Thursday, August 15, 2013

Raya 2013- Kek B'day

Seperti yang korang sedia maklum, B'day aku ngan B'day Aleesya jatuh pada bulan Ramadhan.
Makanya kesempatan di hari raya ke 4, aku sambut bersama keluarga tercinta.
tengok le b'day Mum yang tengah tersengih sebab terlalu over acting excited .
sekeping je aku kasi korang tengok.
sebab aksi lain yang terlalu extreme..
keterujaan yang terlampau sambil menari joget lambak kat dalam kedai kek tu

kalau gambar lain aku tayangkan tuk korang
di bimbangi korang semua akan turut serta menari nari di depan PC
hahahaha...silalah percaya 
Kakak yang sedang pipe ising tu pun pening tengok aksi kami yang dah jadikan kedai keknya
photo studio.
Akhirnya beliau membuat keputusan untuk wat tak tau je seolah olah kami tak wujud.
silalah percaya.. Kakak tu memang senyum senyum kambing bila piping word yang aku tulis.
hohoho... kakak tu senyum gelihati mungkin memikirkan  ayat yg aku suh dia tulis tu.
mula tu nak tulis opocot 35 sudah.. tapi risau pulak kakak tu melatah opocot sampai koma
so..letak le upsss...
silalah percaya ....kikikikik..
Naiim ngan kazennya rembat kitkat.
Still cover sakit lecur kat perut ngan ketiak tu.
sib baik baju longgar..

poyo... nak jadi model iklan kitkat mcm Zizan
lantaklah janji ko boleh lupakan seketika kesakitan tu.
kakak tuan kedai tu still tak leh blah dengan aksi kami yang selamba rock kat dalam kedainya
gigil gigil tangan dia tulis nama Aleesya, sampai perkataan tahun tahun tu dah jadi apa dah pun tak tau le.
dah call semua adik, abang anak anak sedara semua, suh datang lepak umah Mak
sebab Aku wat Mee Udang.
Mee udang aku dah siap buat masa sebelum bertolak ke kedai kek
cuma tunggu masa untuk di hidangkan
Note:  hmmm... puasa 6 ada yang dah start ke?


Raya 2013- al kisah Baju Aleesya

Rasanya aku dah citer kat blog ni
Aku wat awal tempahan untuk baju raya Aleesya, sebab taylor tu terima banyak sangat tempahan.
tempah awal pun, 3 hari lagi nak Raya baru siap ok.
Masa ukur baju tu  Aleesya kurus je
sekarang dia dah bam bam sikit tau.
akibatnya...baju yang di jahit tu ketat..
ngam ngam je ngan Aleesya, rasanya Raya Haji nanti dah tak muat kot.
 Nampakkan.. kain tu dah ketat
Aleesya susuah nak bersila..
kita yang nengok ni pun rasa sesak..
tuan empunya badan lagi le kan.. cuma tak pandai nak komen je.
Bila duduk makan, kena duduk cenggini
kesian tau...rasa mcm aku dok dera dia pulak.
tapi... dia tetap comey kan..
haruslah kan puji anak sendiri. hahahaha...


moral of the story.. jgn hantar taylor awal sangat
dan si taylor pun sila jahit besar sikit.. budak budak memang cepat bam..bam..



Note: Si abang semakin kurus.. Adik curi semua lemak.


Wednesday, August 14, 2013

Peristiwa Sedih Di hari Raya

Hari terakhir Ramadhan, aku ajak suami balik Kuala Nerang kejap
Nak berbuka dengan Mak aku, nanti lepas berbuka
datang semula ke rumah mertua, sebab raya tahun ni turn rumah husband.

Naiim tak nak ikut, tapi aku paksa jugak
sampai time berbuka, tetiba Naim dah menggigil kesejukan
berbuka pun minum air masak je, badan dah panas
Ntah mcm mana aku pun tak ingat, Mak aku pergi tanggal baju Naiim
sekali tengok, dari pinggang sampai ke ketiak dah melecur
korang tau kena apa?
kena MERCUNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!
patut le tak nak ikut balik Kuala Nerang.

Sumpah aku tak tau, bila Naiim kena mercun
sebab Naiim tak nangis pun
sepupu sepapat dia pun tak bagitau apa pun.

Naiim telalu tahan sakit tu, sampai dia demam
bahagian yang melecur tu Mak aku sapu minyak gamat kot
cari klinik semua dah tutup. cari farmasi pun tak bukak jugak
Nak ke Hospital..Naiim tak nak.

Malam raya tu, tak tido kami, sebab Naiim merengek rengek
aku belikan cortal untuk dia.sementara nak tunggu esok hari.

Aku tak snap pun photo kulit melecurnya tu
tak sanggup.. kesian pulak aku tengok dia
dah la cekeding.. bila Raya takmakan apa apa pun
baju raya pun tak pakai..

Sib baik kazen hubby, bagi sikit ubat demam anak dia
kami pun tak ke mana mana pagi tu


*** Buat Gieyana, maaf sesangat tak dapat berkunjung ke kediamanmu seperti yang di janjikan***


Nasib baik melecur je, mungkin terkena semburan bunga api kot.
lagi pun Naiim tak pakai baju, pakai kain pelikat je masa main tu
bila tanya, dia tu cakap begini dia ni cakap begitu.. yang mana satu betul pun tak tau la
 

Note: kalau ibu larang tak dengar, bila kena tau la kan..kenapa ibu dok larang sangat!

