Wednesday, November 20, 2013

Dah Prepare Resipi tapi...


Cik Nuff hantar e-mail kat aku tanya nakjoin ke idak contest yg dianjurkan oleh Nestle.
e-mail received pada 14/11/2013
Aku reply 15/11/2013.. just reply yang aku berminat la nak join.

Then sama ada blog aku layak ke idak utk join akan di beritahu pada 18/11/2013
hurm menunggu la aku ni kan..kan.. apa la jawapannya.
then 18/11/2013 dapat la e-mail dari Nuff. 
basis first come first serve la kan..
tak pe la tak dapat bagi jawapan 18hb..nak bagitau 19hb pun ok la kan..

Tunggu punya tunggu punya tunggu
last semalam 19hb, non hado jawapan dari Nuff
tak pe la.. I'm not selected..

Tapi........
aku dah pun beli Natural Set yoghourt ni sebagai persediaan, kekalau la
I'm choosing by Nuff kan..
Tapi...tak de rezeki nampaknya.


memandang kan blog aku tak tercalon utk join contest memasak ni
maka tak dapatlah aku nak tunjuk skill kan..kan..


So semalam, mcm biasalahkan, kalau hati lara terapi terbaik memasak la kan..
bila memasak, hilang semua stress or duka lara.
Makanya... aku telah buat jugak resipi yang berasaskan Natural Set Yougurt ni.


Even tak dapat award ke hadiah ke aku tetap puas.
sebab... my two kids.. bedal sampai licin..
Yes.. itulah hadiah yg paling bermakna buat aku.

See.. sampai licin pinggan dorang makan.


Apa yang dapat aku ucapkan kat sini
Aku dah menang sebelum bertanding. Ada betul ka adik manis???????



Note: Nanti gitau masak apa.. tu pun due to the popular demand la..
kahhhhhhhhhhhhhhhhh

Kereta Berusia Lebih 12 Tahun Tidak Selamat di Jalan Raya - Miros



Bila aku terbaca tentang artikel ni, tetiba rasa terpanggil untuk menyuarakan isi hati yang telah lama terbuku.
pandnag je kereta ku yang banyak berjasa kepadaku dan keluarga..
sayu je kan.. aku bukannya kaya yang boleh saja lambak duit
untuk beli kereta baru.
kereta yang ada ni pun belum habis bayar lagi...


Sebenarnya, secara tak sedar kita telah pun di paksa untuk membeli kenderaan baru seawal 5 tahun 
ke atas usi kereta kita.
Percaya tak?

Pertama
Secara amnya, apabila kenderaan berusia 5 tahun ke bawah, jika berlaku kemalangan 
parts korang akan di ganti dengan "Original Part"
Tapi jika melebihi 5 Tahun, boleh di ganti dengan "Original Parts" tetapi
korang kena tanggung beberapa peratus batterment yg pihak insurance syaratkan.

Kedua
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDAGniSzrbarILw9lCwMMaRQTFjJmw1T71pxBwxg7VFmftQ0A7qdlNVeb3_xqUmZWSrOfCOKfffb6qBpn5YZszQ1ORvVUoqWSBecJQSdhGzdeK3zUNpA8VAqUS2a-aYNQXY3GNFlXjSC-U/s1600/etiqa4.jpg
Pernah tak korang di kenakan charge loading sewaktu membuat pembelian insurance?
loading juga dikaitkan dengan denda /cahrge yg di kenakan kerana kenderaan
anda sudah tua/lama .

Ketiga
Pernah tak bila korang  renew insurance, korang di kenakan Excess?
ada syarikat insurance yang sengaja mengenakan Excess yang tinggi
bertujuan agar korang tak boleh nak claim kalau berlaku kemalangan

sebab, jika jumlah kerosakan kurang daripada jumlah excess makanya korang
tak layak untuk membuat tuntutan/claim
ini lah taktiknya
so, sila semak policy insurance anda.

keempat.
 
Pernah tak, bila korang beli insurance korang kena beli sekali dengan Personal Accident policy
tak kisah la kalau korang dah ada side coverage for Personal accident
dan sebenarnya PA tu akan cover untuk passenger
they might be said that new car no PA, old car need to buy PA. 
not all agent will say that but some, Yes!
mari kita tengok siapa yg kena..


