Tuesday, September 4, 2012

Flash Back My Memory

N3 aku kelmarin ada ckp ttg aku nampak sesuatu kan..
nampak apa? lalala.. aku nampak pokok jambu batu kat depan umah dorang


bukan jambu batu yg selalu kita beli kat pasaray atau kat R&R okey
ini jambu batu kampung tau

Jambu batu isi merah. aku suka suka suka
tetiba memori aku masa zaman kanak kanak dulu kembali di flash back.

best giler bila ingat masa dodulu 
time balik sekolah mesti nak panjat pokok jambu umah jiran

dengan baju kurung tu kami ramai ramai panjat pokok jambu
dah habis yang tua, yang kecik kecik pun kami petik jugak

sambil jalan kaki bali umah kami makan jambu
tak peduli baju nak kotor ke, nak koyak rabak ke
asal matlamat nak makan jambu batu isi merah tercapai.

selalunya jambu isi merah ni kalau di biar masak akan ada ulat
sebab tu lah kami akan petik bila dia sudah tua atau masih putik

masa panjat tu, ada yang jatuh pokok kedebuk!
bila da yang putik siap chup lagi, yg buah tu bila tua nanti aku yang punya, dia tu yang punya

selalunya projek panjat pokok jambu ni time kami balik dari kelas " Quran Tajwid"
maksudnya dalam jam 5-6 petang le.

Penah jugak kena pukul ngan mak sebab kain koyak rabak sebab panjat pokok jambu.
tapi tak pernah serik. demi buah jambu aku wat tebal isi badan ni hahaha...


Amirul pun first time makan jambu batu iosi merah ni
memandangkan cuma ada sebiji je, aku syer ngan dia makan.
hehehe...

Note: kalau panjat pokok jambu sekarang leh tumbang tak pokok jambu tu?



Saham & Saving


Dulu pernah jugak aku try banyak kali untuk buat saving dalam ASD ( Amanah Saham Didik)
untuk Amirul. Tapi tak pernah kesampaian.

Bila aku call bank/post office dorang cakap masih ada unit utk di beli
bila aku sampai je kat bank/Pos office
semua unit dah terjual. Frusssttt giler

Bukan sekali dua, tiap tiap thn cam tu
ada yg ckp, kalau ada sedara mara kerja bank tau pos office senang le
bagi duit kat dorang, bila ada unit tuk dijual, terus masuk je

susah la kan, memang laku betul unit saham amanah ni

Tapi, tahun ni aku dah nekad, nak beli jugak unit saham amanah utk anak anak aku
lagi best sebab dah boleh transfer duit dari cimbclicks ke unit amanah


Dalam pada tu, hubby dah pun bukak account kat Tabung Haji utk Amirul

 
 cuma utk Aleesybelum lagi. 
Tadi, jiran nak pergi tabung haji, aku suh dia ambik borang
nak bukak account tuk Aleesya.

  

Kalau ada account kat tabung Haji leh la apply kelab TAHA
Amirul suka sangat bila dapat kad keahlian kelab taha
nak melawat zoo, pusat sains dan banyak lagi la
leh dapat discount

Banyak jugak aktiviti yg disediakan oleh kelab taha ni
Amirul baru darjah satu
kalau nak ambil UPSR nanti
ada le kot panggilan tuk join program dorang.


Note:- Menabung demi masa depan anda, keluarga dan anak anak anda....