Tuesday, October 8, 2013

Penat Sikit Hari ni..

Semalam siap kunci jam kul 5.00 pagi sebab nak bersahur kekdahnya
Ntah apa yang tak kena ngan Aleesya
Dia nangis nangis, pas tu picit picit perut dia
aku urut urut kejap, dia lena aku lena gak
Then sejam kemudian, aku tengok dia nangis sambil menonggeng punggung tu


Aku tanya dia berak ke, dia angguk je, pergi bathroom tak berak pun
masuk semula tido, salin pampers bagai
tido lagi.. dalm kul 3.45 cam tu, Aleesya lak berak
melayan karenah Aleeysa sampai kul 4:30 am
sudahnya aku tak sedar time kul 5.00 tu. tak bersahur aku hari ni


Usha tunku dapur tengok kaki dah patah dua
that day patah satu takmo beli, sekarang dah patah dua, kena la beli
kul 12:00 tadi, sambil gi bayar KWSP aku singgah kejap  tuk beli

sekarang ni makan pun banyak yang stim kan.. 
so, aku beli la menda ni, sebab senang nak stim
guna kuali, letak air pas tu letak benda lubang lubang ni, tutup
ha.. dah boleh stim  kan..
ikan nak stim, sayur nak stim, beras pun nak stim..
kat umah ada satu je steamer 

that day beli 1/2 kg badam dah habis di buat kuih.
so hari ni repeat beli lagi 1/2 kg
beli sekali ngan kuaci labu ngan kuaci bunga matahari
ada yang mintak versi kuaci bunga matahari la pulak... tak pe lah kan
sambil nonton sambil membakar.. kejap je pun..



so badan aku rasa mcm di pukul pukul , mungkin sebab tido tak cukup semalam
pas tu hari ni meronda sana sini
Tak pe la kan meronda pun.. Minyak kan Bos yang tanggung. hahahahaha..
tak la terasa sangat.



Note: Ngantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Menu Diet - Berbuka Puasa (1)

Sekarang ni masa yang sangat sangat sesuai untuk puasa Qada' 
sebab... waktu maghrib Masuk seawal jam 07.09 minit gitu lah.
memang seswai sangat lah..

Menu : Whole Wheat Spaghetti for Diet.


Ecewah.. pepandai la aku letak nama menu tu kan. walhal tak tau nak letak nama apa
Hentam ajalah janji dapat kenyang dan menyihatkan. 
Menu ni kalau korang tak puasa boleh jugak Try di tengah hari.

Korang boleh pergi cari  bahagian organic. ada le spaghetti yang whole Wheat ni

Bahan bahan
2 keping Chicken Meatloaf
3-4 ekor udang sederhana besar
kacang peas/brokoli/capsicum/ bunga kobis/ cendawan/carrot/saleri/sawi
( apa jua sayur kegemaran korang )
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk pati ayam
garam secukup rasa
1 sudu olive oil.
sedikit air

Cara masak
Masukkan 2 keping Chicken Meatloaf tu kat dalam Magic Pan. Biarkan dia masak sekejap
Kemudian potong  kecil kecil

then masukkan udang,diikuti dengan sayur sayuran
sedikit air, then maskkan pati ayam, lada hitam
kemudian masukkan olive oil dan tutup pemanggang ajain tu seketika
jgn lama nanti sayur layu.

rebus spaghetti . kena rebus lama sikit berbanding dengan spaghetti biasa
Sama la kan, brown rice pun kena stim lama. ngeee.. sabar itu penting tau.

Bila dah lembut/masak. toskan dan masukkan dalam sayuran yg di masak dalam 
pemanggang ajaib tu.
masak sekejap. biar sebati.
Kemudian hidangkan.
selesai satu hari menu berbuka puasa aku
Aku makan sepinggan je, Si Naiim siap betambah tambah ko
hahaha.. sib baik buat banyak.



** Aku pilih produk Whole Meal/ Whole Wheat sebab ianya mnerupakan karborhidrat 
yang lambat cena dan memberikan kekenyangan yang lebih lama berbanding 
yang tanpa Whole Meal/Whole Wheat***




Note:Diet diet jugak makan mesti mau sedap..........

Parchment Paper VS Baking Paper

Minggu Lepas aku ke kedai membeli peralatan kek kat Jelutung
Aku ada la beli sekali ngan satu paper yang aku ingat paper tu adalah parchment paper
sebab aku mintak kat dorang paper yg tak boleh lekat .

