Monday, March 11, 2013

Peristiwa di Hujung minggu

Hari Jumaat 08/03/2013
 
On the way nak balik dari office tu, Fon aku berdering dering ja
tapi malas nak jawab sebab tengah riding
sampai kat depan rumah, orang dah ramai . jeling jeling jiran tanya tanpa suara
perlahan kak Aya jawab " Pak Hassan Meninggal"
Alfatihah..


09/03/2013
Datang kerja sebab nak bereskan apa yang patut
dapat 2 biji limau bali dari Ipoh
balik rumah, singgah kedai Mak nya tepi Laut beli sekilo mangga muda
Malam dengan ghairah menyicah mangga tu
buat garam belacan - garam belacan tu mcm pencicah buatan sendiri la
bukan garam+belacan sahaja. ada gula, garam, cili dan kicap ditumbuk

gambar sekadar hiasan

10/03/2013
Amirul dok merengek rengek nak belikan hadiah B'day untuk bapak mengasuh dia
sebab bapak mengasuh tu B'day. Siap nak belikan Jubah
aku pujuk le, sebab Jubah tu mahal jugak kan..
Last, suh hubby pergi ngan dia bel;i pelikat dan minyak Atttar
dia nak balut hadiah tu, nak tulis semua
aku nak snap photo pun tak kasi
kede betul kan...kan..

10/03/2013
planning nak keluar gedik ngan hubby kat Queesnbay tak menjadi
sebab Amirul ikut Mak sitter pergi ke Sekolah Hafizah
melawat kakak ngasuh dia yang belajar di sana.
lepak je la kat rumah

10/03/2013
lepak sambil tengok badminton. lambat sangat Lim Chong Wee main
makan lagio sebiji Limau bali tu
cicah jugak, mangga ada lagi sebijik, habiskan semua
last tak tahan mata, tido..
hubby je layan LCW tu..


11/03/2013
hambikkkkkkkkkkkkkk sakit perut pepagi
kejap kejap lepak kat bilik temenung
dok berebut bilik air ngan Amirul.
dalam masa yang sama senggugut pulak tu

Ni angkara makan limau bali+mangga. 
sebab sakit perut, aku datang lambat kat office hari ni
pukul 11.00 pagi baru masuk kerja..
sib baik bos ada simpan pil chi kit tek Aun.
makan sebotol. settle sakit perut ni.



By hook or by crook aku nak jugak

check semua barang barang, then hubby cakap nak beli coklat sikit lagi untuk staff dia
sambil dia beli coklat langkah aku panjang sikit lah.. ngeee

usha punya usha.. nampak  beg ni.
aku memang dok cari lama dah.. siap dok nyanyi nyanyi lagi nak beg galas belakang
saja hubby tak mo belikan.
so.. apa lagi urut janggut hubby la jawabnya, 
urut biar sampai permintaanku di penuhi..

masa CNY that day after offer pun dalam RM245/=
telan air liur je la..

sekali nampak harga dia, nyum nyum.. tak kira By hook or by crook aku nak jugak beg ni
Amirul... cepat panggil papa a.k.a accountant
wat le muka seposen kelip kelip mata bagai
last.. hubby cakap okey lah...
hahaha.. cayang kamu ketat ketat and melekat lekat tau.

jgn terkezut RM 319.00 after less 70%.
wow murah kan.. RM 95.70 saje
tak sampai RM 100 pun.
terbaik..


Note: Hubby.. Well you know me..

