Friday, May 17, 2013

Hadiah Untuk Cikgu Suzanna Sayang.

Serious aku cakap. kekadang aku rasa mcm tak cukup masa nak berkomunikasi dengan anak anak
rasa mcm terkilan sebab aku memilih untuk bekerja 
berbanding menjadi suri rumah..

Tanggal 16/05/2013 adalah hari guru
seperti tahun lepas, aku terlewat juga menyediakan hadiah untuk cikgunya
Amirul akan bersedih sebab dia kena bagi hadiah tuk cikgunya
pada 17/05/2013 bersamaan dengan keesokkan harinya..

Maka dengan penuh kasih sayang dan atas kelewatan aku gagah juga pergi beli hadiah
tahun ni aku beli gelas yang tinggi tu.

Amirul kata dia bagi kat cikgu Suzanna, sebab dia sayang kat cikgu Suzanna
dia bukan cikgu kelas Mirul, dia cikgu Bahasa Malaysia
( sian cikgu kelas dia kan..)

Tak pe la kan, bagi salah seorang dah ok.
kalau nak bagi  kat semua guru, jenuh jugak la
nak beli pas tu nak carry bawak pergi sekolah lagi..


Amirul tunjukkan aku result Bahasa Melayu ( pemahaman)  dia
hmm..sejuk rasa.

yang ni pulak result dia untuk Bahasa Malaysia Penulisan
lagi sejuk rasa...


***sebab tu Mirul nak bagi hadiah kat Cikgu Suzanna.. sebab dia bagi Mirul markah banyak**
kui kui kui...
tak pe la Amirul, mcm mana pun, pernghargaan tu penting
mungkin Amirul suka cara pengajaran Cikgu Suzanna ni


dalam banyak banayk cikgu kat sekolah mesti ada cara masing masing
dalam mengajar. betul tak.
Tak semua murid selesa dan tak semua murid tak selesa..



Note: tengok Markah Amirul tu, mcm ya ya je kan. tapi result exam tak de la dapat no 5 ke bawah
ramai lagi murid yang lebih mantappppppppppppp!!!!


Di saman kerana Kecuaian Menjaga Road Tax

Bagi mendapat kepastian tentang pemasalahan yang aku alami
aku terus saja menelefon MyEg dan bercakap denga pegawai yang bertugas

1) Sekiranya pembaharuan Road Tax Jalan di lakukan dengan MyEg, maka
pihak MyEg tidak akan meminta Original geran kereta untuk di updated

2) sekiranya pelanggan masih juga ingin kemaskini rekod, bolehlah 
pergi ke kaunter MyEg untuk berbuat demikian

3) Sekiranya  pihak bank telah mengambil upah " Service Charge"  sila berhubung dengan pihak bank
    untuk pihak bank kemaskini rekod di geran anda.

4) Sekiranya  Road Tax disc anda ( dilekatkan di windscreen kereta) telah hilang cetakkannnya akibat
    dari keadaan cuaca yang tak menentu. sila1) kemaskinikan geran anda di Myeg
                                                                   2) Mengambil gambar road tax yang telah hilang cetakan itu
                                                                   3) bawa ke JPJ untuk di buat salinan road tax
                                                                   4) sebarang charge yang di kenakan oleh pihak JPJ sila    
                                                                         tanggung sendiri

5) Bukan salah pihak MyEg untuk tidak memperbaiki kelemahan yang ada. di mana besar kemungkinan cetakan pada Road Tax Disc telah menjadi kabur atau padam kerana masalah cuaca. Ini kerana kecuaian itu adalah daripada pihak pengguna yang cuai menjaga road tax disc tersebut.

6) Sekiranya anda di saman kerana road tax anda telah hilang cetakan yang boleh menunjukkan yang anda memang mempunyai road tax. jgn susuah hati anda tidak akan di saman kerana itu.. Tetapi anda akan di Saman kerana road tax anda gagal mempamerkan tarikh akhir/expired date

7) adalah menjadi tanggungjawab pemilik kereta untuk menjaga agar tarikh yang di cetak pada road tax kenderaan tidak hilang. dengan ertikata lain. sila parking di tempat teduh.


ok, inilah jawapan yang aku perolehi semasa aku berbual dengan pegawai MyEg. Nampaknya pertandingan tarik tali telah bermula. si bank cakap MyEg kata tak payah print kat geran. MyEg pulak cakap yang pihak bank tak de inisiatif nak bawa origiinal geran customer untuk di updated. Last sekali customer jugaklah yang nak kena pi setel semua pemasalahan yang pada dasarnya di cetuskan oleh satu perlaksanaan sistem yang tidak teratur. Nampak mcm dorang tak buat R and D la pulak kan..


