Wednesday, December 14, 2011

Rahsia Jari Telunjuk

14/12/2011 aku baru je balik dari bank

pas tu aku on radio Sinar FM yang memang dah tersedia channel tu

kat Radio di office


Kebetulan masa aku on radio tu ada ustaz jemputan untuk soal jawab ttg azimat/tangkal

aku dengar gitu gitu jer. tak la memberi tumpuan sepenuhnya


Di sebalik cerita tentang larangan tangkal/azimat tu, ustaz tu selitkan sedikit

petua yang baik dan wajib serta perlu di amalkan oleh kaum kaum ibu.


menurut ustaz tersebut, jari telunjuk kita ni adalah azimat yang sungguh bermakna kurniaan Allah kepada hambanya. cuma kita je tak tahu


sebenarnya jari telunjuk ni mempunyai satu urat yang sampai ke hati. Sebab tu lah bila kita sembahyang dan time baca " Asyhaduallailla haillallah" kita angkat jari telunjuk dan kita akan terasa hingga ke benak hati.


Then bila kita marah, kita akan mengangkat jari telunjuk ke arah org yg kita marah tu. Inilah bicara hati yang menandakan hati org tersebut tengah panas


Ustaz tu sebut lagi, jika kita di kejar anjing, pas tu kita kena berhenti dan tengok ke mata anjing tersebut sambil kelima lima jari kita menghala tepat ke arah mata anjing. cubalah, anjing tersebut mesti tunduk.


Beliau cakap lagi, kalau isteri degil, sumai juga boleh guna kuasa jari telunjuk ni untuk tundukkan isteri. Tapi dia tak explain la mcm mana. Bior le para suami suami di luar sana cari & korek sendiri. suami suami sekalian cepat pi cari ilmu. jgn sampai isteri naik tocang. hahahaha...


pas tu ini adalah petua yang begitu bernilai di dalam semua petua k.

Baca dengan teliti.

Untuk mengajar anak supaya tidak melawan, degil dan segala bagainya, sila amalkan ini k:-

" cedok madu lebah dengan jari telunjuk masukkan dalam cawan yg berisi air, kemudian kacau dengan jari telunjuk jugak dengan niat ( niat yg baik baik la) then bagi anak anda minum"

I'allah anak anda akan dengar ckp anda. So, para ibu apa tunggu lagi. amalkanlah..


pas tu, jika ada anak kecil ( baby) mcm aku ni, sila cedok madu lebah dengan jari, pas tu letakkan kat mulut baby kamu tu, suh dia isap jari kamu. di hati kamu tu niatlah yang baik baik. cth : Aleesya, anak ibu sayang.. besarlah kamu dengan sihat, comel, anak yang solehah dan sentiasa membawa kebahagian kepada keluarga"


actually banyak lagi, tapi yang ni je aku nak kongsi kat sini.


sapa nak petua cam na nak elak anak dari kedekut dan dok rembat menan org bila pi umah org sila angkat tangan. kalau banyak permintaan akan ku turunkan ilmu.

hehehe.... sharing is caring la katakan.

Untungnya Jadi Kucing

Tadi aku sempat la belek belek Mymetro then terbaca kisah ni.
hikss.. alangkah bahagianya jika kucing tu adalah Aku.
Sayang benor tuannya, sampai wasiatkan harta jutaan ringgit untuk dia

dok pikir pikir la pulak, apa la harta yang aku
ada untuk wasiatkan kepada kucingku kat rumah tu
ngeh.. ngeh.. ngeh..


ROME: Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.

Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun.


Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.


Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. - Agensi .

Malas Aku nak Layan

Kalau H/p berbunyi time korang busy wat keje, apa tindakan korang?

kalau aku, aku layan jugak kalau call tu dari kaum keluarga or org yg aku kenal

kalau aku tak kenal pun aku jawab jugak utk ckp yg dorang tu silap number


Nak jawab H/P kat office aku tak jadi masalah, company ok jer

Tapi... kalau receive call yang berstatus "Unknown" or "Private Call"

bengang tak??? kalau aku Memang BENGANG!!!

wah.. asyik bengang je aku ni


ok meh aku nak citer sebab apa aku marah & bengang


Yang aku benci sangat bila "Unknown call" ni call ckp dia call on behalf of bank tu, bank ni. Aku pun ckp ok la, sebab memang aku ada account dlm bank tu

pas tu, ckp nama kiota dipilih sebagai pelanggan istimewa bla..bla..

rupa rupanya nak suh aku beli plan insurance itu ini la.


Aku ckp lek lok kata tak mau, suh plak aku fikir semula bagainya

Then, kekadang bila aku sibuk dorang ni call aku ckp aku sibuk ( kalau dorang call 5-10 minit) kena dok letak telinga kat phone tu

Aku ni jenis manner sket. tak le main letak je phone bila nak stop conversation.


Then, sejak akhir akhir ni dorang mcm geram kot kat aku sebab aku tak mo jawab panggilan dorang. asal unknown number je, aku wat derk ja. malas nak angkat

kalau dalam pukul 10.00 pagi cam tu, dorang akan call berkali kali sampai bingit telinga aku.aku silentkan. ngeeee

sebab dorang tu aku kena silentkan phone, last org lain phone pun aku tak dengar.


pas tu kekadang tu memalam pun aku receive gak unknown call ni

still aku tak layan.

pas tu kan.. hari ni, aku try la answer tengok. bila aku angkat je phone tu dorang lak tak ckp

hahaha... apa masalah dorang tu?

2-3 kali gak le sehari dorang dok wat cenggitu.


ingatlah, org len pun ada banyak kerja jugak dari dok layan call korang

yang bakal men "kongkan" bateri phone.

Jom Naikkan Trafik Blog!



Nak upkan traffic blog anda? meh le join. Aku pun nak join jugak.

1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog!
2. Tepekkan Banner di atas tu
3.Tuliskan serba sedikit tentang blog anda
4. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box di bawah ye

Ok tuk N3 blog aku, meh sini aku nak citer citer sket.

Aku berblog ni cuma :
1) suka suka aje
2) nak rakan kenangan bersama keluarga tersayang
3) Nak kongsi perkembangan terkini ttg kisah kat tepi, tengah, depan , atas bawah & belakang kehidupan seharian kita
4) Bukan Nak KEJAR GLAMOUR, sebab aku tak suka sangat kongsi duka ngan orang
5)Supaya in future anak anak dapat tengok betapa aku sayangkan dorang
6) akhir sekali untuk tatapan ku jua di masa hadapan, mana la tau kot kot nyanyuk, leh la recall balik. ngeeeee

Meh la kenalan ngan aku yang gilos gilos sket otaknya ni.