Kalau Astro korang bermasalah, korang geram tak?
Aku lagi ler geram, sebab nak tengok my brother hehehe..
K , nak citer la ttg Piring Astro umah aku ni
Last week jiran bawah umah aku extend umah dia
pas tu wat bumbung bagainya ler
Ntah mcm mana tetiba, Astro aku terus tak leh dapat channel
Malas ler nak gi cari gaduh ngan dia,
so, aku call la Astro suh mai tengok
Siap ada service cahrges lagi
kalau ada barang rosak, kena bayar lagi tambah
ok lah kan, nak tengok adik "LEMAN" punya pasal..
aku kaco ler dia, U asyik tengok tengok, mau tukar kerja ka?
nanti u punya bos marah baru tau
cepat la u cat bumbung tu
Then, bangla tu pun senyum, tak cakap apa pun
Last, org Astro cakap kat sini memang dah tak leh dapat signal
So, kena naik atas bumbung
Aku pun ok jer la. dorang kan lebih terer bab signal ni
Rasa geram jugaklah bila bayar, sebab sebelum ni ok jer
Dah jadi cenggini, tetiba melayang RM 125.00
Masa aku jalan nak pergi antor Amirul kat umah baby sitter
tetiba Bangla tadi panggil aku & tanya bape charge kena?
Aku ckp ler, then baru dia nak say sorry kat aku
Dia ckp, actually, itu piring ada sini bawah
Saya mau buat ini bumbung, saya kasi ubah sikit sana
Mana tau, ini kakak punya piring sudah tak boleh guna
Mula la aku angin, Aku mintak suh bangla tu kasi balik duit aku RM 125.00
" ayoo kakak manyak mahal la, saya mana ada itu banyak punya duit"
Ok, mana u punya bos???
Bos tak dak la kakak..
huh!! malas aku nak bertekak ngan Bangla ni
Kalau korang ler, nak ke pergi jumpa jiran sengal tu & mintak gantirugi ni?
Dia yg hire Bangla tu, by right dia le yg kena tanggung kan?
Dia pun tak sincere, at least masa nak ubah kasi tau aku la, betul tak?
Tapi, nanti, dek kerana RM 125.00 bermasam muka pulak
Apa pandangan korang?