Friday, June 15, 2012

Banyak la Ko punya Akai..

Tadi, dalam kul 1.00 lebey cam tu la, tetiba mak sitter Amirul Call
dia ckp Amirul tak boleh cakap, kenapa?
tau dak pasai apa? Ada cikgu call tak bagi tau apa pa

ish.. pehal pulak ni, tak de angin tak de ribut tetiba tak leh cakap( dlm ati)
Aku pun ckp ler kat Mak sitter tu suh tanya jugak Amirul kenapa?
mana la tau kot kot bahasa badan dia tu leh wat kitorang ni faham

ai.. sekali dia tulis je kat kertas
"tak dak suara, tak boleh cakap"

seingat aku le, pagi tadi elok je dia pergi sekolah

ek eleh... akai tak mo pergi kelas fardu Ain
buat buat le tak de suara la pulak. akai seposen tu ingat ibu tak tau ke?

then aku ckp kat Mak sitter tu, tak pe kita tunggu kalau lagi sejam dua dia boleh cakap
kak paksa dia pergi jugak. jgn kasi chance
hehehe... kena tegas okey!!

Dari dalam fon  aku dok dengar yang Mak sitter tu dok takut takutkan Amirul
" Ingat ar, klau Mirul Tipu, malaikat dok catit tau. Allah tau ooo"
ngeee...

Note:- biasalakan budak sekolah ada jugak hari malas dia. tak pe la aku kasi dia ponteng today.
tapi tak leh kasi selalu.

Tilam Dunlop

Aleesyasekarang ni kemain lagi dia. kalau Aku pegang licin mcm belut. 
dia memang tak suka orang pegang pegang dia. nak bebas explore umah sendiri + umah mak sitter

minggu lepas mak sitter ckp mangkuk kat rak pinggan dia dah dipecahkan dek Aleesya
then semalam dia ckp yang Aleesya tarik  kain yang dia lipat dan camuk penuh umah
tak tahan sangat mak sitter pukul tangan tu
then sebik sebik la Aleesya
tapi, lepas nangis buat lagi. haishhhhh

kalau aku pergi ambik dia, bukannya nak datang terus
wat derk je, tak habis habis dok main
tambah tambah ada kakak sitter dia

heran aku kalau ngan kak sitter dia tu dia perking elok je atas riba

Aleesya  5 month
hehehe... nak wat cam ne kan, tilam dunlop Aleesya le paha kak Mira tu
sebab tu la peha aku dia tak nak parking

kalau kat umah aku panggil nama Kak Mira, terus je cari
cari kat bilik le, kat dapur le
yang tak tahan tu kat bilik air pun dia pergi cari jugak.


Thursday, June 14, 2012

Makan in action! 18sx

My little princes ni sejak dah ada 6 batang gigi, tak mo dah makan moi.
 nak makan benda yang boleh gigit gigit jerk

gambar ni seksi okey! kena sukup umur baru leh tengok tau
hahaha.. sekarang boleh, nanti dah jadi anak kedera tak boleh mcm ni.
okey sayang...

kalau aku suap makan kena ikut vontot dia je
haish.. mcm mana le kat umah baby sitter
jenuh la dok layan karenah dia

kalau makan kat umah, siap nak makan sendiri
kalau kami makan nasi dia pun nak makan jugak
suap entah kemana last nasi bertaburan ke lantai

kalau sempat capai air, habis dia tuang

ni gambar tak de baju bukan sebab aku tak kasi pakai baju
tapi, baju dah habis basah masa makan nasi
so, lepas makan nasi tengok kami makan manggo
dia pun nak jugak

potong kecik kecik, letak dalam  tupperware
tak leh letak banyak
jap dia tiarap semua

nampak tak seluar tu dah basah
pas tu nasi penuh seluar

makan lagi
bukan makan sangat pun

closed up sket

nampak tak?
nampak tak? bertaburan kat lantai
kena kutip cepat cepat
kalau idak, dia ambik & masuk mulut

ha.. ambik ko. semua makanan ko buang ke lantai
last makan je la tupperware tu.

Aleesya - Hari hari ibu masak sup labu, sup bayam,masak lemak ikan ketul bagainya
tapi, mak sitter ckp ko suka makan nasi ngan gulai!
pas tu pepagi mak sitter suap donat & apom ko tak nak
ko nak makan karipap!
fenin fenin ibu ni tau.

Maksud Taboo

berhubung dengan N3 Aku yang bertajuk Pertanyaan Amirul   
Then Nureen Pulak tanya ttg perkataan Taboo

mmm... rasa nak jawab denganpanjang lebarlah maksud taboo tu. ngeee

ha.. ni le soalan dari Nureen.

Oklah kalau merujuk kepada N3 aku tu Taboo yang aku maksudkan tu lebih kearah maksud sesuatu yang ditegah daripada di percakapkan/dibincangkan.
ye la kan, kalau orang dodulu idak di bualkanlah tentang haid & nifas kepada anak lelaki
tambah tambah lagi bila anak lelaki masih kecik mcm Amirul tu.

