Tuesday, April 16, 2013

Ngorat Salah Orang Le...


Leceh tul la aku bila berurusan dengan pejabat pos kat area rumah aku ni
segala benda tak de.
kejap komputer rosak, kejap letrik tak de, kejap plastik pos laju tak de
asyik tak deeeeeeeeeee ja. Pas tu kan.. muka sekor sekor kelat je
jgn sampai aku hangin satu badan. kang aku wat review tentang perkhidmatan korang baru nak fanas funggung pulak...
Malas ar, terus ke courrier service la kalau cenggini.
So, sesampai aku kat courrier service tu, mcm biasa, letak kunci motor kat sebelah dan isi form
Masa tengah isi ada seorang jejaka, memang encem.tinggi lampai
tunggu je kat belakang aku, Dah aku selesai
aku pun keluar 
tetiba teringat lak kunci motor aku kat atas meja tu
Masa aku nak masuk tu, aku terpandang yang si lelaki tadi ambik kunci motor aku
dia genggam pas tu dia kiam tangan.
Aku sengaja le tak tanya dia, aku tanya counter girl tu
Dik, ada nampak kunci tak?
dorang cakap tak de, then aku pandang le si jejaka hensem tu
selamba je dia tunjuk kunci motor aku kat genggaman dia.
encem lagi  pelakon ni kan..
Then dia jawab aku
" Oh this is yours, I'm waiting for  somebody to ask".
Mak ai speaking lak dia. ok lah mungkin mukanya nampak melayu
tapi bukan melayu kot.. ngeee
Aku pun jawab la, 
" I saw you holding my key just now, but I though it's yours "
then aku ambil je kunci tu dan terus keluar..

P. ram lee senyum lagi smart kan..
Dia dok senyum simpul kat aku, harap harap le kot aku nak jeling balas kat dia
maaf le, I'm not that type of person.
nampak je aku ni mcm happy happy gini, tapi I know my limit ok.
dah berguni garam aku makan. agagagagagaga...


bagi aku, dia sengaja, sebab dia memang dah nampak aku tengah isi borang tu
dia tau itu kunci aku, dia sengaja nak pegang, sengaja nak berbual ngan aku le tu.
kalau dia tu pekerja courier tu ok jugak, tapi dia pun datang situ hantar barang 
sama mcm aku jugak.
argh... apa pun alasan dia memang sengaja.. hahahaha...( ketawa geng jahat)

Note:  Pergi ngorat orang yang lebih cung dari aku. dah ko pon ensem..

Putu Piring

Lepas kitorang balik dari Bukit Merah tu
Amirul cakap yang dioa lapar sesangat.
kebetulan nak kena beli baju untuk Amirul, 
So, tak de la beli kat situ, kitorang keluar dari bukit merah untuk beli baju.

Aku cadang kan agar kami pergi makan kat gerai yang terletak di selekoh depan sana
aku tak pasti apa nama tempat tu
Bila kami sampai je kat sana, jeng jeng jeng.. ada Pasar malam
So, tak jadilah nak Makan, beli je makanan kat pasar malam tu.

tetiba aku terpandang putu Piring
Aku  tak suka yang perisa pandan tu
aku suka yang biasa punya, RM 2.00 satu bekas
ni la cecara orang buat putu piring.
kalau la aku snap guna DSLR, mesti gambarnya clear kan..
Tapi nak wat cam ne, aku memang dah malas nak carry so gedabak tu ronda pasar malam
hahahaha... guna la kamera cap ayam dah le..
inti gula merah tu dorang letak kat tengah
Masa aku tengah order tu, ada satu kapel datang mintak 4 bungkus
mesti sedap kan.

tara... aku punya dah siap.
dalam satu bekas ada 4 ketul
cukup la untuk aku sorang
sebab aku sorang je yang makan. kalau Amirul suka putu Mayong

Tak pastilah Pasar malam tu kat Mana, 
ingat ingat lupa namanya " Bukit Panchur" kot..
sebelum smapai pasar malam ni , aku ada jumpa
Sekolah Gunung Semanggol.

Kak Lona tau kot tepat ni.
hehehehe...


Note: Hanya seorang lagi bakal dapat survinier dari Bukit Merah.