 
Satu je yang aku tak suka ngan deme ni, bila dorang suggest satu barang aku cakap sikit
dorang akan kata.. betullah...yang ni la...hish... geram tau.
 last.. dorang bagi kat aku Baking paper
tu la.. lain yg aku mintak lain yg deme bagi!!!
dah le paper tu lebih kurang je kalernya.

 
Baking paper ngan parchment Paper tak sama.
Baking paper tu dorang guna untuk bakar Kek.
ala..mcm kek pisang la sponge kek la.. ha..  dorang guna baking paper la..


Akibat dari tersalah dorang jual paper kat aku, mengakibatkan sedulang
"char Cher Kuaci" aku rosak.  ( sedih sangat tau)
Dah masak tapi tak nak lekang dari plate, cam ne nak potong
Sian aku, last masuk tong sampah.. sedih aku tau.


Then tadi aku pi bising kat owner kedai tu
cakap yang semalam dorang bagi paper salah..
dah le tu beli banyak, nak buat apa lepas ni?
 
Then pekerja dia tu diam je..tau la kan dah wat salah
lenkali dengar leklok apa yg orang mintak
jgn main menjawab.. betull.. betul...


Aku wat jugak le sikit kelmarin untuk 3 tempahan yang menunggu.
Aku guna non stick dulang  tapak acuan kek tu
lambat le nak membakar sebab dulang tu kecik.. pas tu bulat lak tu bentuknya.
terpaksala kan.... 
Sib baik sempat  deliver kat cutomer pagi tadi. ngeee...


Note: Malam ni kena terus membaking...

Monday, October 7, 2013

Cabaran Dalam Berdiet.

As what you all know aku sekarang tengah diet sebab nak nyahkan 5-6 kilo lemak kat badan ni
Diet aku pulak tak de la extreme sangat
Diet yang boleh makan nasi. hahahaha..

 
My sayang ni mungkin tak sedar kot yang wife dia tengah diet.
So, aku suh dia pergi market beli ikan ketul
sekali balik bawa Kepci. haa.. ko..
makan gak la 2 ketul kentang wedges, kang terasa ati pulak my hubby.
dah orang penat penat beli tak mo makan kan..kan..
  

Then ada satu malam, my hubby bawa Naiim untuk gunting rambut
terus la deme gi kedai belia air kotak tuk Naiim ngan Aleesya
Sekali my hubby beli eskrem padle pop ni. khas untuk aku 
Siap mention agi kat anak anak " Eskrem ni ibu punya!"
sob..sob.. aku gigit jugak 2-3 kali. pas tu bagi kat anak.
 
  

Ada satu hari, hubby singgah pasar malam lepas balik kerja
dia belikan aku 5 biji tapai.
waaa.... memang kegemaran aku, sangat sangat terharu. naperlah time ku berdiet
adusss... ku makan jugak 2 biji. pas tu simpan dalam peties.

 

Kali ni, lepas je dinner, my hubby suh aku buat garam belacan/pencicah
dia cakap nak keluar pergi beli mangga putik
huhuhu... dah le aku suka ngan nyicah nyicah ni
time ni jugak le, ko teringin wahai suamiku.
yup! aku makan jugak secicah dua...


*** buat sumaiku yg ku sayang, sesungguhnya isterimu ini sangat bersyukur kerana
mempunyai suami yang begitu mengambil berat tentang pemakanan, sangat sangat terharu dengan layananmu
Terima kasih tak terhingga buatmu****


ok..sape suka biskut ni? angkat tangan... hahaha aku suka sangat biskut ni
sebab aku suka jem nenas.
Tadi pagi.. ada budak foreman tu datang bagi kat aku  sebungkus.
Saja la, sebab dia selalu tengok aku makan menda alah ni.
So, dia belikan untuk aku, Satu kati. Tak payah bayar pun.
Adoi............ memang menggugat keimanan toi la..


Note: Aku sebenarnya mewah dengan makanan. Patut la boleh Gemuk!hahahaha

Bila Marah....


