Friday, January 6, 2012

Durian Coffee

Good morning!!! everybody
Hari ni, walaupun satu hari je kerja aku datang jugak
memang nak buat N3 ttg persekolahan Amirul
Tapi otak ni dah letih sangat bila dok ingat ttg proses kemasukkan sekolah tu

So, meh sini aku nak ajak korang try coffee ni
"Durian Coffee"

Masa pergi tesco kat Tengku Kudin that day, ada promosi coffee ni
masa aku try tu rasa ok jugak, pas tu hubby suh aku beli
hairan la aku sebab hubby bukanny penggemar kopi packet ni
Selalunya dia minum kopi "O" jerk
Nak ubah selera kot.


Ngantuk betul pagi ni, sebab bangun awal uruskan amirul ke sekolah.
Pas tu kena masak sarapan awal awal
sebab nak paksa Amirul makan & minum
Memang susah nak makan awal dia
walaupun dia minum 2 teguk air milo aku dah bersyukur
lama lama dia kan biasakan diri

untuk hilangkan mengantuk ku ini, aku bancuh
hmm... segar rasa bila dah minum coffee ni
memang rasa durian dalam kopi ni

Sapa yang masuk bilik aku ni, dorang akan ingat aku baru je lepas makan durian.
korang pernah try ke kopi ni?



Wednesday, January 4, 2012

Amirul Orientasi

31/12/2011 adalah satu fasa permulaan alam primary school untuk Amirul
Dari alam tadika dia melangkah ke alam sekolah rendah
Aku pilih sekolah yang paling dekat dengan umah
sekolah tu, bukanlah sekolah yang terbaik, tetapi ianya adalah sekolah yang sesuai untuk Amirul

memandangkan ramai kawan kawan sepermainannya besekolah disitu
secara tak langsung dorang boleh jadi mata & telingaku jugak
aku pulak kenal dengan kengkawan Amirul


seawal 7.45 pagi kami bertolak. Amirul pun tak liat bangun. sekali ku kejut dia dah bangun
semangat tul dia tu.

Biasalah la kan, semua seba baru. teringat aku dodulu
seronok betul nak kesekolah

Sesi pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Para ibu bapa kena wat pendaftaran
pas tu dengar sikit taklimat dari guru guru di kantin sekolah

tak dapat nak snap gambar guru, sebab aku duduk kat belakang
guna camera Ho je, kalau ku guna si gedabak tu memang leh zooom le kan

mcm mcm yg cikgu bagitau, terutama ttg karenah budak budak standard 1 ni.
ada yang datang sekolah tak balik balik, ada yang umah dekat, pas tu pi balik berak kat toilet di rumah. ada yang bawa itu ini datang sekolah. mcm mcm lah

mencuit hati pun ada, yang merisaukan pun ada jugak.


ni le para para ibu yang hadir termasuklah aku. kaum bapa pun ada jugak
tapi dorang ni lebih selesa bersandar kat tiang kantin & tengok dari jauhnya

ada berapa org je kaum bapa yang beratur untuk pendaftaran
kebanyakkannya kaum ibu.

hish... 90% proses pendaftaran di serahkan kepada kaum ibu.
pergilah mana mana sekolahpun, kaum bapa akan suruh kaum ibu jugak wat urusan tu semua.
nape ek? dah jadi budaya pulak. Hubby pun sama.

Tapi hubbyu berdiri kat tepi aku, sebab dia yang sediakan cash $$$$. hehehe
sian kan hubby, duit keluar mencurah curah je time ni.

untuk sekolah "KAFA" nanti ibu keluarkan pulak ye. sama sama la kita bergandingan bahu.
seyes aku ckp, memang hubby banyak kuaq duit bulan ni

uitss... Amirul ada peneman upernya
Kakak ngasuh dia pun nak ikut sama + dah ecah ni
nak hantar Abang Amirul pergi sekolah

Kak Mira tu nak pergi beli buku untuk akak Zulaika. Baik noh dia
kalau aku dulu, sendiri beli buku la, tak der kakak ke abang ke nak belikan


Setelah selesai semua, kami pun pergi beli buku untuk Amirul, pas tu beli pulak baju PJ
yang bestnya, kalau ada PJ tu, dorang boleh pakai baju PJ tu di sepanjang
persekolahan. Tak payah dok salin salin
mcm time aku sekolah dulu ni.



Nota :- Amirul ada seat for the Exam. Amirul target kelas "Ibnu Sina".

