Wednesday, October 31, 2012

Balas dendam!!!

hahaha... chances yang ada di Hari Raya Aidiladha tempohari
aku gunakan untuk balas dendam kat abang ke dua aku
hambekkkkk.... 


kebetulan masa tu abang ke tiga aku ada
abang chaq aku tak de
apa lagi kami gunakan kuasa yang ada
2 lawan 1 . hahaha terkedu abang ke 2 aku



Kami siap dok ungkit ungkit kisah dia dodulu
suka sangat buli kami
suh kami wat itu wat ini
nak main tak boleh..
then kayuh basikal, sampai kaki aku masuk dalam Rim basikal, adoi!!!
malas nak ambik kami sekolah

 

Then abang ke dua aku pulak siap ckp
jeles le tu  sebab kami tak mau main ngan dia sebab tu la dia suka buli
suka suruh kami sapu sampah, simpan rumah
* then dia ugut aku jgn bagitau mak, sebab dia Hisap Rokok*
menci... menci....

then aku tambah lagi, dodulu nangis sampai guling guling
sebab nak suruh mak beli video player
sebab umah kawan dia ada jugak
pangai buruk.. tak kesian kat mak..
hahaha... mcm mcm kami  luah .

Nak tau apa reaksi abang ke dua aku?
Dia ketawa  terbahak bahak
baru dia tau yang kami memang tak suka ngan pangai dia 

tapi sekarang ok la
dia kan abang kami, 
then masa raya that day, dia la tercongok congok cuci umah mak
bangun sebelum susbuh tu, siap tadah air semua, basuh semua periuk belanga..
sian lak aku tengok. si kurus hitam tu..


Note: Korang Berani ke usik usik abang korang mcm aku?

tersentuh hatiku..

hati ibu mana yang tak tersentuh bila melihat anak anak bergurau senda kan...
memandangkan aku ada dua orang anak je
jadi mereka ni sangat rapat
Amirul pulak sayang sangat adiknya

 ni aksi Aleesya nak sikat rambut abangnya
sambil tu nak kacau abangnya yang tak pedulikan dia
sebab asyik sangat main lappy

 lagi abang ckp sakit lagi la dia suka
last, rambut tak sikat
garu kepala abang ngan sikat tu

 abang pujuk adik suh main lappy sekali
happy le
bila dok tengok katun game tu menari nari kat pc

 siap dakap dakap abang lagi tu

peluk peluk leher abang
nak peluk badan tangan tak sampai hahahaha
sweetkan bila tengok perangai dorang.


Note: Moga keakraban dorang kekal hingga ke syurga.

wow.. mak cik kayo!!!

kalau korang kerja hari hari  pagi petang siang malam boleh tak kumpul 600 juta pund?
haish... tak sangka ada orang nak bagi aku 600 juta pound

kalau convert ngan Malaysia Money
alamatnya tak yah kerja aku termasuk  semua generasi  aku 
mahupun yang hidup dan yang bakal hidup. kahhhhhhhhhh

sila klik imej untuk membaca! 


ada juga hamba Allah yang pedajal akupepagi ni kat e-mail aku
siap tulis dalam bahasa melayu lagi
tak de maknanya aku nak caya


dari Aisha Hussain pulak tu
wah.. sapa la aish hussain tu
anak saddam hussain ke?
ngeh... ngeh...

 baca betul betul ayat dalam imej di atas
aku yakin ini dihantar oleh orang Indonesia
sebab dia guna ayat lewat


Nota: 600 juta pund !!! wah.. pengsannnnnnnnnnnnnnnnnn

lawak @ Interpretasi Rabak

haish... setiap sabtu dan ahad
aku memang suka tercongok je depan TV
sebab nak nonton satu rancangan lawak yang teramat
ntah nak consider sebagai apa pun tak tau la
yang penting memang geli perut aku..

 so sesapa yang tak de Astro
boleh click kat gambar tu dan baca la subtitle kat bawah tu

kalau dapat tengok sendiri memang gelak guling guling..

tengok photo photo ni pun aku dah tersenginh sengsorang

 yang aku ambik dari SINI

dari SINI

tak rugi kalau korang nonton. cayalah..

minggu lepas dah terlepas
harap harao dapat tengok ulangan .