Kelima
Korang perasan tak sekarang ni harga insurance kereta/motor dah naik
ish..nape la sejak akhir akhir ni terasa sangat yang rakyat di bebankan dengan bayaran itu
bayaran ini. syarat itu syarat ini
mesti itu mesti ini..
hidup penuh dengan  peraturan yang ntah hape hape kan..



berbalik pada menda menda yg aku cakap tu, secara tak langsung, kita sebenarnya di beri
semua tekanan di atas, agar secara sukarelanya kita membeli kenderaan baru
agar tak di kenakan charge batterment/loading dan excess melampau

tapi.. even kita tau dan mengerti sekalipun..
kita bukannya kaya raya yg boleh beli keta mcm beli baju...



Note:Yang kaya semakin Kaya yang tak bape miskin terus miskin, yang miskin terus papa kedana..

fikir masalah keluarga, masalah kereta, masalah  tax, masalah kenaikan barang, minyak, masalah kerja
lelama noleh sakit Jiwa aku aih...

Tuesday, November 19, 2013

Tetiba account banyak kosong kosong kosong kosong..

mak aih.. tajuk mcm lagu aku kaya je kan..
memang pun, tetiba jadi kaya... korang hado ke tetiba jadi kaya raya
aku ada okey!!!!...
Semalam sebelum pergi pasar malam mu hubby nak le buat pengeluaran duit kat 
Sheel sungai Tiram tu
tetiba kan.. baki account ada 140,0000.00 Seratus empat puluh ribu
hah... banyak kan kosong.. hubby pun duk terkedu seketika
tetiba jadi kayo ko.. banyak kosong kosong kosong ..

fikir punya fikir kat depan ATM machine tu, tetiba terus out of service 
hahahaha.... tengok jam dah masuk magrib, hubby pun pergilah sembahyang kejap kat Masjid
Sungai Tiram tu ..
kekonon pas sembahyang nanti nak gi la tekan kat ATM machine lain


Sekali check balance toing toing.. tinggal RM19.00 hengget.
uits... cuma kaya seminit je bang oi... 
then... where is the balance of the money gone?


So, hari ni, as empunya account aku le yg kena pergi semak kan.
since kebanyakkan bank sekarang ni bergantung kepada machine untuk setiap urusan
so, bila  dah jadi gini mana la boleh machine ATM tu nak nolong.

Masalah mula timbul

Masalah Pertama
Nak jumpa officer, officer pulak pergi lunch
so..tak de la org nak gantikan
huh.. mcm  berurusan ngan jabatan kerajaan la pulak
kalau officer tu tak de org lain tak leh take over. nyamfah ai..

Masalah Kedua.

Tunggu lama jugak le, last dapat le jumpa
check bagai, dorang ckp yg some of the money had transfer to my loan account
ok. la sebab memang tujuan aku ke sana cuma nak pastikan yg
duit tu di transferkan to the correct account

Masalah Ketiga
tetiba pula ada satu account PA, yang masih aktif
as what I know, I had terminate it long long  a go. since year 2005 ok,
So, nak jumpa le officer Insurance la pulak kan
Person In charge Not around
yang lain meeting dan yg lain lagi kursus
so, they short of staff
yang tall tall ther de ke? hiksss

masalah keempat
 
they give me help line number to call to cancel the policy 
helpline check semua, memang ada satu PA ( personal accident)
yang aku dah terminate pada tahun 2005. that are the only record yg dorang ada
kalau ada PA terbaru dorang tak tau

Masalah ke Lima
I need to go back to that Branch and clarify with the officer
PA insurance Number, how much deduction and so on..
then call back helpline
as they mention I give them a less of information
so, they cannot check for me further


Masalah ke eenam!!!
Aku Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
aku menyampahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Masalah staff pergi meeting ke, pergi kurus ke
pergi beranak ke, pergi lunch ke.. Itu bukan masalah aku
masalah aku sekarang timbul Jika korang deduct duit aku!!!

sekarang ni korang dah bagi masalah kat aku
so.. sila la selesaikan..
yang korang short of staff tu duk bagitau kat aku wat pe..
aku bukannya boleh gi tangkap muat sesapa kat luar sinun gi tolong selesaikan kerja korang.
adei...


