Sunday, October 13, 2013

Menu Diet - Lunch (7)

Lama dah dok teringin nak makan ikan stim
selalunya wat stim ikan guna Ikan siapakap
Tapi kali ni ada balance ikan Merah tu, Aku guna Ikan Merah je lah kan..


senang je nak wat ikan stim ni

halia di potong nipis
bawang putih dan bawang merah - potong nipis nipis
sedikit olive oil
garam secukup rasa
perahan lemon/limau Nipis 
gaul semua, pas tu masukkan dalam aluminum Foil, pas tu stim.


Sup pucuk.
senang jugak kan nak masak ni
beli satu set sayur pucuk, balik umah rendam
Didihkan air, pas air mendidih, masukkan telur.. jgn pecahkan telur tu pulak
Pas tu masukkan semua bahan bahan pucuk
masuk garam secukup rasa. dah siap

psst.. makan ngan nasi la, idak le meratah jerk.hehehehehe..


Note : Adoi.. Brokoli mahal pulak minggu ni, sekilo RM 8.99 you...
biasa RM 4.99 jerk.. nyamfah tau...

Menu Lunch Diet yang berkaitan

Saturday, October 12, 2013

Menu Diet - Berbuka Puasa (2)

hok aloh nak jadi omputeh plak bila berbuka
Tak mo makan nasi...poooodah...
Makanan omputeh tapi aku melayukan. boleh gitu?

Orang nak makan pasta, aku pun nak makan jugak
tapi kenalah pilih yng wholemel kan..kan...

Cara nak rebusnya bukan boleh main rebus gitu je, korang kena rendam dulu dalam 30-45 minit
barulah nanti bila korang rebus tu texture nya akan  lembut

Ni je pun photo yang ada. Masa dah siap masak tu, azan pun berkumandang, 
Otak ingat nak ngap jer...hehehehe

Kalau makan Pasta mesti la kena ada sos dia kan. So aku olah cara orang berdiet

Resipi Diet - Sos Pasta ( untuk seorang makan)

Bahan rebus
1 Biji kentang
3 kuntum cendawan butang
sedikit bunga kobis agak agaklah ye.
satu inci daging ayam tanpa kulit dipotong dadu ( nak rasa ayam lebih, lebihkanlah yer)
lada hitam -ikut suka
2 sudu sos Bawang putih
garam secukup rasa

*** Beberapa hirisan daging ayam tanpa kulit** (jgn kisar)
** 2 kuntum cendawan Butang**  ( jgn Kisar)
2 sudu oilve oil

Setelah di rebus semua bahan tadi,kemudian  kisar semuanya
Kemudian masukkan semula ke dalam periuk
masukkan hirisan daging ayam dan hirisan cendawan butang
masak sampai pekat, kalau taknak pekat tambah je air

 Sosnya tetap berkrim walaupun tanpa  memasukkan Cream/susu .
Tapi..lidah aku cakap sedap..

Anak anak lagilah, deme kan ke tak pandai demand lagi, what is the first reach onto the mouth
must be the best for them.. Ni la namanya masakan ibu. Tak de di jual di kedai.
Ada betul ka kawannnnnnnnnnnnnnnnn....


Sayur tu mcm biasalah aku rebus/stim, then letak olive oil
masa rebus tu korang boleh letak sikit garam
Tapi aku tak letak  sebab aku suka original taste sayur.


Note: Ibu berdiet anak anak pun ikut makan menu diet jugak la....

Entry Berkaitan


 
 



 


Friday, October 11, 2013

Last Kopak & Resipi Crunchy Nut/Char Cher Kuaci

Aku dah pun selesai menyiapkan beberapa tempahan untuk raya Aidil Adha
Actually aku tak tau nama spesifik  untuk biskut ni
ada yang panggil Almond Crunchy/Char Cher Kuaci/Crunchy Nut.

