Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepe Penang Mari..

Pagi tadi, jam dalam pukul 11.00 mcm tu la kan.
saja la belek belek Facebook.
then tengok le satu status kat mamat ni

amboi.. dia pun bercinta dengan durian crepe jugak.
ni boleh mendatang marah!!!!!
apa lagi, usik usik le tanya kat Penang ni ade ke tak de durian crepe

benornya aku dah cari merata rata tak jumpa penjual durian crepe kat penang ni
mana la tau kan kot kot hari ni menjadi rezeki aku

ate.. dia dah bagi link.
apa tunggu lagi, aku berchating le dengan si empunya link
kalau malas nak cari kat facebook under Din Che Mat
klik kat SINI

Hello Shazli Resdung's, cek pun nak berasmaradana dengan durian crepe tau.
( ayat jeles)

Dengan sukacitanya di maklumkan, aku telah pun order dengan serta merta
tak caya?
inilah buktinya!!!
2 paket berjumlah 12 biji durian crepe telah sampai ke mejaku
sebab Din Che Mat telah pun delivery untuk aku le apa lagi. keh keh keh

sambil buat entry ni pun dok terasa lagi kelembutan durian crepe..
aku bagi bos rasa sebiji je, kalau dia nak lagi
silalah beli sendiri. hahahaha.. jahat kan aku.
nampak tak cream dan durian yang saling berpaut antara satu sama lain
di sulam sulam masuk ke mulutku..
menari nari di tekakku..
basah tekakku dengan durian crepe ni..
alahai... kekasih hati, pengerang jantung... semadilah kau di esofagus ku..
kikikikik....

eh.. eh... sembunyi sembunyi makan pulak
nape la, tak nampak orang yang makan tu 
nak main hide and missing kat sini la pulak..

ha... ni le orang nya yang telah pun membedal 6 ketul durian crepe..

oh durian crepe.. sebab rinduku padamu yang tak terbendung..
kusimpan mu di perut ini sebanyak 6 ketul
buat masa ini la..

Nanti balik rumah bedal lagi.. dan lagi .. kalau tak cukup jugak
ku order lah lagi..boleh kan kan kan..

sesapa yg tinggal kat penang island
tercari cari durian crepe
silalah terjah SINI untuk membuat tempahan
pasti rindu kamu.. kamu.. dan kamu semua terubat sepertiku..


Thanks for buah tangan

 
that dat ada buat entry ttg aku jumpa jumpaan dengan gieyana kan..kan..

tak le sangka pulak yang gieyana bawa buah tangan
tu la kan dah namanya rezeki.
kebetulan dia kan bercuti kat CH. ingat jugak dia kat kawan dia yang kelam kelam manggis ni ye
dapat le satu liter cordial strawberry.

semalam dah buat ice blended tau.
saja la, sebab Amirul suka sangat beli ice blended kat Pasar Malam
lepas ni tak yah beli ok, Ibu buat je kat rumah.

pas tu beli ice krim dengan topping coklat kan dah ada...


mmm... Tahniah sekali lagi kat gieyana  sebab menang GP NIVEA.
GP tu Grand Prize ok, Bukan Grand Prix kahhhhhhhhhhhhh

dapat losyen, besar botolnya
ubat tenyeh ketiak pun ada
sepasang you..( wangi nivea la kami laki bini)

jimat la kos beli tenyeh ketiak bulan ni.
terima kasih... 


upss... nak syer la,kat office ni aku pakai losyen follow Me je
tapi bila aku apply je losyen nivea ni, tetiba ada org ckp
bilik(office) aku ni wangi je...

memang wangiiiiiiiiiiii... 
lepas ni nak bernivea je lah..

Hadiah Dari Anum

Kalau dah rezeki tak ke mana kan. 
Ini pulak hadiah yang aku dapat dari Anum

sebab apa lak tetiba dia boleh bagi hadiah?
kenapa dan mengapa sila tengok kat sini

hehehe aku le follower tu 


mari tengok apa yang aku dapat
5 keping voucher discount utk ticket masuk ke bukit Gambang water park.

memang giler gempak best wooo...
 
 
boleh tengok wayang citer " Budak Pailang" pas tu leh dapat pepsi free
mmm... memang best pun budak pailang ni
sebab " Adik aku berlakon"

sape adik aku tu. Biarlah rahsia
yang  tahu tu tahu la kan, bukan pelakon utama pun
selit selit jerk.

tambah le ticket free aku . ngeeee

ada coin beg, calender ( note) note pad & tempat letak name card
hello.. "this is my card!". leh la glamer sikit
name card apa ek nak letak

name kad biz coklat aku boleh?
kikikik...

lastly, ada dititipkan note yang sweet ni...

