Showing posts with label Diari Diet. Show all posts
Showing posts with label Diari Diet. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Menu Diet - Lunch (7)

Lama dah dok teringin nak makan ikan stim
selalunya wat stim ikan guna Ikan siapakap
Tapi kali ni ada balance ikan Merah tu, Aku guna Ikan Merah je lah kan..


senang je nak wat ikan stim ni

halia di potong nipis
bawang putih dan bawang merah - potong nipis nipis
sedikit olive oil
garam secukup rasa
perahan lemon/limau Nipis 
gaul semua, pas tu masukkan dalam aluminum Foil, pas tu stim.


Sup pucuk.
senang jugak kan nak masak ni
beli satu set sayur pucuk, balik umah rendam
Didihkan air, pas air mendidih, masukkan telur.. jgn pecahkan telur tu pulak
Pas tu masukkan semua bahan bahan pucuk
masuk garam secukup rasa. dah siap

psst.. makan ngan nasi la, idak le meratah jerk.hehehehehe..


Note : Adoi.. Brokoli mahal pulak minggu ni, sekilo RM 8.99 you...
biasa RM 4.99 jerk.. nyamfah tau...

Menu Lunch Diet yang berkaitan

Saturday, October 12, 2013

Menu Diet - Berbuka Puasa (2)

hok aloh nak jadi omputeh plak bila berbuka
Tak mo makan nasi...poooodah...
Makanan omputeh tapi aku melayukan. boleh gitu?

Orang nak makan pasta, aku pun nak makan jugak
tapi kenalah pilih yng wholemel kan..kan...

Cara nak rebusnya bukan boleh main rebus gitu je, korang kena rendam dulu dalam 30-45 minit
barulah nanti bila korang rebus tu texture nya akan  lembut

Ni je pun photo yang ada. Masa dah siap masak tu, azan pun berkumandang, 
Otak ingat nak ngap jer...hehehehe

Kalau makan Pasta mesti la kena ada sos dia kan. So aku olah cara orang berdiet

Resipi Diet - Sos Pasta ( untuk seorang makan)

Bahan rebus
1 Biji kentang
3 kuntum cendawan butang
sedikit bunga kobis agak agaklah ye.
satu inci daging ayam tanpa kulit dipotong dadu ( nak rasa ayam lebih, lebihkanlah yer)
lada hitam -ikut suka
2 sudu sos Bawang putih
garam secukup rasa

*** Beberapa hirisan daging ayam tanpa kulit** (jgn kisar)
** 2 kuntum cendawan Butang**  ( jgn Kisar)
2 sudu oilve oil

Setelah di rebus semua bahan tadi,kemudian  kisar semuanya
Kemudian masukkan semula ke dalam periuk
masukkan hirisan daging ayam dan hirisan cendawan butang
masak sampai pekat, kalau taknak pekat tambah je air

 Sosnya tetap berkrim walaupun tanpa  memasukkan Cream/susu .
Tapi..lidah aku cakap sedap..

Anak anak lagilah, deme kan ke tak pandai demand lagi, what is the first reach onto the mouth
must be the best for them.. Ni la namanya masakan ibu. Tak de di jual di kedai.
Ada betul ka kawannnnnnnnnnnnnnnnn....


Sayur tu mcm biasalah aku rebus/stim, then letak olive oil
masa rebus tu korang boleh letak sikit garam
Tapi aku tak letak  sebab aku suka original taste sayur.


Note: Ibu berdiet anak anak pun ikut makan menu diet jugak la....

Entry Berkaitan


 
 



 


Thursday, October 10, 2013

Did My Diet Worth it? The Result

Aku dah janji ngan korang semua nak up-dated my latest weight Jumaat nanti kan
Tapi risau lak takut tak sempat.
So, aku up-dated hari ni.
setelah 14 hari Aku diet.

pada 25/09/2013 berat aku 69kg. ( see the picture)
then hari ni ( 09/10/2013) genap 14 hari aku berdiet
v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

see dah 5 kg turun dalam masa 14 hari 
tengok carta my Ideal weight tu 
kalau berat aku 63kg dah kira ok dah
atau pun turun lagi 800gram..

