Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepe Penang Mari..

Pagi tadi, jam dalam pukul 11.00 mcm tu la kan.
saja la belek belek Facebook.
then tengok le satu status kat mamat ni

amboi.. dia pun bercinta dengan durian crepe jugak.
ni boleh mendatang marah!!!!!
apa lagi, usik usik le tanya kat Penang ni ade ke tak de durian crepe

benornya aku dah cari merata rata tak jumpa penjual durian crepe kat penang ni
mana la tau kan kot kot hari ni menjadi rezeki aku

ate.. dia dah bagi link.
apa tunggu lagi, aku berchating le dengan si empunya link
kalau malas nak cari kat facebook under Din Che Mat
klik kat SINI

Hello Shazli Resdung's, cek pun nak berasmaradana dengan durian crepe tau.
( ayat jeles)

Dengan sukacitanya di maklumkan, aku telah pun order dengan serta merta
tak caya?
inilah buktinya!!!
2 paket berjumlah 12 biji durian crepe telah sampai ke mejaku
sebab Din Che Mat telah pun delivery untuk aku le apa lagi. keh keh keh

sambil buat entry ni pun dok terasa lagi kelembutan durian crepe..
aku bagi bos rasa sebiji je, kalau dia nak lagi
silalah beli sendiri. hahahaha.. jahat kan aku.
nampak tak cream dan durian yang saling berpaut antara satu sama lain
di sulam sulam masuk ke mulutku..
menari nari di tekakku..
basah tekakku dengan durian crepe ni..
alahai... kekasih hati, pengerang jantung... semadilah kau di esofagus ku..
kikikikik....

eh.. eh... sembunyi sembunyi makan pulak
nape la, tak nampak orang yang makan tu 
nak main hide and missing kat sini la pulak..

ha... ni le orang nya yang telah pun membedal 6 ketul durian crepe..

oh durian crepe.. sebab rinduku padamu yang tak terbendung..
kusimpan mu di perut ini sebanyak 6 ketul
buat masa ini la..

Nanti balik rumah bedal lagi.. dan lagi .. kalau tak cukup jugak
ku order lah lagi..boleh kan kan kan..

sesapa yg tinggal kat penang island
tercari cari durian crepe
silalah terjah SINI untuk membuat tempahan
pasti rindu kamu.. kamu.. dan kamu semua terubat sepertiku..


Thanks for buah tangan

 
that dat ada buat entry ttg aku jumpa jumpaan dengan gieyana kan..kan..

tak le sangka pulak yang gieyana bawa buah tangan
tu la kan dah namanya rezeki.
kebetulan dia kan bercuti kat CH. ingat jugak dia kat kawan dia yang kelam kelam manggis ni ye
dapat le satu liter cordial strawberry.

semalam dah buat ice blended tau.
saja la, sebab Amirul suka sangat beli ice blended kat Pasar Malam
lepas ni tak yah beli ok, Ibu buat je kat rumah.

pas tu beli ice krim dengan topping coklat kan dah ada...


mmm... Tahniah sekali lagi kat gieyana  sebab menang GP NIVEA.
GP tu Grand Prize ok, Bukan Grand Prix kahhhhhhhhhhhhh

dapat losyen, besar botolnya
ubat tenyeh ketiak pun ada
sepasang you..( wangi nivea la kami laki bini)

jimat la kos beli tenyeh ketiak bulan ni.
terima kasih... 


upss... nak syer la,kat office ni aku pakai losyen follow Me je
tapi bila aku apply je losyen nivea ni, tetiba ada org ckp
bilik(office) aku ni wangi je...

memang wangiiiiiiiiiiii... 
lepas ni nak bernivea je lah..

Hadiah Dari Anum

Kalau dah rezeki tak ke mana kan. 
Ini pulak hadiah yang aku dapat dari Anum

sebab apa lak tetiba dia boleh bagi hadiah?
kenapa dan mengapa sila tengok kat sini

hehehe aku le follower tu 


mari tengok apa yang aku dapat
5 keping voucher discount utk ticket masuk ke bukit Gambang water park.

memang giler gempak best wooo...
 
 
boleh tengok wayang citer " Budak Pailang" pas tu leh dapat pepsi free
mmm... memang best pun budak pailang ni
sebab " Adik aku berlakon"

sape adik aku tu. Biarlah rahsia
yang  tahu tu tahu la kan, bukan pelakon utama pun
selit selit jerk.

tambah le ticket free aku . ngeeee

ada coin beg, calender ( note) note pad & tempat letak name card
hello.. "this is my card!". leh la glamer sikit
name card apa ek nak letak

name kad biz coklat aku boleh?
kikikik...

lastly, ada dititipkan note yang sweet ni...

"thanks anum, memang tak duga pun nak dapat ni, verity benor hadiah kamu, tak terkata akak ni"

keep in touch to you tu.
nak masukkan kamu dalam bloglist akak k.

note: sayang kamu . mmuah..mmmuah...