Thursday, February 23, 2012

Still Tak Mau Bagi

Ingat lagi tak my N3 kat Sini ada sebut ttg cikgu Amirul tak nak kasi number phone dia kat kitorang. Dah janji nk bgitau. kena la bagitu kan..

Alkisahnya mcm ni k,
Awal persekolahan that day, aku tengok Amirul ni kelam kabut sikit
tanya itu lupa, tanya ini lupa..

pas tu tulis kat dalam buku half way je, salin soklan kat white board tak sempat nak habis.kerja sekolah jadi lintang pukang bagainya.

satu hari aku ada le pesan kat hubby:
"Bang.. kejap lagi sampai sekolah pesan kat Amirul suh dia mintak number telephone cikgu dia, Dia sampai baru bagi tau, sat dia lupa pulak."
hubby pun, ok..
ok.. nanti abang suh dia mintak.

masa time ngantor tu, hubby ada pesan, " Amirul, jgn lupa mintak no telephone cikgu kelas , Teacher Sarah k.

Amirul pun ok lah, nanti mirul mintak.
Amirul pun mintak le telephone number kat Teacher sarah tu.
tapi teacher tak mau bagi plak. pedahal cikgu ni

kalau bagi number telephone senang le nak tanya itu ini ttg kerja sekolah
ataupun aktiviti kat sekolah tidak le aku kelam kabut bagainya.


malam tu, aku tanya le.. mana number telephone cikgu?
Teacher sarah ckp, dia tak kawin lagi.. nanti kalau dia kawin dia bagi la telephone number dia.

uitss.. apa kene mengenanya number telephone ngan kawin kawin semua ni?
tergerak lak hati aku nak tanya, mirul mintak mcm mana kat cikgu, sampai kawin kawin pun dok sembang ngan cikgu semua ni...

Mirul kata :" Teacher... papa saya mintak nombor telephone teacher.

tetiba aku ngan hubby gelak berbahak bahak. cikgu tu ingat papa amirul nak tackle dia la tu, sebab tu dia ckp lepas kawin baru leh bagi. kahhhhhhhhhhhh

Amirul pun betul jugak la, sebab papa yg pesan suh mintak tel. number. sebab tu la dia sebut papa yang mintak, bukannya ibu yg mintak.

aku ckp plak, ok.. besok ckp ibu yang mintak number telephone tu.
Mirul pun mintak sekali lagi tel number & ckp ibu yg mintak

cikgu still tak mo kasi, sebab dia ingat papa Amirul sengaja ckp ibu mintak, tapi sebenarnya papa yang mintak. hmmmm.... mcm mcm.
begini la jadinya kalau ada segelintir bapa bapa di luar sana yg suka ngorat cikgu
kerana dorang le, kami terpaksa terima menda ni semua..

ups.. mungkin teacher tu pernah ada pengalaman diganggu bapa pelajar kot.who knows kan..

6.5 month 6.5 kg.

Geram aku tengok anak zuraiwan tu, bum bum pipi dia
Aleesya ni biasa jer, ringan badan

That day pergi klinik nak cucuk utk 6 bulan
kira pi kira mai, umur dia dalam 61/2 month
pas tu, gi ler timbang
berang dia plak 6.5kg jerk.
muahahaha.... mana la lemak lemak ko Aleesya


tengok le tu, baju yang untuk 3-6 bulan dia pakai pun still longar longar
nampaknya leh pakai sampai umur setahun le

mcm tak bagi makan lak. wal hal dah start makan moi umur 4 1/2.

dia kan cukup suka kalau papa wat kuku pak imam
gelak berbahak bahak.


masa umurnya 4 and 5 bulan tu aku pi timbang kat klini
Aleesyanya BMI jatuh kat line kuning tu

nurse tu ckp berat tak balance dengan tinggi
kalau nak ckp tinggi, dia ni tinggi sejak lahir lagi

kalau compare ngan Amirul. Masa lahir tinggi 45 cm jerk
dak Aleesya ni masa lahir tinggi dia 52cm..