Tapi sekarang dah berubah, di mana cara didikan ibubapa juga jauh berbeza.

meh sini kita lihat maksud Taboo atau TABU dalam ejaan melayu.


di petik dari SINI


Note:- Best benor bila nonton NatGeo bila ada story ttg Taboo pelbagai kaum di dunia ni.

Wednesday, June 13, 2012

Arkitek terjun

Pernah tak korang wat kerja yang korang tak pernah buat pun. pas tu bos suh korang belasah buat jugak?
pernah tak ? pernah! hah!..cam na tu?



meh sini nak citer, al kisahnya aku le ni. tetiba bos suh aku belasah buat satu building drawing & plan then kena edit gambo masuk plak tu.  Bos aku tu, bukan nak suruh aku sebenarnya, tapi dah surveyor tu tercongok kat office & mintak semua tu on the sport. kena la suh aku wat jugak walaupun semua tu bukan di bidang kuasa aku.

muka kelat kelat pun aku  wat jugaklah. bodo bodo aku pun draw. kejap draw pas tu plan tu lari sana sini. then buat semula. time nak edit gambo tetiba jadi overlape. haishhhhhhhhh tension aku jah oi..
Actually semua tu dodulu ni dah ada buat & tersimpan rapi kat dalam company profile aku tu. selalunya Insurance nak hardcopy. Ntah le sekarang ni nak soft copy pulak dah..

yang tak puaih ati ni sebab surveyor tu datang terjah gitu je kat office aku. Hape? ko ini rancangan TERJAH TV3 tu ke? hehehe... pulun le aku wat terkemut kemut. tak siap jugak semalam. Dia ada mintak aku stayback & claim OT. Aku ni memang dah lama benor tak wat OT after work. so, mcm ralat le sikit.
sebab company takde drawing software mahu pun power point.

* part nak masukkan photo layout tu yang susah bangat!!!

Aku refuse & ckp I will finish by tomorrow morning k. harap harap leh la selesai. Niat di ati nak sambung wat kat umah. Tapi bila ngadap anak anak semuanya lupa & malas.

Pagi tadi datang awal & siapkan semua. breakfast pun idak. lapar kemain aku. Bos tengok aku diam je wat kerja, di belikan aku nasi lemak + Nescafee. ( ambik ati le tu)

Syukur, selesai dah semuanya. semua kerja tu dah selamat aku e-mailkan kepada pihak Insurance & aku dah pun burnkan masuk CD. Pas ni senang sket. tak yah dok susah susah berdrawing bagainya.

Note:- mata dah melugai tengok PC. dah mcm arkitek terjun pun ada dah ni.




Tuesday, June 12, 2012

Panjangnye....

inilah kali pertama aku tengok buah mempelam/mangga yang besar gabak

udah le besar, panjang sampai 23-24 cm


mcm tak caya
terus je ambil pita pengukur & ukur


ha.. tengok tu.. panjangkan?
my office mate yang kasi

2 biji aku dapat
katanya 3 biji RM 25 hengget

aku tak makan lagi, sayang pulak nak kupas
saja la simpan kasi ranum sket
baru besttttttttt...

Pertanyaan Amirul

 Sedang nonton TV ngan Amirul, pas tu tibalah iklan Sofy.
Amirul suka le sebab ada gambar jungle & ada monkey semua
inikan  iklan tuala wanita

jadi selambe je Amirul tanya soalan kepada ibunya ini
Amirul: awat dia pakai pampers tu? dalam hutan susah nak kencing?
jadi kalau pakai tu dia kencing dalam pampers tu ka ibu?

 Aku: mmmm.. dak aih
Amirul: Ibu pakai dak? pasai pa kena pakai ar ibu?
Aku: mmmm ( dok pikiaq) yang tu bukan pampers. yang tu tuala wanita
org perempuan ni Allah sayang lebih sebab dia kena buat banyak kerja & melahirkan anak

setiap bulan bird bird org pompuan akan keluar darah titik titik titik
jadi kena la pakai tuala wanita tu.sebab tak bagi bocoq..

Amirul: oooo.. kalau bird bird darah tak leh sembahyang ka ibu?

 
Aku : tak boleh la, org perempuan Allah bagi rehat sebab Allah sayang orang perempuan ni lebih sikit.
bukan tak leh sembahyang ja, puasa, baca quran & pegang quran pun tak boleh.

pas tu Amirul terus diam & tak tanya dah.
selamba je aku tengok muka amirul, tak dak tanda tanda quarries pun.

nanti next year dorang mesti belajar dah tentang haid ni. Aku rasa bila ustaz tu terang kat
dia, dia akan lebih faham. sebab aku dah explain kat dia sket sket..

 Aku pun heran, kenapa masa aku explain kat Mirul, idak pulak aku rasa mcm taboo..
haish.. ni le cabaran jadi ibu zaman sekarang