Thursday, November 8, 2012

Last Minit Apply cuti

dah hampir setahun husband kerja seminggu malam dan seminggu pagi.
ntah mcm mana pulak minggu ni dia dah start shift 2 hari kerja 1 hari off

so, hari ni turn hubby kerja pagi.
Alamak!!! aku takj apply cuti le
semalam baru sedar bila AMirul tanya

" Ibu... Esok Amirul Pi tengok Mirul tak kat Sekolah"?
Toing toing.. memang sebelum ni hubby dah janji nak pi
sebab dia kerja malam so sempat la pergi jengok kejap.

Alahai.. aku la kena take over ni
Tak pe... hari ni datang kerja terus minta half day

Bila aku cakap yang aku nak attend Majlis Penyampaian Hadiah anak aku
Dia terus approve!!

"As a mother you need to give him a Moral Support!
Congrate to your Son ."


Hahahaha.... datang kerja kul 10.00 pagi
Pukul 1.00 ptg dah blah...
3 jam jerk. ( keh keh keh )


Kepada kengkawan yg tak sempat aku BW tu sabar yer
nanti aku BW k.

Nak bergumbira dengan kejayaan anakku kejap..
woo weee...



Pi Mai FM 90.2

Satu hari yang sangat santai, Kami sekeluarga sedang dalam perjalanan
nak mengisi perut yang sedang berdangdut. hikss.
Tengok FM Channel kat Radio Kereta 90.2

bila on jer radio, best pulak channel ni.
terus hubby pun cakap ni le stesen radio penang yang lagi satu
Bukan Mutiara FM tau.

eh yer la.. memang ni bahasa Orang Penang la.
Channel baru ke?
My hubby ckp dia godek godek channel dan terjumpa
sekali dengar terus dia tak ubah dah channel tu.
Memang best channel ni.
Deejay  dia pun best best belaka.
pendek kata tak boring la kalau korang dengar.

Rasanya ramai yang tak tahu lagi ni
tengoklah yang like pun baru 3965 orang  je..
meh kita pakat pakat like kat SINI



ternampak pulak info tentang konsert YUNA yang akan diadakan pada 10hb ni.
cayalah..
peluang baik ni boleh la datang tengok YUNA.

Info dia memang terbaiklah..



Note: Thanks (Shazli) dari Pi Mai FM  di atas keizinan itu.


Wednesday, November 7, 2012

Seni Dari Penggulung Tissue

Pernah tak korang tengok toilet roll? 
mestilah pernah tengok kan.

selalunya bila habis guna segulung toilet roll tu akan ada satu kertas keras kat tengah tengah tu kan...
Mai sini nak tunjuk cara untuk mencantikkan rumah dengan hiasan
hasil terbuang ini.

 nampak tak?
cantik betul bentuk bunga yang bergantungan itu

 caranya begini
daripada gelung yang bulat tu
kemekkan penggulung tissue menjadi seperti gambar di atas

 kemudian gunting menjadi bentuk bentuk begini

 kemudian sambung dengan menggunakan paper clip
dan gam kan di setiap bucu agar bersambung menjadi sekuntum bunga

 sambungkan di antara satu sama lain
membentuk seperti karangan bunga yang bercantum
di antara satu sama lain.

 gantung kat pintu mcm ni sebagai hiasan.

kalau rasa duit lebih boleh juga spray cat kat setiap kelipoak tu
agar nampak lebih menawan.

 ini la antara bahan bahannya.
murah dan simple kan..

Note: boleh juga jadi aktiviti bersama keluarga di hujung minggu.

Happy Grill Pan Only RM 39.00

Kelmarin, my colleague ada tanya aku sama ada nak beli tak Grill Pan
Dia ckp ada kawan dia jual Amway product .
Aku tengok la katalog. Mak Ai  RM200++ .
Tapi.. memang dah lama dok idam nak beli ni..
yang cosway tu pun duk nak beli jugak. last tak beli beli pun.


daripada tak de, lebih baik beli. tul dak?
aku pun on je la suruh dia order.
 tak sangka cepat pulak dapat.
order pagi, petang dah parking kat atas meja.
memang betul betul happy.

 Memang ini juga salah satu wishlist 2012.
tertunai sudah..
 
 ingatkan kecik mcm frying pan yang cosway punya tu.
tengok tengok.. hah.. besar ko. lagi la happy. kikikik...


Dalam percaya atau tidak. Aku cuma Bayar RM39.00 untuk this Happy Grill Pan ini.
Mcm mana boleh jadi begitu murah? sebab offer PWP kot.
kena beli apa ntah dalam jumlah tertentu baru boleh beli dengan harga RM39.00 tu.
Aku Memang beruntung kan....

