Saturday, September 22, 2012

HanifIdrus Segmen Menerjah

hanifidrus 

memang kenal dengan blog hanif Idrus ni.
sebab saya selalu lepakkat blog budak Boni kacak tu

dia wat segmen menerjah.
mana mungkin saya tak join.
mesti la kan. Suka benor saya kalau ada orang terjah blog saya yang ntah apa apa ni

kekadang ada yg ckp blog saya ni blog syok sendiri
asyik nak citer tentang dia je
mcm la dia best sangat. hiksss
bior le kan... 

mana tau tetiba hilang ingatan ke apa ke
leh la refer blog tuk kembalikan memori .

ok lah melalut je aku ni.

sesapa yang nak join boleh klik kat banner ni di atas atau Kat SINI pun boleh

saya tag:-


 

Nak Lambatkan Hari Kiamat


keletah anak bujangku memang tak pernah boring kami suami isteri
Bila dengar je mikrofon di Masjid di ketuk ketuk
Amirul dah faham, kejap lagi Azan bakal berkumandang


So, aku akan cepat cepat suruh dia slow TV dan diam
Tapi, mcm biasa la budak Amirul tu
diam kejap je
pas tu mula la nak cakap itu ini
pas tu mula la aku nak menengking
last dua dua orang pun tak hormatkan azan
senang je kan si Iblis tu wat angkara

 

Tapi.. sejak dia ada belajar sesuatu di kelas Fardu Ain
lain pulak jadinya.
Asal Azan je, Amirul pun akan Azan juga
kekadang dah bercelaru, nak dengar dia azan ke nak dengar Tok Bilal Azan

Bila aku suruh diam
selamba je dia cakap:-
" Mirul nak lambatkan Hari Kiamat"
Ustaz kata  selagi Azan berkumandang, tak akan berlakunya Hari Kiamat.

ish..ish... memang la selagi ada Azan tak berlaku hari kiamat
tapi bukan kena azan saja, kena la terus sembahyang nak oi..
sabor je la..

Tak pe la, mungkin sekarang dia faham setakat itu je
nanti bila besar, dia akan faham maksud sebenar kiasan ustaz dia tu.


Friday, September 21, 2012

Cara Elak Suami Berbohong

Perkara normal bagi sesetangah pasangan  di mana isterinay mencium tangan & mencium pipi bila suami keluar rumah atau pergi bekerja.
Tapi, jgn hairan bila ada pasangan yang tak pernah pun mengamalkan sedemikian
Alhamdulillah... kerana aku jua mengamalkannya.

gambar google
 ok, hari ni aku nak bagi tau satu petua untuk kebahagian rumahtangga
bukan petua 18sx tau. yang 18sx tu korang pergi cari sendiri. ngeee

Pernah tak kengkawan korang ke, sedara mara korang ke yang dok mengadu begini:-
Husband I tu asyik keluar je, tak pernah lekat kat umah, pergi mana pun tak mau cakap.
sebagai isteri mestilah nak tau husband ke mana kan...
kalau dah selalu sangat keluar, lama lama isteri pun boleh fikir yg bukan bukan
risau pun ada jugak. kot kot kalau terjadi apa apa

Suami ni kalau asyik tanya itu ini dorang pun rimas
Jadi minta tolong dengan Allah
gerakkan hati suami utk memberitahu sendiri

Caranya begini yer.

gambar google

salam  dan cium tangan suami bila dia hendak keluar rumah. Setelah selesai sbersalam, berdiri di belakang suami sambil memerhatikan dia berjalan ke luar. Kemudia berdoalah. Doalah agar suami di beri hidayah. dijauhi malapetaka, memelihara lidahnya, tingkah lakunya dan apa jua yg nak kita doakan.

Jika anda rasa dia suka berbohong pada anda, doalah agar Allah membuka pintu hatinya untuk bercakap benar agar kegusaran di jiwa anda terungkai.

Sesungguh doa isteri itu begitu mustajab. kata ustaz lah lagi, Nabi S.A.W  juga menyuruh isterinya mengamalkan kaedah ini bila saja beliau  keluar rumah.


* cara ini juga dfi amalkan oleh seorang wanita, di mana suaminya selalu ckp keluar meeting walhal keluar berdating. Di takdirkan Allah suatu hari, suaminya berpatah balik kerana tiba tiba dia rasa bersalah terhadap isteri sebab selalu berbohong.*

Jangan paksa suami bercakap benar, biarlah Allah sendiri yg membuka pintu hatinya untuk bercakap benar. Sesungguhnya Allah lebih berkuasa dari segalanya...yang penting kita harus bersabar dalam menjalankan amalan..


Bila marahkan suami elakkan berkata begini di belakang suami:
"lantak engkaulah kau nak ke mana ke, nak balik ke tak balik ke kau punya pasal" walaupun kita ckp dalam hati tapi ianya seolah olah berdoa." maka lagi keruhlah keadaan.

Nota:- pesan untuk semua dan diri sendiri jugak. PETUA DARI USTAZ LAH

My Cousin Ummi -bahagian satu

Maaf sesangat sebab dah habis syawal  baru nak updated ttg my kazen ni
Ini kazen aku, Ummi Kalsom B. Ghazali
anak Paksu aku sebelah bapa aku
Kazen banjar aku ok
 
Selamat Pengantin Baru Ummi & Suami
semoga bahagia sehingga hujung nyawa.
jgn notti notti...

