Thursday, February 7, 2013

Selatan Mexico- kanak kanak 9 tahun melahirkan anak

Aduh .. semakin  hari semakin mencabar kita yang bergelar ibu bapa ni
Nak tanya? Dimanakah anak korang yang berusia  8-9 tahun .
tentu ramai yg jawab di sekolah bukan..
gambar sekadar hiasan
sungguh menggejutkan bila terbaca news
Budak umur 9 tahun di selatan Mexico telah selamat melahirkan anak
secara pembedahan.
Bayi tersebut berat 2.7kg. 

Tak dapat aku nak gambarkan, tat kala budak berusia 8 tahun itu
sedang mengandungkan bayinya.
8 tahunnnnnnnnn... seusia anakku si Amirul.
see.. berat baby tu 2.7kg. Sama berat dengan Aleesya ketika aku melahirkannya

gambar sekadar hiasan

Di fahamkan bahawa bapa kepada bayi tersebut berusia 17 tahun
Dan remaja lelaki tersebut telah melarikan diri
Remaja lelaki tersebut di cari bagi menentukan sama ada ini adalah kes rogol
atau kes kekejaman seks.

kalau kat Malaysia, gadis bawah umur di kira kes rogol lah kan
tapi, mcm mana pulak ye kes ni
sebab bapa kepada bayi tersebut juga bawah umur..


Berapa beza umur korang dengan Mak korang?
mesti 20 tahun lebih kan..kan.. (majority la)
Bayangkan beza umur baby tu dengan ibunya cuma 8 Tahun


Note: Tak Percaya.. kena percaya sebab ianya kisah benar.

Meletup.. Kebabom!!!!

Berita terkini
sebiji tayar depan kereta kepunyaan tuan tanah telah meletupkan dirinya
sebagai tanda protes 
sebab tuan tanah asyik shopping baju dier je
so, rim tu pun nak jugak rasa baju baru tayar baru

 
time ni la ko nak meletup ye cik tayar
kau bukan tak tau yang aku baru je tukar raya tahun lepas
saja le nak habiskan $$$ aku
Sib baik ada org cover 1/2 harga..
adei...

Saja le tu, dah tau kami nak jenjalan
ko pun nak rasa baju baru ek?


Note: Ni Pipe washer tank pulak wal hal. tak mo kuar air. 
tukar lagi... $$$ lagi

Menu Diet untuk 7 Hari. Cubalah

Hari ini saya nak kongsi dengan kengkawan semua
maklumat yang baik haruslah di kongsi bersama

sesapa yang nak turunkan berat badan mlalui pengawalan makanan
silalah ikut tips ini.

Dalam masa 7 hari dah boleh tengok hasilnya.

 

 Hari Pertama - Tiada Nasi dalam Menu
 Jangan Makan Pisang, tapi makanlah apa jenis buah sekali pun. Maksudnya makanlah buah buahan yang kurang kandungan gulanya mcm epal hijau ke, buah lai ke kan.. Untuk minumam pula minumlah minuman yang sihat seperti air kosong . Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.( sup sayur adalah yg terbaik)



Hari Kedua - Tiada Nasi dalam Menu ( hanya sayur )
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
 Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Banyak bersabar ok.. nak kurus haruslah berkorban.

Hari Ketiga - Tiada Nasi dalam menu
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak payah  memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat - Tiada Nasi Dalam Menu
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.  Susu,.. selain mengenyangkan aianya juga membekal tenaga dan kalsium dalam badan.


Hari Kelima - Tiada Nasi Dalam Menu
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam - tiada Nasi dalam menu
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. ( sup sayur + daging) . sedap... Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh - Nasi Beras Perang
Hari ketujuh barulah boleh  makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis. sebaiknya jus yang  dikisar sendiri kerana kandungan gula dalam jus tersebut dapat di kawal.  Makanlah sayur sayuran berdaun . Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Sanggupkah anda mengamalkan diet ini?
Nak cuba jugaklah... boleh turun  4-5 kilo seminggu.