Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya

tut... tut.. Assalamualaikum..
Mak.. pekabor? hehehe.. semalam dah call hari ni call lagi. malam karang call lagi
cam tu la aku ni hari hari call Mak aku kat kampung.
sebab... sebab... Mood raya aku dah datang
pejam mata je nampak Mak, Nampak Kampung.. Tak sabor sabor nak Raya


Tak mau sesak sesak kepala bila Raya
Surat cinta semalam dah ada yang tulun bayorkan. Tima kashih!
Haru ni nak marathon  shopping lagi. jap je lagi. ngeee..

Mood raya sedang berlegar legar okey..
dah kena warning pasal shopping kelmarin, tapi hari ni tegar jugak nak shopping
ala.. bukan selalu pun shopping kan...
time raya je adrenalin shopping aku ni memuncak!

oklah.. di kesempatan ini
aku ingin..
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan Batin

Kiranya setoap kata kataku, tingkahlakuku dalam berbloger ini telah mengguris
hati dan perasaan teman teman sekalian.
sesungguhnya aku tidak berniat begitu

semoga hari raya kita semua di curahkan dengan kebahagian dan keberkatan.
amin..

Wednesday, August 15, 2012

Kisah Cintaku Yang Tragis

Kau datang tak di seru, 
datang mu bersama surat cinta

Surat cintamu sungguh puitis, sehingga mengalirkan airmatku
kau tahu kan, aku nak raya...
kenapa kau datang  di saat ini.
di saat ku di ambang bahagia di samping keluarga

Pergilah cintaku, nyah kau dari sini
tapi, apakan dayaku, surat cintamu itu merantaiku
 
kau bermain dengan kata kata
rupanya bukan ku sahaja yg kau cinta
kau titipkan kepada ramai org
sampai hatimu..



aku benci kamu
cintamu bermata duitan
surat kau beri, wang yang kau harapkan..
 
Ku redha.. mungkin ini telah ditakdirkan untukku
tunggulah di sana
kudatang membawa wang untukmu.
semoga hidupmu bahagia & aman selalu.
 
 
Info: kalau kena saman parking, sila bayar sebelum 15 dari tarikh di saman, jika melewatkan bayaran saman, jumlah itu akan meningkat secara automatik
 
 
Nota:- patutla budak jaga parking tak de hari ni. haishhhhhhh

Tak Cetak ek?

Jam 10.00 pagi, aku dah tercongok kat depan Bank
Nak tukar duit lagi. tak de la banyak sangat tapi boleh la kan..

masuk je, dah tertulis kat kaunter bank tu
RM1.00 dah habis tuk di tukar, note lain lain ada la
( tulis dlm omputeh. lupa lak ayat dia. tapi maksudnya cam tu lah)

tukar plan la, dah tak de duit seringgit aku tukar duit RM2 je lah
kebetulan kat borang tu, ada tertulis RM2.

sekali aku pergi kaunter, tellers tu cakap RM2 tak de.
RM 5 & RM 20 ada la
punya la bongok, siap nak menjawab lagi tu

kata RM 1.00 je tak de. RM2.00 pun habis jugak ka?
kalau aku jadi telles mesti rasa nak lempang je kan

" Kak duit RM2.00 memang tak de cetakan baru"
kwang... kwang... kwang...
ish.. nape aku tak tau ek? ooo.. memang tak de ek
kikikik.. sori sori..

tapi still nak cover line
Kan kat borang ni ada tulis RM2 
betullah tu, ni kan standard form...

Note:- lenkali study dulu sebelum tukar duit!

Tuesday, August 14, 2012

Do it Urgantly for me

mood tuk kerja dah ke laut..
tambah pulak, mak dok call tanya ttg hal yg berkaitan dengan raya je
lagi la, aku dok terbayang bayang ttg raya.

tapi.. kerja kat office ni still ada yg tersangkut di pertengahan jalan
"Bahagian Teknikallllllllllllll"  Tolong cepatkan kerja anda
Aku nak buat Final Report!!!!


haish.. ada 3 hari lagi nak kerja, mana nak sempat buat semua tu
Ah... fedilik la, kalau dorang tak submit kerja dorang kat atas meja aku
dalam masa 2 hari ni, aku blah pi cuti wat bodo jerk.

kalau dorang submit hari jumaat, 
aku sumbat semua paperwork tu dalam mulut dorang
hahahaha... boleh gitu?
boleh tak aku blahhhh.. pi cuti without settle my work?


aku ni jenis kalau kerja tak settle, pergi cuti pun dok ingat ttg kerja
mcm tak best la kan...


