Sunday, September 15, 2013

Sarapan pagi yang berbahaya

Mak ai tajuk.. sangat sangat mengerikan.
Ayat berbahaya tu yang buat kecut perut kan..

Roti canai
  Menurut kajian Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Tetapi jika anda mengambil dua keping roti canai, ia menjadi 600 kalori. Semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar 600 kalori. Tip terbaik adalah memilih tosai atau capati kerana kandungan lemak dan minyak kurang sedikit berbanding roti canai.

**** Nanti lepas makan roti canai silalah berlari lari kecik selama 90 minit. anda sanggup?***

Nasi lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tapi pernahkah anda terfikir bahawa nasi lemak sahaja sudah 390 kalori dan mustahil anda tidak menambah lauk seperti sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Jadi, hidangan lengkap di atas pinggan anda adalah lebih kurang berjumlah 450-500 kalori. Ini belum termasuk lagi ayam goreng (240 kalori) mahupun sambal sotong (170 kalori). Anda masih boleh menikmati nasi lemak tetapi kurangkan campurannya. Untuk lebih mudah, anda masak sendiri nasi lemak tanpa guna santan dan lebihkan sayur-sayuran sebagai tambahan. 

*** Ada ke oramng makan nasi lemak dengan sayur sayuran?***
Kalau masak nasi lemak tanpa santan , dah bukan nasi lemak la pulak namanya kan..kan..

Teh tarik
Tentunya teh tarik yang lebih pekat atau kaw kaw lebih sedap untuk diminum. Susu penuh krim adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda. Biarpun ia merupakan sumber kalsium tetapi kandungan lemaknya agak tinggi. Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikan dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak.  

*** Sian kat Teh tu kan, dek kerana bancuhan teh tu kena campur ngan susu pekat, so sekali ngan  teh tu berbahaya.. sob sob sob..


Burger
Jangan terkejut apabila ada ramai yang memilih makanan barat ini sebagai menu untuk sarapan. Tidak dinafikan, burger memang tinggi kalori. Satu hidangan burger biasanya mengandugi 475 kalori. Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan pelbagai sos lagi bukanlah burger lagi, suku cawan mayonis sahaja mengandungi 360 kalori (40g lemak). Ini belum termasuk kentang goreng anda lagi. Kalori pasti bertambah-tambah.

Hakikatnya, Malaysia memang terkenal dengan gelaran syurga makanan tapi anda haruslah tahu dan bijak memilih menu. Namun kebebasan untuk makan apa sahaja boleh asalkan hidangan itu bergantung kepada berapa banyak atau kuantiti anda ambil.

Untuk memudahkan anda, anda perlu mengira kalori makanan yang anda ambil. Jika anda pandai mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori, semestinya anda telah memilih sarapan yang paling selamat.

*** ups.. pagi tadi wat breakfast burger tuk anak anak. wush.. bahaya bahaya..**
Kalau citer bab kalori dalam makanan memang ngeriiiiiii.


Moral of the story, kita boleh makan apa saja yang kita suka tanpa memikirkan jumlah kalori.
sebab dalam islam dah tersusun rapi amalan pemakanan ni.
Cuba kira berapa banyak puasa yang perlu kita amalkan
selain puasa di bulan Ramadhan, Puasa puasa sunat yang lain
Paling mudah puasa sunat isnin dan khamis.
Kenapa tak nak buat?

rasanya kalau kita amalkan puasa puasa sunat, tak de la nak semak otak fikir tentang kalori.
sure kalori yang berlebihan akan di gunakan time kita berpuasa.


Note: Tahu tapi tak buat. ngeh..ngeh...ngeh...


Pssst...Azam tahun depan nak amalkan puasa sunat. Moga tercapai impian.