Masa aku sampai dah selesai pun makan beradab
so, tak de gambar makan makan k.
kek ni pun sebahagiannya dah kena potong

lain dari yang lain la pulak kenduri ni
sebab Paksu aku hire org suh masak Apom balik

Giller sedap ko apom balik dia
makan panas panas. ranggup plak tu
tak menang tangan dorang ni 

Amirul tu kerja ulang ulang pi ambik apom balik ni
sampai pak cik tu dah boleh cam muka dia

last dia dah jadi malu nak pergi ambik
aku la pi dok jadi photog kejap kat tepi tu
then dapat la Apom balik lagi 2-3 biji
memang kenyang kami ngan apom balik.

lihat saja keranggupan dan ekeenakkan apom balik ni
memang tak rugilah Pak su hire tukang masak apom balik ni

ha.. budak kecik ni memang dah explore semua meja
tak de nak duduk diam aih

Ni ha... bubur kacang dok tunggu tuk dia makan
dia buat derk ja
sebab abang dia dah suap apom balik kat dia sebelum tu.


Note:- tunggu citer seterusnya

Thursday, September 20, 2012

Puting Beliung Api Di Australia

 Siapa tengok berita semalam?
sila angkat tangan...

 
 fenomena apakah ini?
selalu kita tengok puting beliung angin + debu je
tapi kali ni berlaku di Australia siap ada api lagi
kalau berlaku kat Malaysia mcm mana ek..

tak mustahil kan.. Kuasa Allah
lagipun Autralia dan Malaysia bukannye jauh mana pun.


Adakah ini amaran Allah kepada kita?
sama samalah kita berdoa agar di jauhkan dari malapetaka ini

sebelum ini kejadian puting beliung erpai ni jugak pernah berlaku di Brazil
ianya di kenali senagai " Api Syaitan"

 puting beling berapi di Brazil 


Tak sangka ek, dorang pun panggil Api Syaitan. Kalau kita yang islam ni dah sah sah le tahu
yang syaitan tu di perbuat daripada api. hehehe...


Note:- Adakah ini sedikit percikan dari Api Neraka?

Bekal

hmm...biasalahkan, aku ni kalau bangun pagi mcm lipas kudung
tak kiralah hari anak sekolah ke, hari anak cuti ke
hari nak pergi jenjalan ke
dapur ku itu dah mcm sahabat setia
mesti nak kena belai belai manja sebelum memulakan aktiviti seharaian.

ini aku masak nasi goreng + ikan lengat
kena bawa bekal untuk dia makan on the way nak balik umah ayah di Sungai Petani
saja dia nak makan dalam keta

Sunagi Petani je pun kan.. 
mcm ni la anak aku, bila dia rasa nak makan
kena make sure makanan ada..

Dia memang suka nasi goreng
kekadang tu, malam malam pun dia request nasi goreng jugak
nasi goreng dengan sebiji telur mata kerbau pun dah ok dia ni.


Ni pulak aksi Aleesya bila tengok abang makan
nak jugak rupernya
ish... start la tu, nak ke belakang duduk sama sama ngan abang

tak boleh lepas dia ni ke belakang
kang berterabur habis nasi goreng tu

kekadang.. abang dah tidur lena kat belakang
dia still tak mo tido

ini budak memang susah tido bila duduk dalam keta ler...
letih benor aku ngan dia.
habis semua perfume keta di tariknya
segala coins kena simpan, takut dia ngap..


Note:- bekal pun ada, tapi kalau sampai kat petrol station, membeli jugak le kerja si Amirul ni.

Musnahkan Duit itu!

Pernah tak korang dapat duit palsu?
aku tak tau la bila aku dapat duit palsu ni.
di mana aku dapat pun aku dah tak ingat
seingat aku, aku suka sangat pecah duit RM50, pas tu balance duit aku campak je dalam H/bag

 Nasib baik RM 10 je kan...kalau RM 50 ke RM 100 ke memang aku nangissssssssssss
si  baik hati mana ntah ( baik la sangattttttttttttt) yg sengaja nak pekena aku
tak pe, korang rugikan aku RM 10, nanti Allah gantikan aku dengan berjuta juta tau

ok, perhatikan pada duit di atas, 
perkataan sepuluh ringgit tu dah kembang
pas tu kertas bersinar kat tepi tu dah jadi mcm dak wat pen.

aku pun tak perasan
cuma sedar bila nak bayar  kat kaunter masa aku beli air di food court
terkejut & bersalah pun ada.

pertama, aku memang tak tau yang duit tu duit palsu
bila dorang ambik duit aku pi test itu ini, aku rasa mcm bersalah pulak
risau gak kan kot kot dorang ingat aku sengaja nak pekena dorang

Demi Allah aku tak tau. biarlakan perspektif org mana kita tau
Aku nak destroy duit ni
tapi sebelum tu saja la nak wat N3 ni
nak ingatkan aku & kengkawan blogger di luar sana.


Note:- tetiba teringat Mak  yang pernah dapat duit RM50 palsu, masa dodulu
dodulu RM 50 besarrrrrrrr tau nilainya...