Note: Tak sabar nak buat outdoor Grill.

mangrove Board Walk, Penang

Bukan senang papa nak cuti hujung minggu. 
di kesempatan inilah kami bercadang nak mejelajah tempat yg menarik
Malangnya dah ditutup.
Kehadirannya tak di ketahui, Penutupannya pun tak diumum... sob sob sob..


Ada tempat untuk ditujui, tapi mungkin kekurangan informasi
maka tak banyak pengunjung yang tahu tempat ni

Rasa mcm suatu kerugian pulak
bila dah berhabis duit untuk bangunkan lepas tu di tutup untuk di kunjungi.
Manngrove Board Walk ni terletak di belakang bahagian di Jabatan Perikanan
atau lebih di kenali dengan Penang Aquarium.
ecewah.. aku pulak yang jadi tukang promote

ye lah kalau search kat web pun bukan nak jumpa. 
nak jumgak aku explore tempat ni.
mana tau best!

tengoklah .. gate dah tutup
dan tempatnya sunyi jerk.


cuma Aleesya la dok explore tempat ni.
hahaha....

belek belek la tiang tu Aleesya
check tengok konkritnya tu utuh ke idak.
kiikikikik...


Note: Clear juga picture snap by Samsung Mini Siri 2 ni yer..
first time cuba ni..

Tuesday, November 6, 2012

Baju Melayu Biru

Sabtu tu Amirul ada gitau yang dia masuk pertandingan Nasyid.
Kena pakai baju melayu warna biru pada hari KHAMIS!!!
Pagi tadi aku tanya lagi, bila nak pakai baju biru tu?
dia ckp hari khamis..eh esok kot
Aku pun tak de la prepare serika bagai sebab kalau esok pun, mlm ni sempat lagi prepare.

Tetiba tadi Baby Sitter call ckp baju biru tu kena pakai HARI INI!!!
ishhhhhhh... dah la rumah ngan office aku jauh
kalau nak balik pun dalam 45 minit cam tu.


Husband pulak kerja malam, risau jugak kalau aku call dia tak pick up phone
dah le pagi tadi tidur lambat sebab hantar Jiran ke Airport.
aku cuba call jugak hubby, sib baik dia pick up
aku bagitau la baju tu ada kat mana mana
then suruh anak aku balik rumah ambik
suruh baby sitter (Mak) tolong serika.
haish... sib baik umah bb sitter dekat 
memang kelam kabut aku di buatnya dengan Budak Amirul ni

Bila aku tanya dia kenapa Baju biru tu kena pakai Hari ni pulak?
Hari tu kata Khamis, Hari ni baru hari selasa..

Selamba je dia jawab...
Mirul tengok Abang Jai ngan Kak Ika Pakai baju biru
Mesti Mirul kena pakai jugak.
adoiiiiiiiiiiiii.....

Yeah.. Mak Datang

(03/11/2012) Mak Call aku ajak join dia sekali untuk ziarah Nenek di Batu Kawan
Senang le kan, Tak yah dia masuk Pulau untuk tengok cucu cucnya.

Hubby pulak tak dapat pergi sebab ada tournament kat Kilang dia
Jadi dia hantar kami kat perhentian Juru je.

apa la yang mak borak ngan menantu dia tu. moncong je mulut tu
Pukul 7.30 Mak adah sampai kat sana
Aku pulak masa mak sms kul 7.00 tu tak pulak tengok sms
7.00 am ( Mak dah sampai kat Gurun)
dah 7:12 baru kelam kabut. hehehe
sian mak tunggu la kami dalam 30 minit cam tu

hahaha... Ayah pun moncong gak mulut dia.
    
Kami  sarapan dulu kat hentian Juru ni
hubby pulak lepas breakfast kena patah balik masuk pulau
terus ke Kilang.

Nanti dah selesai baru dia Turun Batu Kawan ambil kami

Amirul ni order mcm mcm. last makan sikit je
aku bungkuskan ayam tu bawa ke rumah Nenek.
Boleh jugak Aleesya kunyah kunyah..

uits... hubby ni pepagi dah pekena sup.
dia ckp sedap..
tapi aku tak de pulak rasa..

Anak dara ni dah kekenyangan sebab dah siap menyusu
dalam perjalanan tadi..

hahaha... muka tak mandi.
Aku salin baju dia je dan terus bergegas.
nak mandi pun awal sangat.... tul tak?