 Nanti jgn nak caling caling aku yg sedang meroyan cuti di kampung K
lappy semua tu aku parking kat tepi, jgn harap nak on untuk usha kerja. hahaha



Up Town Bayan Baru, Penang

last minit punya persiapan kami ke up town yang terletak di Bayan Baru
bersebelahan dengan Bazar Ramadhan.
Kami pergi bertiga je, Aleesya ku tinggalkan kat Mak sitter
memalam baby tak elok keluar. tul tak?

 sampai je kat sana, tetiba ada si badut ni dok bagi belon free
ada ramai la budak budak dok kerumun kat dia
yg best nya ada sorang budak pompuan tu takut kat badut ni
siap menjerit " jom balikkkkkkkk... jom balik........."
mcm mcm la kan...

 hubby dok tunggu aku & amirul yg dok sibuk nak ambik belon kat badut tu
last tak ambik pun. hehehehe

Aku plan nak beli tudung je & hubby pulak nak cari T shirt tuk Amirul
Masa aku dok usha tudung tu, tak de pun yg berkenan
menapak la kami ni sampai lenguh kaki aku

 kat sini ada 2-3 booth yg jual baju baby
baju kembang cecantik. Tapi harganya mcm tak sesuai dengan tempat 
Ada satu jenama yg aku suka "Zara Kid" . Memang baju dia cecantik
mau rambang mata.mula la dok teringat kat Aleesya

Tapi harga lebih mahal dari harga tenet
aku suka yg polkadot tu, tapi haubby plak tak berkenan
haishhhhhhhhh

Jam 11:30 cam tu, kami pun pulang 
aku berjaya membeli 6 pasang baju tuk Aleesya
sehelai T shirt tuk Amirul
sehelai T shirt  utk aku
Tudung? tak beli pown!


Note:- Budget beli tudung habis tuk Baju Aleesya ja.
baju baby girl ni boleh buat aku meroyannnnnn... hahaha..

Monday, August 13, 2012

Dah kurus!

hari ni dah masuk 24 ramadhan,
dah 24 hari kita berpuasa..

Di awal puasa Amirul demam campak kecik tu ( demam sekam)
tu pun dia gagah puasa jugak
last Amirul terpaksa tidak berpuasa sebab badannya kekurangan air, sehingga tekaknya sakit

Amirul ni, walaupun bukan dikategorikan gemuk, tetapi dia ni mcm ada talent la nak bam bam
Masa sebelum puasa dia pakai sleuar saiz 24.
seluar sekolahnya yg saiz 22 tu pun terpaksa aku ubah cakuk kat pinggang tu
sebab perut dia dah membuncit.  buncit ke?


Ni gambar terbaru Amirul
tengoklah, dah cekeding badan dia, nampak tulang kat bahu tu
baru 3 hari tinggal puasa.
Dia tak puasa pun sebab dia demam. 2 kali demam di bulan puasa ni.

ntah le cam mana, pinggang dia dah saiz 22 semula
tapi aku ambil saiz 23, biar longgar. 
kalau longgar pakai je tali pinggang, betul tak?


* Amirul ni kalau bersahur, still nak aku suapkan
kalau idak pakai tak bersahur la...

Note:- Lepas Raya makan banyak sikit ok, biar berisi sikit badan kamu tu.

Shopping susu Vs Shopping Raya

last week aku pergi Tesco sebab nak beli  grocery goods
kalau nak beli baju kat Tesco ni mcm tak best je
tat kala aku asyik membeli grocery goods tu, aku terpandang di bahagian formula milk

pas tu nak paklah beberapa familly yg dok memborong susu formula
mungkin beli tuk sebulan kot..
mula la aku terdetik di hati. hmm... aku pun anak kecik jugak
kalau susu badanku ni tak banyak mungkin aku pun mcm dorang jugak kot


Syukur Alhamdulillah, Allah bekalkan susu badanku yang banyak
tak payah ambil supplement pun, susu tetap mencurah curah
sekarang Aleesya dah setahun lebih..
tak sangka ye, dah setahun Aleesya tu. Dia minum susu aku dah setahun lebih
( bangga.. bangga..) mestilah kan anak minum susu kita.

Tatkala org lain sedang menyusun paket susu di dalam troli
aku pula sedang menyusun shooping bag .

ish... memang leh kopak poket jika nak beli stock susu lagi, nak beli persiapan raya lagi

Terima Kasih Ya Allah di atas kurnia rezekimu terhadap anakku Aleesya
Biarlah susu yg mengalir di badanku ini dapat mencuckupkan ku menyusu anakku sehingga umurnya 2.5 tahun. amin....