Note: Ni namanya kaya dengan Masalah... bwahahahahaha...

 Benornya tak de la marah sangat pun, ok lah la kan..manusia ni kalau tak de masalah 
mcm mana nak latih otak utk lebih matang..






I just in my Own world

rasanya ramai ibu di luar sana yang alami situasi yg sama mcm aku
Aku rasa anak anak zaman sekarang je kot gini
kalau zaman aku kekecik doulu, pergi mana pun asyik nak sembunyi di balik kain mak aku je
bila org tanya sikit, terus muka sembam kat Mak
malu tahap tenuk you.

sekarang ni kalau gi shopping, kena spare 2 troli
satu stroli utk barang barang
satu troli lagi untuk isi anak anak. hikss..

tak tau la kan, lepas GST nanti bape hengget la nakkena bayar utk satu troli
kalau sekarang pun dah cecah 2-3 ratus sekali shopping.
adei....

kalau nak budak ni behave senang je. bagi je mainan untuk dia.
so, asal keluar nak shopping suh dia carry  beg lego
lambak dalam troli, then sorong je ke hulu ke hilir
sure tak kan banyak songeh dari mula shopping sampai la ke akhirnya.

kalau time nak beli makan ke hape ke.
letak je dia lepak atas meja bersama legonya
tapi kena la pantau..
funggung tu asyik mengesot ke belakang je.. kang jatuh tertungging..
sila jgn tiru aksi ini.. kalau nak tiru jugak.. bersedialah menghadapi risiko jatu gedebuk!

actually kami tak makan pun kat Food court ni, sebab nyampah dengan management Tesco sekarang ni
banyak sangat kedai cina di Tesco.
Pas tu Halal Cert ada kat mana pun ntah le..

Tengok..ni kat dalam akhbar, kat Penang la ni
selamba badak je org jual burger Babi
sensitiviti kami langsung tak di jaga..

dulu pernah sekali kat satu Pasaray di Sini, dorang jual babi salai di bakar kat depan entrance
pas orang dok bising bising, pas tu dorang tutup le kedai daging babi salai tu.

tapi yang ni aku tak tau la kat Pasaraya mana.
tapi tu lah kan..


** Inilah  harga yang perlu kita bayar kut bila hidup dalam kelompok berbilang kaum***



Note: I just in my own world.

Monday, November 18, 2013

Udang Sanggol Aeon Perda

Kelmarin kami ke A Tu Z sebab nak belikan bunga telur dan beberapa barangan untuk
di masukkan ke dalam gift bag.
nak buat apa semua tu? eh..nenantilah citer.

Lepas dah puas hati bershopping, bertekak tentang kaler bunga telur le
kaler beg le.
nak beg kertas le, beg plastik le, sabun le cover itu ini
Akhirnya selamat juga kami meroyan perabis  duit kat sana. ngeee

** Yes, yesterday I have a chance to  fight with you ***


Then balik tu kami ke Aeon Perda, saja nak cuci mata, eh bukan cuci mata la
sebab nak shopping baju Aleesya. semua baju dah kecik
eh..baju tu tak kecik le, Aleesya yg dah besar tau.



sebelum masuk shopping aku nak try menda alah ni kejap.
Beli la 2 ketul jer sebab nak rasa kan..
ini di snap terus dari dalam paper beg tu.
dorang bagi sos cili .

hubby pun ngomel kat aku, hok aloh..dalam beg pun nak snap jugak?
Hello.. Mr, abang.. you know you wife kan..
kena la snap sebab lepas ni sure nak godek godek cari resipi. ngeee...

ok..dalam sanggul tu ada sekor udang tempura.
rasanya sangat sangat ranggup.
tapi dalam tu mcm kosong je, hanya udang yg di salut tepung tanpa rasa apa apa..

Aku ni kan, kalau benda berbalut ni, mang suka kalau burjuicy sikit
baru umph.... kalau kering je mcm tak best jer.. mcm tak best jer..


So, cecepat aku cakap kat hubyy, nanti kalau saya buat menda alah ni
saya nak letak mcm mcm kat dalam tu.
baru la enjoy sikit makan...
eleh..awak tak caya ke?
tak caya tak pe ar.... Biar jemari ni tunjukkan skillnya. hhahahaha



**** palahotak ni dah mula ok berlegar legar memikirkan, bahan bahan yg nak diletakkan
di dalam sanggul tu. muahahahaha*****



Note: baru duk reka reka.. nanti bila dah buat aku share K.