Langkawi- Dataran Helang

 20/02/2013 -malam
sebab kempunan nak masuk Dataran Lang masa hari pertama tu
jadi kami pergi terus selepas incident roadblock tu. 

sedikit info tentang dataran Helang

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi. Ia merupakan patung seekor Burung Helang  setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di Pulau ini.


kata orang dataran Helang ni malam malam memang cantik
setelah seharian berjalan jalan kami memang letih
so, pergi sekejap je
air pancut menari nari tu pun dah stop. mungkin dah lewat kut.
dalam pukul 11.00 malam cam tu la kami sampai kat sana

besar kan patung helang ni.
dulu masa aku sekolah rendah sewaktu pembinaan patung ni, banyak orang yang marah
katanya, ada yang nampak helang yang lebih besar dari ini turun kat padang sekolah
Allah nak tunjukkan kekuasaanya, kalau manuusia boleh buat patung besar tu
Allah turunkan Helang yang lagi besar sebagai pengajaran

Memang kecoh time tu, aku rasa sekitar tahun 80 an gitu
aku tak sure betul ke tidak sebab aku pun tak nampak the real helang yang besar tu.
kalau dorang nampak aku bergambar ni, mesti la dok bising
apa kes dok snap photo kat patung. ish.. tak baik
Tak pe la kan, aku bukannya mengagung agungkan patung ni pun.
tak de la sampai tahap sembah menyembah.
Susah betul nak ambil gambar Amirul kat sini
sebab Aleesya asyik distract je...
Bila time memujuk abang memang terbaik
apa la yang abang dok pujuk tu yer.
adik dah ready, apa pulak si abang tu
sampai cenggitu sekaki
terkentut ke?


memang sesangat letih dan enjoy la kami kat sana
lepas balik dari sini, kami terus ke Hotel dan zzzz
sebab esok petang dah nak flew back...

kepala dah weng weng.. hahaha...

Saturday, March 9, 2013

Mak memang sweet..

sape suka susahkan mak bapak? sila angkat tangan?
atau angkat kaki blah dari sini... hehehe..

Aku memang tak suka bagi masalah kat mak aku. sebab sayang mak sesangat
so, kalau boleh apa masalah pun aku akan cuba elakkan dari menyemak 
kepala mak aku.
Biar mak aku hidup happy je, tak yah sesak kan otak dia
nak fikir yang berat berat pun kalau boleh aku tak kasi.

Mak aku ni pulak, kalau satu benda baru yg memang dia tak pernah tahu
dia cepat panik. mula la risau sampai tido tak lena
yang bestnya dia akan call atau sms aku
pas tu aku cool down kan dia
kekadang sampai dia pun risau kekalu aku pulak yang tension ngan masalah
cenggitu sekali mak yer..

nak kongsi kat sini
Sila baca entry aku " Perbualan aku dengan celcom" sebelum ni
untuk tahu cerita sebenar.

sebab celcom nak sangat tau jenama phone mak aku 
maka aku pun hantar la sms kat mak .
harap harap mak dapat bagi maklumat yang tepat.

inilah jawapan yg mak aku bagi. 
tetiba tercuit hati aku. kan dah cakap mak aku mesti bagi jawapan cenggini punya
" sila baca kat Nokia , pas tu 50 megapixel" kikikikik
tapi aku bangga, alaupun mak tak sekolah dia still boleh membaca


adik aku yg belikan untuk mak aku , so aku terus la tanya adik aku 
dia pun lupa dah nokia model apa ntah.
mintak tolong abang chaq bukak bateri fon mak tengok model yang betul
makanya aduan telah pun di buat hari ini

sah sah mak salin semula sms celcom. mak tak pandai forwarded. sebab guna tulisan melayu lama

sila baca ayat last tu. Mak aku dah mula risau sebab tetiba dapat mesej ni dari celcom
tu la kan, orang tua ni cepat risau tentang sesuatu isu
tambah tambah cakap aduan, mcm aduan kat police gitu kot..
sian mak aku kan..

memang dah cakap pun aku nak buat aduan kat celcom. tapi, mak tu lupa kot
mungkin dia tak jangka yg celcom nak hantar mesej tu kat dia.

Then yang si celcom ni, aku dah bagi dah pun no telefon aku
sms je lah kat aku. haishhhh...
mungkin dia nak jimat kot sebab fon aku kan line maxis.


