Tuesday, March 25, 2014

Mari kita memetik langsat...

Esok..kul 10:00 kita gerak ke Sik, pepagi Suh Naiim balik umah Awal (Naiim tido umah Mak sitter)
hmm.. ok lah, saya siap awal ler... baju dah iron semua dah... cuma nak siap je..

Then pagi tu kul 10:30 pagi kami dah gerak keluar,
Masa nak kemas barang barang masuk dalam keta, tetiba my small beg jatuh..
habis semua barang barang dalam beg tu terburai keluar..

then hubby, ada bersungut, Ya Allah, petanda apa ni la..
Moga tak dak apa apa la yang berlaku nanti.. 
semua istighfar bebanyak yer... kami pun diam je la..
ish.. perecaman orang tua tua tu... aku buat buat tak ambik port pun...

Then sampai kat seberang kat tol Jambatan tu, kami menunggu lagi 2 buah biji keta yang nak ikut berkonvoi
tunggu punya tunggu, call bagai.. tak muncul muncul jugak
last kul 12:00 noon, baru dapat bertolak..
singgah kejap kat hentian Sungai Muda tu beli mineral water..

photo Dari

Tetiba my car tak leh start ko, 
huh...mula la dok teringat part beg kecik jatuh terburai tu...
ish.. kebetulan terjadi ke? tak kan betul kot perecaman orang tua tua ni?
sib baik kawan hubby leh jump start.. 
nak tak nak nanti kena la tukar bateri baru..

sambil menuju ke rumah kenduri tu, sambil la kami petik langsat
hahaha.... hambek ko, mcm la pandai sangat
sorang pun tak de bawa kad kenduri..
orang kampung la sangat... last ko petik la langsat kat sepanjang simpang tu kan..
 sampai si Aleesya pun siap bagi pakej muntah bagai..

Aku nengok je jalan tu, makin lama makin dekat nak menuju ke kampung aku
haish.. bang, kalau tak jumpa umah kenduri ni kita balik umah Mak je lah
call mak suh masak, kita makan tenghari kat kampung saya je..

Akhirnya sampai jugak la kami kat umah kenduri tu
jenuh memetik langsat..baru la sampai..

 aku dah selamat balun nasi kenduri yang sedap..
kenapa aku cakap sedap?
sebab makanan kegemaran aku dihidangkan.. ngee

sebab ada gulai umbut pisang ni...
di masak bersama daging tetel.. pergh... kena lak ngan ulam bagai
memang terangkat!!!

harap si Naiim snap picture aku, habis dia kasi blurr...
tapi tak pe ada jugak bukti aku ke kenduri kan..
hahaha... nak jugak tue..

Ini Kak Norlia ( baju biru) ngan huusband dia..
rakan sekerja my hubby...
best le dia, even first time jumpe, sangat sangat ramah...

Yang tudung biru ni, wife kepada rakan sekerja my hubby...
masing masing dah kenyang makan..

masa aku snap picture ni sangat sangat lucu...
sebab mak cik mak cik yang sedang membasuh tu jerit jerit sebab risau aku snap gambar dorang
hamboi... mak cik, saya hala je moncong kamera tu ke arah situ
saya focus ke sebelah sinun ler...

hiksss..jahat gak aku kan, snap jugak gambo makcik membasuh pinggan tu yer..
ate..org tak snap duk nuduh snap kan..
hambek...ku snap jugak le..

tapi tak per makcik, wajah makcik di lindungi pephon bunga.
org tak kenaih aih..nampak kain batik je pown..

My anak dara ni mcm biasalah..asyik ngan papanya aje..
anak papa la katakan...

tapi kalau tanya Aleesya anak sapa?
laju jer dia jawab anak ibu...
haa... cam tu ler...

 dah dapat goodies bagai..kami pun gerak balik.

Gambar pengantin non hado sebab juruphoto malu nak bersnap bagai..
lagipun bukan kawan hubby yang kawin, adik dier yang kawin..
tak yh lah nak rekod rekod kat sini..

rekod muka kami udah ler. keh keh keh,...

Note: Suka tul tengok majlis kenduri kat sini, masih lagi amalkan adat gotong royong, even tak de lah mkn berhidang mcm dodulu tu...

*** I have not asked for your favor, but your love
       Since you agree, that's why only I have asked
       Just because of the fear of others surrounding
      I'll not break my relation, I swear..
      I'll not let you go...
  
Penantian Berakhir Sedih...

Sejak Kehilangan Pesawat MH370 aku tak pernah buat satu entry pun tentangnya
even kat setiap entry aku pun aku tak letakkan any single word of MH370
kenapa? Kerana aku merasa  sangat sangat sayu...

Dan semalam semasa pengumumam dari Perdana Menteri Malaysia
aku sudah pun menjangkakan...

Lagi sayu perasaan ini pabila wajah wajah penumpang di paparkan di kaca TV

Photo: Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. 

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. 

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. 

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. 

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..

Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya..

Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza...

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza..

Note : Terfikir di benak ini.. Bagaimanakah keadaan jasad mereka ...

*** My silence is just another word for my pain..