Tuesday, January 3, 2012

Sumpah! Baru Hari ni Aku tau.

tadi aku terjah blog ni link
sungguh aku tak sangka yang selama ni aku ingat aku betul
rupanya meleset sama sekali.

yang hairannya, masa kat sekolah dulu
cikgu pun kata betul. Adakah cikgu pun tak tau mcm aku jugak? ngeh ngeh ngeh


Macam kat blog ni cakap

peribahasa yang kita tersalah faham tu ialah:-

"Harapkan PAGAR, PAGAR makan Padi" sebenarnya
HARAPKAN PEGAR, PEGAR makan padi
perbezaan pada huruf "A" dan "E" dah lain maksudnya

aklu ingatkan peribahasa tu untuk pagar kat sawah padi, upernya tidak
PEGAR adalah sejenis burung. korang tau tak?
kalau korang tak tau, boleh geng la ngan aku. hahahaha

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.
Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.

ha.. ni ler rupanya burung Pegar tu.
seingat aku le, tak pernah ku lihat burung ni
sementelah la, parent aku tak der sawah padi
kalau haiwan yg parking kat kebun getah tu aku tau la.



Peribahasa ke 2, yang tersalah faham pulak ialah
2. Melepaskan BATOK di tangga.

BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).
Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab


Sejak dulu lagi, aku ingat peribahasa ni di tujukan kepada batuk, bukannya BATOK.
tak pernah lak aku terfikir yang kenapa plak
nak lepaskan batuk di tangga
bukankah batuk tu boleh aje kalau nak batuk kat mana mana pun
kenapa mesti kat tangga kan.. kan.. kan...

hahaha.. ( gelak kat diri sendiri)

Benda ni la yang dinamakan BATOK.
hehehe... aku pun tak tau benda ni namanya BATOK.
kalau dodulu aku panggil "CHEYBOK" je menda ni.
korang pangil apa? sama cam aku ka?
kalau sama sila angkat tangan...



Nota:- sesuatu dianggap betul, bila sekumpulan masyarakat mengatakannya betul dan mempraktikkannya. ( istilah ni hanya boleh dipakai untuk merujuk kepada budaya hidup)


Welcome New Year 2012

Tak terlambat kot utk aku ucapkan selamat thn baru
Memang nak ucap last week, tapi kerja banyak sangat
tak sempat nak wat N3.

Ok, that day aku cakap nak cuti panjang kan.. kan..
hehehe... tara... aku datang kerja pulak hari ni
aku tukar, cuti hari ni aku bawak ke cuti hari khamis plak.
sebab sekolah bukak besok
so, aku ambik besok & lusa

ok, nak story sket masa aku cuti jumaat tu.
sebelum nak pergi cuti aku dah cakap kat budak budak tu
"snap additiuonal photo for that saga & put on my table before 5"
haaa... sampai kul 5.00 pun batang hidung gambor pun aku tak nampak
aku pun malas nak gi dok ckp perpuluh puluh kali
last, masa Friday tu korang jawab le sendiri dengan bos!!!!!
ambik kena seketul

Bos, call aku on friday pot pet pot pet
aku ckp, pergi je tanya cameraman, He knows about this
apa apa hal suh dia tanggung ( ambik ko) kalau aku marah cengginila
aku blah pi cuti & aku takkan follow up dah
pandai pandai korang la settle bila aku tak de

So, hari ni aku datang nak settlekan mana yang patut
kalau nak harapkan deme tu setel sampai hujung tahun pun tak setel2
Bos pun, senyum sampai ke telinga tengok aku datang kerja
siap ckp anak dia balik dari Australia that day ada belikan beg utk aku sempena CNY ni

baiknya nya encik bos & anaknya itew
ingatkan nak marah sebab aku blah pergi cuti tak complete kerja
upernya idak. ngeh ngeh ngeh...

ok. biar aku setel kan kerja dulu. dah selesai aku wat N3 baru
banyak tul aku nak citer


Friday, December 30, 2011

Fried Mushroom

Sejak dua menjak ni, Amirul ada makanan fevret dia bila ke pasar malam

asal pergi jer pasar malam dia akan beli cendawan goreng tepung

dia dah tergoda sesangat dengan menda tu




Dah le tu, kalau beli dia sorang je makan

kalau nak kongsi, jgn nak mimpi

sebab dia dah habiskan masa on the way balik dari pasar malam

ngeeee





Namapun ibu kan, asal kegemaran anak mesti la alert. So, aku ckp le yg aku pun boleh jugak goreng cendawan mcm dekat pasar malam tu.


boleh masak sebakul kalau dia nak. haaa ko.. sampai sebakul aku janji nak buat. hahaha



usha tengok tepung goreng ayam tu, masih elok lagi. tepung tu memang tersedia ada kat umah.
asal habis je aku akan order kat jemaah tempat ayah & abang abang aku belajar mengaji
sekali order sekilo tepung tu.hahaha


aku gaul gaulkan je cendawan tu ngan tepung, tak payah bancuh. senang kan!!!


bior je minyak panas, terus goreng sampai garing


fuh.. makan panas panas. kalau kat pasar malam tu dorang goreng ngan jintan bagainya.
aku tak letak la sebab tak suka kunyah jintan tu.ngeeee


Masa tengah goreng tu, hubby pun ngap jugak. sampai tak sempat nak tunggu aku yang sedang menggoreng di dapur.


