Thursday, April 22, 2010

Konsert Malam Keinsafan

Hari jumaat tu Amirul balik sekolah cakap dia ada persembahan
sempena "Konser Malam Keinsafan"
hairan gak aku... Amirul tak pernah balik praktis pun..
Then, hari sabtu malam ahad tu kami bawa dia kat tempat konsert tu la..

Ni masa pembarisan.. nak mulakan konsert dah..

Sebelum tu.. sempat jugak hubby beli air & kacang untuk Amirul alas perut
tengok tu kengkawan Amirul happy jerk..
Berbaris semua... he.. he.. nak start dah ..
Amirul berdiri di barisan kedua.. sempat lagi pose tu

Tak Pernah Berlatih kat rumah..
Berlatih kat sekolah jer.. tak sangka aku Amirul boleh nyanyi selancar tu..


Antara senikata lagu Tobat Maksiat...
dengarlah hai sobat saat kau maksiat dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buatkau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamatbukan ku sok taat sebelum terlambata
yo sama-sama kita taubatdunia sesaat
awas kau tersesat ingatlah masih ada akhiratastafighrullahal’adzim


ha.. ko sampai terpejam mata amirul ni.. kusyuk betul dia nyanyi..


Dia nyanyi kat part corus tu jer..

Part ni la.. dorang angkat tangan bagainya.. memang cutenya aku nampak budqak budak kecik ni....

"ingat mati, ingat sakitingatlah saat kau sulitingat ingat hidup cuman satu kaliberapa dosa kau buatberapa kali maksiatingat ingat sobat ingatlah akhiratcepat ucap astafighrullahal’adzimpandanglah ke sanalihat yang di sanamereka yang terbaring di tanahbukankah merekapernah hidup jugakita pun kan menyusul merekaastafighrullahal’adzimrepeat reffcepat ucap astafighrullahal’adzimrepeat reffcepat ucap astafighrullahal’adzimcepat ucap astafighrullahal’adzim"

Lepas habis persembahan, kami parking kat bawah.. tengok oraang lain pulak buat persembahan...
Tambahan pulak kehadiran Saudara Radzi( ustaz Rock) tu..
Ada la dia bagi ceramah sikit sikit..

Ha... ko berasap telinga Amirul dengar ceramah tu..
Memang sesuai dengan tema la.. "Malam Keinsafan" sampau berasap telinga
( aku pun tak tahu mcm mana gambar ni bleh ada sapa keluar dari telinga Amirul)
Kelakor lak rasanya...



Aku pun nak gedik posing gak..


Bila posing bertiga.. Amirul mesti tak nak ambik part..
selalu cam ni...

Dapat cenderahati sikit...dah nak balik pun time ni..
nota:- memang best bila dapat bersama cam ni!!!!!!


Monday, April 19, 2010

Fussy but Funny!!!

Last Friday aku dapat seorang customer yang...
Ya allah Fussy nak mampos!!!
Dalam fussy fussy dia tu aku gelihati jugak..
firstly, aku ambik semua particular dia, photostate documents
Than last aku tanya la dia punya contact number & kerja sebagai apa?
Aku : Can I have your contact number?
Dia : 017-*******
Aku : Your Occupation?
Dia : what? that is handphone number, where got extension.. you never call handphone ar?
Aku : exuse me... your occupation, not extention ( sambil control senyuman)
Dia : ok.. ok... Manufacturing Specialist..
Tu la.. kalau asyik nak komplen itu ini, telinga pun dah tersumbat.. kahhhhhhhhhhh
Bos aku kat sebelah pun tersipu sipu..

Then she ask me about the depreciation value of her car. Aku ckp melayu lah senang
sebab bila aku cakap orang putih, dia mcm tak smooth jer communication aku ni
aku rasa la...
Dia : I punya keta semua mau original spare part tau
Aku: ikut undang undang kalau kereta u lebih dari 5thn, Insurance bagi non OEM part
Kalau kereta u kurang dari 5 tahun, semua insurance kasi Original parts.
Dia : Apa.. 5thn? u tengok betul betul i punya geran, I punya kereta baru lima bulan tau
bukan 5 thn.
Aku: ( aku silap ckp ka?) atau mak nya ni memang sudah senget!!!)
Dia : Kalau u orang kasi bukan original punya, I still can make noise hoh...
Aku : As u wish... ( dalm hati, dah la tak paham, ada hati nak buat bising plakkkk)
kahhhhhhhh... lepas dia blah, aku ketawa terbahak bahak kat bos aku.
bos aku pun sama...
Tak baik sebenarnya bila aku ketawa cam gitu. tapi cara dia jawab soklan aku tu
buat aku tak tahan.. at least faham dulu apa yang aku nak eplain..
Ini tidak, dalam otak dia tu asyik ingat nak semboq orang jer... kikikik..
P/s. Kekadang kesilapan tu bukan dari orang lain, tapi kesilapan yang datang dari kita sendiri
fikir sejenak dan muhasabah diri ( pujuk diriku)