*** walau beribu pemasalahan yang ditimbulkan, tak de pun sesuatu tindakan yang dilakukan untuk mengubah sistem yang sedia ada. Bukan teknologi yang bersalah tapi, orang yang mengendalikan teknology tu tidak cekap. Seharusnya, kajian yang meluas harus di buat , betul tak***

Bab nak parking keta kat tempat teduh tu pulak. Ketahuilah tak semua orang kat Malaysia ni hidup senang lenang di mana parking lot semua  under roof. kalau duduk rumah kotak macam aku ni, parking je la kat mana petak parking yang kosong. Silalah cari parking lot yang luas teberntang , ada ke setiap lot tu roof?

tak kan nak jaga road tax tu, nak belai belai mcm mana kita belai anak. nak selimutkan dia. Seharusnya percetakan yang biasa tu di tukar kepada bentuk percetakan yang lebih tahan lama. Guna kaedah tulisan timbul ke.. Guna ink yang kalis cahaya ke hape ke..



Note: Pokok Pangkalnya orang lain melepas, kita yang kena cuci..



Thursday, May 16, 2013

Wahai Ambank..sila Update My Geran

Lambat pulak aku bersiaran hari ni yer.
Bukan  apa cuma mencari kekuatan untuk aku buat entry ni

Aku percaya ramai yang tak aware dengan Insurance kenderaan yang 
korang bayar every year sebelum korang renew road tax kan..kan..
tak pe..tak pe.. nantilah aku citer di lain episod.
kali ni aku nak bagitau korang.
pinjam photo dari blog ni.
Kebetulan, aku  sekeluarga dah plan nak jenjalan keluar dari Penang ni 
check semua dah, tapi.. bila check road tax  yang stick kat cermin kereta tu
bukan setakar blurr dah.
dah jadi putih melepak dan tak boleh nak baca apa pun.
sampai bila tarikh road tax mati pun tak nampak dah..

Check insurance keta, ok ada lagi 2 bulan nak expired
dalam hati ( kalau on the road nanti kena road block, pas tu check tengok road tax tak nampak
boleh kena saman ni.)
Makanya aku pun pergilah ke Bank untuk mintak salinan. Salinan je pun, bukannya original
saja la nak letak dalam dashboard keta, In case kena tahan ngan polis boleh la proof
yang keta aku ni ada road tax tau.

cilok kat blog( tengok watermark ye,.)

dorang pun check bagai, last dorang bagitau, yang geran keta aku ada kat seberang
so, tak pe la ada kat mana pun, U all just fax the updated kat I dah le.
Then dorang pun dok tanya aku kenapa nak ambik, nak pi mana bagai
adoi... nak ambik salinan pun investigate mcm kes jenayah ke?
pas tu kan, selamba je dorang cakap yang Road Tax aku hari tu dorang wat "MyEG"
cuma kat road tax je boleh proof aku ada beli road tax
kat geran aku tak updated pun
still dok tunjuk expired 2012.

dah le salinan aku tak dapat..
last aku cakap le kat dorang, kenapa U all buat MyEG?
Why tak inform I?
then dia kata sekarang semua road tax kita buat MyEG.
ok, fine.. You all ambik service charges RM20.00 untuk apa?
untuk MyEg sent road tax kat u all, pas tu U all call kita untuk collect?
tu je ke?  for call fee?
Kalau dah U all decide nak wat MyEg, kenapa U all tak ambil original geran pergi up-dated 
kat MyEg?
kalau I tau yang u all tak buat service ni untuk I, I sendiri pun boleh buat MyEg..
tak payah nak tunggu sampai seminggu dua tuk korang buat untuk I.


pas tu, dia cakap, kalau U nak jugak geran U di updated,
U pergi ambil original geran kat Seberang, pas tu you pergi MyEg updated sendiri
Hello.. dah le korang sapu service charge RM20.00
pas tu suruh aku pergi updated sendiri pulak!
ini dah lebih...

tellers tu suggest aku lagi, kalau U nak collect kat sini pun boleh
charge RM20.00
Wahhhhhh... baik punya charge, dari branch di di seberang tu 
mai ke Penang ni RM20 korang charge ye..
pas aku bayar RM20.00 tu, geran aku tak updated jugak!!!!

Lepas ni aku rasa, ak payah nak deal ngan bank untuk renew road tax, betul tak?
kalau setakat nak online MyEg tu, aku pun tau.hahahaha...
Memang le aku tak de masa nak pergi collect orginal geran kat seberang tu
tengoklah nanti, aku authorise my hubby, boleh kot noh..