Note: harap harap ok la lepas ni. Nak bergayut bercinta ngan mak aku lelama melalui telefon.


** el. rugi guna fon rumah, mostly kami anak anak yg call mak, monthly charges fon rumah tu rimasssssssss.**

Perbualan aku dengan Celcom

Dah hampir 3-4 bulan aku tak dapat nak call mak aku
kalau aku call je, line mesti problem
aku call abang aku pun sama.. dengar suara pas tu putus putus.

masa aku balik kg, semua jenjiran pun cakap
yang line celcom kat sana problem.
Aku tak buat apa apa la sebab bagi aku mungkin salah sorang dari mereka akan buat aduan.
 
ternyata meleset.
kelmarin aku call nak bagitau masalah yg di hadapi oleh penduduk kg aku
pas tu operator tu cakap yg dia tak boleh nak tolong 
kena mak aku yg call baru boleh
sebab dia nak buat trouble shoot kat phone mak aku tu
then nak tanya mak aku phone mak aku tu model apa?
 
 
 
hai.. bukankah u all boleh detect?
kalau tanya mak aku model apa, dia jawab nokia je la
yang lelain tu mana la mak aku nak tau
 
orang tak sekolah mcm mak aku ni kalau tanya ntah hape hape dia akan rasa
menyusahkan betul.. tak payah la buat semua tu. hehehehe...
birokrasi kan..kan..
 
Ya Allah dik, mak akak tu dah 60 tahun lebih
faham pun tak pakebenda troubleshoot tu
kalauaku balik kg, pas tu call celcom sama la jugak tak boleh nak cakap kan.
that why aku call dari Penang ni.
Then dia tak caya bila aku cakap yg semua penduduk kampung alami gangguan ni
aku ckp senang je dik
Why not adik je call mak akak tu atau sesapa ja yg tinggal kat situ
mesti adik dapat jawapan yang tepat.
 signal kat sana memang teruk!!!.
 
then dia cakap lagi, phone mak aku yang rosak kot
adik... tak kan semua phone penduduk kg tu rosak.
kalau ye pun mak akak nak call celcom
boleh bayangkan tak
 
bila dorang suruh tekan 1 untuk bahasa Malaysia
Tekan 2 untuk Bahasa Inggeris semua tu
dia tak pandai, kang tekan tekan semua langsung tak dapat nak bercakap
 
cubalah turun padang
Aku memang risau sebab kalau sakit demam ke hapa ka
kang masalah tu semua.
 
kalau guna h/p untuk sms aja nak buat apa kan.
lagi satu kalau line DIGI ke MAXIS ke kat kampung
memang dah tau teruk
that Why la majority kat sana guna Celcom
 
 
Note: Tak faham aku ngan Customer Service ni.

Langkawi- Jumpa polis kena kepong dengan polis

20/02/2013, 8.00 malam, kami bertolak ke Kedawang
tunggu kat Petronas Kedawang, kejap lagi kawan sekolah hubby tu datang ambik.
sampai je rumah dia borak sakan . 

wife dia pun peramah jugak
wife dia memang orang lankawi, dorang ada 3 cahaya mata
nak try sorang lagi tu, nak try kot kot boleh anak perempuan
dah 3 anak, semua hero..
 tadi Amirul tak mau join, sekarang ni dia join pulak.
Aku tak  snap photo ngan wife dia sebab Wife dia tak bertudung masa tu.
Tak baik la kan tunjuk aurat orang.

anak bongsu dorang pun dah besar. boleh la klau nak ngandung lagi kan
sib baik dia tak jamu nasi, dia jamu Koay Teow goreng. 
sedap...kalau tekak kedah, apa pun yang orang kedah masak mesti suka..

Nama apa ek kawan hubby ni. Fadzil kot kalau tak silap
dia pun intak maaf sebab tak dapat layan hubby datang Langkawi ni
schedule dia penuh dengan aktiviti LTDL.
tak pe la.. dah tolong carikan kereta sewa pun dah ok tu.
terima kasih banyak banyak yer.