Pada mulanya dah siap 2 balang. satu untuk Mak  sendiri satu untuk mertua
Pas tu hubby merayu rayu lak kat aku suh wat sikit kat my step Mom
sekaligus la suh wat untuk kat umah sendiri jugak.

Alhamdulillah, Lepas Raya nanti tempahan ada jugak
nanti balik Raya pun kena shopping barang barang nak wat sekut ni. hahahaha


Aku memang nak bagi resipi ni kat korang, tapi kerana aku tak snap step by step
terbuku je niat tu.
So, kali ni aku ada wat step by step. harap harap kome leh cuba sendiri
then dapat makan sampai lebam!!!!


Resipi Crunchy Nut/Almond Crunchy/Char Cher Kuaci

Sebungkus serbuk Florenta 500g
500gram badam
250 gram kuaci biji labu
500 gram kuaci bunga mtahari
100 Gram bijan hitam ( aku tak taruk)
100 Gram bijan putih.( aku tak taruk)


ha..serbuk florenta yg dalam bungkus ni le.
kekalau le korang tak kenal pulak nanti

Cara caranya.


gaul semua bahan bahan seperti gambar di atas.
Kemudian, lapikkan dengan pachment Paper
Ratakan dengan sudu. nipis je tau.
kemudian Bakar dalam suhu 160-170 cam tulah
Bila masak ianya berubah rupa sperti gambar dia atas
gunakan spatula untuk pisahkan dari pachment paper
kemudian terus potong.
Ingat potong ketika masih Panas.
suka hati korang nak potong bentuk apa pun
Tapi aku potong square jerk..hehehe..

Dah sejuk masukkan ke dalam bekas.
hehehe..semua org tau. tapi aku saja la nak bagitau sekali lagi...

 Hati hati.. sila buat pemantauan semasa suami anda atau ahli keluarga anda yg sedang makan biskut ini
sebab...... kemungkinan besar, Sorang makan pun boleh habis sebalang.
kalau makan depan TV le, mata tengok TV, mulut mengunyah
Sedar sedar dah tinggal balang kosong.


Aku dah seal semua balang balang ni
bila susah nak bukak, lambat sikit habis.


Note: Bersedialah, Lepas raya masih lagi ada tempahan....


Salam Aidiladha untuk semua. Maaf Zahir dan Batin
Aku ngelat Diet Raya ni. Nak makan masakan Mak sepuas hati...


Is all about Pedestrian

Zebra Cross  

 Lunch time tadi aku ke Tesco sebab nak belikan Pensil Warna untuk Naiim
Sampai je kat satu "Zebra Cross" tu, ada la sorang Pak Cik
Selamba badak je dia cross jalan 
Tak de dia nak tengok traffic light ijo ke merah ke..
Aku dengan sepantas kilat berhenti.
Sekali pak cik tu terkejut, mata terkebil kebil..blurrr semua completed!
Ha.. tu la.. lenkali berjalan jgn main redah je nak lintas jalan
sib baik aku tak langgar..
kalau idak sekali ngan aku aku masuk spital.


Di Tesco
 
Sampai je pintu masuk Tesco, Ada satu Amoy tu, nak cepat jalan pun kelam kabut
terus dia keluar dari tesco melalui pintu masuk
Pak Guard panggil di abuat derk.. ate tak nak layan la kan
Pak Guard pun warga asing.

Sekali Pak Guard tu cakap, dia nak check Handbag la pulak
Naik angin la Amoy tu, ckp dia tak beli apa pun itu la ini la..
Ha.. tu la, org suh kuaq pintu exit ikutla peraturan
ada pintu kecik tepi pintu masuk tu, gatal tak mo guna
Ko nak cepat kan... sekali jadi lagi lambat.
Hambekkkkkkkkkk....
Bukan apa..ada manusia yang susah benor nak ngikut peraturan
teach them a lesson.


