Thursday, November 28, 2013

Tasbih

Kat umah aku banyak tasbih. ada yg besar ada yg kecik mcm mcm..
tapi.. tasbih ni suka nau hilang..
hilang ke mana? sure la jatuh bawah katil kan, pas tu cari cari tak jumpa beli lain
jatuh lagi beli lagi..
bila time wat spring cleaning tu naj selunggok tasbih dok lepak bawah katil.
Ada satu tasbih tu orang balik dari Mekah yg bagi
di perbuat dari kayu, kecik kecik je biji tasbih tu, ringan je
aku tak bape suka guna sebab dia ringan dan kecik
tapi... dapat kat Aleesya, di gegetnya biji biji tasbih tu habis pecah... dah tak cukuop 100 kan..

So, recently aku mencari tasbih 33 biji
senang sikit nak zikir 33 tu kan.
tasbih tu berat sikit dan sedap je kalau berzikir.
Lately, si Naiim ni selalu cakap dia susah nak tido
so, aku suh je dia guna tasbih 33 aku sementara aku guna tasbih besar pemberian Arwah ayah.
dah lelama duk amalkan, si Naiim tu dah terbiasa la pulak
asal tak leh pejam mata je mintak tasbih
so, otomatiok tasbih tu kepunyaanya si Naiim.

Modus operandi aku sekarang ni ialah mencari tasbih 33 yang baru
susah pulak aku nak jumpa tasbih 33 tu
yang kebanyakkan di jual tasbih 100 je.
Then yg menjadi kemusykilan aku ni
ada tasbih yang di setiap bijinya tu tertera tulisan Allah dan Muhammad
eh.. kalau tasbih tu aku letak dalam handbag
then aku masuk tandas, hukumnya apa ek?
kalimah Allah tu di bawa ke tandas...
So far aku tak beli pun tasbih yang ada kalimah Allah Muhammad tu
sebab aku was was  jika aku terbawanya masuk ke tandas
ye la.. kekadang bila travel, aku suka bawa tasbih 

mmm..ada sesapa yg boleh rungkaikan masalah aku ni
BTW, cantik dan comel je aku tengok tasbih kalimah Allah Muhammad tu
kalau tak melanggar hukum nak je aku rembat satu.


Note: sesapa yg arif, ku mohon pencerahan.

Majlis Serentak

hmmm..lambat sikit aku buat Aqiqah untuk Aleesya kalau berbanding ngan si Naiim
Si Naiim dulu lahir je terus buat Aqiqah, tapi kali ni Si Aleesya dah 2 tahun 5 bulan 
baru nak buat.. tak pe la still boleh lagi kan..kan..


Bukannya apa, saja kami nak buat sekali dengan Majlis Berkhatan Si Naiim
kebetulan pulak masa arwah ayah sebelum meninggal tu
ada niat nak makan kambing.
Masa beliau sebut tu, sebut kat aku la pulak
So, rasa mcm telan tak lepas je kalau tak penuhi niat ayah tu kan..
Jadinya kami harung sekali
that why la kami beli 2 ekor kambing 
satu untuk Aleesya satu untuk arwah Ayah

kalau nak tau excitednya si Naiim ni nak berkhatan, boleh aja baca kat Putus Terpaksa
rasa sekejap je kan masa berlalu
masa ni Si Naiim 2 tahun lebih gitu la
ye ye la dia nak berkhatan dengan abang abang sitter dia
sekarang si abang abang tu pun dah besar panjang
dah masuk sekolah tahfiz pun dorang ni.


excited excited jugak kan.. Tapi make sure masa kena potong tu ko jangan nak melalak bagai
kang, orang selepas kamu tu terus lari terjun sungai.
bwahahahaha...


So, aku start bercuti pada hari Jumaat hingga ..... ikut  keadaan perkembangan si Naiim
kalau dia ok, cepat sembuh cepat la aku datang kerja
kalau lambat... maka lambat lah..


oleh kerana majlis ni majlis anakku
makanya hal hal berphoto mungkin tak de kot
ye la moral support dari ibu tu kan lebih penting..



Note: harap harap si Aleesya tak buat aksi terjun junam time abang tengah berpantang.
eh..boleh harap ke ni?