Sape nonton rancangan 'Primadona"semalam?
Aku sempat le nonton kejap ngan hubby, dorang bincang ttg antara suami dan isteri siapa yg banyak
membantu dalam urusan rumahtangga.
Artis jemputannya si 'Shiro" tu. memang lawak la kan.
that why kami layan jugak kejap.
Si raja Azura tanya le si "Ajak" tu, tolong la buatkan susu untuk anak
then dia cakap tak pernah.
so apalagi kena hentam bertubi tubi
then dia jawab, macam mana nak tolong, sebab anaknya menyusu badan
kang kalau dia tolong lain pulak jadinya. kahhhhhhhhhhhh
terburai kami ketawa laki bini..
pas tu do rang panggillah Imam muda Asraf sebagai pandangan dari pakar
Then Asraf cakap, membantu isteri ni tak de salahnya,
kebanyakkan si suami ego sikit bimbang dikata ikut telunjuk bini
Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun turut serta membantu isterinya di rumah.
Tapi.. isteri sekarang ni pelik, ada ke patut di snap nye gambar suami tengah sidai kain
then letakkan di dalam Facebook.
Kalau boleh elakkan lah. Suami ni pun ada malunya
kalau kengkawannya lihat, mesti dia kena perli.
hmmm... memang benar kata kata tu
mungkin si isteri nak tunjuk yg suaminya tu baik dan rajin membantu
tapi dia lupa yg para suami ni lain sikit
tak macam kaum ibu, berbangga bila dapat masak utk suami
tapi si suami ada malunya bila org tengok dia melakukan kerja rumah
Mungkin didikan Masyarakat kita jugak kot
asal suami buat kerja rumah dianggap "Taboo"
pas tu kebanyakkannya pula akan kata, Kahwin lah cepat
pas ni ada orang nak tengok makan pakai kamu
Masyarakat tak pernah nak ajar kaum adam suh sama sama membantu dalam hal rumahtangga
didikan tu di tanam sejak kaum adam kecil lagi
Budak lelaki tak yah ke dapur, tak yah kemas rumah, tak yah masak
nanti jadi lembut mcm sotong..
golongan sotong je yg wat kerja rumah..
betul tak?
Kasihan kaum hawa sekarang, dah le kena sama sama bekerja
balik rumah kena urus hala rumah tangga dan hal anak anak
then ada pulak spesis suami yang siap "kalayari Payat " bagai
sian isteri kan..kan..
Kalau isteri tu baik dan pandai menjaga aib suami tak yah la nak sepak terajang
tuk mengajar.
Kalau si isteri yg jenis memang tak makan saman tu senang je ubatnya
tukar je pintu rumah
Nape nak tukar pintu rumah?
sila baca kisah para nabi K.
Note: sedih haku ni ttg kejadian suami pukul isteri kat lif tu. then bila pi Mahkamah
si suami leh cakap "Abang Masih Sayangkan Awak"
Adoi.... tunjuk sayang dengan cara pukul bini?????
Psssttt.... ingatan tuk diri sendiri jugak!