Saturday, August 24, 2013

1st simple Giveaway By Mrs.Luhan And Aishah

Asyik dok citer tentang raya je.
selang seli la pulak dengan GA ni.
 

Aku join sebab hadiah nya best
then tak yah tunggu lama tuk tau keputusannya
sebab tarikh tutupnya dah dekat.

Nak Join klik Banner or SINI 


Apakah Maksud K ?

Suatu hari Naiim ada tanya aku. 
antara "K" dengan "M" yang mana lebih besar?

Kekonon pandai la sangat, aku ni pun kira la ABC sampai Z
dah huruf "K" yang sebut dulu aku jawab le "K" lebih besar dari  M
seoronok guling guling la Naiim dapat kenakan aku.

Dia cakap  K= Ribu    M= Million
So, mestilah "M" lebih besar dari "K".

Pas tu aku tanya dia pulak. kalau "M" for Million. K stand untuk apa pulak?
Naiim cakap tak taulah... cikgu kata  "K" tu ribu, jadi ribu lah..
Selain tanya Naiim, aku sendiri pun tak tau
korang tau ke?
teruk kan aku ni, kalau la orang tanya aku what is the "K" means
mau garu ketiak cari jawapan.

Nak tahu punya pasal, aku google la

 

Sebab mulanya aku pun tak tau, gatal mulut gi la tanya Bos
kekalau dia tau kan.. selalu sangat dok suh aku wat tender guna  ayat "K" ni kan.

ghupernya dia pun tak tahu. dah org cakap "K" dia pun "K" gak le.
hahaha....ingat aku sorang je. kita serupa....kita serupa ( nada menyanyi)


Pas tu aku gi tau la, "K" stand for Kilo. dia ketawa kat aku berdekah dekah.
jahat woo.. last aku explain kat dia.
sebab kilo ni melambangkan  ribu. cthnya seribu gram dan seribu meter gitulah
so, org panggik "K" utk menggambarkan ribu tu.

still tak caya. rasa mcm nak tenyeh je muka dia depan PC ni.
geram tau. nak kena cikgu cakap baru nak caya ke?

Akhirnya dia caya jugak setelah aku print  maklumat tu utk dia

Note: Today I learn new word!

Friday, August 23, 2013

Tiramisu Chese Cake ranggup dan lembut

Masa pergi Raya umah Pak Tih tu, kami makan chese cake tiramisu
Sedap..sampai naik juling juling mataku ni.
Well you all kenalkan aku mcm mana, asal sedap je mesti nak buat sendiri
nak makan bagi puas, nak sedara mara aku makan bagi puas.

Menuntut ilmu tak habih..orang lain buat jadi lembut aku buat jadi ranggup.hahaha..
reyoh satu rumah mertua aku..siap kena kutuk lagi tau
sape lagi kalau bukan abang ipaq aku yang sulung tu.. mulut becok
Siap bagi tau Pak Tih yang aku buat tak jadi..
tebal muka aku.. 

 ranggup ranggup pun dibedal habis dek anak anak sedara my hubby.
pakat makan sorang sepotong habis satu loyang.

Abang Ee.. tu kan selalu ngusik aku.
kalau aku masak sedap pun dia suka dok nyakat. Tak pe..
Nanti ada change aku nak bagi dia satu das.. hahaha..

Yang ni aku buat kat sini setelah aku khatam menuntut ilmu. kikikikik..
versi lembut sudah menjadi.

Tapi kan.. bila aku makan yang versi lembut ni, rindu pulak versi ranggup tu
tadi call SIL, dia cakap versi ranggup lagi sedap 
adush... resipi  menuntut ilmu tak habis aku pun sedap jugak.

bila ranggup bercampur dengan cheese tu rasa mcm makan icecream Vianetta la pulak
  

silalah verangan seketika. muahahaha..


Raya ke lima tu, abang Ee.. sakit pinggang sebab angkat benda apa ntah.
bila aku dapat tau..
" Itulah hukum karma, suka sangat nyakat aku kan... 
aku kan ada darah satria..sape nyakat aku sure dapat sakit ( Takbur benor kan.)
tak de la lawak lawak je tu. time ni la nak nyakat Abang Ee.. bila lagi kan.."



Note: Another 2 day have to go...




Warna Warni Aidilfitri 2013-Menu BBQ

Syawal ke 6 kami gerak balik ke Penang dari Kuala Nerang
Tapi nak jugak my hubby singgah kejap kat Pendang.. ate satu jalan kan..
sampai je kat rumah di Girl anak sedara hubby bagitau yang dorang nak buat BBQ malam nanti.

