Tuesday, March 13, 2012

Pergi Menembak

Ahad lepas, boring sangat kami kat umah
lagipun Aleesya nak jugak tengok suasana luar umah
asyik umah sendiri, umah bb sitter 2x
boring la kan...

then husband gatai tangan nak wak tripod kuaq
selalunya tak pernah pun wak tripod

nak tengok sun set kat area lapangan terbang tu
then sambil sambil menunggu kapal terbang lalu
kami bergedik gedik main tembak tembak jap


Suka benor dak aleesya ni bila di bawa keluar
lagi pun amirul tak bapa sihat sangat
saja nak layan anak anak
lagipun sejak amirul demam tu, dia ckp boring sesangat asyik baring jer..

Amirul yg bam bam ni, dah semakin cekeding
mana taknya seminggu demam tak mau makan plak tu
tak per k, nanti ibu masak sedap sedap

thanks to mr. tripod, dapoat jugak kami snap 4 beranak
berapa ketul je gambar kami 4 beranak ni

ish... lambat betul la kapal terbang ni
sementara tu dok tembak tembak lagi
then dari jauh dah nampak kelibat kapal terbang

hubby apa lagi siap sedia nak tembak kapal terbak tu
dan akhirnya.......


hahahaha... dapat ekor kapal terbang jerk.
aku gelak guling guling time tengok photo ni

Nak tunggu kapal terbang lain untuk di snap mcm lama sangat
then kami decide nak pi makan bihun sup tanduk & satay kat teluk kumbar

Monday, March 12, 2012

Demam Boleh akai baru

Memang tak tahan aku ngan dak Aleesya ni
asal aku masukkan dalam buai, kejap je mesti kaki dia keluarkan
nak turun dari buai.

last, aku dapat satu idea
nak tak nak dia kena jugak duduk dalam buai

hahaha... aku beli net ni,
dia kan berlubang lubang, aku ambik lebihan tu
aku sangkut kat besi

ambik ko, terkurung dalam tu
mula mula dia tak mo
paksa jugak, last dah ok


hehehe... kalau tak tido pun dia duduk diam diam jer dalam cradle ni
nak wat cam na ka, kaki ke kepala ke memang tak leh terjulur keluar

diam diam aku intai dalam cradle
tu, nape la senyap je aleesya
kalau diam je, mesti ada kerja diua neih


hahaha.. dok gigih tarik kaki
nak makan ibu jari letew.

mmm... nak adik ek?
hikssss

ups... dah dapat ibu jari tu
serot... serottt.. dia isap
that day dia demam, nak boleh akai ni ka?


bila aku tengok dia, buat buat la turunkan kaki tu.
heheheheh...

Friday, March 9, 2012

Kempunan Petai punya pasal

Last friday husband dok teringin nak makan sambal petai
Amirul pun sama, dok bisik kat papa nak makan petai
Masa tu Amirul tak demam lagi

Bila anak merungut, mestila papa cargas dok pi cari petai
sebelum cari petai hubby dah beli cili kering & ikan bilis
sampai ja kat pasar malam, petai non ado
hangin tul la hubby tu.

Husband suka petai yang mcm kat photo di atas ni
kalau yg dah siap kopek kulit tu hubby tak suka, sebab bau dia keras sangat

then, monday tu still tak dapat cari petai jugak
sian husband.


then aku suggest kat dia tuk makan je sambal udang
kalau dia nak aku boleh masakan
sebab udang yg aku buatkan Gieyana Char Koay Teow tu still ada dalam fridge.

husband till tak mo sebab nak cari petai sampai jumpa
semua pasar malam dia terjah
sampai le ke hari ni still mencari petai
muhahahaha...

akhirnya, dia akur yang petai idamannya tu tak akan muncul
mungkin sebab musim ujan kot, penjual petai tak dapat sediakan stock petai

last dia suh jugak aku masakan sambal udang
kejap tadi, dia ke Hospital bawak Amirul
risau sangat kami sebab demam amirul tak kebah kebah

Dr. dah pun ambik darah.. result belum keluar lagi
doa doakanlah untuk amirul cepat sembuh ye kengkawan
kalau Amirul kena admit, aku ambik half day la today

Thursday, March 8, 2012

Usaha untuk pulihkan Demam Amirul

hmm... hari ni dah 4 hari Amirul tak ke sekolah
aku dah pun inform cikgu dia pada hari selasa lepas.

