Tuesday, September 18, 2012

Siapa Kak Long?

Masa Lunch time kejap tadi
sempat juga aku pergi ke wad ICU untuk tengok keadaan Kak Long
memang sedih tak sanggup aku tengok dia

berbicara dengan mata
memejam mata bila aku panggil namanya
terserlah kesetiaan suami yang sepanjang masa melawat berada disisi

Ku lihat suaminya hanya berbaju melayu & berkain pelikat
tak nampak seperti seorang pegawai kerajaan pun
sungguh humble dia


Ku tahu ada rahsia di sebalik wajah bersih si suami
ku tahu dia ada alasan yg tersendiri
tak nak aku menyoal lebih lebih
mungkin dia sedang tertekan.
Aku faham...


Semasa aku sedang melawat Kak Long tadi
tetiba Doktor datang
aku cepat beredar, tak nak lah mengganggu

Harap harap, progress Kak Long semakin baik
Siapa Kak Long?
Korang boleh klik kat SINI


Note:- Aku perlukan kekuatan untuk ceritakan apa yg berlaku kat Kak Long
Sabar yer...

Akibat Maki Hamun Syaitan


Minggu lepas ada la seorang ustaz kupaskan tentang adab adab kita di jalan raya. 
Ada jugak ustaz tu menyentuh tentang kenapa kita menjadi cepat marah atau naik angin sewaktu memandu.

Suka sangat orang yang memandu ucapkan begini:-

Setan punya orang, akai ada ka? nak belok kasi la signal!
Setan betul dia tu, 
Mangkuk! bawak keta cakap Telefon, patutla slow semacam je
mcm mcm la kita dok maki sambil memandu.
Makanya, ustaz tersebut pun  mengaitkan tentang sebuah kisah di zaman nabi S.A.W

Ada seorang sahabat nabi, suatu hari dia telah terjatuh dari keldai tunggangannya. Setelah jatuh dia pun memaki hamun dengan menyebut nyebut perkataan Syaitan.

Setelah Nabi S.A.W telah menegur sahabatnya itu . Sesungguhnya apabila kamu mengutuk syaitan, maka dia akan menjadi besar dan besar dan besar sehingga syaitan itu menjadi sebesar rumah. Maka bertambahlah tenaga syaitan itu untuk menghasut manusia.

Maka, sebutlah Bismillah, dia akan menjadi kecil, kecil kecil dan sekecil pohon lalang , di mana tenaganya akan berkurangan  dan tidak beupaya untuk menghasut manusia ke arah kejahatan.

mmmm... mungkin la kot kan, sebab tu bila jalan sesak je, orang akan jadi marah. mula la nak potong queqe, potong kiri, horn sana horn sini. potong double line bagainya. Mungkin sebab syaitan dah bertenaga, menghasut je la kerja dia kan.. kan..

Ustaz ada menyebut lagi, contohinya pak pak arab yang bila dimarah atau di maki hamun dia akan menyebut

Allah Yahdi  yang bermaksud  Allah bagi hidayah!
di akhir ceramahnya itu  beliau sempat menitipkan satu ayat  yang begitu bermakna untuk renungan kita bersama
 

"Jgn pandang rendah pada orang lain. kemuliaan tak pernah hilang di sisi Allah bila kita merendah diri."

Nota : Tak luak kat mana pun kalau kita merendah diri.
 


ICU

Tak tau nak start dari mana..
Tapi inilah hakikat kehidupan.
Dia memberi kita sakit untuk kita nikmati gembira
dan memberi kita gembira untuk kita bersyukur..

  

Untuk kak Alona, T mohon maaf sebab tak sempat nak contact akak
T tak jadi pergi Taiping pun
ada insan yang rapat masuk ICU.


Note:- Di harap Kak Long cepat sembuh.

Monday, September 17, 2012

Makan sama sama ok...

Suatu petang, sampai je kat umah, aku terus fetch Amirul dari rumah baby sitter
Malas nak masak, hubby kerja dan aku nak makan kat luar dengan Amirul
Aleesya, lepas Magrib baru pergi ambil

Amirul order ayam goreng instead of chicken chop
tapi makan tak habis
Jadi aku tapau bawak balik seketul utk Aleesya

Bila malam, mula la anak anakku ini
dok berebut ayam goreng seketul tu.
ayam goreng ala-ala KFC cam tu la.
ishh.. tak puas mkn ayam goreng plak dorang ni

sms hubby suruh dia pagi besok balik kerja beli ayam
nak buat ayam goreng tepung biar anak anak puas makan.

yang ni untuk papa. sambal udang campur sambal ikan bilis
dia boleh makan time breakfast & lunch jugak.

Bila dah siap aku goreng, Amirul pepagi dah ngadap ayam goreng
dia cuti sebab ganti bebudak ambik UPSR

sambil makan sambil main lappy

suka benor dia leh makan ayam goreng
Aleesya pun tido lagi, makan sengsorang tanpa gangguan
hahaha...