Mak aku plak, dok sedapkan hatiku le, tak mo bagi aku risau
dia ckp: Aleesya ni memang bertubuh, bertubuh cara dia la, hang tengok betul betul...

bagi aku plak, ok le kan tak de la risau mana pun, baby ni kalau dah chubby
pas tu bila besar chubby tu tak mau ilang gak
dah jadi obesiti plak.

bior le Aleesya cenggini, kurus pun tak pe janji sihat k.
sayang kamooo

Wednesday, February 22, 2012

Malu sesangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Malu.. malu.. malu..
memang aku malu, actually kejadian ni berlaku kelmarin/semalam
Mula tu dok berkira kira nak pergi ke idak.. nak pergi ke idak
jam dah kul 2.00 ptg. tengok line clear je, aku kuaq office jap

pergi ke "Bake with Sunshine" kat Siam Road.
Aku plan sabtu ni nak wat coklat. nak try le resipi terbaru.
dalam ati dok ckp " mesti beli coklat yang berkualiti"
mahal pun tak per. biar mahal asal sedap. chewah... chewah..


Aku beli coklat courveter + compund milk, dark & white chocolate
pas tu beli itu beli ini. then kira kira semua
ok, still around my budget. semuanya aku beli dekat RM200 gitu.

tiba- tiba bila aku nak bayar!!!!
APA Beg Duit tak bawak!!!!

cam na ni, malu giler aku kat tokey kedai tu
nak datang semula besok, ishhh.. boleh ke cam tu?


pas tu aku dapat satu idea, aku call member office. mana tau dia ada kat office
leh suh dia ambik beg duit aku yg tetinggal kat locker tu.

bila aku call dia, dia ckp dia dah keluar nak pi makan, pas tu nak ke insurance company
nak tak nak dalam pukul 5.00 cam tu baru dia leh pergi kedai tu bayar & ambik barang sekali.
Syukur dia pick up phone & setel masalah aku.


sampai je kat office, aku pun ambik le purse tu tengok tengok dlmnya tak de duit la pulak, Aku lupa lagi yang semalam aku tukar handbag. Duit tu ada dalam poket hand bag yang satu lagi. cam ner ni nak bayar kat office mate aku tu?


2 kali malu aku ni. menci menci menci aku ngan diri sendiri
sib baik la office mate aku tu ok jer.sib baik time tu dia ada duit


buatnya dia pun tak de duit mesti hangin satu badan. muahahaha...


Note:- time ride balik office tu, kaki lutut semua ngeletor sebab lesen & Ic tak bawak. takut polis.

Apa berlaku bila Ibu sibuk main game?

Sejak Amirul download game Angry Bird kat Hp aku

kemain asyik lagi aku ni dok main game tu

kekadang tu sampai terleka di buatnya.


Aleesya plak, tak leh nak letak kat bawah, takut dia kutip makan apa yg ada

jadinya aku letakkan dia kat dalam walker

dia ni kalau tak lapar jgn harap la nak datang kaco kaco aku

kehulu kehilir dia dengan walker tu,



tetiba je aku rasa senyap je umah aku

suara Aleesya pun tak dengar, Amirul pulak dah tido mati..

aku pun bangun le tengok Aleesya kat atas walker tu

tengok tengok..

/



/

/

/

/

/

/

/

/


/



hahaha.. tertido atas walker
patut le senyap je. muahahaha...
memandang kan Hp dah ada kat tangan aku snap picture ni
hahaha.. cam ni le bila ibu asyik dok main game sangat.




punya dok seronok snap. tetiba dia terjaga. hehehe..sian dia, lepas tu aku terus angkat dia masuk bilik
kasi nenen jap dah tido.

Tuesday, February 21, 2012

Husband Uncle's Re-married

Dalam dok sibuk sibuk tu sempat gak la aku hadiri kenduri

kawin Pak cik my husband untuk kali ke 2

bukan kawin 2 k, dia kawin kali ke 2

sebab first wife dah lama meninggal.

korang jgn muntah ye tengok banyak tul photo kali ni...



Kampung apa ntah kat Baling Kedah, tak ingat plak aku..
tengok la muka kekenyangan aku ni.