Memandangkan aku tak keluarkan portion untuk BBQ tu
aku buat le tiramisu kek yang tak berapa menjadi hahahaha...
bertabahlah wahai anak anak sedara dan ipar duai bila makan tiramisu cheese kek tu ye.

 yang ni je portion aku tuk malam bbq tu.
aku tunjukkan menu dulu yer.. gambar riuh rendah tu nenanti aku wat tayangan perdana pulak.

Menda ni di panggil apa ek. Pasta ke?
 Aku memang tak pernah buat pun kat rumah
sebab utmanya my hubby tak makan dan aku pun tak bape nak makan sangat

Tapi malam tu aku makan jugak sebab sos marveles yg my BIL buat ni
sedap giler..bertuah aku dapat adik ipar yang pandai masak.
bangga..bangga....

Yang ni coleslaw hasil air tangan Adik ipar perempuan  aku yang kerja kat Ipoh, Wawa
pun sedap jugak.. resipi dia letak yougurt.

kalau aku yang buat, aku letak susu cair. hohohoho..
mcm mana pun air tangan SIL ni sedap sesedapnya.

Ni pulak daging untuk di panggang. siap dicucuk cucuk kat besi pemanggang
Aku makan dua cucuk malam tu. hambek ko
kalori berlori lori...


 hamparan ayam panggang, hotdog , daging sotong.. 
mcm mcm hado..  
makan puas puas..

Ni pulak baby potato yang di bungkus dengan aluminum foil
Aku tak sempat nak makan pun malam tu
 kentang sedang do goreng.. 
bila dah siap goreng , kejap je licin.
hahahaha...

Ada pulak buah rambutan.
Ni sebagai pencuci mulut kot.
tersesat lak lemon sebiji kat dalam besen rambutan tu..ngee

 Aku bawak balik dokong 20 kilo dari kampung.
faraid kat sini 10 kilo, lagi 10 kilo bawa balik Penang tuk jenjiran.

 Sape yang tak makan ayam, bolehlah makan sotong
yang ni Biras baru aku dok bakar
bila dah masak , my hubby kebas satu ekor..

Sian dia, dah le orang baru.
Hubby.... jgn membuli boleh tak?

Udang pun ada , nak mkan silalah bakar sendiri
itulah Moto Malam BBQ kami. hahahaha..

kalau rajin bakar ko kenyang.. ha.. itulah konsepnya.

ketupat dan gulai pun ada jugak.
ni dah kali ke berapa MIL buat ketupat pun tak sure lah.
kejap anak tu nak bawak balik raya ke ipoh. Pas tu sebelum raya buat dah
Nak sambut raya pun buat jugak. 
buat jenis pulut jenis beras Jawi. Maklumlah anak ramai
mcm mcm karenah nak makan ketupat.
yang pasti semua keinginan pasti di penuhi.

Mee kari pun hado..

Nah sepoyok kuah nya.
Aku tak makan pun sebab dah kenyang sangat dengan makanan bakar bakar tu.

Sape ntah di kalangan kami yang bawa mai buah rambai ni
aku dok makan sambil dok main letup letup kat mulut
best woo... layan habes aku malam tu

last... ubi ni pulak di panggang.
manis isinya..Aku memang suka. tambh tmabah kalau dari Cameron Highland tu kan..


Kalau menu pun dah meriah.. apatah lagi orang yang merayakannya kan.
malam tu.buat buat lupa kejap tentang kesan makan malam yang berlebihan terhadap kesihatan.
hahahaha....


Note: Mizi.. nak request pasta ngan sos sedap tu lagi boleh?

Thursday, August 22, 2013

Konsert Shah Rukh Khan di Malaysia 11 Oktober ini

Ada sesapa  peminat tegar Datuk SRK?
Aku minat jugak dia ni tapi tak smapai tahap tegar le. ngee..

Konsert Shah Rukh Khan di Malaysia 11 Oktober ini
Pengumuman
 Datuk Shah Rukh Khan bakal menghiburkan peminat di pentas Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Oktober depan menerusi konsertnya "Temptations Reloaded

Tiket akan mula dijual pada minggu hadapan di The Gardens, Mid Valley atau mana –mana kaunter kedai Rock Corner dengan harga bermula RM99 hingga RM1,999. 

Selain itu, anda boleh melayari www.vip.my untuk mendapatkan tiket secara online dan maklumat lanjut mengenai konsert ini.


korang sanggup ke nak pergi tengok Konsert SRK ni.
buat apa nak beli tiket RM99 kalau sekadar dapat menonton dari jauh
alang alang nak tengok, belilah tiket yang harganya  RM 1,999.
Wow.. U mag ai.. mahal pulak kurasa tiket tuk menonton Konsert dia.