"thanks anum, memang tak duga pun nak dapat ni, verity benor hadiah kamu, tak terkata akak ni"

keep in touch to you tu.
nak masukkan kamu dalam bloglist akak k.

note: sayang kamu . mmuah..mmmuah...

Tuesday, November 27, 2012

Maira Mi Kaila Anak Nabil

tengah tonton malatop ni
tetiba Nabil announce nama anak dia
Maira Mi Kaila..
Makud apa tu ek?

yang pasti anaknya memang comey kan..
then  Malatop hadiahkan Stroller pulak tu
untungnya Maira..
Jimat poket papa kamu (nabil)

 

then tetiba terkeluar dari mulut nabil
"cantik pakai baju longar longar"
ha..ko, kena seketul si neelofa tu
minggu lepas dia pakai baju ketat kemain.
sampai my hubby pun tegur...


sape yg tonton minggu lepas tahu la kan..


 

First GiveAway By Irsya Healthy House

untungnya ada bloglist parking kat sidebar kan..kan..
asal ada org join GA mesti la boleh dapat tu
dah ketagih GA l;a pulak saya ni
tapi saya join yg senang je.
yang merepek meraban tu memang malas k.
 
 
 
ok. dah follow dan like semua
sape la saya nak tag ni
 
kalau nak join klik banner
atau kat SINI


saya tag :-



 


Setahun 4 Bulan

hari ini( maaf agak terlewat N3 ni) 27/11/2012
genaplah setahun 4 bulan usia Aleesya Dania Binti Ridzuan.

Ibu sangat sayangkan kamu
walaupun sekarang ni fe'el kamu kemain lagi
ibu tetap sayang kamu.


ok.. ok.. Saya ni Aleesya k, saya dah pandai mcm mcm tau
kalau hal merajuk serah le kat saya, kalau saya tak mau jgn duk bagi
sat saya buang semua..

siang malam pagi petang asyik tunjuk kasut kat penjuru pintu tu
sebab saya nak papa dan ibu bawa saya ronda ronda

saya dah pandai mintak sekarang
perkataan ' na..nakkkk"  saya sebut bila saya nampak ibu
sebab nak menyusu... 


saya suka makan sendiri. tak nak org suap
kalau tak bagi saya makan sendiri semua saya telingkupkan..

kalau makan sayur, semua jenis sayur saya makan
kecuali sawi. hehehe...

saya memang garang..
kalau abang jerit sekali, sepuluh kali saya jerit..

yang bestnya, saya masih lagi minum susu ibu sepenuhnya
tak campur formula milk lagi tau.
 baguskan saya ni...

ok dah le citer pasal saya
nanti bulan depan citer lagi..

Note: still tak dapat sebut ibu, cuma abang dan papa je saya pandai sebut.



Magiknya Rose

sape suka bunga ros? sila mengaku ok.
mmm... ada le terbaca kat sini sana sini situ ttg khasiat bunga ros ni.
rasa mcm nak kongsi lah kat sini.
Satu kajian di Jerman menemui -  Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa.
korang tau penyakit mudah lupa tu apa? penyakit nyanyuk!!! bukan nyamuk tau.
risau le aku ni kalau dah tua tua kena penyakit nyanyuk.
jadi.. kenalah ambil langkah bersedia...

syssss... kata org, penyakit nyanyuk ni ada kaitan dengan sikap kita masa muda. 
kalau kita ni jenis yg suka buat benda yg bukan bukan, bila tua dia akan nyanyuk
lepas tu masa dok nyanyuk tu la kita akan cerita semua keburukan kita.
segala kebenaran terbongkar la kan.. kan...
eee... mintak di jauhkanlah...


syuh..syuh... pegi sana merepek semua.
k..k...k...
nak citer yg fakta punya ok.
 


Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros!

Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros!

then kalau penggema teh, boleh jugak buat begini..
masa nak minum teh tu, rendam je kudup bunga ros yg kering tu sekali
then minum. mesti best kan..


kalau tak minat minum teh, paling senang korang nak praktik ialah dengan
memakai perfume bauan rose seperti

  

yang ni pun boleh
  

kalau tak mau jugak boleh jugak korang buat begini
 
lilin aromatherapy yang bauan rose.


hmmm... mcm mcm cara boleh guna kan..

ish.. tetiba teringat, haruslah penuhi rumah dengan bauan rose ni. 
anak kan sedang mebesar, perkembangan otak nya pun perlu di jaga
bila mentelaah memerlukan daya ingatan yang kuat.

so.. apa lagi belilah fabric softener bauan rose. agar dekatttttt di badan anak.

ok.. tu je babai..

Note: gambar semua kredit google