Tuesday, October 8, 2013

Menu Diet - Berbuka Puasa (1)

Sekarang ni masa yang sangat sangat sesuai untuk puasa Qada' 
sebab... waktu maghrib Masuk seawal jam 07.09 minit gitu lah.
memang seswai sangat lah..

Menu : Whole Wheat Spaghetti for Diet.


Ecewah.. pepandai la aku letak nama menu tu kan. walhal tak tau nak letak nama apa
Hentam ajalah janji dapat kenyang dan menyihatkan. 
Menu ni kalau korang tak puasa boleh jugak Try di tengah hari.

Korang boleh pergi cari  bahagian organic. ada le spaghetti yang whole Wheat ni

Bahan bahan
2 keping Chicken Meatloaf
3-4 ekor udang sederhana besar
kacang peas/brokoli/capsicum/ bunga kobis/ cendawan/carrot/saleri/sawi
( apa jua sayur kegemaran korang )
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk pati ayam
garam secukup rasa
1 sudu olive oil.
sedikit air

Cara masak
Masukkan 2 keping Chicken Meatloaf tu kat dalam Magic Pan. Biarkan dia masak sekejap
Kemudian potong  kecil kecil

then masukkan udang,diikuti dengan sayur sayuran
sedikit air, then maskkan pati ayam, lada hitam
kemudian masukkan olive oil dan tutup pemanggang ajain tu seketika
jgn lama nanti sayur layu.

rebus spaghetti . kena rebus lama sikit berbanding dengan spaghetti biasa
Sama la kan, brown rice pun kena stim lama. ngeee.. sabar itu penting tau.

Bila dah lembut/masak. toskan dan masukkan dalam sayuran yg di masak dalam 
pemanggang ajaib tu.
masak sekejap. biar sebati.
Kemudian hidangkan.
selesai satu hari menu berbuka puasa aku
Aku makan sepinggan je, Si Naiim siap betambah tambah ko
hahaha.. sib baik buat banyak.



** Aku pilih produk Whole Meal/ Whole Wheat sebab ianya mnerupakan karborhidrat 
yang lambat cena dan memberikan kekenyangan yang lebih lama berbanding 
yang tanpa Whole Meal/Whole Wheat***




Note:Diet diet jugak makan mesti mau sedap..........

7 comments:

  1. Bagusnyaa menu dietnyaa.. sedap plak tu..

    ReplyDelete
  2. amboii...naiim pun makan jugak. Takpe laa...pemakanan sihat, kan. sape2 pun leh makan..

    ReplyDelete
  3. terliur aku tgk
    nti nak beli lah whole wheat spageti ni
    kat tesco ada kan

    ReplyDelete