Hanya mampu tengok VCD SRK je la. sob..sob...sob.



 


Note: Lucu pulak si Hairie dan Sonny Wizard tu.

Beraya Sampai ke Pagi

On the way balik umah mak aku dari umah mertua
sampai kat Pokok Sena My SIL call tanya kunci keretanya
sebab my hubby ada ubah keta dia sebelum kami bertolak balik tu.

Sekali check..kunci ada dalam kocek seluar my hubby da..
apa lagi.. kena la hantar semula.
Tapi..My hubby balik umah Mak aku dulu, lepas Asar nantilah patah balik pendang
Sib baik umah mertua ngan umah Mak aku cuma 45 minit perjalanan je.

Petang  tu aku tak ikut balik, Aku lepak je umah abang chaq

     Tengok anak anak sedar dok main Congkak. Aku pun nak test power
dah lama tak main kan..
Main ngan adik aku, main ngan abang aku..
asyik kena habu je... kalah teruk aku. hahahaha...

Ni time my 3rd abang main ngan my Step Bother, Abang Syed Mokhtar.
kecoh gak dorang main, confuse plak sape ada buah lagi ke menang,
sape yang dah tak de buah yang menang.
Aku pun dah lupa..

***kamcheng tau kami ngan abang tiri ni***


Kacang pedas ni sedap, banyak pulak aku makan
tak sedar..tengok tengok dah licin. hahaha..

Pas tu suh Kak ipar cari cempedak sebiji aku teringin nak makan cempedak
pokok sendiri. selalu dok makan hat beli je kan.
Usha tengok pokok Rambutan aku dah masak buahnya
Buah rambutan tu, kalau masak pun gini je kalernya.

Sangat sangat suka.. makan  sampai tak hengat.
Siap gi lepak bawah pokok lagi.
 Lama dah aku tak tengok guli kapur ni.

Guli ni dah hilang 2-3 biji sebab Aleesya dok kutip dalam lubang congkak tu
buang entah ke mana.
Last ambik biji getah campur ngan guli ni. barulah boleh main congkak kan.

Kul 11.00 malam baru hubby balik ambik kami anak beranak di rumah abang chaq
Lepas hantar aku balik umah Mak, hubby ke rumah abang chaq semula
sebab abang chaq sembelih ayam kampung.

Aku dah tak de tenaga nak layan ayam kampung memalam .
biarlah kaum adam yang proses ayam tu
nak panggang ke hape ke lantak deme le.


Last, bangun subuh aku tengok hubby dah ada dalam kelambu
time bila dia blaik pun aku tak tau la.
Mak aku cakap hubby balik Pukul 5.00 pagi..


Note: Lawak giler bila hubby cerita perihal ayam kampung yang di panggang
kejap kata  masak  kejap kata tak masak tu. hahahaha

Aku di Duga Lagi

Pagio tadi aku dapat sms dari adik aku Leman
 hmm... time subuh pulak tu dia hantar

Memang sabtu lepas aku pergi umah ayah dah tengok ayah dok  
sakit kencing dan buang air besar tak lawas

Ayah ada makan ubat yang doktor bagi, ok lah boleh kencing
rasanya tak berapa nak ok  ubat yang doktor bagi tu kot.

Rasanya adik aku yang study kat Kelantan tu je kot boleh pujuk ayah gi Spital
Aku tak pandai la nak pujuk ayah, sebab aku tak pandai liuk lentuk sikap ayah
maklumlah ayah tak bela aku kan..
So, kalau bab suruh menyuruh ni aku memang kurang arif.

Risau pulak, kang tak sependapat suasana jadi semakin tegang
dah dia tak mau pergi hospital tu, tengok dulu la mcm mana
kalau serious lagi, kena panggil adik aku kat kelantan tu la balik pujuk


Ayah ada mintak aku cuci gambar ni untuk dia.

Tadi sms my abang, dia cakap ayah makin teruk, dah 3 malam tak boleh nak tidur.
kalau apa apa hal dia akan inform aku.

gambar ni ada Naiim pulak . Tadi tak de. hehehehe...


Pengumuman.
Kepada kengkawan yang nak datang beraya kat umah datang la ye
Aku tak buat umah terbuka pun
Tapi kalau korang datang tu, ada la juadah yang aku jamu
jangan risau K.

Sebelum datang tu call lah dulu, risau pulak kang aku tak de kat rumah
faham kan keadaan aku sekarang macam mana.


Note: lapar ketupat, rendang nasi himpit bagai....
Another 4 day have to go...yeah!