Wednesday, April 14, 2010

Still a long jurney to go

2 minggu lepas, Amirul seat for TEST dekat Tadika...
Tak habis habis aku dok pesan
buat elok elok ler....
Tapi...pada hari selasa tu kami dapat berita Paklong husband koma kat Spital
nak tak nak kena la kami tunggu sampai Friday baru boleh balik tengok kat Spital Aloq Setaq
Lepas sekolah Amirul, kami pun sampai la kat Spital.. sian dia
Pembuluh darah dah pecah.. harapan pun tipis...
The next day, ( sabtu) Pak Long disahkan meninggal dunia...
Sedih.. menggelumangi kami sanak saudara...
On sunday tu, aku nak balik jugak sebab Amirul tak habis Test lagi..
Hubby tak setuju sebab Isnin tu nak buat qulhu utk hari yg ke 3
Fikiran aku berkecamuk...
Last.. Familly decide nak buat Qulhu kat Masjid.. Then hari ke 7 baru nak buat
kenduri kat rumah....
Lewat jugak la kami sampai Penang hari ahad tu
Memang Amirul tak cukup tidur untuk seat Test besoknya...

Dengan keletihan Amirul ke Tadika jugak utk seat Test.
Kelmarin Result dah keluar.. Amirul dapat score 100% untuk 4 paper
then 2 paper lagi dia dapat 88/100. Syukur...
Dia cakap dia dapat No 2 out of 35 student. Tak sangka aku nih..
Ini baru permulaan jer.. Still have a long jurney to go...
Sebagai ibu, aku rasa berbaloi gak, bila pukul jari Amirul dengan Pensil bila dia tak pandai tulis..
hiksss....

Friday, April 9, 2010

Bengang dengan US Pizza!!!!!


Bulan Lepas, ada salesman datang kat opis aku nak promote US PIZZA. Just pay 29.90 you can enjoy the discount of US PIZZA nearly RM 700.00... free tiket wayang, free pop corn & free Pepsi & free 2 bijik pizza large punya. Wow dasat gak la..

Aku belek belek booklet tu , tak der pun tanda HALAL? Aku ckp aku tak mo ler sebab non proof of HALAL. Si salesman tu siap cakap ada sijil halal bagainya. Dia still tak mo blah jugak
Aku bukak Web http://www.islam.gov.my/ then aku check. sah sah tak der sijil halal tu.. last aku cakap la.. "Yang nak makan pizza ni aku, kalau aku tak mo makan u nak cakap apa?". last dia blah..


Semalam/kelmarin... ada dua orang sales plak yg datang.. from US PIZZA gak. Sekali ni bawak salinan Sijil Halal bagainya la. Aku tengok, Sijil HALAL untuk outlet Melaka ja. Kat Penang ni non ado.... dia cakap tengah apply, tak approve lagi.

Yang aku paling bengang tu, bila aku kata aku nak check ngan JAKIM, dia boleh tanya aku " SIAPA tu JAKIM?????

Kat tangan dok pegang salinan sijil Halal dari Jakim. Pas tu siap tanya aku lagi JAKIM tu siapa? aku lagi la nek panas!!!!. Aku refuse gak tak nak beli booklet tu. Then dorang dok paksa paksa aku. Last aku Jawab " Since your Penang outlet dont have a HALAL cert, why must I buy this booklet? Tak kan I nak pi Melaka just for eat this US Pizza? tak logik tak logik...

Then dia tunjuk plak, salinan pembeli booklet dari kebanyakkan orang melayu..
Aku sedih... bila tengok...
naperla.. orang melayu islam kita tak titik beratkan semua ni...
Status Halal makanan bukan hanya terletak pada logo, tapi pada semua aspek termasuk kebersihan...

Chese yang dorang guna untuk buat pizza tu pun kena pastikan yang halal tau.
Jangan main hentam keromo jer...


www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws