Friday, April 26, 2013

Tak Setuju- Yellow Belt Exam

Aku rasa mcm bukan aku sorang je yang rasa begini
tapi kebanyakkan ibu bapa yang menghantar anaknya untuk  Taekwondo 


record:-
Middle of March register
latihan semingg 2 kali je. Jumaat dan Sabtu ( 2 jam sati sesi)
27 April 2013 ( Ujian untuk Yellow belt)
bukan ujian bertulis ok. 

hmm.. baru sebulan je berlatih terus nak ada ujian tali pinggang kuning
rasa mcm tak logik je kan, 
Dalam sebulan tu, cara nak menapak pun still gagap lagi
cecara nak tendang le nak hape ke sure la tak cekap
kalau terus ada ujian, memang susah la nak lulus.
( ni lah aku pepandai je judge kan  )

Kalau aku suarakan, nampak sangat yang aku pentingkan diri sendiri yer dak..
dah le ini first batch taekwondo di buat di Sekolah tu

Sure la bagi ibu ibu yang anaknya dah Darjah Enam nak cepat cepat
sebab cuma tinggal setahun ni je kan, lepas ni dah sekolah menengah  pulak.
Aku pulak boleh la nak komplain bagai anak baru Darjah dua la katakan.
Still have a long jurney to go.. ecewahhhh

Bayaran untuk ujian ni RM45.00 jer.
Aku bukan ralat sangat tentang yuran exam tu
cuma aku rasa.. biar la 4-5 bulan budak budak tu berlatih
baru la diadakan ujian..


Hmmm...ntha le.
dah bincang pun dengan hubby, 
cuma tu la, my hubby ni, tak de la bising mcm aku ni ha..
risau tak bertempat katanya...
tahulah jurulatih tu. dah tu pun nama kerja dia.kan..kan..kan..
 
 

Biarlah kita tengok dulu mcm mana, mungkin utk dapatkan tali pinggang kuning ni senang je kot
sekadar melepasi tahap basic je kot. ( pendapat my hubby le)
 hmm... Baik bos!, eden yang menurut perintah.
tak puas hati pun sila;ah diam..
biar yang lebih arif selesaikan...


Note: Esok Amirul ada Ujian Yellow belt kat Sekolah Sri Bayu. Kena 
Good Luck. I'am 50-50 je ni.

Sakit Telor ( teloq)- Amirul.

Sebagai ibu, aku akan cuba sedaya upaya menjawab setiap pertanyaan anak anak
dan aku akan cuba untuk jawab sebetul yang mungkin
supaya ianya dapat memberi pengetahuan kepada anak anakku kelak.
Pertanyaan Amirul
Ibu.. sakit teloq tu apa?
ooo... sakit teloq tu kalau orang melayu cakap " Sakit Pasang Surut atau teloq burut"
kalau bahasa perubatan namanya HERNIA
 
I do know about the hernia, when Aleesya get "Sawan Tangis". Then My freind was Saying
" You lucky coz your baby girls, is baby boy I scared he will get Hernia"
ha.. masa tu la aku dig information about Hernia. But from the information, women are also can get it.
 
Amirul.
Oooo Hernia, sakit dia mcm mna ibu?, seluruh badan kita tumbuh teloq ka?
Kawan Mirul kata bahaya ooo sakit tu, kalau kena boleh mati
 
mmm... sakit tu Allah yang bagi, kalau dah nak mati dengan sakit Hernia tu
mati jugak, kalau Allah tak bagi mati lagi, sembuh lah sakit tu
 
Tak la ibu... sakit tu tak boleh sembuh.
Kelmarin Cikgu kata sakit tu boleh berjangkit.
 
Aku:-
Ish.. tak lah, tu sakit genetik, tak boleh jangkit, tu pun tak semua anak anak yang
bapanya kena hernia kena pada anak anak dia. cuma anak lelaki je kena
 
Amirul.
Tak lah.. cikgu kata lelaki perempuan pun boleh kena.

Aku-
ish.. tak lah, mana ada. cikgu silap kot. ntah ntah mirul yang silap dengar kot.
 
then Amirul tanya lagi.
Ibu.. hubungan Rambang tu apa? 
yang mcm ibu selalu ckp kat kawan ibu masa Pi langkawi hari tu
"Rambang Mata tengok coklat" rambang mcm tu ka?
 
Aku:-
Tak lah, rambang mata tu peribahasa, kalau hubungan rambang tu
maksudnya, orang lelaki tak boleh  kawan dengan ramai perempuan.
sat kawan ngan perempuan ni, sat kawan dengan perempuan tu.
dalam masa yang  sama.

Amirul:-
Mcm mana ar ibu, sekolah mirul tu ada ramai jugak budak perempaun
nanti lah nak bagitau kat kengkawan, jgn dok kawan ngan budak perempuan 
nanti kena sakit teloq.

Aku:-
ish.. pasai pa pulak nak kena sakit teloq kalau kawan ngan perempuan.
aku dah mula  detect yang soalan Amirul tu sebenarnya bukan berkisarkan kepada penyakit teloq or Hernia.

Cuba bagitau kat ibu, sakit apa yang cikgu ajar kelmarin?

Amirul.
Cikgu kata Sakit Egg! sakit tu org tak boleh isap dadah, tak boleh rambang apa ntah
pas tu kalau ibu ngandung ada sakit Egg anak dalam perut pun jangkit jugak.

Aku:-
Kahhhhh.... bukan sakit Egg!! tapi sakit AIDS !
lenkali jgn dok pandai ubah pi bahasa melayu. AIDS dengan Egg tu tak sama!!!
 
Amirul.
Betullah ibu, kawan mirul yang cakap sakit AIDS tu sakit teloq
ibu sebut tengok, Egg kan..kan...
kawan mirul pun sebut Egg jugak.
( See..kawan dia yang pepandai ubah, dia pulak caya bulat bulat)
 
  

 Ni la, bila cikgu sebut tak mau dengar elok elok asyik nak bersembang je
pas tu pepandaila buat andaian..