Tuesday, October 22, 2013

Jangan Main tuduh tuduh boleh tak?

Layan je lah perangai budak kecik yang duduk tak diam ni
kalau dia diam je, mesti ada kerja yang dia buat.

tak habis habis nak meghabiskan boraih je budak ni
ni botol bedak yang keberapa pun ntah le
botak le kepala mak bapak...asyik kuaq duit beli bedak jerk.

kalau papa tanya sape yang  pakaikan bedak
mesti jawab" Ibu laaaaa...."

Dah ghuper zombie dibuatnya.

sapu...jgn tak sapu.. pas tu salahkan ibu...

That day Naiim majuk ngan papanya
sebab tak dapat ikut papa keluar memalam
meraung tak cukup tanah...

Bila papa balik je, terus Aleesya complain
Abang Yau...( abang menangis)
papa tanya sapa buat
ibu laaaaa.............


ewah ewah..sejak dah pandai sebut ibu ni, semua benda ibu yang buat
yang baik pun ibu buat
yang tak baik pun ko angkut sekali..


"" Aleesya anak sapa? Anak ibu laaaa...
Aleesya anak papa tak?
Papa anak ibu laaaaaaaaaaa.....muahahahahaa..""




Cara Mengatasi anak Degil, Suami Degil dan Isteri Degil

Kalau anak degil, mak bapak la yang sangat sangat pening kepala
Ada kawan aku tu, ada anak sorang je, tapi anak dia degil ke main
hari hari dia salahkan dirinya sebab tak pandai nak didik anak anak

Aku kesian tengok dia, anaknya tu melawan.. cebik cebik muka 
kalau dia tegur sikit anaknya mesti tengking " Mak Diam!!!!!"
kesian dia tau. Anak dia baru umur 9 tahun.
dah pangai gitu..


Semalam/kelmarin aku berpeluang dengar ceramah Ustaz Kazim elias
Ilmu yang sangat sangat Manfaat
Even anak anak aku tak de la degil tahap gaban, ( sian gaban di persalahkan)
tapi iktiar ibu haruslah berterusan kan..kan..

Cara Nak Mengatasi Masalah anak degil

1. Bila anak tidur, cabut sehelai rambutnya kemudian Genggam
2.Baca Ar rahman 1000x dan ar Rahim 1000x
3. Boleh juga jika di baca Bismillah 1000x dan Ya Allah 1000x jika hal kedua tak nak dilakukan
4. Lepas tu memohon doa kepada Allah agar anak tadi lembut hatinya, tidak degil
dan sebagainya.

Teruskan berdoa atau menggunkan cara membaca 
Surah Yasin ayat 82. Ini untuk semua hajat. Berhenti pada "kun" kemudian doa meminta apa yang dihajati dan sambung dan akhiri dengan "fayakun".

 

5. Kemudian ambil sehelai rambut yang di genggam tadi dan letakkannya di dalam sarung bantal 
yang anak tadi tidur. In Sha Allah.. amalkanlah..

Atau 

Boleh juga amalkan sebegini
Baca Surah As-Shura ayat 19, sebanyak 19X. sambil letakkan tapak tangan kita dia atas ubun-ubun anak dan baca ayat tadi ketika mereka tidur. Sesuai untuk anak-anak yg degil. 

 


sekiranya suami anda yang degil/keras hati/baran bagainya, boleh juga di amalkan untuk lembutkan hatinya.
begitu juga si suami boleh juga amalkan untuk lembutkan hati si isteri.

Jika suami korang tidak berambut (botak) boleh lah guna mana mana bulu yang ada pada badannya.
Bulu roma kan ada.. hehehehe...



Note: Sekadar berkongsi ilmu..