Amirul pulak dok bising bising nak jual bagainya. Pa stu dia ckp nak pi jual kat umah mak dia( bb sitter).Makanya, aku pack utk dia hantar. Hahaha.. dia siap ckp, kalau nak lagi kena order.yg ni untuk rasa jer tau.


pandai dia noh. nak wat biznez la konon. budak budak ni mcm mcm. Tapi aku tak jual la. aku bagi tepung tu sket kat bb sitter. suh dia goreng sendiri.


hmmm.. cenggini la rupa cendawan tu bila dah digoreng. nyum nyum


ups.. nak citer sket ni. pas hubby makan terlalu banyak, dia dah naik loya & pening pening. last sampai pukul 2-3 pagi tak hilang lagi. sampai muntah muntah ko. sian dia.


sekarang ni kalau aku goreng cendawan untuk Amirul, dia tak sentuh dah. Mcm dah serik nak makan cendawan goreng ni. So.. aku buat la pulak sotong goreng tepung untuk dia.


husband suka, aku lagi la suka :D

Thursday, December 29, 2011

Last Day Work

Today is my last day work for the year of 2011
Rasa mcm sekejap je kan, dah nak end of the year

Yang aku geram tu, today is the last day, tetiba pulak banyak sangat kes yang masuk
so, kena submit by today jugak



tengok le, selambak kerja aku yang nak kena clear

serious aku cakap memang tak boleh finish by today


nak tak nak, aku kena jugak datang kerja bila ada masa terluang

rasanya, lepas je anak aku balik sekolah aku kena datang kerja

tak boleh ful day ko, kira half day pun idak jugak
sebab aku hanya leh datang office dalam kul 3.00 cam tu
huhuhu.. sedey tul

nak relax relax pun tak leh, sebab Chinese New Year pun dah dekat
Kalau aku delay, alamat customer tak de keta la nak CNY
menci menci menci aku ngan situasi cenggini

lunch pun aku tak keluar hari ni.
Jap tadi aku call je bos kecik aku tu suh dia beli la apa yang patut untuk aku
sebab aku tak mau waste my time.

nak finishkan jugak kerja. kalau boleh settle by today lagi baguzzzzzzzzzz

Pencuri Susu


Sejak dah Aleesya ni boleh ukur umah
mcm mcm hal dia dah buat

Semalam, masa aku & hubby tengah layan citer Tamil kat channel 202 Astro
best tau citer semalam, citer hantu lagi tu
takut tapi lawak pun ada.

Time tu la si Aleesya tu dok wat kerja dia
mula tu nangis dah kat tepi sofa, tangan tersangkut
pas tu aku ubah dia pergi kat sebelah abang dia yang tengah tidur tu

picture ni aku curi curi snap. Aleesya tak sedar yang kami dok perhatikan dia
hahaha... gigih curi susu botol abang dia yang dok kat mulut abang dia tu

patut la diam jerk
aku & hubby asyik benor layan citer tamil
sebab roh bapak hero tu datang wak tongkat & cemeti pukul hero sampai lebam
hahaha...



ok, dah dapat keluarkan botol tu dari mulut abang. si Abang pulak tidor
mimpi kemana ntah

abaikan bantal busuk si Amirul yang dah lasam berpeta peta tu
itu gak ler bantal pilihannya.



hahaha.. dah boleh pusing pusing tu, jap lagi leh le aku ngap
sapa suh abang tido mati!!!!


adei.. sikit lagi tu, dah sampai ke mulut
apa yang sedap sangat abang minum sampai kusyuk terlena
meh sini adik nak rasa

Masa ni aku dah mcm nak tarik je botol tu dari Aleesya
takut kena jangkitan bakteria plak
sat sakit perut, aku gak yang susah

hahaha... kantoi sudah. dia dah sedar yang aku dok snap snap picture dia
sebab Aleesya pun dok tarik tarik tangan abang dia
tersedar lak si Amirul tu

Then Amirul ambik botol tu sambung minum & pusing badan dia ke arah lain
meraung si Aleesya tu
mana taknya, dok gigih gigh curi, last tak dapat
kikikik.. sian budak kecik ni.