Tapi tak mo lah kan. nak diet agi ar
biar average gitu. tak mo la berat ideal maksimum kan..kan...
bak kata Iwan " yang sedang sedang saja"...



again and again I will repeat..
"Aku Diet Makan Nasi"

Note: Lagi dua minggu kita tengok result lagi K.

Tuesday, October 8, 2013

Menu Diet - Berbuka Puasa (1)

Sekarang ni masa yang sangat sangat sesuai untuk puasa Qada' 
sebab... waktu maghrib Masuk seawal jam 07.09 minit gitu lah.
memang seswai sangat lah..

Menu : Whole Wheat Spaghetti for Diet.


Ecewah.. pepandai la aku letak nama menu tu kan. walhal tak tau nak letak nama apa
Hentam ajalah janji dapat kenyang dan menyihatkan. 
Menu ni kalau korang tak puasa boleh jugak Try di tengah hari.

Korang boleh pergi cari  bahagian organic. ada le spaghetti yang whole Wheat ni

Bahan bahan
2 keping Chicken Meatloaf
3-4 ekor udang sederhana besar
kacang peas/brokoli/capsicum/ bunga kobis/ cendawan/carrot/saleri/sawi
( apa jua sayur kegemaran korang )
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk pati ayam
garam secukup rasa
1 sudu olive oil.
sedikit air

Cara masak
Masukkan 2 keping Chicken Meatloaf tu kat dalam Magic Pan. Biarkan dia masak sekejap
Kemudian potong  kecil kecil

then masukkan udang,diikuti dengan sayur sayuran
sedikit air, then maskkan pati ayam, lada hitam
kemudian masukkan olive oil dan tutup pemanggang ajain tu seketika
jgn lama nanti sayur layu.

rebus spaghetti . kena rebus lama sikit berbanding dengan spaghetti biasa
Sama la kan, brown rice pun kena stim lama. ngeee.. sabar itu penting tau.

Bila dah lembut/masak. toskan dan masukkan dalam sayuran yg di masak dalam 
pemanggang ajaib tu.
masak sekejap. biar sebati.
Kemudian hidangkan.
selesai satu hari menu berbuka puasa aku
Aku makan sepinggan je, Si Naiim siap betambah tambah ko
hahaha.. sib baik buat banyak.



** Aku pilih produk Whole Meal/ Whole Wheat sebab ianya mnerupakan karborhidrat 
yang lambat cena dan memberikan kekenyangan yang lebih lama berbanding 
yang tanpa Whole Meal/Whole Wheat***




Note:Diet diet jugak makan mesti mau sedap..........

Monday, October 7, 2013

Cabaran Dalam Berdiet.

As what you all know aku sekarang tengah diet sebab nak nyahkan 5-6 kilo lemak kat badan ni
Diet aku pulak tak de la extreme sangat
Diet yang boleh makan nasi. hahahaha..

 
My sayang ni mungkin tak sedar kot yang wife dia tengah diet.
So, aku suh dia pergi market beli ikan ketul
sekali balik bawa Kepci. haa.. ko..
makan gak la 2 ketul kentang wedges, kang terasa ati pulak my hubby.
dah orang penat penat beli tak mo makan kan..kan..
  

Then ada satu malam, my hubby bawa Naiim untuk gunting rambut
terus la deme gi kedai belia air kotak tuk Naiim ngan Aleesya
Sekali my hubby beli eskrem padle pop ni. khas untuk aku 
Siap mention agi kat anak anak " Eskrem ni ibu punya!"
sob..sob.. aku gigit jugak 2-3 kali. pas tu bagi kat anak.
 
  

Ada satu hari, hubby singgah pasar malam lepas balik kerja
dia belikan aku 5 biji tapai.
waaa.... memang kegemaran aku, sangat sangat terharu. naperlah time ku berdiet
adusss... ku makan jugak 2 biji. pas tu simpan dalam peties.

 

Kali ni, lepas je dinner, my hubby suh aku buat garam belacan/pencicah
dia cakap nak keluar pergi beli mangga putik
huhuhu... dah le aku suka ngan nyicah nyicah ni
time ni jugak le, ko teringin wahai suamiku.
yup! aku makan jugak secicah dua...