Masa on the way blik dari kedawang tu, tetiba Aleesya batuk dan muntah sikit,
Aku cuba lap dengan tuala kecil tu, then dia muntah lagi
aku ambik tisu cover tak boleh jugak.

Last aku suruh le hubby berhenti kat tepi jalan, hubby pulak mcm nak tak nak
aku jerit suruh berhenti jugak,
terkejut hubby sampai  lost control kejap.
Bila berhenti kat tepi je, aku buang semua tisu bekas muntah tu.
Tetiba aku nampak berdesup polis datang attack. kiri kanan  depan polis ngan motor besar tu berhenti
hah.. apa hal pulak..
rupanya dekat sangat roadblock tu di depan, kami berhenti pas tu buang barang lagi
mungkin polis ingat ada yang tak kena la tu.

dari jauh tisu tu kan putih nampak mcm ketulan dadah kot (  imaginasi terlalu tinggi aku ni)
ye la kan, dah nampak polis, berhenti keta pun mnggejut, pas tu buang buang pulak 
ni pengalaman ni. 
kalau hala gun cenggi, pengsan ai tau.

polis tu tanya, kenapa ni berhenti keta tiba tiba,
tak sempat hubby jawab, aku jawab, anak Muntah Encik, sambil aku dok sapu sapu baju Aleesya tu.
hehehe... tu le Aleesya, 
Makan mcm mcm, last perut tak leh tahan, bluwekkk ko muntah.
sib baik polis tak datang neyrap neray ngan senapang
kalau idak kang ngeletor lutut ibu kamu ni.




Friday, March 8, 2013

Langkawi - Pasar Malam

20/02/2017, on the way balik dari bertawaf ke semua tempat tu
nampak satu Pasar malam. wajib singah. So malam ni tak payah keluar makan dah.
jalan jalan tu tetiba nampak orang tengah grille kambing
bau sedap hubby pun beli
RM 8.00 sekeping.
 Hubby tu nak try la kan. adakah sesedap air tangan isterinya
my hubby ni kalau dengan kambing, mcm magnet tak boleh gerak ke mana dah..
aku kurengggggg sket. 
bukan tak makan, cuma tak bape minat.

 aiyo..aiyo.. aiyo.. aiyo kozambo.. sdah jumpa makanan kegemaran aku. kali ni kaki aku pulak yang kena magnet. Memang kompon aku beli. 
Tak sangka you, RM 4.00 je, kalau kat Penang jgn mimpi le nak dapar harga tu.

aku ni memang gila som tam, asal balik kh je, kedai Pattani  kat jalan nak ke padang sanai tu la jadi mangsa.
urut urut janggut my hubby tau, semata mta nak mkn som tam.

 Jalan lagi.. kozambo lagi aku ni, ternampak Puyuh siap goreng harga RM 4.00 je
aku dah pun beli ayam goreng utk Aleesya, tapi puyuh tu mcm dok ngorat aku la
apalagi.. sambar 3 ekor.
 penuh dah tangan ni dengan makanan.
Lepas je selesai membeli makanan, tetiba kawan hubby yangtinggal kat Kedawang tu call
ajak my hubby datang rumah dia.
so lepas magrib jumpa k.

balik hotel. mandi sembahayang bagai.
pas tu makan nyum nyum..

My hubby makan kambing tu, terus dia cakap tak best la.
awak masak lagi best, sos dia tak sedap. manis je rasa dia.
kembang pulak funggung ni. 
ada la tu, lepas ni mesti beli kambing suh aku masak. 
alasan... nak balas dendam sebab that day makan tak sedap
dah biasa dah...


Pukul 8.00 mlm kami pun bertolak ke Kedawang.
singgah kat kedai tepi jalan beli buah tangan tuk dia anak beranak
classmate merangkap orang kampung. mesti kamcheng punyalah..