Friday, November 15, 2013

Kenangan: Hilang tak kembali

Ini bukan citer sedih, cuma citer yg tak bape nak sedih sangat la
kalau korang nak sedih sedih pun boleh juga
dialu alukan.. bwahahahaha..

Budakkecik ni sekarang kemain lagi, asal nak pergi jenjalan mesti nak bertudung
tapi bukan selalu la, kekadang jerk. bila mood gedik datang

ada satu hari tu pakai skirt pun mengamuk nakpakai tudung.
hishhh.... wat org gelak je tengok.
ada ke pakai skirt pas tu bertudung
sib baik nak ke umah bb sitter je kan.. kalau nak pergi jenjalan, nangis Mak tau.

aku tak de pun belikannya tudung kecik molek bagai tu
aku sesah je tudung aku pas tu letak kerongsang kat bawah dagu tu
dah keremot kain tudung kat dagu tu kan. lantaklah janji ko diam

sambil nyonyot susu pun tak mo tanggalkan.
kami benornya on the way balik kampung hubby sebab cousinnya kawin di Jenun

Masa pergi kenduri tu pun, kazen kazen hubby cakap
ko bukaklah tudung anak ko tu, panas ni
ishh.. time nak makan pun nak bertudung bagai..

hah..dah Aleesya yang tak bagi aku tanggal. nak tanggal wat pe kan.
bior la dia nak melaram kejap.

Dulu si Naiim yang suka duduk kat atas arm rest ni, sebab Naiim dah besar gabak dah
so, Aleesya lak yang ambik alih
Aku? jadi Mak Datin le kat belakang kan..kan..
wahhhhhhhh pasan giler ko T...

Papa la duk bising bising manja ngan abak daranya ni
sebab kaki tu duk tak diam kalau dia duduk kat sini
riso lak kang tertendang gear ke depan
hah.. tetiba keta reverse..acaner tu kan..
eh..boleh ke tetiba reverse... aku bayangkan aje la..
tapi kalau betul tertendang ke "R" tu, rasanya gear leh rosak  je kut
hehehehe...

boring boring tengok jalan and kaco abang ngan papa
dia turn pulak tengok aku.
gitu lah sampai ke destinasi.


kenapa tajuk aku tu kenangan , hilang tak kembali?
Kalau korang nk tau..
tudung yang Aleesya pakai ni telah hilang di rumah kenduri..

Masa Aleesya dah sudah makan tu, aku tanggalkan dan letak kat atas meja
pas tu masa nak balik tu lupa lak nak ambil
so.. pokoknya tudung ni dah tak leh nak repeat pakai oleh Aleesya mahupun aku.
huhuhuhu..


Note: Moga besar nanti tudung melekat je kat kepala K.

Aleesya jadi patung

Aku baru tau semalam je citer ni.

Oleh kerana sekolah Naiim ada jamuan, makanya ada la lebihan makanan utk di bawa pulang
Naiim bawa balik roti pizza untuk adiknya
semata mata untuk Si Aleesya, org lain tak boleh
untuk ibu ngan papa pun tak de.


Lepas main petang tu sebelum nak ke Masjid untuk Magrib
si Naiim angkat Aleesya peluk peluk pas tu sayang sayang
aku tengok je keletah dia
Lain mcm pulak sayangkan Aleesya kali ni.


Lepas balik dari Masjid, barulah Naiim ceritakan apa yang berlaku 
Actually malam sebelum tu, Naiim macam tak bordered langsung kat Aleesya
asyik dok layan Bdamannya je, pas tu letih Naiim terus tido
Masa tidur si Naiim telah bermimpi yang adiknya Aleesya telah menjadi patung


Puas la Naiim panggil si Aleesya, tapi Aleesya dah keras
Menangis la si Naiim tak henti henti, sebab nyesal sesangat kerana tak pedulikan Aleesya
sebelum dia masuk tido tu kan.


dah dekat subuh gitu, Naiim terjaga then pelan pelan dia masuk jenguk Aleesya yg tido sebelah aku
tenung lelama la kan, betul ke adiknya tu dah bertukar jadi patung.
tetiba si Aleesya nangis rengek rengek sebab nak susu
terus Naiim cakap.. hah..legaaaaaaaaaaaaaaa
mimpi tu rupanya tak betoi...

then aku tanya le kalau betul betul adik jadi patung cam ne?
ish..kalau la adik betul betul jadi patung, Naiim akan menyesal
seumur hidup
nyesal smapai bila bila..
Lepas ni naim akan peduli adik selalu.. tak mau la dia jadi patung..



Note:Teguran Allah kepada Naiim melalui mimpi...supaya lebih matang dalam
memegang amanah sebagai seorang abang.