Friday, January 25, 2013

Sapa Yang Pelihara Ni?

Bulan lepas, Kami balik kampung
Mcm biasalah, Amirul ni ada saja la kerjanya ngan Tok dia ( Mak aku le)
Mak aku memang rajin memancing.
pas pancing bela pulak ikan tu.

then masa kami nak bertolak balik ke Penang
Amirul dok sok sek sok sek ngan tok dia,
diam diam tok dah masukkan beberapa ekor ikan puyu kat dalam Akuarium kecik
pas tu letak dalam keta. 

Dia bawak bali 8 ekor. Tapi tinggal 5 ekor je.
sebab.. that day dia nak cuci air, pas tu dia letak ikan dalam baldi dekat tandas
3 ekor ikan tu dah lompat masuk tandas..
hahahaha....
Ni pulak Amirul pergi ke Rope Walk ngan hubby
beli 2 ekor Hamster, adei.....
dok uli uli hamster tu sampai rimas aku tengok..
Angin kemain bila aku ckp yang Hamsternya tu sebenarnya tikus. kahhhhhhhhhhhh
(suka sakat dia)

 geli pulak telinga aku dengar bila Amirul bahasakan dirinya "Abah" kat Hamster dia
mana taknya, dia sebut
" Ala sayang sayang anak Abah ni, lapar ye"
Adei.. sabo je la ko....

ghupernya, Hamster ni gigit sakit wooo..
aku dah kena sekali masa nak bersihkan sangkar dia.
Tapi..dia ok pulak ngan Amirul..

" Memang le ikan tu Amirul punya, Hamster tu pun Amirul punya
Yang bagi makan bagainya.. Akuuuuuuuuu... 
Sape yang pelihara ni? Aku ke Amirul. arghhhh confuse eden.."

21,000 bilah pisau diberikan kepada wanita di negeri India

Sesuaikah? selamatkah?
Inilah persoalan yang bermain di  minda aku
rentetan dari peristiwa seorang pelajar yang berusia 23 tahun mati akibat di rogol oleh beberapa orang lelaki di India .Maka satu jalan penyelesaian telah di buat 

 

Di India sebuah parti berhaluan kanan telah mengedarkan  21,000 bilah pisau kepada
golongan wanita.
Pisau tersebut boleh di ginakan sebagai senjata apabila golongan wanita tersebut di serang
hmm... aku pasti jika sebuah parti yang besar membuatsesuatu keputusan
makapenyelidikan yang rapi juga turut di jalankan.

Cuma di sini aku terfikir, jika wanita tersebut
mengeluarkan pisau tadi untuk mempertahankan dirinya..
bila di serang dan pada masa yang sama perogol tadi merampas pisau itu dan memeras ugut wanita tersebut..
bagaimana ye..

Dan, jika perogol tadi menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita tersebut
selapas dia merogol? bagaimana ye..

Setelah di rogol dan wanita tersebut mengalami trauma dan mengambil pisau tersebut
lalu menikam dirinya, bagaimana ye..


Note:  Argh... banyak betul kemusykilan dalam kepala ni.

Memenuhi Permintaan Gieyana

Memenuhi permintaan Gieyana  yang teringin nak makan laksa
Maklumlah kami kan sengeri sedaerah
jadi tekak tu sama je.
Laksa kedah tak sama dengan laksa Penang.

 Thanks datang umah dan sudi menjamah masakan aku gie.
Best tengok Nureen dengan Amirul
Happy je dorang bersukaria.
tak de malu malu ...

 Buat tak banyak pun. sekadar nak bagi Gieyana rasa je
kalau buat banyak pun tak de sape nak makan Crepe ni.

Ada jugak buat Crepe Coklat
tak sempat nak bagi Gieyana makan.
Tapi tekak aku tak boleh terima Coklat Crepe. Entah kenapa...

 Kaum adam pun nak posing la jugak. kan..kan..
mcm biasa My hubby... mahal betul nak sengih sengih..

 Ni antara bahan bahan laksa kedah K.
sila jgn salahkan aku kalau korang teringin.

