Thursday, August 30, 2012

Hilangkan tompok putih di muka

29/08/2012 saluran Mutiara FM telah menyiarkan petua yang amat berguna dari
Ustaz Abdullah Mahmud. ( ustaz lah)

Hari ini ada callers yang tanya tentang masalah anak gadisnya yg mempunyai tompok tompok putih
mcm fungus di bahagian lidah dan bibir.
derngan kata lain jadi sopak kat dalam mulut & sekitar bibir

photo google
Inilah petuanya:-

ambil pucuk inai muda kemudian kunyah sahaja. bila dah jadi hampas, luah
Ambil pula daun inai yang tua, tumbuk hingga halus kemudian dicampr dengan minyak zaitun
dan letakkan di bahagian yang tompok tompok putih tu.

kata Ustaz  lah lagi. daun inai ni bertindak sebagai agen penyejuk
amalkanlah. Insya Allah dengan izin Allah akan terubat fungus kat muka tu.


sebenarnya bukan itu saja banyak jugak khasiat daun inai ni yer.

kalau nak tahu khasiat daun inai yang the best ni
sila melayar di SINI.


selamat beramal........


uits.. Red Packet?


Dalam pada dok cuti tu, aku kena jugak pergi office
bukan sebab kerja, tapi sebab nak ambil barang yg bersaiz agak besar

barang tu aku nak bawak balik kg untuk mak aku
memandangkan biras aku yg kerja syarikat courrier tu ada hantar barang kat Penang ni
aku tumpangkan barang tu utk di bawa pulang ke kg halamanku.

Aku pergi office ngan Amirul je
masa nak balik tu, tetiba bos suruh aku tunggu kejap.

hehehe... dia ada bagi red packet untuk anak anak aku
syukur.. anak anakku dapat duit raya dari my bos

 Masa on the way balik tu, Amirul request nak makan
siap wat ayat "seposen" lagi
" Mirul tak pernah pun makan berdua dua ngan Ibu kat luar, kalau sekali ibu, sekali adik sekali 
papa selalu la"
amboi.. wat ayat sedih la pulak.

 kami singgah kat tepi pantai & makan laksa & jagung
minum air kelapa & air tembikai.

Amirul happy sangat sebab dapat luang masa ngan aku
he so sporting!. siap call papa cakap dia sedang bersukaria ngan Ibu
Aleesya kami tinggalkan kat umah Mak Sitter!

kami borak borak, lepak lepak. lama jugaklah masa kami habiskan kat situ
bila dah hampir petang, aku singgah kat kedai tuk beli barang basah

Nak prepare masak tuk hubby pulak.
biasalkahkan, akukan isteri misai pak Ali mithali



Note:- semalam hubby terkejut jugak bila bilang duit raya mirul tetiba jadi banyak. hehehe.. mana tak nya
           sekali dapat ang pow da....

Wednesday, August 29, 2012

Nostalgianya Ketupat Mak

ingat lagi aku masa kecik kecik dulu
bila time nak buat ketupat, abang abanglah yang kena kerah
panjat pokok kelapa untuk ambil pucuk kelapa

masakan wajib mak di hari raya
ketupat nasi/ketupat jawi
aku panggil ketupat jawi. ntah le kenapa, dah org panggil aku panggil la.
dah lama mak tak buat. sejak aku kawin mak tak pernah buat

tapi... di usia perkahwinanku yang menginjak 9 thn ni. Mak buat ketupat jawi untuk kam sekeluarga
terungkap kembali nostalgia kami kecik kecik dulu

bila berkumpul ngan abang abang raya that day
dok pakat citer ttg karenah abang abang ambik pucuk kelapa
kena leter ngan mak la, kena sebat la
time cari kayu api, lagi la semua lesap
ada yang  berkecai puasa la. ada yang suruh hang suruh aku
mcm mcm...

sambil makan ketupat ni, sambil la dok ketawa ria
masa ni la, isteri isteri abang abang aku  tau pangai dorang masa kecikkecik dulu.
ada sama mcm pangai anak anak dorang tak? ngeeee

betul aku cakap. walaupun mak aku ni otai dalam masak ketupat ni
sampai ke hari ni, jari jemariku memang tak tau nak anyam.
sejak kecil mak dok ajar, satu biji pun aku tak berjaya siapkan.


aku suka makan dengan kuah satay.
Tapi.. ada lagi satu kuah yang memang aku sorang je yang suka dalam family

Mak tak sempat masakkan untukku. sob..sob.. 
kalau masak pun aku sorang je yang makan, kata mak

mak ingat nak buat la masa raya kedua tu untukku
dah aku pulak sibuk beraya ke sana sini.

nantilah kalau raya qurban nanti mak buat akan aku buat entrynya yer.


