar ada yg kecik mcm mcm..
tapi.. tasbih ni suka nau hilang..
hilang ke mana? sure la jatuh bawah katil kan, pas tu cari cari tak jumpa beli lain
jatuh lagi beli lagi..
bila time wat spring cleaning tu naj selunggok tasbih dok lepak bawah katil.
Ada satu tasbih tu orang balik dari Mekah yg bagi
di perbuat dari kayu, kecik kecik je biji tasbih tu, ringan je
aku tak bape suka guna sebab dia ringan dan kecik
tapi... dapat kat Aleesya, di gegetnya biji biji tasbih tu habis pecah... dah tak cukuop 100 kan..

So, recently aku mencari tasbih 33 biji
senang sikit nak zikir 33 tu kan.
tasbih tu berat sikit dan sedap je kalau berzikir.
Lately, si Naiim ni selalu cakap dia susah nak tido
so, aku suh je dia guna tasbih 33 aku sementara aku guna tasbih besar pemberian Arwah ayah.
dah lelama duk amalkan, si Naiim tu dah terbiasa la pulak
asal tak leh pejam mata je mintak tasbih
so, otomatiok tasbih tu kepunyaanya si Naiim.

Modus operandi aku sekarang ni ialah mencari tasbih 33 yang baru
susah pulak aku nak jumpa tasbih 33 tu
yang kebanyakkan di jual tasbih 100 je.
Then yg menjadi kemusykilan aku ni
ada tasbih yang di setiap bijinya tu tertera tulisan Allah dan Muhammad
eh.. kalau tasbih tu aku letak dalam handbag
then aku masuk tandas, hukumnya apa ek?
kalimah Allah tu di bawa ke tandas...
So far aku tak beli pun tasbih yang ada kalimah Allah Muhammad tu
sebab aku was was  jika aku terbawanya masuk ke tandas
ye la.. kekadang bila travel, aku suka bawa tasbih 

mmm..ada sesapa yg boleh rungkaikan masalah aku ni
BTW, cantik dan comel je aku tengok tasbih kalimah Allah Muhammad tu
kalau tak melanggar hukum nak je aku rembat satu.


Note: sesapa yg arif, ku mohon pencerahan.

Majlis Serentak

hmmm..lambat sikit aku buat Aqiqah untuk Aleesya kalau berbanding ngan si Naiim
Si Naiim dulu lahir je terus buat Aqiqah, tapi kali ni Si Aleesya dah 2 tahun 5 bulan 
baru nak buat.. tak pe la still boleh lagi kan..kan..


Bukannya apa, saja kami nak buat sekali dengan Majlis Berkhatan Si Naiim
kebetulan pulak masa arwah ayah sebelum meninggal tu
ada niat nak makan kambing.
Masa beliau sebut tu, sebut kat aku la pulak
So, rasa mcm telan tak lepas je kalau tak penuhi niat ayah tu kan..
Jadinya kami harung sekali
that why la kami beli 2 ekor kambing 
satu untuk Aleesya satu untuk arwah Ayah

kalau nak tau excitednya si Naiim ni nak berkhatan, boleh aja baca kat Putus Terpaksa
rasa sekejap je kan masa berlalu
masa ni Si Naiim 2 tahun lebih gitu la
ye ye la dia nak berkhatan dengan abang abang sitter dia
sekarang si abang abang tu pun dah besar panjang
dah masuk sekolah tahfiz pun dorang ni.


excited excited jugak kan.. Tapi make sure masa kena potong tu ko jangan nak melalak bagai
kang, orang selepas kamu tu terus lari terjun sungai.
bwahahahaha...


So, aku start bercuti pada hari Jumaat hingga ..... ikut  keadaan perkembangan si Naiim
kalau dia ok, cepat sembuh cepat la aku datang kerja
kalau lambat... maka lambat lah..


oleh kerana majlis ni majlis anakku
makanya hal hal berphoto mungkin tak de kot
ye la moral support dari ibu tu kan lebih penting..



Note: harap harap si Aleesya tak buat aksi terjun junam time abang tengah berpantang.
eh..boleh harap ke ni?