Tapi, aku terfikir jugakkan.. kalua sebelum ni sesapa yang sangkut bayar kat bank tu
memang jgn mimpilah nak renew road tax, tul tak
setel dulu outstanding, baru bank buat road tax kan..

kalau dah ada MyEg ni, boleh lepas tak renew road tax kalau
ada tertangguh bayaran bulanan?
hmmm.... aku ckp je ar..aku tak suggest pun ar... ( sendiri mau fikir ok..)


Aku nak suggest kat Goverment, ada tak cara lain untuk kekalkan 
ink kat road tax tu? maklumlah sekarang cuaca panas terik, 
orang susah mcm aku ni, sure la parking kat parking lot tak de bumbung kan..
nak tak nak hilang jugak word yang di print tu..
( tetiba teringat ink PRU13)


Note: Perlaksanaan sesuatu sistem tu, seharusnya tidak menyusahkan orang lain.


Next entry:- Jawapan dari orang MyEg kepadaku...lagi bernanah beb...


Wednesday, May 15, 2013

Cendawan Kukur @ Kulat Sisir

 Hari ni aku nak berkongsi dengan korang berkaitan dengan sejenis tumbuhan 
yang bernama Cendawan kukur atau nama glamournya " Kulat Sisir"
loghat kedah cakap " Kulat sisiaq"
atau  Nama Saintifiknya  Schizophyllum Commune

 

Ada satu rancangan makan makan kat TV berkaitan Makanan Eksotik
dan.. dalam salah satu episod yang aku tengok tu
dorang masak Cendawan kukur ni 
Adakah Cendawan kukur atau Kulat Sisir ni di kategorikan sebagai Makanan Eksotik?
  


Khasiat Cendawan Sisir @ kulat Sisir
Mungkin kita tidak mengetahui bahawa  ada  laporan yang menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan' iaitu bahan Anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan tahap immune badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan membantu dalam melindungi hati.

 
Semasa zaman kanak kanak dulu aku suka la kutip kulat sisiaq ni kat pokok getah
yang telah di tebang untuk di tanam semula.
Tapi sekarang ni mcm susah sangat nak jumpa pokok getah
yang telah di tebang di biarkan..
kebanyakkannya dorang akan jual untuk di jadikan perabot.


Sedih sangat sebab anak anak aku tak berpengalaman nak mengutip
kulat sisiaq ni. Buat masa sekarang ni masih lagi ada di jual di pekan pekan Nat/Pekan hari
peluang nak berjumpa dengan orang yang jual tu sangat sangat tipis ok.
kalau ada tu kira rezeki la.

 
Aku dan my hubby memang suka benar akan cendawan sisir ni
boleh di buat masak lemak cili api dan goreng kunyit je.
kalau korang makan sambil pejam mata
mesti korang akan ingat korang makan daging yang dicincang halus
memang rasanya mcm daging.


walaupun nenek aku ada sawah padi, tapi aku di besarkan di kawasan kebun getah
so, kulat sisir ni kira " memang makanan aku... memang makanan aku...

Petua memasak Kulat Sisir

Sebelum nak masak tu, sila rendam 1-2 jam kulat tersebut
untuk memastikan yang segala kotoran di kulat tu tertanggal
sebab kekadang ada benda asing jugak yang lepak kat kulat tu
dah kulat tu pun kecik je, memang tak nampak di mata
bilas dengan air berkali kali sambil selawat..

cara ini jugak dapat mengelak dari korang makan kulit pokok getah tu. hahahahaha..



 Note: Bila hati teringat rasa rindu...

Kuih Dangai

Malam sebelum aku balik dari kampung, aku telah pun bermimpi.

yang aku makan kuih "Dangai" dengan sedapnya..
segar terasa di tekakku ini yang kuih dangai tu
berjalan jalan di lorong esophagus ku.
sedapppppppp....walawei...


Balik kampung hari tu, aku ajak mak pergi pekan hari
atau kami panggil "Pekan Nat".
mata aku melilau dok tengok kekalau ada orang jual dangai
Mak cakap kat ujung sana ada la, dah mai lewat..habih dah kot.
sedih.... tersangat sedih..
seketika aku masih berkhayal dengan rupa paras si Dangai yang betul betul
telah menggodaku.

Putus asa sesangat sebab kat Penang ni, susah benor nak jumpa dangai
waaaaa..... nangis dalam ati jerk.
tetiba aku nampak satu gerai, dah nak tutup pun.


memang dah rezeki aku kot., ada jugak org yang jual Dangai tu
Aku borong semua, yang pastinya "Hot from Oven" lah kan
terubat jugak rinduku pada si Dangai

ha.. ginilah rupa si Dangai tu
korang panggil Apa?
dulu masa kecik, selalu konpius. Dangai dengan Dangau.
hahahaha...


