Friday, July 20, 2012

Sesuai tak beli untuk Amirul?

sekalipandnag mcm duit lima hengget yang dilipat lipat
rasa mcm unik je kan..
bila wallet di design dengan design duit ni.

kalau nak tengok or nak beli
Sila Berlayar Di sini.


Quote :-
"This charming wallet is simple yet functional, featuring three inner pockets as well as two side ones. It is durable enough to be washed and will not suffer from fading. Extremely pliable, it fits comfortably in a hand, purse or back pocket and is certain to draw eyes with its unique design. "

baca betul betul ayat di atas yer.

aku tertarik ngan ayat di atas. salah satu ayat tu dia ckp to draw eyes
hehehe... kalau orang asyik memandang je wallet kita apa kekdahnya tu?

jgn sampai dorang sapu duit sekali ngan wallet wallet tu sekali udah le yer. ngeeee
tapi seriously unik la. tuk budak budak kutip duit raya kot.

for me. it just for fun.!!!

tapi, kalau tak mau yang jenis design wang kertas
jenis jenis lain kat bawah ni pun boleh gak ar.
 

eh.. design muka aku leh buat tak?
hahaha... mesti lagi unik kan. muka aku parking kat punggung orang
kahhhhhhhhhhhhh

kalau ada sesapa yang rasa berkenan, pergilah berlayar di SINUN

Last Lunch


Naper la tajuk bunyi cenggitu ye. lantak la asal ada tajuk udah le. ngeee
actual atau sebenarnya hahaha... si gieyana calling calling ajak keluar lunch
sebelum ni pun aku ada plan gak nak ajak dia
tapi risau lak kot kot dia ni bizi...

then, tadi dia call ajak lunch. hahaha syiok... syiok...
leh borak borak king!!!!!!

Maybe ni ler last lunch kami sebab bula depan a.k.a esok dah puase
tak leh makan lunch together tau. nanti kena tangkap. hahahaha..
aku makan mee goreng jer.

then masa aku sampai tu Gieyana & anaknya Nureen dah pun bedal Nasi goreng ni
rasa nasi tu mcm kurengggggg sket katanya
tengok le tu main tolak tolak je nasinya


 Air dorang pun dah paras pawah dah
cuma air aku ( sirap laici)  tu masih penuh

sembang la kami ni pot pet pot pet.. rasa mcm tak cukup je masa lunch tu tuk kami berdua
banyak tul nak diceritakan
tak pe, nanti Raya leh la sembang puas puas

ba.. ba.. cak!.. 
haruslah bergambor kan..

Actually selalu gak kami keluar lunch sekali. Tapi aku jarang publish perjumpaan kami
bior le rahsia.. hahahaha

Hati Berkerak!

Ku simpan N3 ni sejak last wednesday tau
mula ingat tak nak publish, tapi tak baik le kan, orang dah banjer
kena la bagi kredit.

my officemate si soo see, telah dengan bangganya membelanja Aku makan Pizza
sempena my B'day last week.
ahak... tak sangka you..


 ini set promosi pizza HD sekarang kot
dia ada le sebut beli satu pizza, sekali ngan apa crunch ntah
aku pun ye kan aja masa call delivery tu.

 ni le si Crunch tu , berkerak kan.... 
kalau menda ni hangit tak pe k
jgn hatiku hangit terbakor udah le...

 ok.. inilah sekeping hati yang ku genggam.
ada jugak makan sikit, tapi mcm tak best pun rasa dia.
atas tu dia letak kaya, suh Amirul makan pun dia makan sepotong je


 hahaha.. ni ler soo see tu. empunya badan yang bajer aku
dia ni, memang suka banjer aku, bukan setakat makanan je dia banjer
kekadang tu dia pergi shopping saje la beli pencuci lantai ke, sabun ke hape ke
dia beli dlm kuantiti yg banyak & bagi kat aku sebotol dua

Tapi kalau time dia ada hangin, boleh buat aku mnggelegak jugak
ramai org ckp, hanya aku je yg boleh ngam kerja ngan dia
betul ke????

lastly, aku minum sup ni. sedap gak
tapi sedap lagi mushroom sup kat Mizi Bistro tu.

ada dapat Home Soy, tapi tak pulak ku snap photo.

by the way thanks sangat for the Rezeki Allah.
Syukur, aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..

Thursday, July 19, 2012

Dating Dengan kekasih Seperut...