Nampak tak mata Aleesya tu mcm bengkak kan
Lepas bangun tidur je terus bedal ayam abang yang kat dalam piring sebelah lappy

seketul dia grab, tak de nak kasi abang aih

Ni ha gaya dia makan, abang pujuk sikit sikit
last mau jugak dia share ngan abang
tapi... make sure ayam tu dia yg pegang

abang dpat gigit sikit je
bukan tak de lagi kat dapur, tapi dorang ni memang suka cam ni kot
makan rebut rebut baru sedap kot.

abanglah yang mengalah ambil ayam lain kat dapur
ayam kat tangan Aleesya ni di genggam erat
sampai ke umah baby sitter di bawa...
hahaha...

sebelum ke rumah Mak ( BS)  sempat juga Aleesya suapkan Amirul
mcm ni le kalau adik beradik
tak mau gaduh gaduh..

Ibu masak semua tu untuk korang le..

kalu beli kat luar 2 ketul ayam goreng dah RM 6.00. Tapi kalau beli sekor ayam baru 15 ringgit
dapat goreng berketul ketul.

Note : Suami ketua keluarga, Isteri ketua ekonomi.
jgn sampai ekonomoney udah le. ngeeeee

Sunday, September 16, 2012

Will and Kate di Malaysia!

sebahagiandaripada gambar lawatan Will & kate ke Malaysia
saja je nak abadikan kat rumahku ini
sebahagian je yang aku upload kat sini

 Britain’s Prince William, Catherine, Duchess of Cambridge, Malaysia's Prime Minister Najib Razak and Najib's deputy Muhyiddin Yassin, talk at Najib's residence in Putrajaya outside Kuala Lumpur  
Puter William tu makan ke duyan?
kalau dorang datang sini, buah buhan ni la yang kita tunjuk
kalau kita pergi sana mesti dorang tunjuk buah epal, buah pear bagainya kot.

Britain’s Prince William, Catherine, Duchess of Cambridge, Malaysia's Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor, pose at Najib's residence in Putrajaya outside Kuala Lumpur  
nak gambar cam ni jugak boleh?

Catherine, Britain's Duchess of Cambridge, smiles at well-wishers at KLCC Park in Kuala Lumpur
sweet...
Catherine, Britain's Duchess of Cambridge, shakes hands with well-wishers at KLCC Park in Kuala Lumpur
Nak salam gak..

Britain's Prince William and Catherine, Duchess of Cambridge, take off their shoes before visiting the As-Syakirin Mosque at KLCC in Kuala Lumpur
Melawat Masjid As-Syakirin kat  KLCC in Kuala Lumpur 
walaupun Kate tu pakai skirt tapi dia tetap respect kesucian agama kita
masuk masjid, tutup kepala.

Saturday, September 15, 2012

Ben & Jerry's saman penerbit filem porno


 
8 Sept – Syarikat aiskrim, Ben & Jerry Homemade Inc. telah mendapat perintah pembekuan sementara terhadap penerbit filem Caballero daripada mengedar filem-filem pornonya yang tajuknya menggunakan perisa aiskrim Ben & Jerry.

Menerusi Unilever NV di London (UNA), Ben & Jerry telah menfailkan saman terhadap Caballero Video daripada menjual siri DVD filem pornonya yang menggunakan tajuk "Ben & Cherry", "Peanut Butter D-Cups" dan "Boston Cream Thigh".

Hakim, Lewis Kaplan telah mengarahkan Caballero untuk menghentikan penjualan dan pengedaran bahan-bahan itu, dengan kesemua produk-produk, label-label mesti dimusnahkan atau ditarik balik daripada peruncit dengan segera.

Kaplan turut mengarahkan agar penerbit filem hadir sebelum perbicaraan berjalan pada 12 September ini untuk memberi sebab mengapa hakim tidak perlu mengisukan injuksi terhadap mereka.

Sebelum ini, Ben & Jerry mendakwa bungkusan DVD itu memperlihatkan gambar lelaki dan wanita bogel menggunakan latar belakang yang terdapat pada bekas aiskrim Ben & Jerry.

 **Kalau dorang pergunakan nama syarikat aku pun aku saman gak.Eh, aku ada syarikat ke?
hahaha....   ***

Friday, September 14, 2012

Apom Polkadot

Kalau orang tanya aku tentang apom polkadot ni
aku jawab simple :
Nice to see but tasteless 

cantikkan.. 
mungkin aku bukan penggemar apom
jadi, bila makan apom je tekak ni mcm tak leh nak terima

Jgan marah kat aku, kalau korang penggemar apom yang tegar ya
ini citarasa aku, masing masing tak sama kan

sweet je aku tengok apom polkadot ni bersusun kat atas meja pengantin
jadi aku kidnap le sebiji

sebelum kidnap kenalah snap dulu gambo
serious cakap orag yang buat ni memang teliti
sebab dot dot tu sama saiz & tersusun indah..

kalau aku la yang buat dot dot tu
mesti dah jadi marble. kahhhhhhhhhhhh

Ni le apom yg berjaya aku kidnap.
ambik sebiji je, makan secubit sebab nak rasa

rasanya kalau ada inti kaya ke, inti kacang hitam ke atau inti lepa kacang
mesti aku rembat semua kot. ngeee...


 Mak aku panggil Apom Cina. Kalau dia tengok ni mesti dia akan cakap:
Hai.. apom cina pun depa hidang kat pengantin noh...

hahaha...

Nota:- Gelak guling guling