Husaband pun baru sudah makan, dok layan karenah dak Aleesya
yang baju kuning tu Biras aku & anaknya Atikah


Aleesya dok kacau Pak Njang makan bubur kacang. cubit sket letak dalam mulut dia
suka kemain lagi. sedap kot & nak lagi le tew...

hahaha... ni plak kazen Amirul. Ayen,
tengok muka tu berpeluh peluh. meloncat sana sini
biasa la kan budak budak..


yang baju belang tu biras aku jugak. yang sebelah tu
suami kazen husband. abang mail


Yang baju itam oren tu Pak tam led & sebelah tu pak ngah lah
tengok tu, Amirul kat belakang ntah apa yg dibuatnya
ke sana ke mari.. seronok sebab ada kazen dia


Yang baju pink tu, pak long shade & baju kunig tu Pak cik Jo
mula tu dorang ni sebuk bergebang, bila aku halakan camera

masing masing dok control hensem.. muahahaha...


tu dia.. pengantin dah sampai
tengok pengantin lelaki tu.. masih segak lagi tau walaupun duda

yang si isteri tu bukan janda tau. Anak dara lagi


Dorang ckp anak dara tu kawan sekolah dia
fuh.. memang kebal giler dia menunggu

kalau dah jodoh tak kemana kan..

Dari kiri biras aku, kak Imah, My MIL & Mak ngah
tengok le my MIL bertongkat dia


baju pink & baju biru ni MY SIL
tengok le dorang berdua tu slim melim jerk

seronok jadi dorang ni. kalau la aku kurus cam tu .. mesti best kan.. kan..


ha.. tengok anak teruna tu? siap senteng tangan baju time makan
tak de control control dah..


Nampak tak anak dara kat belakang pengantin tu?

itu le anak dara pengantin lelaki
tak sangka kan, dah ada anak sebesar ni...


wuish.. menyenget plak dia bila bergambar
nape ek?


semua tetamu yg hadir tu, boleh dikatakan sedara mara
tak sempat nak snap menu gulai tulang ngan umbut pisang

terbaik!!!! masakan hari tu

teringat ingat aku sampai hari ni


kata org, org baling atau orang sik kalau masak gulai umbut pisang memang sedap.
nak pulak masak dalam kawah.

fuhhhh... sedap tak terkata ko

yang baju biru tu my FIL. yang baju merah tu tak kenal la pulak

saja letak kat blog ni untuk tatapan di masa hadapan


just in case kalau Amirul nak tengok wajah wajah sedara sebelah papanya
in future.

yang ni plak si kembar. kazen my husband

aku selalu konfius yang mana adik yang mana abang


aku ni boleh cam dorang kalau dorang ada bersama ngan org rumah dorang

kalau idak, takut jugak nak tegur

takut tersilap.. ngeee


note:- Amirul & Aleesya, inilah wajah saudara saudaramu, kalau jumpa sok sok ni jgn tak tegur tau.

Gulai Ikan Darat

Jumaat (17/02/2012) kami terima berita sedih
jiran sekampung hubby telah meninggal dunia
akibat kemalangan di antara Motosikal & Trailer
al-fatihah...

Kami speed balik malam malam jumaat tu jugak


keesokan harinya, MIL ada le ckp, kalau nak makan gulai ikan darat pi beli ubi kemili
Aku panggil ubi kemili ada jugak panggil ubi keling
Aku suka ubi ni, kalau adik aku lagi le suka
dia hentam rebus & makan cenggitu je..

Aku tak siang pun ikan puyu tu, sebab aku nak masak side dish yg lain.
my SIL & my MIL yg siangkan ikan. aku tunggu nak masak je

lagipun, memang sejak dulu dulu aku jarang sekali siang ikan puyu ni
sebab dia dok loncat loncat, pas tu takut terkena duri dia
time siang ikan memang takut tapi time makan aku bedal tak hengat donia. hahaha..


Aku memang nak masak gulai tu, tapi MIL plak yg masak.
sian dia, dah le sakit dok masak lagi
aku plak, masak kejap on kejap off sebab dak Aleesya tu le

kejap nak nenen, kejap nak air masak
kejap troli ke sana, kejap ke sini

ada ke patut, masa dia nek troli tu ke dapur
sempat lagi dia sambar daun kering tang mana ntah
dok asyik sumbat daun kering tu kat dalam mulut dia
hish.. mana tak kecoh kalau time masak jadi cenggini
sebab tu le MIL masak jugak walaupun aku ada kat dapur tu

MIL, dalam bab masak gulai ikan darat ni memang terserlah sedapnya
memang aku tak leh nak tandingi masakan dia, marveles
hari sabtu tu, aku makan nasi bertambah tambah ko..

ada pulak sambal belacan. ( aku tumbukkan). then hubby lak pergi pekan nat ( pasar tani)
dia borong ulam ulam kegemaran aku
hmmm... berselera benor aku makan.