Tapi, kalau nak makan sila datang rumah
boleh aja aku buatkan. 
Boleh juga aku mengumpul harta menabung untuk di alam sana..( pahala)


Memang dah janji nak kirimkan gambar laksa ni kat Gieyana
tapi almaklumlah sibuk je
Sori Gieyana. Aku keterlupaan...

Last.. Desert Eskrem tu pun tak sempat snap. 
Cuma 3 jenis dish je aku jamu Gieyana dan Keluarga comelnya itu.

Gieyana, nanti kalau kita free mungkin apa yg di rancang berdua tu tercapai juga.
hmm... rncang last minit baru leh jadi. selalunya le.kikikikik...

Note: Gie... Aku suka panggil nama Rozi.

Wednesday, January 23, 2013

Ko Pehal?

Aku ni benornya nak komen sikit tentang MAXIS. 
tapi tak pe la next entry aku kome k.
Cuma aku nak citer sikit ttg kejadian kat MAXIS Lunch time tadi.

 
 
Aku sampai dalam kul 1:46. Pas tu punya la lama duk tunggu
number tak panggil pangggil. 
Masa dok tunggu tu ada la sorang mamat tu. Tak sure India ke Mamak
sebab dia dok speaking Tamil.
Aku kat ujung ni dia kat ujung sana.


Boring menunggu giliran aku pun main game kat tepon.
aku mian game bubble Shooter tu.
kena aim betul betul tau, kalau idak ter shoot tengkorak tu habis le bullet. hehehe..

sylviaymy.blogspot.com
 tiba tiba mamat tu punya giler dok gedik kaki sampai goyang semua kerusi
sekali ngan aku la dok goyang goyang
Nak aim bubble tu pun susah sebab satu badan aku pun dok goyang
dalam ati dok geram dah. Pehal ko ni?
 
Pas tu, dia siap hentak hentak kaki, kuat pulak tu
mcm irama tarian tap la pulak, pik pak pik pak.
dah la badan aku dok goyang pas tu telinga plak sakit dok dengar tumit kasut dia.
 sampai aku main game pun kalah semua. Gerammmmmmmmmmm

wahai mamat yang sengal. kot kalau ko nak menari ke hape ke
pergi masuk kelas tarian.
kat Maxis ni bukan pentas Tarian.

bila aku usha kat tempat lain kosong, aku pun ubah tempat duduk
tetiba dia macam terasa yang aku tak suka cara dia tu
boleh aja dia stop bergedik, dan hentak hentak kaki.
oooo... boleh pun ingatkan ko di serang Parkinson dengan tetiba.
 
Nak cover malu dia, dia siap buat buat call sapa ntah
pas tu siap mention datuk le hape le.
sambil ckp dok jeling kat aku.
Hello!!!! ada ku kesah.. ko tu datuk ke?
driver datuk ke? apa tuk sekalipun
kalau attitude ko mcm tu, jgn mimpi aku nak respect.

Note:  Nak gedik pun tengok org sebelah sama.
 

Buffet Yang Best

ok kali ni nak share gambar kami masa makan Buffet kat Royal Hotel Penang 
pada malam anniversary ke 10 kami.

Tak banyak sangat photo sebab memasing enjoy dengan food.
Aleesya seronok duduk kat baby chair ni sebab ada pillow kat belakang dia.
Memang dorang sediakan awal awal sebab aku dah mention yang ada baby
masa buat booking tu.
hmm.. tekak melayu. apa apa pun balun nasi le dulu.
aku tak ambik nasi pun sebab syer spaghetti dengan Aleesya
 sotong kangkung la, salad la, daging panggang la semua kami bedal
Aleesya tu pas makan spaghetti, makan sup potato with mushroom pulak.
 dessert ni aku bedal semua. memeang sedap wei.. 
cheese cake la katakan. Aleesya pun mcm tak bape suka je, apa lagi aku bedal le.