Sian Amirul, demam dia mcm dok main main
kalau siang tu, badan suam suam je, bila kul 12.00mlm ke atas dah start garing badannya
aku di memalam kejap layan Aleesya menetek
kejap jelum kepala Amirul

Semalam aku jelum kepalanya dengan daun bunga raya
ubat apa ntah namanya beli kat farmasi
sumbat kat punggung tu

sekarang Amirul dah strat cirit pulak
ok la kan, dia ada berak baru panas boleh keluar

ini pulak, ubat yg aku belikan dari kedai ubat cina
kena rebut + gula batu+bunga chrysanthemum
aku rebus and bagi Amirul minum

Amirul pulak memang tak lalu makan, sian dia lemah jerk
kalau makan pun semulut dua je
pas tu dah tak nak

aku belikan soya kotak + milo kotak
itupun dia minum sikit je


Aku buat moi ni pun dia makan sikit je
tak habis pun semangkuk kecik

aku buat lebih sikit moi ni
dok panaskan sentiasa, tapi dia makan seklai je

tapi ok la kan, idak le membazir, sebab moi ni akanku mesin sehingga halus
untuk Aleesya pulak.
sib baik ada Aleesya. ngeeee...

Hari ni, bb sitter ada ckp nak suruh husband dia wat air tawar tuk mirul
harap sesangat Amirul dapat ke sekolah esok ni
esokkan last day, mesti banyak homework yg cikgu bagi sepanjang cuti
tak nak le Amirul ketinggalan.

Baju Dari Aunti El

Kelmarin, actually aku dah janji ngan el nak gi office dia kul 9.15 cam tu
tapi, masa el call aku tu kul 9.00. mandi pun belum lagi
sori el.. sori.. sibuk la kan pepagi nak urus anak anak

Then berdesup aku pergi office el
dia hand over aku satu barang.
dia ckp tak sempat nak balut elok elok
ala... bukan nak guna pembalut tu
barang yg kat dalam tu yg penting


tara... ni ler hadiah dari El untuk Aleesya.
suka sangat aku. memang dok impikan nak beli cenggini tuk Aleesya

Terima kasi el, sebab tolong belikan
sungguh hepi.. hepi..& hepi..
jer tengok baju ni


ok, kita mulakan dengan aksi baring k
Aleesya ni baring kejap je, pas tu nak pusing pusing pulak
aksi pusing pusing tu tak leh nak snap
sebab asyik nampak pampers jerk
hahahaha....


ok aku kasi dia duduk pulak.
tak pandai imbang badan lagi ler
menyenget je.. sabor je lah
punya la gigih dok suh aleesya duduk cenggini la cenggitu la
sian dia semalam nih..

Aku guna button yg snap berkali kali & non stop tu
ha, leh la dapat aksi ni
pas tu korang tau la kan, melongsor je aleesya ke bawah..


nampak tak ibu jari sape tu.
hahaha... aku le tu, sebelah dok pegang camera
sebelah dok berjaga jaga takut takut Aleesya jatuh


ok lah.. last..last..
Peace... by Aleesya tuk auntie El.
sebab baju tu ngam ngam padan tuk Aleesya.

nanti ibu nak pi meroyan cari yang kaler lain pulak
versi cenggini jugak!!!!!
doakan semoga aku berjaya ke sana ya el... amin...

muahahaha.. peace Aleesya tu, jari masuk mulut da...