*** buat sumaiku yg ku sayang, sesungguhnya isterimu ini sangat bersyukur kerana
mempunyai suami yang begitu mengambil berat tentang pemakanan, sangat sangat terharu dengan layananmu
Terima kasih tak terhingga buatmu****


ok..sape suka biskut ni? angkat tangan... hahaha aku suka sangat biskut ni
sebab aku suka jem nenas.
Tadi pagi.. ada budak foreman tu datang bagi kat aku  sebungkus.
Saja la, sebab dia selalu tengok aku makan menda alah ni.
So, dia belikan untuk aku, Satu kati. Tak payah bayar pun.
Adoi............ memang menggugat keimanan toi la..


Note: Aku sebenarnya mewah dengan makanan. Patut la boleh Gemuk!hahahaha

Saturday, October 5, 2013

Menu Diet - Lunch (6)

My bos ada beli ikan Merah, besar la jugak
So, aku potong sikit nak wat masak Pindang.
Aku tak tau la org panggil apa , kalau kat kedah dipanggil pindang.
Aku tak bape minat ngan asam pedas, Aku lebih suka pindang berbanding Asam pedas
Nampak macam asam pedas kan..hehehe..
sepatutnya aku letak bendi 2-3 biji
tapi terlupa nak beli. tak pelah..

Cara masak

2 ketul ikan merah ( ikan apa apa pun tak pe)
2 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
secubit belacan
1 biji cili besar
2 biji cili padi
( semua bahan tadi di tumbuk, kecuali ikan tu. jgn la tumbuk pulak ikan tu. ngeee)
sebatang serai
sekeping asam keping- aku guna perahan limau nipis.
garam secukup rasa.

Masuk semua dalam periuk dan masak hingga mendidih dan lepas tu masukkan ikan.
siap!
 
sedikit brown rice..
kacang buncis tu ciput je.  dah itu je ada dalam peties.
Balance aku masak kelmarin dulu.

burb.. kenyang aku.
walaupun juadahnya simpel. tapi aku tetap kenyang.


Note: hujung minggu ni tak mo makan nasi dah le. Nak makan roti pulak!

entry berkaitan
Menu Diet -Lunch (1)
Menu Diet -Lunch (2)  
Menu Diet -Lunch (3)
Menu Diet -Lunch (4)  
Menu Diet-Lunch (5)

Thursday, October 3, 2013

Menu Diet -Lunch (5)

hari ni aku mkan tomyam as my diet menu
Tom Yam seafood.
of course la ada brown rice.

benornya that day masa aku tengah nak beli Tom Yam
tetiba aku nampak dorang wat pes tomyam Sendiri.
so, sejak hari tu aku wat sendiri je pes tomyam.
tak yah dok beli kat kedai.


Aku wat Tom Yam Seafood. 
Aku tak letak ayam,  Aku letak ketam, udang dan sotong bersama dengan sayur sayuran

Cara membuat pes tom Yam
bahan utk dikisar
2 biji cili padi
sebiji cili besar
1/2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
sedikit air

Cara masak
Tak payah tumis, korang terus je tuang pes tu dalam periuk sampai mendidih
pas tu masukkan serai dan halia
Aku tak masukkan lengkuas sebab ttak de ayam or daging pun dalam bahan makanan
Masukkan sesudu olive oil. 
pas tu masuk la segala bahan bahan
sayur kemudian ok.

Sayur.
Memandangkan aku suka makan sayur yang ranggup ranggup gitu
Aku cuma celurkan sekejap je sayur campur tu dengan air mendidih
bila time nak makan baru aku masukkan sayur ke dalam mangkuk berisi tom yam

hmm.. ginilah cara aku makan sayur. tak suka layu layu.

entry berkaitan
Menu Diet -Lunch (1)
Menu Diet -Lunch (2)  
Menu Diet -Lunch (3)
Menu Diet -Lunch (4)  


Note: Menu diet akan di updated dari masa ke semasa sehinggalah Tuan empunya blog mencapai berat badan yg ideal.hahahaha

Tuesday, October 1, 2013

Menu Diet- Lunch (4)

Asyik makan ikan je time diet mesti korangakan jemu jugak kan
so, hari ni aku nak syer ngan korang cara nak masak ayam bagi orang berdiet
korang nak tau tak dah bape kilo yg berjaya aku hilangkan?
sabo...sabo... cukup sebulan aku diet, aku bagi tau K.
assobaruimadduddin....

mcm biasa.. segenggam browm rice
kenapa sengenggam?
menurut pakar pemakanan, manusia normal memerlukan hanya memerlukan
karbohidrat seharian bersaiz segenggam tangan.
besar penumbuk lah senang kata kan..