Thanks mak sebab masak ketupat ni. Kami anak beranak rasa happy sangat
Ketupat yang penuh dengan nostalgia.

One Year One Month

27/08/2012 genaplah usia saya  satu tahun satu bulan
mmmm.. saya dah cekap berjalan
dah pandai wat flying kiss
 susah woo nak duduk kat lappy papa mcm ni, sebab ibu tak kasi
ibu jeles la tu..
 keta tak bergerak boleh la duk mcm ni
kalau keta bergerak jgn nak mimpi la nak bersukaria cenggini.

 sekarang ni kan, saya suka snagat ngusik abang
main kejar kejar ngan abang
then kalau abang meniarap, cepat cepat saya naik kat belakang wat kuda
best...

kalau bab makan, semuanya saya makan
mee, bihun, kerek, buah.. semua saya bedal.
harap harap lepas BMI saya cantik...

Note:- tunggulahturn gambar raya datang kat blog ni yer.

Tuesday, August 28, 2012

Rumah Terbuka la Pulak

kalau sebelum ni aku dok sengkang mata nak siapkan tempahan coklat utk hari raya
tapi kali ni tuk aktiviti
"Rumah Terbuka la Pulak"

tengok coklat tu mcm cukup je
aisyeh.. tak ckup la pulak

 sebahagian coklat semalam yg berjaya aku buat

Makanya terpaksalah aku pergi mencari stock bahan mentah. ngeee

ada yang nak perisa strawberry, Orange & bluberry
Badam hari tu masih banyak lagi
so tak yah beli
 
ha.. ambik ko berkilo kilo kena beli
Rasanya dalam seminggu dua ni
acara malam aku ialah bercinta ngan coklat ni lah.
hehehe...

dok pikiaq gak ni, nak wat tuk kazen kawin ke idak ni
zip mulut ni, tak berani nak janji ngan dia
buatnya tak sempat nak siap, 
boleh kena penampor ni.hahahaha


acara wajib yg aku akan buat
simpan bil pembelian bahan mentah

ya la kan, baru leh tau untung & rugi
then kalau nak discount kan tuk customer pun kena agak agak ngan modal 
tul tak?

Alhamdulillah... rezeki kurniaan Allah.

Note:- Bebudak office ni pun tak merasa lagiu kuih raya & coklat aku. sabar ye..
on the way..

Raya AidilFitri 2012

Maaflah ye, lambat sikit update tentang Raya
Tak de apa yg special tahun ni
kami cuma layan internal feeling je memasing
ala.. mcm  org lain jugak la, suka duka, kenyang & ngantuk sebab letih makan!

Dunia kecil kami 4 beranak tahun ni bertemakan biru.
Actually, tak de la plan nak bertema pun.
mungkin kebetulan kot.

Baju hubby tu bukan baju baru, rezeki murah pulak tahun ni Alhamdulillah
Then masa nak beli baju Melayu Amirul  cari kaler kelabu & koko
tapi tak de saiz, yang kaler biru gak ada saiznya

Baju Aleesya tu aku beli sebab nak wat sample tu aku jahit sendiri baju kurung dia
kebetulan la pulak kaler biru.
Last minit, baju aku je tak de kaler biru
sebab.. baju yg aku jahit sendiri tu, tak sempat siap
penyakit Malas melanda di bulan puasa. hahaha..
cuma last minit je beli baju aku kaler biru  sehari sebelum raya.

saiz aku plak, ala ala bombastik gitu
nasib ada saiz, kalau idak padan la muka aku
sapa suh shopping di hari orang masak ketupat!.


Note:- acara bersalam tak de, sebab aku feeling feeling mintak ampun kat hubby
dan anak anak pun feeling feeling gak.

Tak Payah Pegang Dah


Inilah shopping kami yg last minit kat sunshine square
temankan hubby nak beli seluar.

selepas semua selesai, masa on the way nak balik
Amirul nampak motor hitam ni
 ha... adik dah pandai duduk kemas
bolehlah berdua duaan, dia atas motor ni.
suka betul Aleesya..

 biasala dak Aleesya ni, kalau nak bergambar kemain susahnya
by the way, tertunai gak hasrat Amirul nak naik motor ngan adiknya

 ba..ba.. cak! dapat snap gambar dekat
permata hatiku
ok.. pas ni dah nak bertolak balik kampung.

 
 Entry ku sebelum ni. ish.. abang ni
ni le gambar Amirul nek motor ngan Aleesya, 
dulu kena pegang, sekarang dah ok dah
maklumlah dah setahun

Note:- 9 hari cuti mcm tak puas je kan...