ok first round dah licin. sekarang kita ke round seterusnya
Tak tau le bape kali Amirul Angkut Sotong Kangkung tu
kejap sotong campur kangkong. kejap sotong campur brokoli. hahaha..
mcm mcm anak terunaku ini.
last sotong licin, kangkung je lepak kat pinggan tu. Aku la jadi majlis perbandaran, clearkan semuanya
 ok.. dah dah tak larat dah nak makan
Tapi Amirul ngan Hubby still meneruskan round dorang
nampak tak, korek ice cream la pulak.
Aku suruh hubby tuangkan kopi sekali. Tapi dia lupa la pulak
malas nak ambik sendiri terus tak minum kopi. padan muka.
hmm.. lastly eskrem yang dorang makan. aku dah tak larat nak makan dah.
mcm ni la gaya Amirul makan, tak de nak ikut protokol aih..
makan nasi pun degan tangan ko. hahahaha..( ikut Sunah katanya)
Ni mkn eskrem sambil berdiri , sunah kat mana pulak? sabo je lah...

Happy sangat kami malam tu. Mungkin Aleesya dan Amirul tak tahu apa itu Anniversary
Suatu hari nanti dia tahulah kan.

aku cuba nak create angka sepuluh ngan jari aku tu. tapi mcm tak menjadi jerk.
anggap je lah aku buat No 10.kekonon menjadi la sangattttt

lastly, sebelum gerak.. My si jantung hati berposing gumbira bersama
nak tangkap berempat tak de org nak tolong snapkan. pas tu tak bawa trippod. kikikik..
 
menonggeng je Amirul tu posing
tujuan dia berbuat demikian sebab nak bagi sama tinggi dengan adik.
Alahai anakku ko memang mcm mcm la..


Note: Tak terus balik umah. tapi pergi meroyan lagi lepas tu. hahaha...
 

Tuesday, January 22, 2013

Lagu neng neng nong neng berharga 5 Juta Rupiah meletop!!!

Percaya atau tidak. Tapi korang kena percaya. 
mulanya bila hubby tunjuk video ni kat aku. Memang tak de apa  kejutan pun
sekadar mendengar seorang penanyai dengan guiter tong
pas tu nyanyi ntah pape ntah
rasa nak tido pun ada bila dengar dia nyanyi

memang korang akan gelak guling guling kalau tengok
sebab pencipta lagu ni mcm lurus bendul orgnya.
Tapi bila tetiba Ahmad Dhani beli lagu tu dengan harga  Rupiah 5 Juta
nak jugak aku tengok apa kesudahan yg terjadi.
Tu dia.. meletup lagu tu kat Indonesia.
Ahmad Dhani ubah sikit je, terus menjadi siulan di Indonesia.

sebenarnya tajuk lagu tu 
"Ku ingin Kita Pacaran lama"
Tapi tajuk lagu tu tak glamour pun
yang glamour  " Neng Neng Nong Neng " tu. hahahaha

dah berratus ribu view kay youtube tau.
 

Kerana Sagon aku tersentuh

Nak tanya.. Pernah tak korang jumpa makanan yang korang suka sangat makan
masa zaman kanak kanak dahulu.
Pas tu makanan tu pulak mcm dah hampir pupus
sebab anak anak korang pun tak minat dengan makanan tersebut?

Kelmarin, masa aku nak bayar Air minuman tu
aku terpandang kat balang balang di depan kaunter bayaran
tetiba aku nampak sagon kelapa.
tersentuh aku bila tengok sagon tu
sebab ianya mencuit hati ku di zaman kanak kanak
yg kaler putih tu berperisa durian.
tat kala aku makan sagon sambil berebut rebut ngan abang
patahkan dua sagon tu kemudian syer ngan abang
rendam dalam air kopi
bila rendam lama sikit habis semua sagon tu lepak dalam air kopi aku. hahaha...

memang indah masa tu.. sebab tak payah fikir banyak
ada makan pakai dah ok.

 
photo from syahrilkadir.wordpress.com

sebab asyik dok makan sagon, last mak aku buat sendiri sagon
satu kuali dia buat. Tapi sagon yang jenis debu tu
bila makan, pas tu nak bercakap tersembur sembur
pas tu kena marah ngan Mak

photo - oshinlove.blogspot.com

Mak, mcm tu lah bila kami sembur sembur dia pot pet pot pet
bulan depan masak lagi sagon, kami sembur lagi, pot pet lagi
hahahaha... memang best.

Note: Sagon tu sudah mengeratkan kasih sayang aku dan abang kandungku.