Kisah Naiim
Kalau nak bandingkan ngan hubby, aku memang garang dengan anak anak
Tapi..garang garang aku pun anak anak bukannya takut pun
mungkin sebab selalu duk marah dorang
so.. dorang jadi lali..
Tapi..adakalanya dorang tak de la lali sangat, pre-cuation jugak tau deme ni. hahaha


Aku ni asal dengar azan je, akan suruh Naiim solat. Kalau 5 waktu
5 waktu lah aku dok suruh, tak pernah nak letih mulut ni..
Selalu la jugak dok  gempaq dia, "sekali lagi suruh tak buat, rotan sampai"


Satu hari bila aku gempoaq dia... tetiba si Naiim ni berdoa la pulak, buat aku tahan gelak dalam hati tau
" Ya allah selamatkanlah aku, tolong lah aku, Ya allah.. tolong...tolong..."
Adoi...  Anakku., ko ngadu kat Allah..



Kisah Aleesya
Wah, beduak tecik ni sekarang kan main lagi kuat merajuk
papa shout sikit pun dah sebik , tarik muka 14 ko
kalau aku marah lagi la.. siap gi sembam muka kat atas bantal lagi tu.


Nangis nangis.. bila orang tak gi pujuk dia
mulalah buat pangai.. siap datang lempang lembang, cubit, Kokak semua complete.

Then sabtu lepas, aku balik kerja
awal awal dah bagitau yang si abang nangis
sebab dia tumbuk tumbuk tumbuk.. ( gaya aksi tumbuk) kat aku
cakap tumbuk kat pala la, kat tangan la..
siap ketawa ketawa lagi bila citer kat aku.
Amboiii.. ko wrestling abang yer..

Sampai nangis nangais Si naiim tu. 
Kuat jugak tau , bila Aleesya ni ragging orang


kalau tak puas hati mesti nak cakap " tak mau ar...., jangan ar..."


Note: Kena banyak baca alam nashroh kat telinga ni!


Saturday, October 5, 2013

Aku... Macam Inilah....

Hari ni aku puasa, saja la puasa qada'
ganti sikit sikit lelama habislah kan..

Tadi aku pergi beli slice badam ni sebab nak siapkan tempahan 'Char Cher Kuaci"
yang orang order untuk Raya Haji
Then Aku pun nak juga buat untuk Mak, Mertua dan diri sendiri
So, my sunday is buzy membakar la aku ni.
harap harap Aleesya tak wat pangai..


Then usha usha dalam peties, ada udang  besar 5-6 ekor
teringin nak makan sambal tumis  udang le pulak, tapi tak mo makan ngan nasi
Aku nak makan ngan "Pek Nga" 

So, tepung untuk org berdiet haruslah berbeza kan
Aku beli jugaklah whole Meal Flour sebab "Pek Nga" punya poasal kan.
Aku panggil Tempek je, tapi ada sesetengah orang panggil Pek Nga
what ever la kan...


Lenkali leh la wat sekut guna Whole Meal Flour ni kan, 
hmm.. segala badan kuaci risin yang tak habis tu
leh la gaul gaul wat kuih..hahahaha...


Note: Nanti I share Menu berbuka. Yang pastinya bukan Nasi. ngeeee

Menu Diet - Lunch (6)

My bos ada beli ikan Merah, besar la jugak
So, aku potong sikit nak wat masak Pindang.
Aku tak tau la org panggil apa , kalau kat kedah dipanggil pindang.
Aku tak bape minat ngan asam pedas, Aku lebih suka pindang berbanding Asam pedas
Nampak macam asam pedas kan..hehehe..
sepatutnya aku letak bendi 2-3 biji
tapi terlupa nak beli. tak pelah..

Cara masak

2 ketul ikan merah ( ikan apa apa pun tak pe)
2 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
secubit belacan
1 biji cili besar
2 biji cili padi
( semua bahan tadi di tumbuk, kecuali ikan tu. jgn la tumbuk pulak ikan tu. ngeee)
sebatang serai
sekeping asam keping- aku guna perahan limau nipis.
garam secukup rasa.

Masuk semua dalam periuk dan masak hingga mendidih dan lepas tu masukkan ikan.
siap!
 
sedikit brown rice..
kacang buncis tu ciput je.  dah itu je ada dalam peties.
Balance aku masak kelmarin dulu.

burb.. kenyang aku.
walaupun juadahnya simpel. tapi aku tetap kenyang.


Note: hujung minggu ni tak mo makan nasi dah le. Nak makan roti pulak!

entry berkaitan
Menu Diet -Lunch (1)
Menu Diet -Lunch (2)  
Menu Diet -Lunch (3)
Menu Diet -Lunch (4)  
Menu Diet-Lunch (5)