Hari Khamis Malam tu, Naiim ke Masjid, Ada bacaan Yassin tuk Pelajar UPSR
Tapi masa aku kat umah, dok dengar kata kata semangat tuk bakal Haji
Dorang buat sekali kut.
Aku pulak, ke rumah jiran depan umah tu sebab nak pesan suh beli badam Slice 2-3kg
sebab dia selalunya kalau ujung minggu suka balik kampungnya di Kedah
sambil sembang sembang tu,
tetiba Naiim balik, Bawa satu bungkus Mee dan sebungkus Nasi
Abang bagi je mee kat Adik, tetiba Aleesya selamba badak je masuk Umah jiran
Sekali ngan kasut pulak tu, pas tu terus bersila depan baby Amjad
bukak polisterin Mee dan Makan depan Baby
sambil makan sambil dok acah acah baby Amjad.
|
Lebih kurang ginilah gayanya duduk makan kat umah jiran tu |
Dah puas pujuk bagai baru nak balik.
Esoknya, pepagi time nak pergi umah Baby sitter tu
Aku bukak je pintu terus dia panggil
Amjad ooo..Amjad (2x). Amboi.. dok panggil anak teruna orang pulak dah..
Then bapa Amjad bagitau yg Amjad tak ke rumah baby sitter sebab dia demam
Aleesya pulak yang Kay po, suh amjad makan ubat sambil
siap anggguk angguk lagi. concern lebih nampak!
Then semalam, tengah aku ngemas ngemas umah. Biasalah kalau dah mengemas,
pakai semua short je la kan.. pintu tu aku bukak sebab nak sapu sampah keluar
terus nak cuci tangga tu.
Tetiba Aleesya lesap entah kemana
bila panggil, menjawab ya..ya.. tapi kelibattak nampak pun
Sekali tengok, dengan baju tak pakai, pakai pampers je
tengah dok main ngan Amjad.
Adoi.... cepat cepat aku suh Naiim pergi ambik adiknya.
Pantang aku leka sikit, mesti nak kawan ngan Amjad
Main kat umah baby sitter tak puas puas ke?
hari cuti pun nak main bersama jugak ke?
Note: Style pergi umah orang wat macam umah sendiri tu yang aku tak menahan.