On The Road.
gambar sekadar hiasan.
Mak Aku call nak udang kering, jadi aku nak gi beli kat area weld quay sinun
ikan bilis pun sekilo RM16.00 je. Mang kedai tu jual murah la 
Sampai kat traffic light lampu merah la pulak
tunggu la aku ngan panas berbahang ni, tak pe..dugaan puasa kan
lampu tukar hijau je, ada dua orang mamat ni, dok cross the road

ko buta ke hape? 
keta berduyun duyun kat jalan.... ko ingat ko Usain Bolt ke ?
boleh lari lelaju.
ha... hambek. semua bas lori dok horn kat kome berdua.
kalau sambil jalan pas tu lampu tukar ijo lain la.
ni idak.. ko tak tengok dah..main redah je.
Kang orang langgar baru la nak ngadu di aniaya la hep la..



Note: that day ternampak police saman  beberapa buah keta yg potong "Q"
tetiba rasa tersangat la puas ati..

***auto publish.***

Thursday, October 10, 2013

Think 1000 milion times


selain nasi orang akan pilih roti untuk makan
Tapi kalau roti yang dimakan ghuper gini

 

gulp... kat penang tuuuu...
dah masuk lam peyot aku ke air tapak kaki deme ni

memang kilang roti pekerjanya pakai kain sarung je ke?
tak dapat gambarkan bila peluh turun menitis kat atas doh tu.
bluwekkkk...
muntah ijo..



Note: Cepattttttttttttttttttt...belajar wat roti sendiri.

Did My Diet Worth it? The Result

Aku dah janji ngan korang semua nak up-dated my latest weight Jumaat nanti kan
Tapi risau lak takut tak sempat.
So, aku up-dated hari ni.
setelah 14 hari Aku diet.

pada 25/09/2013 berat aku 69kg. ( see the picture)
then hari ni ( 09/10/2013) genap 14 hari aku berdiet
v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

see dah 5 kg turun dalam masa 14 hari 
tengok carta my Ideal weight tu 
kalau berat aku 63kg dah kira ok dah
atau pun turun lagi 800gram..

Tapi tak mo lah kan. nak diet agi ar
biar average gitu. tak mo la berat ideal maksimum kan..kan...
bak kata Iwan " yang sedang sedang saja"...



again and again I will repeat..
"Aku Diet Makan Nasi"

Note: Lagi dua minggu kita tengok result lagi K.

Wednesday, October 9, 2013

Menu Diet - Tortila & sambal Udang

That day saja la duk cari apa ntah kat Tesco
tetiba terpandang ngan totila ni. 
sekali tengok ala ala capati..tapi dia tebal sikit dari capati.
Memandangkan ianya Whole Meal, so aku rembat la kan

Sebelum ni tak pernah pun nak melayan menda gini
ate sejak berdiet kena la pelbagaikan juadah agar tak jemu.

even tengah dok menaip entry ni pun, otak dah ada menu untuk berbuka tau
hahaha...sabor je lan, pandai la otak ni dok oalah itu ini kan..

totila tu aku belah dua, aku garingkan sekali lagi kat grille Pan.
Makan garing garing dan panas panas baru best Kan.. kan..

Ok.. kita ke cara memasak sambal udang tu agar menjadi menu diet pulak ye.

bahan bahan
5-6 ekor udang sederhana besar 
10-15 tangkai cili kering di rebus/di rendam
2 ulas bawang besar ( sebiji di mesin 1 dihilis nipis)
2 sudu oilve oil
1/2 sudu gula perang
garam secukup rasa

Cara memasak
Cili dikisar bersama sebiji bawang besar
Panaskan kuali kemudian masukkan bahan kisar
bila mendidih masukkan olive oil
kemudian masukkan udang kemudian masukkan garam secukup rasa
bila nampak udang dah masak
masukkan hirisan bawang.



Note: Jangan la ingat aku makan menda ni je. aku makan la jugak buah buahan.