Note: Kuih dangai juga di kenali dengan Kuih Rangin.

Tuesday, May 14, 2013

Alamak Kantoi!!!!

Hari ni bos beli lunch untuk aku. mcm biasa la ( makan di taja) hahahaha..
tapi kan, hari ni, even Bos dah belikan aku lunch aku keluar jugak
motif utama aku adalah nak berkawad kat KAMDAR.

Then cakap kat bos, keluar kejap. pas tu nak pergi renew road tax keta company
kawad punya kawad sampai ter spend 100 hengget lebih
baru la aku puas ati.
Jam kul 2.15 ptg dah..
ok.. boleh terus ke Pejabat pos, pas tu balik office.

Sampai je kat GPO jalan 5, tadi
tetiba aku rasa ada orang cuit bahu aku dengan envelope
Alamak!!! my bos la. adei.. kan dah kantoi
Nasi dia beli aku tak makan lagi
pas tu kul 2.30 baru nak datang pos office. ngeee...

Actually, my bos pergi pos office tu nak bayar segala bill utiliti dia
tadi masa aku nak keluar dia ada mention tentang bill tu
tapi dah dia tertinggal kat umah, sape suruh kan..

dah pergi ambil le kot tu..
So, aku dengan pemurah hati, tolong la bayarkan 
tolong bayar aje, duit bos punya la..... itu pun nak bagitau ke?


kul 3.00 ptg  baru nak makan nasi
sekali bukak bungkusan, adei.. banyaknya lauk pauk
ada ayam, kerang, perut dan teur masin.

selalunya ginilah lauk lauk yg bos aku akan letak dalam nasi aku
tapi.. aku cuma makan satu jenis lauk je, bergantung la kan.
kalau lauk gini, yang pastinya ayam tu aku tak makan
balik rumah aku basuh dan goreng semula
boleh la makan tuk malam.

kalau tak makan tuk malam,
kucing aku yang makan 
Hello.. kucing aku makan ayam tau.



Nota:Puas ati dapat apa yang di hajati

Khasiat Buah Beka/Bonglai

.
sumber photo: samuraimalaysia.blogspot.com

 Info tentang Buah Beka
Beka atau nama saintifiknya Oroxylum indicum daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae mempunyai pokok yang besar.  Batangnya pula lurus manakala daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan.
Pokok ini turut mengeluarkan bunga berwarna keunguan sementara buahnya berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti parang.
Buah mudanya berwarna hijau tetapi bertukar kepada kehitaman apabila masak.

Berita Baik untuk para Ibu!!
Bagi ibu ibu yang mengalami masalah kekurangan susu ibu, memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin
 selain buahnya, rebusan daun beka jika diminum akan mengurangkan demam atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.
 Untuk mendapatkan lebih kesegaran bagi ibu lepas bersalin, selain daun beka rebusan juga ditambah dengan campuran herba lain, termasuk serai wangi,'' jelasnya.

manakala akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema. Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum ia dipupuk di kepala,'' ujarnya.
Kerabu Buah Beka

Bahan bahan
Kerang/perut lembu ( pilih salah satu)- di rebus hingga empuk
Taugeh - di celur
Sebiji Buah Beka - di salai dan di kikis kulitnya
di potong potong
Kerisik
serbuk beras goreng
5 biji cili padi
secubit belacan
sebiji bawang
perahan asam limau
garam secukup rasa

Cara Mebuatnya.
 masuk semua bahan bahan tadi
kemudian masuk kan dalam piring
sedia untuk di makan. ngeee..

Tak de la susah mana pun
cuma part nak salai buah beka tu je remeh sikit.
then part nak ambik buah Beka kat pokok tinggi tu lagilahhhhhhhh remeh. hehehehe...


prosesnya sama saja seperti membuat kerabu perut/kerang/taugeh + tomato tu
cuma tambahkan buah beka tu je dalam kerabu korang.


Kata orang , kalau sakit urat makan buah Beka lagi sakit la pulak
tapi aku ngan hubby makan tak de la rasa apa apa pun.

kepercayaan orang melayu berkaitan makanan yang pantang di makan kalau sakit urat
1) pucuk paku
2) pucuk Ubi
3) buanh Munggai/ remunggai
4) buah beka
5) bunga kelicap


Note: Mulut kata sedap, sakit letak kat ketpi kejap..kikikikik