Ulam buah putau, pucuk putat, pucuk cemumaq & jering
memang sedap beb...

lupa lak aku nak bawak balik sikit ulam tu
dah balik mai penang ni baru hubby tanya
"nape tak bawak balik sikit ulam tu?"

ish.. cam na la tak leh ingat.

tak de rezeki nak bawak balik ikan darat ke sini, sebab kazen Amirul pergi gak la cari untuk kami, tapi ikan takde.

Monday, February 20, 2012

Chocolate Class

Hari ini dalam sejarah. muhahahah..
seumur hidup aku tak pernah lagi aku masak kat dapur sampai 10 jam
mcm nak tercabut kaki aku ni dok diri
kejap diri kejap duduk
memang aku fail la...

empunya blog nak gedik kat the multi taste of chocolate
aku attend class ni sebab aku suka sangat makan coklat
lagi pun sebelum ni pernah buat gak
cuma nak upgrade aku nya knowledge le

ternyata teknik dia lebih senang dari yg pernah aku dok godek godek lam tenet.
berbaloi baloi ku rasa. fees dia pun ok gak
compare ngan org lain yg ngajor
cikgu yg ngajar tu cukup cukup sporting
gelak je banyak. hahahaha

sempat gak la berkenalan ngan dorang ni
aku ingat nama budak baju merah tu
namanya Ida.
indian girls yg dua lagi tu tak ingat nama la pulak'

Time ni, masa dah siap semua.
dok snap photo jer kami
termasuk la cikgu

kami dok excited nak tengok wajah si kembar salah sorang student
fuh exectly same le muka dorang
so cute.

seronokkan kalau ada kembar ni.

serous aku cakap. walaupun 10 jam class tu
happening sangat
sambil gelak gelak sambil belajar


ni ler wajah cikgu yang ngajar tu
Puan Zareena Begum

rasa mcm nak attend lagi le kelas dia
tapi kena tunggu Aleesya besar sket
senang nak tinggal kat husband

ok.. meh tengok wajah wajah coklat yg berjaya kami buat

this one sj la one of the student tu dok buat guna acuan love
dia buat love box.
mcm nak pergi beli je acuan tu
so sweet...

yg ni mcm kita buat coco crunch+ honey tu
in term of honey kita tukar letak coklat
memang sedap. hubby pun suka sangat sangat siap suh aku buat lagi
nantila. nak buat le ni

yang ni coklat bar. kat dalam tu kit aletak badam, kismis, & slice of limau
sedap.. sedap... hahaha komen penggemar coklat
biasalakan. semua yg berasaskan coklat aku sukerrrrrrrrrrrrrrrr

this one is the best.
jgn tak tau, dah ada org request suh buat tau
nak buat le dalam 200 biji gitu
nak wat sejambak cam ni jugak

yg ni kena buat satu satu. kena sabar tau
penyabar ke aku ni??? toing toing


ni coklat yg mula mula kami buat
aku suka sebab dia cantik & berkilat kilat
dan teknik coreng coreng tu. sungguh simple
tapi, leh ke aku buat?
mesti boleh!! boleh! boleh!


yg ni plak lolipop love.
masa balik semalam Aleesya dah ramas ramas sampai lunyai
marah la dak Amirul tu, sebab adiknya tak makan tapi rosakkan

yag ni plak, ada sticker angry bird.
aku wat special tuk Amirul
dalam tu ada biskut oreo.

Amirul tersangat la suka


yg ni plak kepala bear. so cute.
ada lagi dalam peti ais tu
mcm sayang je nak makan.

ok. misi aku sekarang nak pergi beli acuan
sebab nak buatkan sejambak bunga ros yg org tempah tu.

upss... lupa lak aku nak snap gambor fereo rocher yg kami buat
mahap noh non ado gambar.