Wednesday, March 7, 2012

Sepi ku dirundung sedih

sepi ja kan blog aku sejak 2-3 hari ni
bukan tak nak updated, tapi masa tak mengizinkan

Masa Gieyana ke rumah aku on saturday tu, memang aku ada ckp
yg aku dapat rasakan Amirul mcm nak demam
masin pulak mulut aku, malam tu jugak Amirul demam..

teruk betul Amirul demam kali ni
bila malam meracau racau dia, sampai ilang akal aku di buatnya

ada pergi klinik, tapi dr. ckp tak serious...
Amirul meraung raung ckp dia nampak benda bulat memusing musing
( panas melampau la tu, nampak kapak pusing la hapa la)

aku jelum jelumkan kepalanya tu, pas tu ok la kejap
then, aku decide isnin lepas aku eergency leave. sebab nak jaga Mirul
Aku mandikan dia dengan air suam di siang hari, 5-6 kali
pas tu bagi minum air 100 plus, then masak sup tuk dia minum

still tak ok gak, tak sekolah la dia.
kelmarin aku datang office suh dak office tu belikan aku ubat cina
tuk legakan demam.
sebelum ni memang pernah minum pun amirul tu.

then lepas balik kerja kelmarin, aku singgah kat farmasi, beli ubat demam +
ubat sumbat punggung.
mana la tau kan, mungkin ubat kat klinik tu tak sesuai ngan dia
balik jer terus aku sumbat punggung dia ngan ubat mcm peluru tu

pas suh dia makan sket, dalam 2-3 jam gitu, dia dah mula berpeluh
aku pun happy la sikit sebab ada perubahan

then tadi pagi, kul 6.00 aku bangun pegang badan dia
mak ai.. demam semula le..
Tak kesekolah lagi la dia hari ni.
hmmm...

hari ni pun aku half day je. sebab nak jaga dia

Nota:- bukan apa, tak sabar nak tengok aleeysa ngan brg yg El kasi tu.

Friday, March 2, 2012

Kisah Aku, Zura ,eskacang & Apek kedut..

Dah 4 hari aku makan kat office je..
hari ni rasa mcm nak keluar makan kat luar la pulak
nak ajak sapa ntah.. then terlintas la dak Zuraiwan tue.
lagipun Old Town tu terletak kat
bawah office dia jer..

memandangkan petang ni bos nak beli cucoq udang + popia untukku
so, tak mau le aku makan nasi
cukuplah makan wantan mee jer...

kalau makan nasi, heavy plak kan.

muahahaha... aku order air ni. strawbery float
selalu sangat minum kopi kat sini, jadi nak tukar selera la pulak


ni pulak ais kacang, zura punya.
nak citer la kan, masa es kacang ni sampai, tetiba kami nampak
sehelai rambut melekat kat tepi bowl ni

aku panggil waiteress tu suh tukar
sib baik dia buat semula
kalau dia main buang je rambut tu, siap la...

sian zura, kemain susah nak habiskan eskacang ni
mungkin dia trauma tengok rambut tu kot
pas tu santan dia ketul ketul gitu
tak attract aku langsung tuk rasa...
mahap la old town.. nampaknya korang kena pergi kursus wat eskacang


sengih je tuan tanah ni..( aku le tew )
punya sonot dok sembang ngan zura

kat sebelah kami tu ada apek tua kedut dok pandang pandang
pehal ko apek, tak puas ati ke, tengok kami ceria dok sembang
kejap kejap tengok 2x. nyamfah tul
kalau ensem tak per ar..

sib baik time tu aku dah habis makan
kalau idak, aku siram je dia dengan sup.. boleh gitu?
muahaha...
tak selesa la kn, kalau org asyik tengok je..


Zura order chicken chop rice kot. dia kena makan nasi, kalau idak
kejap lagi dia lapar semula.

tak pe la kan, nasi kan makanan ruji. tul tak?


Aku ni, kalau pergi old town mesti nak order menda ni
makan menda lain pun, still nak makan menda ni..
aku suka..

menu dessert tu eskrem semua. Jadi aku wat roti ni plak sebagai dessert kami
sebab apa aku panggil dessert kami
sebab.. kami makan last sekali
hahaha....

by the way thanks Zuraiwan sebab sudi kuaq makan ngan aku.
apa yg aku dah janji tu, I'allah aku akan tunaikan
tengok la.. minggu depan ka..