Kali ni aku masak petola campur dengan udang kering
cara masa mcm biasa la kan, cuma guna sesudu oilve oil
hmm.. tak payah le minum olive oil sesudu pagi sesudu malam
sebab dah masukkan dalam masakan kan..
pelbagaikan jenis sayur agar anda tak jemu makan sayur yg sama je
petola pun kaya dengan serat.

ok.. lauk aku kali ni ialah ayam. isi ayam..

cara masak isi ayam.
sekeping isi ayam di ketuk ketuk. aku guna hammer tuk mengetuk. sebab tak de alat pengetuk ayam
lapik la ayam tu dengan plastik sebelum mengetuk ye.
kemudian korang kukus isi ayam tadi. pastikan kulit di buang ye
setelah minyak minyak pada isi ayam tu mencair dan di nyahkan
korang letakkan garam dan kunyit dan grill kan dengan pemanggang ajaib.

aku letak garam kunnyit je, boleh aja kalau  korang nak letak lada hitam bagai
aku nak grill daging nanti baru nak letak lada hitam.

bila dah masak. sila potong kecil kecil isi ayam ni
bukannya apa, kalau sektul gitu
korang akan makan dengan banyak sekaligus
teknik pun kena ada jugak kan..


pssttt... stock daging tak beli lagi..nanti aku kongsi lagi ok.


Note: nak lebih effectif senaman kardio di buat di waktu pagi dan bukannya di waktu malam
ini kerana, kalori akan terus membakar tatkala korang meneruskan perjalan kerja seharian
kalau waktu malam, lepas bepeluh..terus zzzz.. tak bape nak effective la sangat.
BTW terpulang kepada individu.

Monday, September 30, 2013

Menu Diet- Lunch (3)

jgn pening kepala tengok aku asyik wat entry tentang menu diet je
bukannya apa, mana tau sok sok bila badan naik lagi, leh la bukak blog usha balik menu
maklumlah aku ni jenis nyanyokkkkkkkkkkkkkk

Pagi ahad kelmarin aku tak wat senaman kardio, sebab hujan lebat sangat
membuta balik selepas subuh. kul 9.00 baru bangun.

Ini menu Lunch aku sunday kelmarin

ok kali ni aku tunjuk brown rice aku yg lepas di stim
aku stim segenggam je.
cara nak masak brown rice ni senang je
rendam sulu beras dalam 30 minit
basuh dah masukkan air ngam ngam tenggelam beras tu, then kukus sampai kembang
kalau terover air tu, kaup buang.

Sayur sawi campur telur dan berkuah
semangkuk. sila habiskan.
Aku ratah je sayur ni. ngeee
Aku memang suka benor ngan sawi..pebret.
 
eh..sape kata berdiet tak leh makan kari?
aku makan kari ok.

cara masak kari:-
tumis bawang, sila guna olive oil. bukan minyak masak K sesudu atau dua sudu je olive oil tu
then masukkan rempah daun kari dan hirisan tomato
setelah dah masak rempah tu, masukkan air asam jawa + air
pas tu masukkan ikan ketul + bendi
upsss... nak sedap lagi masukkan daun chen Hom. ( ala daun yg buat kuah laksa tu)
see... kalau teringin nak makan kari, boleh aja, cuma korang jangan letak santan.

hmmm.. benornya korang boleh pelbagaikan masakan untuk diet
tak de la sampai itu ini tak boleh makan
yg penting... sila masak sendiri bukan beli kat kedai.


pssttt... kalau makan supplement untuk kurus tapi makan tak jaga, tak turun jugak badan tu
jgn salahkan pil kurus pulak yer. ngeee..


aku pelbagaikan menu ni, sebab my biras said, dah boleh makan ko makan
kang sakit terbaring.. apa pun tak boleh nak makan
ko jugak yang menyesal... 