Share The Softness

First day kerja hari ni selepas raya..
banyak kerja nak kena settle.
Cerita Raya, nenantilah ye.
Syukur alhamdulillah..I am the one of the daily winner of "share the softness with kleenex Natural" Contest.
tak de la menang duit ribu riban kan..
tapi one selected as winner memang sesuatu yang mengujakan.
 Dapat free kleenex Natural 50s soft pack and set of poscards.
soft pack tu siap ada cucumber extract 
memang best!
dalam tiga postcard yang aku dapat. Word ini yang paling aku suka
hmm... maksudnya sangat sangat sesuai dengan jiwa aku.

Selalu sangat dok fikir kenapa la orang suka sangat cemburu, irihati ngan aku kan..kan.,.
baca ayat ni terus jadi positive thinking !
Yes! I am above them them. wah..bangga..bangga..
thanks kleenex.. satu kata kata yang bisa menggubah pola pemikiranku. Syabas!
Ni lagi satu kata kata yang boleh memuhasabahkan diri korang..
haruslah kan..bila happy kena la bersyukur

hehehe... mendalam jugak maksud ni yer
tak usah kisah le kan, hati ko besar mana pun
lagi besar badan, besar jugaklah saiz hati kat dada tu
sekali ngan saiz seluar jean pun kan..kan..
kikikikiki... 

pokok pangkalnya hati tu kena bersih, suci murni
tak kisah le korang gemuk ke kurus ke..cantik ke hodoh ke
cantik hati cantik le body
cantik dalam..cantik le luarannya..


BTW, thanks kleenex. you make me smile and proud!


Note: kata kata semangat buat I rasa nak perasan cantik kejap.


Wednesday, August 7, 2013

Happy B'day Mak

Adoi... dah nak habis puasa baru nak up-dated citer ni
Actually, ni citer sebelum puasa hari tu
Aku bawak mak Makan sebab that day adalah B'day Mak.

B'day Mak 05/07 tapi aku sempat pulang tuk meraikannya pada 07th July lepas.
Kami Makan Kat D'Jaras Seafood Jalan Langgar Alor Setar
Ayah tak ikut sebab kurang sihat.

Masa ni jugak aku bagitau berita gembira kat Mak
Cyst kat Ovariku dah tak de..
Mak Syukur sesangat..
ececey..wat muka gedik..
seronok sangat kalau dapat jumpa Tok.
mcm biasa, aku order Som Tam.. 
Alhamdulillah.. sekarang tak yah pantang pantang makan 
boleh la bedal som tam..
pssstt... my SIL dah call suh aku wat Som Tam Raya ke dua nanti.
antara menu yang di order.
nak makan kerang Bakar..dah habis la pulak time tu
sup tulang dia yang sangat marveles.
nanti nak call mak suh beli tulang lah..
paling Kay po anak teruna aku ni
lapar sangat le kot..

 Actually ingat ingat lupa la aku ni ttg apa yang kami borak malam tu.
so..tak banyak yang dapat di kongsi.

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"
Senyum mcm Aleesya k.

Tuesday, August 6, 2013

Bangga Bila Tak Puasa

Al kisahnya semalam aku tak masak untuk berbuka
sebab utamanya adalah kami nak balik kampung hari ni
saja tak mau beli stok kat dalam peties tu.

Masa dalam perjalanan nak ke PARAM, aku nampak le satu pasangan suami isteri
ada bawak baby sorang. 
aku follow je dorang dari belakang ( naik motor)


sekali aku tengok, si suami tu tak puasa ko
isap rokok berkepul kepul kat atas motor wat bodo je
Ya Allah, dah le tak puasa...meronda kampung sambil hisap rokok..
tak de rasa malu atau bersalah ke?

then dekat nak sampai parking PARAM tu, aku ingat dia nak belok  ke lain
tak kan nak masuk PARAM pulak kan..
sekali..nah.. dia masuk PARAM dengan rokok tersepit kat jari tu
Si isteri pulak rileks je carry anak...

hmm.. tak tahu lah manusia ni jenis apa..
berbangga bila buat dosa.. sian anak bini tu dapat suami yang tak leh membimbing
tetiba pulak aku teringat cerita "Dia tetap Ayah"


Ayah tu ayah la.. tapi kalau ayah yang tak boleh tunjuk teladan yang baik buat apa kan..
sape pun boleh jadi ayah atas sekadar nama..
tanggungjawab? entah ke mana...


Note: Syukur bila Allah memeriku jodoh di kalangan orang yang baik baik..


Monday, August 5, 2013

Danone Dumex tarik balik Duamex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore, Bebelac

 Sangat sangat takut bila susu formula tercemar kan.
Mana taknya, ianya melibatkan nyawa anak tersayang


 

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.


Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.
"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.
 
Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ''whey protein concentrate'' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
 
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia. Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1; Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.

"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi.
Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.