Hello..free tak? dah lunch ke belum..
ecewah.. tetiba dapat panggilan dari kekasih seperutku
lama benau tak lunch gather gather ngan dia

perut pun tengah nyanyi dangdut ni
oklah.. keluar makan dengan dia...ahak.. ahak...

Hidanganku di tengah hari..
mmmmm Syukur Alhamdulillah.. kenyang aku tadi

Aku kan penggemar sambal belacan.
ulam: kacang panjang, pucuk gajus ( janggoih) dan jantung pisang

Amboi... kusyuk bebenor kekasih ku ni makan
lapar sangat le tu... lagipun dia tak breakfast pagi tadi
ha.. sapa suruh balik lambat semalam & bangun lambat tadi pagi..

Muka insan kelaparan
mm.. tak sabo nak bedal dah ni...
nyum.. nyum...


aku order es kacang &  kekasihku minum air kelapa
curi curi minum gak air kelapa dia tadi
hehehe....
tak pe kan, share . dah perut pun share inikan pulak minuman
tak de halnya lah

ha... murah tak kami makan tadi.
ini lah harga makana. minuman tak termasuk
cuma RM 8.30 utk 2 org makan
berbaloi baloi..


nak gak le gambar berdua. tul tak
ala.. dalam keta pun tak pe ar...

ok. dia janji nak sambut ramadhan dengan aku kali ni
nanti kita raya sesama k. luv you so much! mmmuah...... mmmuah.....

Pelajar Boleh bawa Handfon Ke sekolah


Semalam, my Biras post kat dinding Fb dia, ckp pelajar dah boleh bawa Handfon 
ke sekolah tahun depan ( 2013)
Mula tu mcm ala.. saja le tu. nak wat gempak kat dinding FB
tapi, bila tengok komen komen tu mcm ramai dah tau la

Aku pulak yang terkejut Zombie kat PC ni.
Tapi kan... Apa motif membenarkan para pelajar tu bawak HP ke sekolah?
Bawak HP untuk apa?


Aku kan ibu, jadi banyak la persoalan yang bermain di minda ni
antaranya:-
1) kalau anak mintak HP kena keluarkan duit lebih. sebab HP mahal
2) Bil tel akan meningkat ( duit lagi tu)
3) bila bawak HP , boleh sure ke budak lain tak curi 
4) boleh sure ke anak aku tak ambik HP org?
5) selain dok mengajar, guru guru di tambah pulak satu tugas, mencari Hp pelajar yang hilang (sian)
6) pelajar pun tak selamat berada di luar kawasan sekolah kerana mereka terdedah kepada peragut


Mungkin aku bukanlah seorang guru dan aku punya lihat perkara ni dari perspektif  yang berbeza.
 
 
 

Wednesday, July 18, 2012

tarikh dan Tempat melihat anak bulan

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2012

Tarikh bagi melihat anak bulan bagi bulan Ramadhan 2012 ditetapkan pada khamis ini iaitu 19 Julai 2012.

Pejabat Penyimpan Besar Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan 30 lokasi melihat anak bulan Ramadhan tahun 2012.



30 Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan Tahun 2012

1. Pontian Kecil Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor
5. Pulau Angsa, Kuala Selangor
6. Bukit Jugra, Banting Selangor
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
12. Menara Alor Star, Alor Star, Kedah
13. Bukit Besar Kuala Terengganu
14. Bukit Geliga Kemaman
15. Pulau Perhentian, Besut
16. Balai Cerap Kolej UgamaSultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu
17. Bukit Peraksi Pasir Putih, Kelantan
18. Kampung Bukit Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan
19. Menara Banggunan SEDC, Kota Baharu Kelantan
20. Tanjung Lubang Miri, Sarawak
21. Teluk Bandung, Kuching Sarawak
22. Tanjung Batu, Bintulu Sarawak
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah
24. Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang
25. Gunung Berinchang Cameron Highland
26. Bukit Pelindong, Kuantan Pahang
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
28. Menara Kuala Lumpur
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
30.Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukhyah dan Hisab
 

Abang dah train adiknya

Bila biarkan dorang berdua main. inilah jadinya
kenapa Amirul pakaikan Aleesya tudung?
sebab..
sebab...

Aleesya selalu ambik lebai abang & buang merata rata


punya la susah kami berdua nak ambil photo ni
sebab Aleesya nak tarik je...

kalau nak tau pangai Aleesya ni kan.. meh nak citer
bila abang dia sujud, dia akan tarik kopiah..
that why bila aku sembahayang dia rileks je
bila nampak amirul sembahyang dia cepat cepat tunggu di kepala sejadah...