Note: Diet lebih indah dan lebih sedap kalau kita pandai bermain dengan menu masakan.
Esok aku updated menu ayam pulak yer..

Saturday, September 28, 2013

Menu Diet -Lunch (2)

ok..aku nak share lagi menu kunch untuk diet.
mcm biasa aku tak akan abaikan nasi bila lunch..
kenapa? 
kerana breakfast  aku cuma minum susu rendah lemak je
so, lunch time memang lapar giler.

Bila ambik nasi time lunch, aku akan kenyang sampai ke malam
yes..kenyang ok.
Dinner tu aku makan oat 1-2 sudu aje
minum susu pas tu tido..

ok..macam yg aku cakap setiap orang ada cara dietnya
seperti  kenyataan di atas ni.
Ini cara dia menurunkan berat badan.

Baca betul betul.. dia cakap satu minggu dia ada cheating day.
makan what ever yg dia suka tanpa memikirkan tetntang diet.
ibarat mcm kita kerja le, kalau asyik kerja je.. sekali sekala nak juga pergi bercuti rehatkan minda.
ha.. gitulah kaedahnya.

Apa yang penting kita harus kenali diri kita, makan yg mcm mana yg badan kita boleh lost weight!

ok. lunch aku hari ni ialah
Nasi beras perang 1/2 senduk ( mkn tak habis pun)
Sup sayur pecah telur ayam kampung sebiji
Ikan kembung goreng..

ok.. ikan tu aku goreng kan.. Ya, aku ambil yg bergoreng sebab aku rasa badan aku mcm tak de tenaga
So, aku try untuk makan ikan goreng.
Tapi tak pe.. sebab next week aku plan nak puasa.

So.. pokok pangkalnya bergantung pada diri sendiri.
Actually, aku pernah amalkan ini suatu ketika dulu, yes it work!


psst... kalau yg amalkan aple cider tu, memang sesuai benor ikut cara aku ni.

Note: Aku juga wat senaman kardio pepagi sebelum datang kerja!

Friday, September 27, 2013

Menu Diet - Lunch (1)

Memandangkan  aku dah rasa berat badan aku dah naik
even org dok cakap tak nampak sangat la aku gemuk sebab aku tinggi la itu la..
Aku still nak diet. Sebab....sebab...
Masa aku nak pakai satu skirt tu, tetiba tak  muat. waaaaaaaaaaaaaaa

So, hari ni nak share menu diet aku.
Diet aku diet yg boleh makan nasi. hahahaha..

 Sayur campur, sup ikan dan nasi steam rice.

Aku pun ingat ingat lupa menu yg perlu di ambil masa diet
Aku pernah dengar ceramah ttg penyediaan menu diet ni
apa yg aku ingat aku buat lah.. hahahaha..
Sup ikan, korang boleh tukar tukar ikan tu, nak buat ngan kepala ikan pun tak pe
Cara masaknya senang je, jgn tumis
tapi korang masukkan satu sudu olive oil utk menggantikan minyak masak
diet diet jugak.. jgn sampai badan langsung tak de minyak.

sayur campur ni pun, korang jgn tumis
masuk air sedikit, then masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan sayur
pas tu letak olive oil. masak kejap je
pas tu angkat. jgn bagi layu ok.

Steam rice.. steam rice ni aku beli kat food court belakang office aku.
baiknya steam rice ni, sebab sebelum nak masak kita akan rendam dulu beras biar kembang
bila di rendam, kanji tu akan membebaskan gula dan kanji dalam beras tadi
So, nasi kita tak de la berat sangat kan..
kalau kat rumah boleh la tukar dengan brown rice

upsss... makan setengah je tau, aku segan lak nak bli nasi ni half.
dah le nak beli nasi saja je, beli half pulak tu kan..
so, aku beli satu mangkuk, aku makan susku je..


Cara makan di kala diet.
Pilih makan sayur dan sup di awal suapan
suap lebih banyak sayur dan sup berbanding nasi
try le.. korang akan cepat kenyang.


Aku nak diet yg tak memberi banyak tekanan pada fizikal dan mental
tak nak seksa perasaan, yang pasti berat badan turun!!



Note: Lepas raya aku up-dated weight aku K.


pssst... kalau sempat aku buat entry utk menu breakfast dan dinner K.