Perlu sangat ke pergi bercuti?


 
Actually, aku ada plan untuk future si Naiim, Tahun depan la
Tahun ni tak boleh..
Memandangkan impian yang bakal aku penuhi di tahun hadapan
Makanya, perlulah menabung kan..kan..
Aku tak kaya jadi, kalau nak jugak kenalah menabung..

layan je la aksi sorang berdua ni.  time ni Aleesya 10 -11 bilan gitu lah


Olehh kerana program menabung aku tu, makanya aku skip le agenda bercuti
A.k.a terapi yang membahagiakan tu kan.
ok. si papa pun dah setuju.


Tapi.... si papa tu, sejak akhir akhir ni mcm sibuk je. mcm sibuk je..
tak suka la..mcm sibuk je.. mcm sibuk je ( sila baca gaya sasha legoland yer)
kekadang tu rasa mcm even hari hari jumpa tapi rindu sangat sangat kami kat dia
 
bila anak anak ada ngan aku, dia pulak bekerja (mlm)
bila anak anak ada dengan papa, aku pulak bekerja ( siang)
terasa sangat sangat yang kami perlukan masa utk bersama di waktu yang sama
dan di hari yang sama. bersama sama... Bape banyak sama daaaaa...


So..meeting sekali lagi ngan papa. kaji apa yang patut
last sebuat suara telah memberi keputusan
yang tahun ni masih lagi boleh pergi bercuti.
Yeay!!!!.. sepantas kilat I booking ngan encik Agoda tau.
 
 
 
Booking is on me, lelain tu papa la pulak kan..kan..kan..
 Apa yang penting kerja sama..



Note:  Semalam meroyan bershopping, hari ni letih berganda ganda..

 
*** bermula dari sekarang dan sekarang hinggalah sekarang bercuti itu sangat snagat perlu Okey!!****

Sunday, November 17, 2013

Tauhu lembut bersama ayam cincang

Semalam, terasa nak makan tauhu lembut.
Tauhu lembut ni susah sikit nak handle time memasak. Kalau aku le
sebab teksturnya yang lembut mudah pecah .
So, selalunya tauhu lembut ni aku wat inti dalam gulungan rice pepper je

Tapi kali ni, aku ternampak satu resipi tauhu bersos kicap halia
tapi akutak bape gemar kalau tauhu letak kicap.
makanya mulalah dok main tokok tambah bahan bahan kan.

godek godek dalam peties ada lebihan isi ayam tanpa kulit lebihan aku wat 
burger ayam goreng that day.
so, pe kata kalau aku masak je la ngan tauhu lembut ni kan..kan..

kalau korang yang tengah diet memang sesuai 
tapi kalau tak berdiet pun boleh la try. sebab sedap tau.

Bahan bahan
2 ketul tauhu lembut
1/2 ketul isi ayam bahagian dada ( cincang)
2-3 sudu mix vegetable. ( beli yg sejuk beku tu)
2 sudu olive oil
2 ulas bawang putih ( dicincang halus)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
sedikit bancuhan tepung gandum/jagung ( aku guna tepung gandum)
1/2 cawan air
garam secukup rasa.

Cara cara
Stim 2 keul tauhu dalam 10-15 minit ( ketepikan)
panasakan kuali
masuk daging ayam yg di cincang masak sekejap
then masukkan mix vegetable
kemudian masukkan bawang putih
then masukkan olive oil ( kacau sekejap)
then masukkan, sos cili dan sos tiram
masukkan garam secukup rasa
masukkan sedikit air
biarkan sehingga mendidih
last masukkan bancuhan tepung jagung/gandum


cara menghidang
letakkan 2 ketul tauhu yg di stim tadi ke dalam pinggan/piring
kemudian curahkan bahan bahan yangtelah di masak
siap untuk di makan.

 
*** korang boleh je ubah/olah isi ayam tu di tukar kepada udang/sotong**


Note: Try! and you won't regret..
 

Aku meratah je, tak makan dengan nasi pun. ngeeee